You are on page 1of 9

PERINTAH TETAP PENCEGAHAN

BILANGAN 10

KOMPAUN

RUJUKAN :
TARIKH : 15 SEPTEMBER 2001

JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA

1.

2.

PERINTAH TETAP PENCEGAH BIL. 10

MUKA SURAT : 2/

KOMPAUN

TARIKH : 15 SEPTEMBER 2001

PENDAHULUAN
1.1

Jabatan Kastam dan Eksais Diraja adalah salah sebuah agensi penguatkuasa yang
melaksanakan penguatkuasaan undang-undang di bawah beberapa akta-akta yang
ditadbirkannya.

1.2

Walau bagaimanapun, terdapat dalam situasi tertentu di mana sesuatu kes itu adalah
tidak sesuai dibawa ke mahkamah. Dalam situasi sedemikian, Jabatan Kastam dan
Eksais Diraja Malaysia telah diperuntukkan dengan undang-undang untuk
menyelesaikan kes-kes tersebut di luar mahkamah, iaitu dengan mengenakan denda
kompaun mengikut peruntukan undang-undang yang berkenaan.

TUJUAN
2.1

3.

SKOP
3.1

4.

Perintah Tetap ini bertujuan untuk memberi panduan kepada Pegawai Pencegahan
mengenai prosidur kompaun. Prosidur ini menerangkan akta/peraturan, peruntukan
kuasa, tatacara, status barang bukti dan sebagainya.

Garis panduan Perintah Tetap


ini meliputi kesalahan-kesalahan yang boleh
dikompaun, kuasa yang diperuntukan dan amaun yang dibenarkan mengikut undangundang yang ditadbirkan oleh jabatan.

TERMINOLOGI
4.1

Denda Kompaun
Sejumlah denda yang ditawarkan kepada seseorang yang melakukan sesuatu
kesalahan yang boleh dikompaun di bawah akta-akta yang ditadbirkan oleh jabatan
dan diterima oleh pesalahlaku bagi menyelesaikan kes di luar mahkamah.

4.2

Buku Kompaun JK 61A


Buku rasmi yang dibekalkan oleh jabatan melaluinya tawaran kompaun dibuat dan
diakuterima oleh pesalahlaku. Setiap tawaran kompaun mesti ditanda tangani oleh
pegawai yang diberikuasa , pesalah dan juruwang.

4.3

OKT - bermaksud Orang Kena Tudoh

5.

PERINTAH TETAP PENCEGAH BIL. 10

MUKA SURAT : 2/

KOMPAUN

TARIKH : 15 SEPTEMBER 2001

TANGGUNGJAWAB
5.1

Ketua Stesen Pencegahan


5.1.1

Mengkaji dan menentukan samada kes yang dikemukakan adalah sesuai


diselesaikan dengan cara kompaun.

5.1.2

Meneliti dan membuat keputusan


dicadangkan oleh Pegawai Penyiasat.

terhadap

amaun

kompaun

yang

5.1.3 Menyemak, menyelia dan menyimpan selamat Buku Bercetak Hasil Terkawal
(Rujukan Perintah Tetap Kewangan Bil.(7) .

5.2.

Pegawai Kanan/Pegawai Penyiasat


5.2.1. Mengenal pasti kes yang boleh dikompaun.
5.2.2. Membuat cadangan kepada Ketua Stesen Pencegahan bahawa kes yang
disiasat itu sesuai diselesaikan dengan cara kompaun.
5.2.3. Membuat tawaran amaun denda kompaun kepada pesalahlaku .
5.2.4

Mengisi Borang Bercetak Hasil Terkawal ( JK 61A ) dan menandatangani .


OKT juga menandatangani sebagai pengesahan akuterima tawaran serta
kompaun.

5.2.5

Bayaran tunai dalam Ringgit Malaysia diterima olih kaunter juruwang .

5.2.6

Salinan Pertama dan Pendua JK 61A di cetak mesin sebagai pengesahan


bayaran dibuat dan ditandatangani oleh juruwang .

5.2.7

Nombor resit pembayaran ditulis tangan oleh juruwang disalinan ketiga dan
ditandatangani .

5.2.8

Pengagihan Salinan JK 61A adalah seperti berikut :

5.2.9

5.2.8.1

Salinan Pertama - Pesalahlaku

5.2.8.2

Salinan Kedua

- Audit

5.2.8.3

Salinan Ketiga

-Buku Bercetak Hasil Terkawal.

Satu salinan fotostat JK 61A hendaklah disimpan di dalam Kertas Siasatan.

6.

PERINTAH TETAP PENCEGAH BIL. 10

MUKA SURAT : 2/

KOMPAUN

TARIKH : 15 SEPTEMBER 2001

TATACARA YANG PERLU DILAKSANAKAN


6.1

Peruntukan Undang-Undang.
Kuasa mengkompaun diperuntukan melalui akta-akta dan peraturan-peraturan
berikut :
AKTA/PERATURAN

SEKSYEN

Akta Kastam 1967

131(1), (2a) dan (2b)

Akta Eksais 1976

69(1) dan (2)

Akta Cukai Jualan 1972

57(1) dan (2)

Akta Cukai Perkhidmatan 1975

39

Akta Zon Bebas 1990

6.2.

33(1)

Peraturan-Peraturan Kastam 1997

Peraturan 60

Peraturan-Peraturan Eksais 1977

Peraturan 60

Kesalahan-Kesalahan Yang Boleh Dikompaun


6.2.1

Sebelum menawarkan kompaun dalam sesuatu kes, Ketua Stesen


Pencegahan hendaklah memastikan kesalahan yang dilakukan merupakan
kesalahan yang boleh dikenakan kompaun di bawah peruntukan undangundang dan peraturan.
Ketua Stesen hendaklah merujuk kepada
akta/peraturan yang berkaitan untuk mengelak daripada berlaku kesilapan.
Akta/peraturan tersebut hendaklah sentiasa di dalam keadaan kemaskini.

6.2.2

Kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaun adalah seperti berikut:


AKTA

SEKSYEN

Akta Kastam 1967/ Peraturan Kastam


1967 (Pegawai Kanan Sahaja). Sila lihat
Peraturan 67 (1)

Seksyen 133(1), 135(1), 136


dan semua kesalahankesalahan dibawah peraturan

PERINTAH TETAP PENCEGAH BIL. 10

MUKA SURAT : 2/

KOMPAUN

TARIKH : 15 SEPTEMBER 2001

AKTA

6.3

6.4.

SEKSYEN

Akta Kastam 1967 (Pegawai Kastam


yang hak). Sila lihat Peraturan 67 (2)

Seksyen 135(1) (f) atau (g)


sahaja

Akta Eksais 1976. Sila lihat Peraturan


60, Peraturan Eksais 1977

Peraturan 60, semua


kesalahan yang disenaraikan
di Jadual Keempat

Akta Cukai Jualan 1972. Sila lihat


Peraturan 23 Peraturan Cukai Jualan

Seksyen 43 bagi semua


kesalahan

Akta Cukai Perkhidmatan 1975

Bahagian 6, perkara 19
Peraturan-Peraturan Cukai
Perkhidmatan 1975

Akta Zon Bebas 1990

Dibawah Jadual Kedua


Peraturan-Peraturan Zon
Bebas 1991

Panduan Mengenakan Kompaun


6.3.1

Ketua Stesen hendaklah berhati-hati dengan cadangan Pegawai Penyiasat di


bawah penyeliaannya supaya tidak beranggapan bahawa tawaran kompaun
merupakan satu jalan singkat untuk menyelesaikan sesuatu kes. Siasatan
menyeluruh hendaklah dijalankan terlebih dahulu .

6.3.2

Penyiasatan sesuatu kes hendaklah dijalankan secara menyeluruh meliputi


segala aspek. Bagi tujuan ini checklist siasatan mengikut Surat Pekeliling
Bahagian Pencegahan Bil.3/91 hendaklah dipatuhi.

6.3.3

Ketua Stesen hendaklah mengkaji segala bukti yang terdapat di dalam


sesuatu kes mengikut merit sama ada ianya patut dikompaun atau pun
didakwa. Budi bicara hendaklah dilaksanakan dengan adil dan saksama.
Keputusan hendaklah dibuat dengan segera apabila siasatan selesai.

Kuasa Mengenakan Kompaun Dibawah Akta Kastam 1967


Kuasa mengenakan kompaun di peruntukkan di bawah Seksyen 131 Akta Kastam
1967 . Di bawah kategori ini , terdapat 3 kategori kompaun seperti berikut :
6.4.1

Di bawah Seksyen 131(1) , memperuntukkan kuasa kompuan kepada


pegawai kanan untuk mengkompaun semua kesalahan yang boleh
dikompaun di bawah Akta Kastam 1967 dengan sejumlah wang tidak melebihi
RM 5,000.00.

PERINTAH TETAP PENCEGAH BIL. 10

MUKA SURAT : 2/

KOMPAUN

TARIKH : 15 SEPTEMBER 2001

6.4.2

Di bawah Seksyen 131(2) , memperuntukkan kuasa kompaun kepada


pegawai kastam yang hak untuk mengkompaun semua kesalahan yang
boleh dikompuan di bawah Akta Kastam 1967 dengan sejumlah wang tidak
melebihi RM 100.00

6.4.3

Di bawah Seksyen 131(2A) memperuntukkan kuasa kompaun kepada KPK


untuk mengkompaun semua kesalahan yang boleh dikompuan seperti
berikut :-

6.4.4

6.5

6.4.3.1

Bagi barang-barang yang berduti sejumlah wang tidak melebihi


sepuloh kali ganda duti kastam .

6.4.3.2

Bagi lain-lain barangan , sejumlah wang tidak melebihi sepuloh


kali ganda nilai barangan .

Bagi melaksanakan peruntukkan Seksyen 131(2A) , kuasa yang diberikan


kepada KPK hanya boleh dilaksanakan oleh KPK sendiri atau mana-mana
Pegawai Kanan Kastam yang berpangkat tidak rendah dari PKPK seperti
yang diperuntukkan di bawah Seksyen 131(2B).

Kriteria Kes
6.5.1

6.5.2

Kes-kes berikut hendaklah dirujuk kepdaa KPK melalui TKPK(P) untuk


keputusan dan jumlah kompaun.
6.5.1.1

Kes yang melibatkan duti melebihi RM 1,000,000.00 atau

6.5.1.2

Kes-kes yang melibatkan nilai melebihi RM 2,000,000.00 atau

6.5.1.3

Kes-kes yang melibatkan perancang sindiket (mastermind) dan

6.5.1.4

Kes-kes yang melibatkan keselamtaan dan kepentingan negara.

Lain-lain kes yang diarahkan sendiri oleh TKPK(P).

PERINTAH TETAP PENCEGAH BIL. 10

MUKA SURAT : 2/

KOMPAUN

TARIKH : 15 SEPTEMBER 2001

6.6

Kesan kompaun di bawah seksyen 131(3) Akta Kastam 1967.


6.6.1

Apabila kompaun telah dijelaskan;


a.

Orang Kena Tuduh hendaklah dilepaskan.

b.

Barang-barang rampasan yang berduti atau hasil jualan di bawah


seksyen 115 boleh dikembalikan setelah duti dijelaskan.

c.

Barang-barang rampasan yang dilarang atau hasil jualan di bawah


seksyen 115 hendaklah dilucuthak .

d.

Barang-barang larangan bersyarat


boleh dikembalikan semula
kepada OKT sekiranya suatu lesen dikeluarkan oleh pihak berkuasa
berkenaan dalam tempoh 30 hari dari tarikh kompaun dibayar .

Bagi maksud para (d) diatas,lesen yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa
berkenaan , hendaklah dikemukakan dalam tempoh 30 hari dari tarikh
kompaun dibayar.

6.7

Buku Kompaun JK 61A


6.7.1

Borang JK 61A hendaklah diisikan dengan


Sekiranya sesuatu kesalahan itu dilakukan oleh
atau pertubuhan, catatan hendaklah dibuat
bertanggungjawab dan bukannya nama syarikat /
tersebut.

lengkap dan sempurna.


sesebuah syarikat / firma
atas nama orang yang
firma atau pun pertubuhan

6.7.2

Salinan asal JK 61A yang telah disempurnakan hendaklah diberikan kepada


orang yang kena kompaun. Salinan Pendua hendaklah difailkan di dalam
Kertas Siasatan. Salinan Ketiga disimpan di dalam Buku Kompaun JK 61A.
Buku-buku Kompaun JK 61A
sama ada yang belum ataupun telah
digunakan hendaklah disimpan dengan selamat.

6.7.3

Kes-kes kompaun yang tidak melibatkan pembukaan Kertas Siasatan seperti


kes-kes oleh Cawangan Hasil, ringkasan kes hendaklah disediakan dan
dilekatkan kepada salinan kedua dan ketiga JK 61A. Salinan Kedua
hendaklah diserahkan kepada Stesyen Pencegahan untuk dimasukan ke
dalam Sistem Maklumat Kastam (SMK) Aplikasi Pencegahan tidak lewat
daripada satu minggu setelah kompaun dijelaskan.

PERINTAH TETAP PENCEGAH BIL. 10

MUKA SURAT : 2/

KOMPAUN

TARIKH : 15 SEPTEMBER 2001

6.7.4

6.8.

Kes Yang Melibatkan Pegawai Kerajaan/Orang-Orang Kenamaan/Kerabat Diraja


6.8.1

7.

8.

Kutipan kompaun termasuk cukai hendaklah menggunakan Resit Kew.38.


Amaun cukai dan kompaun termasuk
jenis cukai hendaklah dicatat
berasingan dalam Kew. 38. Nombor Resit Kew.38 hendaklah dicatatkan di
dalam Borang JK 61A berkenaan.

Kes yang melibatkan pegawai-pegawai kerajaan, orang-orang kenamaan dan


kerabat-kerabat diraja, hendaklah merujuk kepada Pengarah Kastam Negeri
sebelum keputusan kompaun ditawarkan.

RUJUKAN
7.1

Akta Kastam 1967

7.2

Akta Eksais 1976

7.3

Akta Cukai Jualan 1972

7.4

Akta Cukai Perkhidmatan 1975

7.5

Akta Zon Bebas 1990

7.6

Peraturan-Peraturan Kastam 1977

7.7

Peraturan-Peraturan Eksais 1977

LAMPIRAN
8.1

Contoh Borang JK 61A

8.2

Contoh Resit Kew. 38

8.

9.

PERINTAH TETAP PENCEGAH BIL. 10

MUKA SURAT : 2/

KOMPAUN

TARIKH : 15 SEPTEMBER 2001

LAMPIRAN
8.1

Contoh Borang JK 61A

8.2

Contoh Resit Kew. 38

PENGUATKUASAAN :
9.1

Perintah Tetap Pencegahan ini berkuatkuasa mulai dari tarikh ianya di keluarkan .

10. PENUTUP
10.1

Penyelesaian kes secara kompaun adalah bagi kes-kes yang mana duti terlibat
adalah kecil dan kes yang melibatkan kesalahan teknikal.

10.2

Ketua Stesen hendaklah meneliti dan berhati-hati semasa membuat


keputusan untuk menyelesaikan kes secara kompaun. Siasatan rapi
mestilah dibuat terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan
dipertimbangkan.

( DATO ZALEHA BINTI HAMZAH )


Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Pencegahan)
b.p. Ketua Pengarah Kastam Malaysia.

You might also like