You are on page 1of 7

DISEDIAKAN OLEH:

ADAM KHALIQ BIN MOHD


NADZRI
5 IBNU HAITAM
PENCARAN BIJI BENIH

Tumbuhan memastikan kemandirian


spesiesnya melalui
pencaran biji benih atau buahnya.
Biji benih atau buah perlu dipencarkan untuk
memastikan anak pokok boleh bertumbuh
dengan sihat dan kemudian menghasilkan
tumbuhan yang baharu.
Pencaran biji benih atau buah dibantu oleh
agen pencaran seperti haiwan, angin,
air dan mekanisme letupan.
Tumbuhan memerlukan agen untuk
menyebarkan biji benihnya.
Biji benih perlu disebarkan untuk mengelakkan
berlakunya persaingan di antara anak-anak
pokok.
Terdapat 4 agen penyebaran biji benih iaitu
melalui haiwan/serangga, air, angin dan
mekanisme letupan.

a) agen penyebaran - haiwan/serangga


Biji benih yang disebarkan melalui kaedah ini
mempunyai beberapa ciri iaitu:i. rasa yang sedap
ii. bau yang harum
iii. biji benih yang kecil dan keras
iv. mempunyai warna yang menarik
v. mempunyai cangkuk
Contoh biji benih ialah rambutan, betik, durian,
manggis, cili, kemuncup dan lain-lain lagi.

Kemuncup

pokok rambutan

Durian
b)agen penyebaran air
Ciri-ciri biji benih ialah:i. mempunyai kulit yang kalis air
ii. boleh terapung di permukaan air
iii. kulit berlilin
iv. habitat tumbuhan berhampiran air
v.bersabut
vi. mempunyai rongga udara
Contoh ialah buah pong-pong, kelapa, teratai

Kelapa

teratai

Buah pong-pong
c) agen penyebaran angin
Ciri-ciri biji benih ialah:i. mempunyai kepak dan struktur seperti sayap
ii. ringan dan mudah diterbangkan oleh angin
iii.berbulu
Contoh ialah biji buah meranti, angsana, lalang
dan dendelion

Pokok Angsana

pokok meranti

Pokok kapas

Bunga Dendelion

d)agen penyebaran - mekanisme letupan


Ciri-ciri biji benih:i. mempunyai kulit luar yang akan kering dan
boleh merekah apabila matang
Contoh ialah keembong, getah, bendi, saga,
jering dan lain-lain lagi

Biji getah

Bunga keembong

Pokok bendi

pokok jering

You might also like