You are on page 1of 2

NURUL AFIQAH BT ZAMRI

1.0 PENGENALAN
Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum, bangsa dan etnik.
Di dalamnya juga terdapat pelbagai budaya dan kepercayaan yang diamalkan oleh
mereka. Menurut Che Su Mustaffa dan Rasilah Mohd Rosdi (2005), kepelbagaian kaum
di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan masyarakat tersebesar selain
Bumiputera dan golongan Peranakan. Tiga kumpulan tersebut adalah Melayu, Cina dan
India. Kepelbagaian ini juga telah menjadikan negara kita sebuah negara yang unik.
Menurut Edward Burnett Tylor, budaya atau kebudayaan merupakan sesuatu yang
kompleks. Hal ini kerana di dalamnya terkandung pengetahuan, kepercayaan, kesenian,
moral, hukum, adat dan sebagainya.
Menurut kamus dewan edisi ke-3 (1996) dalam muka surat 180 mentakrifkan budaya
sebagai tamadun atau peradaban. Selain itu juga, budaya bermaksud kemajuan fikiran
atau akal budi iaitu cara berfikir dan berkelakuan. Manakala, Dr. Mohd. Arshad Hj. Taib
menyatakan budaya adalah amalan yang merupakan gaya hidup dan peradaban bagi
sesuatu masyarakat. Budaya ini wujud hasil pegangan dan kecenderungan diri
masyarakat berkenaan dalam pelbagai bidang hidup, serta untuk memberi kepuasan
dan merangsang kemajuan hidup masyarakat tersebut. Jika dalam konteks pendidikan
pula, kepelbagaian ini tidak hanya dilihat dari sudut ras, etnik dan adat budaya sahaja,
malahan melibatkan skop yang lebih besar.
Seterusnya, menurut Noriati (2011) dalam mengupas hal ini dengan lebih mendalam
berkaitan kepelbagaian budaya, konsep-konsep yang berkaitan dengan sosiobudaya
seperti bangsa, bahasa, adat resam, struktur masyarakat atau kelas sosial, serta jantina
dan implikasinya dalam mewujudkan integrasi nasional. Hal ini membawa maksud
kepelbagaian sosiobudaya ini apabila hadirnya kerencaman yang jelas dalam kalangan
murid-murid. Jelaslah di sini bahawa, bukan negara kita sahaja yang menghadapi
cabaran yang sama. Tetapi yang membezakannya adalah kesukaran cabaran tersebut.
Kerja kursus ini menekankan hak pendidikan golongan minoriti. Kewujudan golongan
minoriti ini juga telah mewujudkan kepelbagaian sosiobudaya dalam masyarakat, sekali
gus menjadikan objektif pendidikan turut perlu dipelbagaikan. Berdasarkan penjelasan
James (2006), objektif pendidikan pelbagai budaya ini amat penting untuk mengukuhkan
hubungan antara kaum dan membantu semua murid bagi mencerna pengetahuan, sikap
dan kemahiran yang diperlukan dalam interaksi berbilang kaum serta budaya. Hal ini
bagi mewujudkan satu suasana yang lebih demokratik dan adil.
Menurutnya juga, matlamat pendidikan pelbagai budaya ini adalah untuk mendidik
murid-murid supaya lebih tahu, ambil berat dan bertindak mempromosikan sikap
demokrasi serta keadilan sosial.
1

NURUL AFIQAH BT ZAMRI

Kumpulan minoriti ini ditafsirkan sebagai suatu kumpulan etnik dalam sesebuah
masyarakat yang mempunyai jumlah ahli yang kecil (Syed Ismail, 2009). Kumpulan ini
juga kebanyakannya terdapat di Sabah dan Sarawak. Di tanah Semenanjung juga ada
tetapi bilangannya lebih sedikit jika dibandingkan dengan Sabah dan Sarawak. Kaum
Asli juga tergolong dalam kalangan kumpulan minoriti. Kumpulan-kumpulan ini sering
terpisah daripada arus pembangunan dan pendidikan amnya kerana faktor georafi dan
taburan penduduknya yang secara kasarnya tinggal di kawasan ceruk, rantau dan
pedalaman.
Kumpulan minoriti ini tidak hanya terhad kepada isu etnik dan kaum semata-mata.
Bahkan golongan seperti ibu dan bapa tunggal, individu yang mempunyai pekerjaan
yang kurang mendapat sambutan di pasaran seperti tukang sapu, pemandu teksi dan
sebagainya. Selain itu, golongan yang bermasalah disiplin seperti pelajar ponteng
sekolah, kaki buli dan sebagainya juga dianggap sebagai kumpulan minoriti. Hal ini
kerana mereka tergolong daripada sekelompok kecil pelajar yang bermasalah.
Walaupun golongan minoriti ini hanyalah suatu kumpulan kecil, tetapi mereka tetap perlu
mendapat perhatian yang serius. Hal ini kerana mereka juga perlu mendapat hak yang
samarata seperti golongan utama di Malaysia.
Bagi memenuhi syarat yang telah termaktub dalam kerja kursus ini, beberapa
individu yang tergolong dalam kumpulan minoriti telah ditemu bual untuk mendapatkan
beberapa maklumat dan sedikit kajian berkaitan hak pendidikan dan cabaran dalam
menyediakan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Antara individu yang
ditemu bual adalah ibu tunggal dan individu daripada kaum India.

You might also like