Professional Documents
Culture Documents
PENGENALAN
Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting dalam dunia
pendidikan. Sering kali istilah ini bertukar ganti digunakan. Misalnya, sesetengah guru
apabila mengedarkan kertas ujian, mereka mungkin mengatakan mereka mengukur
prestasi pelajar atau menilai prestasi pelajar dalam sesebuah bilik darjah tanpa mengambil
hirau maksud sebenar atau maksud khusus yang mendukung istilah berkenaan. Akan
tetapi secara khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan mempunyai makna yang lebih
spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai perbezaan.
Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik ialah dengan mengambil kira semua
faktor yang boleh mempengaruhi maklumat atau dapatan yang diperolehi supaya dapat
membantu guru dalam membuat sebarang keputusan yang tepat. Dan apa yang ingin
diterangkan secara ringkas di bawah ini ialah tentang tujuan-tujuan pengujian dan
penilaian itu sendiri.
DEFINISI
Antara ketiga-tiga istilah (pengujian, pengukuran dan penilaian) berkenaan, pengujian
selalunya dianggap mendukung maksud yang lebih sempit atau khusus.
Pengujian
Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati
perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menghuraikan dengan bantuan skala
bernombor, atau satu sistem yang berkategori. Misalnya, skala bernombor seperti angka
30/100 untuk ujian penglihatan, 100 untuk ujian darjah kecerdasan (IQ Test) dan 80/100
bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains. Manakala contoh sistem
berkategori pula seperti ekstrovert atau introvert bagi ujian personaliti, atau rabun
warna bagi ujian penglihatan.
Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang
dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros (1981) seperti yang dipetik dalam Raminah
Haji Sabran (1991) yang menegaskan bahawa:
Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan
yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau
ditentukan. Maklumat yang diperolehi daripadanya akan dijadikan
dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan. (Raminah 1991:2)
Hasil daripada jawapan yang diberikan yang diberikan oleh pelajar, satu ukuran yang
disebut sebagai markah akan diberikan kepada individu berkenaan. Pengujian
menjelaskan keadaan berapa baguskah prestasi murid yang diuji.
Secara ringkas Pengujian ialah : Satu prosedur yang sistematik bagi mengukur perubahan
tingkah laku. Tujuan ialah menentukan pencapaian murid dalam sesuatu pembelajaran.
Boleh dalam bentuk pemerhatian, ujian lisan mahupun bertulis.
Penilaian
Penilaian adalah suatu istilah yang boleh didefinisikan dengan banyak cara, Stufflebeam
et al. (1971:xxv) menyatakan penilaian sebagai the process of delineating, obtaining,
and providing useful information for judging decision alternatives. Definisi ini
menjangkau melepasi daripada maksud pengujian dan pengukuran.
Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap sistematik
semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif
yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Hal ini seterusnya bagi membolehkan guru dapat
membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan
pembelajaran.
Dalam sesuatu bilik darjah, apabila guru memberikan ujian, adakah guru berkenaan
mengukur pencapaian pelajar atau guru menilai pencapaian pelajar. Dalam keadaan ini
kita boleh mengatakan bahawa guru sebenarnya mengukur pencapaian pelajar melalui
ujian yang dijalankan. Dalam sesetengah keadaan penilaian dibuat tanpa sebarang
pengukuran yang melibatkan ujian terlebih dahulu; tetapi hanya melibatkan pertimbangan
nilai semata-mata.
Secara ringkasnya Penilaian ialah : Satu proses membuat pertimbangan dalam mentafsir
hasil pengukuran. Bertujuan memberikan maklumat tentang pencapaian murid, objektif
pelajaran, kaedah mengajar dan kurikulum.
Kesimpulannya, dasar penting bagi pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan adalah melalui langkah-langkah pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat
dan berkesan dijalankan oleh guru di bilik darjah. Justeru, kecekapan guru dalam
membangunkan instrumen pengujian dan penilaian amat penting malah sama pentingnya
dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran.
TUJUAN-TUJUAN PENGUJIAN DAN PENILAIAN
Secara khusus, dalam konteks pembelajaran di kelas, penilaian dilakukan untuk
mengetahui kemajuan dan hasil belajar peserta didik, mendiagnosa kesulitan belajar,
memberikan umpan balik/perbaikan proses belajar mengajar, dan penentuan kenaikan
kelas. Melalui penilaian dapat diperoleh informasi yang tepat tentang penyelenggaraan
pembelajaran dan keberhasilan belajar peserta didik, guru, serta proses pembelajaran itu
sendiri. Berdasarkan informasi itu, dapat dibuat keputusan tentang pembelajaran,
kesulitan peserta didik dan upaya bimbingan yang diperlukan serta keberadaan
kurikukulum itu sendiri. Selain itu tujuan-tujuan lainnya ialah :
1. Sebagai penggerak / motivasi
Ujian juga memainkan peranan sebagai penggerak bagi murid-murid. Dengan adanya
ujian, murid-murid cenderung untuk memberi perhatian kapada pelajaran yang
disampaikan oleh guru. Sebahagian besar murid akan hanya mula mengulang kaji bahanbahan pelajaran lampau apabila diberitahu akan diadakan ujian. Begitu juga keadaan
murid-murid di kelas yang akan menempuh peperiksaan mendesak mereka belajar
bersungguh-sungguh untuk lulus peperiksaan. Pengujian yang berdasarkan objektif-
objektif pendidikan dapat memaksa guru dan murid berusaha mencapai terhadap objektifobjektif itu.
Juga memberi kesedaran kepada kanak-kanak bahawa manusia perlu hidup dalam
keadaan berharmoni dengan alam sekitarnya dan membina serta memupuk kemahiran
murid-murid untuk menyelesaikan masalah yang berbangkit dari semasa ke semasa.
setereusnya untuk merangsangkan murid supaya terus memperbaiki pembelajarannya
melalui tunjuk ajar dan bimbingan guru secara berterusan di bawah aktiviti PKBS
(penilaian kemajuan berasaskan sekolah).
2. Sebagai alat mencari punca kelemahan
Pengujian diagnostik dapat mengesan punca kelemahan murid dalam pembelajaran.
Maklumat pengujian ini membolehkan guru menyediakan program pemulihan.
Untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan pembelajaran murid supaya tindakan susulan
yang sesuai dapat dijalankan untuk membantu mereka mengatasi kelemahan yang telah
dikenal pasti. Dan seterusnya untuk memperbaiki pembelajaran murid dengan
mengubahsuai aktiviti pengajaran dan pembelajaran berasaskan maklumat yang
deperolehi dari PKBS.
Ianya juga dapat mengenalpasti kelemahan dan kekuatan kurikulum, dan seterusnya
mengubahsuainya mengikut maklumat dan objektif yang ditentukan.
3. Bagi mendapatkan maklumbalas (feedback)
Meninjau setakat mana objektif pelajaran telah dicapai oleh murid. Menentukan
kemajuan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Memahami daya penyerapan murid
dalam pembelajaran. Memberi penjelasan kepada guru sama ada pengajarannya berkesan
atau tidak. Memberi gambaran kepada guru supaya mengambil tindakan untuk
memperbaiki pengajaran selanjutnya.
Pengujian dan penilaian yang dijalankan oleh guru dalam bilik darjah akan dapat
memberikan maklum balas kepada guru berhubung tahap penguasaan pelajar terhadap
sesuatu kemahiran yang telah disentuh dalam bilik darjah serta meninjau masalah yang
timbul dalam sesi pengajaran pembelajaran yang berlangsung. Dengan itu guru dapat
mengenal pasti tahap kemajuan seseorang murid dalam bilik darjah tersebut sama ada
pada tahap yang sangat memuaskan, sederhana, lemah atau tidak ada sebarang kemajuan
langsung. Daripada penilaian yang dijalankan juga guru dapat mengenal pasti murid
yang cergas, yang memerlukan aktiviti pengayaan dan murid yang lemah yang
memerlukan aktiviti pengayaan. Guru juga akan membuat keputusan sama ada untuk
mengubah strategi pengajaran agar lebih bersesuaian dengan keperluan murid atau
mengulang menggunakan strategi sama dan sebagainya.
Bagi murid-murid pula, hasil ujian mungkin merupakan suatu perangsang bagi mereka
sekiranya keputusan yang diterima adalah baik. Prestasi mereka yang baik seterusnya
akan mendorong mereka belajar dengan lebih tekun lagi. Sebaliknya, keputusan yang
kurang baik mungkin akan mencabar murid berkenaan untuk berusaha dengan lebih kuat.
Setengah-setengah ibu bapa, setelah mendapat maklum balas tentang hasil ujian anakanak mereka akan berikhtiar untuk mendapatkan bimbingan tambahan bagi anak-anak
mereka.
4. Menilai prestasi / pencapaian / kemajuan murid-murid.
Proses penilaian dan pengujian yang dijalankan pada peringkat akhir sesi pengajaran dan
pembelajaran dapat memberikan maklumat tentang setakat mana penguasaan muridmurid tentang sesuatu kemahiran yang telah diajar. Selain penilaian yang dijalankan pada
akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, proses penilaian yang dijalankan pada akhir
sesuatu tempoh pengajian yang ditetapkan, misalnya pada akhir tahun sesi persekolahan
atau kepada pelajar Tahun 6 (PSR), Tingkatan 3 (PMB) dan Tingkatan 5 (O Level)
adalah bertujuan untuk menentukan gred yang memperlihatkan tahap pencapaian secara
keseluruhan
peringkat ini lebih bercorak formal dengan memfokuskan kepada pemberian anugerah
atau pengiktirafan (hadiah Brunei shell) kepada pelajar hasil daripada pencapaian yang
ditunjukkan oleh mereka dalam peperiksaan.
Hasil penilaian yang dijalankan akan memperlihatkan pencapaian pelajar mengikut gred
yang telah ditetapkan sama ada cemerlang, sederhana atau gagal. Guru akan dapat
membezakan murid-murid yang
membuat
tertentu. Pengesanan tahap kemajuan yang berterusan ini akan memungkinkan guru
mengetahui masalah yang dihadapi oleh pelajar. Adakah murid mempunyai masalah
dalam mempelajari dan menguasai sesuatu kemahiran yang telah diajar sebelumnya di
dalam bilik darjah? Sekiranya menghadapi masalah, guru akan menyelidiki aspek atau
kemahiran yang menimbulkan masalah kepada murid-murid dan mengenal pasti punca
masalah tersebut berlaku.
Maklumat berkenaan amat perlu kepada guru bagi menyediakan latihan yang khusus atau
pemerhatian yang lebih kepada murid-murid berkenaan supaya masalah yang dihadapi
dapat diatasi, seterusnya guru akan merancang isi pelajaran serta menggunakan
pendekatan atau kaedah yang sejajar dengan pengetahuan sedia ada murid. Dengan cara
ini aktiviti serta isi pelajaran yang disediakan dapat menampung keperluan murid
berkenaan.. Tanpa penilaian dan pengujian yang dijalankan,
murid-murid yang
menghadapi masalah sukar dibantu dan akibatnya mereka akan terus ketinggalan dari arus
perdana persekolahan.
6
digunakan oleh guru dalam perancangan kaedah, bahan-bahan pengajaran dan alat-alat
bantu mengajar.
Di samping itu, guru juga dapat menentukan adakah semua murid dapat dipilih serta
dikelompokkan dalam satu kumpulan yang besar berasaskan tahap penguasaan yang
berbeza atau di kelompokan dalam kumpulan yang sama. Dalam suasana penguasaan
yang berbeza, wajar bagi guru menempatkan murid mengikut tahap penguasaan masingmasing dan menumpukan pengajaran mengikut keperluan murid yang berbeza-beza.
Keadaan ini menunjukkan tujuan penilaian dan pengujian yang dijalankan adalah untuk
memilih dan menempatkan pelajar mengikut tahap penguasaan sesuatu kemahiran.
10. Penyelidikan
Dalam satu-satu penyelidikan, maklumat diperlukan daripada berbagai-bagai sumber.
Dalam penyelidikan yang berkaitan dengan pendidikan, maklumat dapat diperoleh dari
ujian, pemerhatian, penggunaan soal selidik, biografi dan sebagainya. Keputusan pelbagai
jenis ujian seperti ujian tara, ujian kepantasan, ujian daya dan ujian perlakuan sentiasa
digunakan oleh para penyelidik dalam menjalankan kajian-kajian mereka.
KESIMPULAN
Dari tujuan penilaian yang telah disenaraikan tadi, tujuan untuk melihat tingkat
penguasaan kompetensi, bimbingan, dan diagnostik merupakan peranan utama dalam
penilaian.
Sesuai dengan tujuan tersebut, penilaian menuntut guru agar secara langsung atau tak
langsung mampu melaksanakan penilaian dalam keseluruhan proses pembelajaran. Untuk
menilai sejauhmana siswa telah menguasai beragam kompetensi, tentu saja berbagai jenis
penilaian perlu diberikan sesuai dengan kompetensi yang akan dinilai, seperti unjuk kerja
(performance), penugasan (projek), hasil karya (produk), kumpulan hasil kerja siswa
(portofolio), dan penilaian bertulis (paper and pencil test). Jadi, tujuan penilaian adalah
memberikan masukan informasi secara komprehensif tentang hasil belajar peserta didik,
baik dilihat ketika saat kegiatan pembelajaran berlangsung mahupun dilihat dari hasil
akhirnya, dengan menggunakan berbagai cara penilaian sesuai dengan kompetensi yang
diharapkan dapat dicapai peserta didik.
10
Bibliografi
Abdul Rahim Abdul Rashid, Abdul Aziz Abdul Talib, Abdul Ghafar Md.Din &
Mohamad Haron. (1992). Panduan Latihan Mengajar. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Ee Ah Meng. Pedagogi III. 1998. Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti.
Fred Percival, Henry Ellington. 1994. Penterjemah Noran Fauziah Yaacub. Buku
Penduan : Teknologi Pendidikan. Selangor Darul Ehsan : Percetakan Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Lee Shok Mee. (1990). Pedagogi 4 (A) : Pengujian Dan Penilaian Dalam
Pendidikan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
Mok Soon Sang. (1997). Pedagogi Dan Penilaian, Pemulihan, Pengayaan Dan
Pendidikan Inklusif. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
Mok Soon Sang Dan Lee Shok Mee. (1988). Latihan Mengajar : Untuk Maktab
Perguruan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
Raminah Hj Sabran. (1991). Penilaian dan pengujian Bahasa Malaysia:
Penerapannya pada peringkat sekolah rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
11