You are on page 1of 1

Kewujudan Bandar Sibu bermula pada pertengahan abad yang ke-19 iaitu sewaktu

berlakunya pergolakan politik di Sarawak yang mana pada masa tersebut Sibu
adalah merupakan tanah jajahan kesultanan Brunei. Akibat daripada pergolakan
tersebut James Brooke yang telah tiba ke Sarawak pada tahun 1841 telah
mengambil kesempatan dengan membantu kesultanan Brunei dalam menyelesaikan
masalah yang berlaku. Sebagai balasan kesultanan Brunei pada ketika itu telah
menyerahkan Sarawak termasuk Sibu kepada Rajah James Brooke pada tahun
1853. Menurut cerita, Sibu mendapat namanya sempena sejenis buah rambutan
tempatan yang disebut sebagai buah Sibau dalam bahasa Iban. Sepintas lalu pula
apabila disebut perkataan "Sibu". Sibu terdiri daripada 3 buah daerah iaitu Sibu,
Kanowit dan Selangau. Lokasi Sibu yang terletak di kawasan tengah Sarawak di
mana Sungai Rejang dan Igan bertemu iaitu kira-kira 130 kilometer dari Laut China
Selatan yang bersempadan dengan bahagian Sarikei, Mukah, Bintulu dan Kapit
telah menjadikan Sibu antara pusat perniagaan dan pelabuhan utama di Sarawak.
Jika Kuching merupakan pintu masuk utama di bahagian selatan Sarawak, maka
Sibu pula adalah merupakan pintu masuk utama di kawasan tengah Sarawak.
Bandar Sibu juga adalah merupakan bandar kedua terbesar selepas Kuching dan
dikenali sebagai sebuah bandar yang diasaskan oleh Imigran Foochow yang datang
dari selatan negara China

You might also like