You are on page 1of 10

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 akan memperkenalkan satu

Pakej Kerjaya Guru baru dalam usaha memartabatkan keguruan sebagai profesion pilihan
termasuk kaedah memberi ganjaran sepanjang tempoh kerjaya sebagai guru.

Menurut

laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, gelombang pertama


(2013-2015) memberi fokus kepada meningkatkan standard profesionalisme guru.
Peranan guru dalam usaha menyokong pembentukan tiga teras utama yang
ditekankan dalam usaha pembinaan negara bangsa, iaitu memperkukuhkan perpaduan,
membina identiti nasional dan semangat kebangsaan serta membangun sumber manusia
bersesuaian dengan keperluan menghadapi globalisasi adalah sangat penting. Oleh
demikian penting bagi setiap guru memahami peranan dan tanggunjawab masing-masing.

1.0 LAPORAN TEMU BUAL

Tugasan 2.0

2.1 berdasarkan hasil temu bual , bincangkan


Sejauh manakah aktiviti atau program mesra budaya di sekolah yang dapat membantu
meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

1. mereka akan duduk bersama


2. bertolak ansur
3.1 Kesan kurikulum tersirat terhadap kepelbagaian sosiobudaya dalam kalangan
murid sekolah rendah
Rajah 2

Mendisiplinkan murid
Pembentukkan kendiri murid dapat dilaksanakan
Menggalakkan penggunaan bahasa standard

Murid dapat belajar dalam keadaan ceria dan menyeronokkan


Membangunkan pencapaian murid bagi mengurangkan tingkah laku negatif
Menggalakkan interaksi antara murid secara meluas di dalam bilik darjah

Berpeluang mempelajari kepelbagaian budaya .


o

Ini boleh dilihat melalui pelajar yang berlainan agama, etnik, adat resam,
budaya.

Setiap pelajarberpeluang mempelajari adat resam dan budaya rakan-rakan


yang lain.

Setiap pelajar boleh menerima dan menghormati rakan-rakan dari pelbagai


agama, etnik, adat resam dan budaya tanpa rasa curiga atau ragu-ragu.

3.1.1 Menggalakkan interaksi antara murid secara meluas di dalam bilik darjah
Interaksi dalam bilik darjah merupakan satu aspek penting yang perlu dititikberatkan oleh
guru untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Melalui interaksi,
murid-murid dapat bergaul antara satu sama lain tidak kira berbeza agama, bangsa,
budaya, mahupun jantina. Interaksi adalah salah satu medium perantaraan bagi setiap
individu untuk bergaul mesra. Murid-murid tidak semestinya hanya berinteraksi untuk tujuan
pembelajaran, malah mereka perlu berinteraksi untuk keperluan sosialisasi mereka sendiri.
Secara tidak langsung, interaksi antara murid akan berlaku secara meluas di dalam
sesebuah kelas. Justeru, interaksi antara murid ini memainkan peranan penting ke arah
pembentukan budaya penyayang dalam kalangan murid. Tuntasnya, kurikulum tersirat
dapat menggalakkan persekitaran yang mesra budaya dalam sesebuah bilik darjah.

Membentuk interaksi sosial yang baik


o

Proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar kerana setiap


pelajar mempunyai sikap saling hormat-menghormati di antara satu sama
lain.

Penerapan konsep 1 Malaysia merupakan satu langkah wajar yang perlu


diberi sokongan semua pihak.

Dapat memupuk perpaduan yang erat di kalangan pelajar.

3.1.2 Membangunkan pencapaian murid bagi mengurangkan tingkah laku


negatif
Menurut Ahmad Rafaai Ayudin di dalam bukunya Siri Pendidikan, Pedagogi : Pengetahuan
Didaktik Untuk Guru pada halaman 193,guru adalah model bagi pelajarnya. Kelakuan, tutur
kata dan budi bicara akan mempengaruhi sikap dan tabiat pelajar, kerana Bandura
berpendapat, pelajar juga akan belajar melalui proses peniruan. Maka jelaslah bahawa,
tingkah laku negatif murid sudah pasti dapat dikurangkan jika seseorang guru mampu
menjadi teladan yang terbaik kepada anak muridnya. Justeru, seseorang guru perlu
memastikan setiap yang dilakukannya adalah perkara yang mendatangkan tingkah laku
positif terhadap murid.
3.1.3 Murid dapat belajar dalam keadaan ceria dan menyeronokkan
Bilik darjah yang telah diterapkan dengan amalan mesra budaya dapat memastikan semua
ahli kelas sentiasa berada dalam keadaan bersedia setiap kali p&p dijalankan. Perhatian
dan fokus murid merangsang mereka untuk memberi kerjasama kepada guru dalam setiap
aktiviti yang dilaksanakan.

Menurut Ahmad Rafaai Ayudin di dalam bukunya Siri

Pendidikan, Pedagogi : Pengetahuan Didaktik Untuk Guru pada halaman 70, ransangan
yang berkesan akan wujud apabila guru dapat menarik minat murid untuk melihat, memberi
tumpuan, mendengar, mencatat, menyoal, menjawab dan bertindak balas terhadap aktiviti
yang dikelola guru. Hal ini sudah pasti banyak membantu guru terhadap p&p yang
dilaksanakan, objektif p&p akan mudah tercapai malah murid akan merasakan aktiviti yang
dilalui sangat menyeronokkan. Oleh itu, jelaslah bahawa persekitaran yang mesra budaya di
dalam sesebuah bilik darjah itu, sangat membantu bagi memastikan sesuatu p&p yang
dijalankan guru berlaku dalam keadaan ceria dan Menggalakkan penggunaan bahasa
standard menyeronokkan.
3.1.4 Murid dapat belajar dalam keadaan ceria dan menyeronokkan
Salah satu strategi kerajaan dalam menyatupadukan masyarakat berbilang kaum dan
budaya di Negara ini adalah dengan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa
perantaraan di sekolah. Di dalam bilik darjah, semua murid diwajibkan menggunakan
bahasa

Melayu

ketika

berinteraksi

semasa

pengajaran

dan

pembelajaran

(p&p)

dilaksanakan. Hal ini sudah pasti dapat mengelakkan penggunaan unsur-unsur dialek
mengikut kaum semasa mereka berinteraksi. Pengunaan laras bahasa yang tepat yang
diamalkan dalam situasi yang sesuai serta aktiviti yang bercorak ke arah peningkatan

bahasa yang disertai murid mampu meningkatkan tahap penguasaan bahasa murid
terhadap bahasa standard. Perbendaharaan kata yang tepat akan membantu murid
mencapai kematangan sosial yang sepatutnya. Justeru, murid dapat mempraktikkan serta
mengamalkan bahasa standard secara tepat dengan adanya bantuan daripada guru.
3.1.5 Pembentukkan kendiri murid dapat dilaksanakan
Ahmad Rafaai Ayudin di dalam bukunya Siri Pendidikan, Pedagogi : Pengetahuan Didaktik
Untuk Guru pada halaman 193 ada menyatakan, Ibn Maskawaih berpendapat akhlak itu
dapat dibentuk dan dibina dalam diri manusia. Institusi pendidikan seperti sekolah dapat
dijadikan saluran penting pembinaan dan pengukuhan akhlak.
Pernyataan ini jelas membuktikan bahawa pembentukkan kendiri murid dapat disemai oleh
seorang guru di sekolah. Melalui tindakan yang berhemah serta dibaluti perasaan kasih
sayang, seseorang guru dapat memberi peluang yang terbaik untuk mengembangkan
potensi diri murid ke arah pembentukan modal insan yang berkualiti. Guru yang sentiasa
membiasakan diri dengan senyuman selain kerap dan mudah memberi penghargaan
apabila murid mempamerkan sesuatu yang lebih baik daripada sebelumnya, mampu
menarik perhatian murid untuk sentiasa melakukan perubahan positif terhadap diri mereka.
Tindakan seseorang guru yang tidak mepertikaikan kepercayaan dan amalan agama yang
dianuti oleh mana-mana murid berupaya menyemai semangat saling percaya dan
mempercayai ke dalam jiwa murid. Proses sosialisasi antara kaum tanpa mengira anutan
agama dapat dikembangkan sekali gus proses pembentukan kendiri murid dapat
dilaksanakan.
3.1.6 Mendisiplinkan murid
Sesebuah bilik darjah biasanya mempunyai organisasi yang tertentu. Di sini, seseorang guru
sebenarnya telah mengaplikasikan empowerment .Ahmad Rafaai Ayudin di dalam bukunya
Siri Pendidikan, Pedagogi : Pengetahuan Didaktik Untuk Guru pada halaman 194,
menyatakan empowerment ialah menurunkan kuasa pendisiplin dan pengurus bilik darjah
kepada pelajar dengan memberi mereka tanggungjawab untuk memastikan kebersihan,
menyediakan jadual tugasan, mengganti sebarang bentuk bahan-bahan bagi papan
kenyataan bilik darjah dan sebagainya. Berdasarkan pernyataan ini, jelas membuktikan bilik
darjah yang mesra budaya mampu menjadikan seseorang murid lebih berdisiplin, amanah
serta bertanggungjawab terhadap tugas yang dipegangnya. Guru dapat membimbing murid
untuk menjadi lebih berdisiplin dengan mengamalkan peneguhan positif terhadap hasil
tugas murid.

2.2 isu berkaitan murid/ kepelabaahian murid atau guru yang terdapat du Msalaysia.. dan
cadangfjkan langkah, aktiviti, program mesra budaya yang dapat mengatasi isu-isu yang
dibincangkan.
IMPLIKASI NEGATIF:- boleh dipositifkan

Mempunyai masalah dalam kerja kumpulan.


o

Aktiviti kumpulan yang dijalankan pasti menghadapi masalah apabila pelajar


mula mempersoalkan isu kepelbagaian bangsa.

Pelajar yang memilih ahli-ahli kumpulan dari bangsa yang sama akan
menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pelajar yang berkenaan.

Matlamat utama kumpulan sudah pasti tidak akan dapat dicapai.

Masalah komunikasi dan bahasa


o

Masalah komunikasi akan timbul sekiranya seseorang pelajar tidak dapat


menguasai Bahasa Melayu dengan baik.

Pelajar yang tidak dapat menguasai Bahasa Melayu dengan baik sudah pasti
akan merasa tersisih dan rendah diri bila berkomunikasi dengan rakan
mereka.

Ini akan mewujudkan jurang pemisah yang besar di kalangan pelajar.

Sukar mewujudkan persefahaman


o

Persefahaman tidak dapat diwujudkan apabila timbul

persepsi negatif

terhadap rakan-rakan yang berlainan agama, budaya dan bangsa.


o

Pelajar seharusnya tidak bersikap memilih kawan kerana kita semua


adalah rakyat Malaysia.

Penguasaan Bahasa Melayu bagi setiap pelajar juga penting memandangkan


Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi.

Wujud rasa rendah diri dan tidak yakin pada diri sendiri
o

Pelajar yang disisihkan oleh kawan-kawannya sudah pasti akan berasa


rendah diri dan kurang keyakinan diri.

Masalah rendah diri dan kurang keyakinan diri akan mempengaruhi aspekaspek yang lain seperti masalah komunikasi, tidak ramai kawan, takut dan
sukar memberikan pandangan dan pendapat.

Cabaran

Kepada

Guru

Dalam hal ini, guru mesti memiliki rasa kesungguhan dan penghayatan yang mendalam
ketika melaksanakan upacara/program untuk menangani isu kepelbagaian budaya yang
dianjurkan oleh pihak kementerian pelajaran/sekolah sehingga boleh menjadi role model
kepada

para

murid

di

sekolah.

Antara cabaran kepada guru dalam menangani isu kepelbagaian budaya di sekolah ialah
meningkatkan kesedaran pelajar. Kesedaran yang hendak diterapkan dalam pemikiran
pelajar
i.

berbilang
menerima

kaum
dan

di

Malaysia

ialah

menghargai

bagaimana

identiti

setiap

:
kaum.

ii. menghormati perbezaan budaya yang wujud (nilai, adat resam dan cara hidup).
iii.
iv.

menghargai
mempunyai

kemahuan

v.
Cara

keunikan

untuk

berkongsi

bersekutu
Menangani

persamaan,

budaya.
sedia

bekerjasama.

memajukan
Isu

bangsa.

Kepelbagaian

Budaya

Jika membincangkan kepelbagaian budaya adalah sangat penting mengaitkannya dengan


Integrasi nasional. Justeru pemahaman integrasi nasional merupakan inti pati kepada
keperluan perpaduan negara. Integrasi Nasional dalam merujuk kepada Husein Ahmad
(2000) dan Zakaria Abd Wahab (2000) yang merujuk makna integrasi nasional sebagai
sesebuah masyarakat yang bersatu padu yang bercirikan persefahaman budaya, interaksi
sosial, boleh bertoleransi antara kaum, memahami serta mengiktiraf persamaan dan
perbezaan antara kaum. Ciri-ciri ini adalah merupakan satu asas bagi menentukan
wujudnya

integrasi

nasional

bagi

membentuk

identiti

bangsa

Malaysia.

Antara cara-cara yang boleh dilaksanakan oleh guru untuk mengatasi masalah
kepelbagaian

budaya

adalah

seperti

berikut

Guru hendaklah mengambil daya usaha untuk menunjukkan kemesraan

Guru hendaklah bersedia melayani murid-murid mengikut kebolehan dan

sifat mereka yang berlainan.

Memberi pendedahan murid-murid terhadap kepelbagaian sosio budaya

Mempelbagaikan kaedah pengajaran dan strategi pengajaran

Menggalakkan aktiviti yang melibatkan penglibatan semua murid

Menghormati dan memahami keadaan sosial murid-murid

Guru hendaklah mewujudkan suasana demokratik dalam kelas

2.0

ISU DAN CABARAN GURU


2.1

Cabaran kepelbagaian budaya.

Menurut Kamus Dewan Edisi ke-3, 1996, m/s:180 menyatakan bahawa budaya
dapat ditakrifkan sebagai tamadun atau peradaban. Budaya juga bermaksud kemajuan
fikiran atau akal budi (cara berfikir dan berkelakuan). Budaya seringkali dikaitkan dengan
etnik, agama, jantina sosio ekonomi serta latar belakang keluarga. Aspek-aspek ini adalah
saling berkait antara satu sama lain bagi menggambarkan akan kepelbagaian yang wujud di
antara murid di dalam sesebuah bilik darjah. Sebagai guru perlulah tahu bahawa setiap
individu murid itu mempunyai budaya, latar belakang keluarga dan tahap sosioekonomi
yang berbeza-beza yang mana sedikit sebanyak memberi kesan kepada pembelajaran
mereka.
Oleh yang demikian pemahaman yang mendalam terhadap kepelbagaian murid
yang wujud bukan hanya dilihat dari segi tahap pembelajaran mereka bahkan juga
pemerhatian yang teliti perlu diberikan kepada budaya, etnik, bangsa, agama, latar belakang
keluarga, sosioekonomi dan gaya pembelajaran murid itu sendiri. Kepelbagaian yang wujud
antara murid perlu dikaji dan difahami dengan sebaiknya dalam membantu untuk

memahami gaya pembelajaran dan diselitkan dengan latar belakang budaya setiap orang
murid dalam menentukan strategi pengajaran yang lebih berkesan.
Kebiasaannya guru berhadapan dengan dua cabaran yang besar iaitu karenah
murid yang datang dari pelbagai budaya dan memastikan gaya pengajaran yang
disampaikan sesuai dengan gaya pembelajaran murid. Guru yang memahami pembelajaran
dan perbezaan budaya akan berusaha bersungguh-sungguh dalam menangani cabaran
yang wujud dalam bilik darjah. Perlakuan mereka perlu dibentuk melalui pendidikan dan
asuhan yang terbaik dengan memahami latar belakang identiti diri mereka tidak kira dari
segi budaya, etnik, usia, jantina, sosio ekonomi, gaya pembelajaran dan sebagainya.
Konsep ini dipilih adalah berdasarkan keperluan guru untuk memahami bahawa
terdapat perbezaan antara setiap murid dengan murid yang lain. Hal Ini mendesak guru
untuk menggunakan kemahiran yang optimum dalam pengurusan bilik darjah. Malah adalah
penting bagi guru memahami tingkah laku dan budaya murid terlebih dahulu supaya
sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat.

Kepelbagaian pengajaran yang sesuai dengan tahap serta gaya pembelajaran


murid akan memberi faedah kepada semua murid tanpa mengira kepelbagaian yang wujud
di dalam sesebuah bilik darjah. Dengan kata lain, meningkatkan metodologi pengajaran dan
amalan bagi murid-murid tertentu akan menghasilkan pembaikan pengajaran untuk semua.
Dari segi murid yang pelbagai budaya, guru perlu memikirkan cara yang tersendiri
dalam memberikan kesamarataan pembelajaran yang selari untuk semua murid-muridnya
tanpa mengira budaya. Oleh yang demikian guru harus memahami murid-muridnya sama
ada Melayu, Cina mahu pun India yang mempunyai tahap kefahaman dan gaya
pembelajaran yang berbeza-beza antara satu sama lain.
Secara kesimpulannya, kepelbagaian murid, gaya pembelajaran, dan budaya
merupakan tiga aspek penting serta secara tidak langsung menjadi cabaran utama dalam
menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Kepekaan guru terhadap
kepelbagaian ini adalah sangat penting dalam dunia pendidikan. Apa jua cabaran yang
mendatang, inilah dunia pendidikan yang sebenar dalam menyatukan kepelbagaian murid
yang pelbagai budaya
2.2

Cabaran pendemokrasian pendidikan.

Mengikut Kamus Dewan pendemokrasian bermakna peluang, tindakan atau proses


manakala pendidikan bermaksud mendidik dengan ilmu pengetahuan. Pendemokrasian
pendidikan bermaksud memberi peluang-peluang yang sama untuk semua kanak-kanak
mendapatkan pendidikan. Pendemokrasian pendidikan itu ditegakkan atas beberapa prinsip

antaranya setiap orang adalah berhak ke atas pendidikan. Pendidikan haruslah boleh
dipelajari secara bebas, tanpa sebarang sekatan-sekatan yang tertentu atau setidaktidaknya pada peringkat asas.

Kegagalan untuk mendapatkan peluang pendidikan

yang berkualiti telah membataskan peluang masyarakat tidak beruntung (disadvantaged) di


luar bandar untuk maju dalam bidang ekonomi dan sosial. Kedudukan ini jika tidak diatasi
dengan intervensi dan pelaksanaan dasar yang berkesan akan melahirkan fenomena
kitaran sosial (social reproduction). Sekali gus fenomena ini melebarkan jurang
ketidakberuntungan antara masyarakat bandar dan luar bandar. Untuk memecahkan
kebuntuan ini pendidikan merupakan mekanisme berkesan untuk mengubah status
sosioekonomi dan mobiliti sosial masyarakat yang boleh membawa kepada perubahan dan
pemodenan (Inkeles, 1974; Abd. Rahim, 2002).

Walau bagaimanapun hasrat untuk melaksanakan konsep pendemokrasian secara


menyeluruh dalam bidang pendidikan menjadi sukar kerana negara masih berdepan dengan
faktor kepelbagaian latar belakang kaum, status sosioekonomi, demografi, geografi dan saiz
populasi masyarakat. Masalah ini menjadi lebih sukar dengan wujudnya perbezaan kategori,
saiz dan jenis sekolah, kepelbagaian etnik, identiti masyarakat, hak autonomi dalam
pengurusan sekolah dan kepentingan politik kaum-kaum tertentu dalam pendidikan.
Persoalan yang sering timbul dalam proses perancangan, penggubalan dasar dan
peruntukan belanjawan negara untuk institusi sekolah adalah bagaimana cara yang paling
strategik dari aspek pendidikan, sosial dan ekonomi untuk memastikan peluang pendidikan
asas yang berkualiti dapat diterima oleh setiap murid tanpa mengira lokasi sekolah, jenis
sekolah, kategori sekolah dan status sosioekonomi murid (World Bank, 1980).
Di Malaysia, sekolah kecil di luar bandar telah diklasifikasikan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia berada dalam situasi kurang beruntung kerana kurang prasarana yang
berkualiti dalam banyak aspek. Faktor ini memberi kesan besar kepada pencapaian
akademik murid. Sebilangan besar sekolah rendah di luar bandar Malaysia yang berperanan
menyediakan pendidikan asas adalah bersaiz kecil, namun mereka berdepan dengan
masalah kekurangan kemudahan asas dan input pendidikan seperti kualiti guru, dan bahan
pengajaran. Banyak hasil kajian dasar dan ilmiah (Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Dasar Pendidikan, BPPDP, 1979, 1980, 1994, 1995, 1998; Suhaimi, 1997; Isahak, 1995;
Sharifah, 2000) telah memperlihatkan bahawa input-input pendidikan seperti kualiti guru,
bahan pengajaran dan kemudahan asas mempunyai kesan yang kuat kepada prestasi
sekolah secara umumnya.

Dalam menentukan pendidikan berkualiti dapat direalisasikan, maka para pendidik


dan guru-guru, perlulah dilengkapkan dengan ciri-ciri berikut iaitu para guru haruslah
menguasai subjek (kandungan kurikulum), mahir dan berketerampilan dalam pedagogi
(pengajaran & pembelajaran), memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi
mereka, memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology), memiliki kemahiran
kaunseling, menggunakan teknologi terkini, dapat menyaring dapatan-dapatan kajian dan
penyelidikan mutakhir, boleh bekerjasama dengan rakan sejawat dan orang lain, dan
memiliki keyakinan terhadap peranan dan sumbangan sebagai pendidik..

Kulanz Salleh Blog.(2009). Isu-isu Pendidikan di Malaysia.


http://kulanzsalleh.com/isu-isu-pendidikan-di malaysia/

Shahril @ Charil Marzuki Yahya Bin Don (2007). Kecerdasan Emosi Dan
Kepemimpinan Pendidikan Dalam Pembentukan Sekolah Berkesan. Jurnal

Masalah

Pendidikan 2007, Jilid 30(1) http://myais.fsktm.um.edu.my/4906/1/9.pdf


Wan Noraini Wan Razab, Nooraini Othman.(2011). Jurnal Kemanusiaan bil.17. Fakulti
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

You might also like