You are on page 1of 19

DAHH BACA N ABESSS AMBIL DATA

Peningkatan Kes Keganasan Rumah Tangga Membimbangkan


Share this on WhatsApp

Asisten Komisioner Hamidah Yunus


KUALA LUMPUR: Kes keganasan rumahtangga mencatatkan peningkatan sebanyak 1,259
kepada 4,123 tahun lalu dengan Johor, Selangor dan Negeri Sembilan merekodkan kes paling
tinggi.
Sebanyak 13 negeri menunjukkan kes berkenaan meningkat dengan Johor mencatatkan kes
tertinggi pada 2013, iaitu lebih sekali ganda kepada 583 kes berbanding 264 kes pada 2012.
Selain itu, Selangor dan Negeri Sembilan masing-masing dengan 512 dan 502 kes berbanding
tahun sebelumnya 368 dan 270 kes dicatatkan.
Bagaimanapun, hanya Pahang mencatatkan penurunan kes iaitu 183 pada 2012 kepada 165
kes, tahun lalu.

Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-Kanak
(D11) Jabatan Sisatan Jenayah (JSJ) Asisten Komisioner Hamidah Yunus, kegagalan
mengawal emosi adalah antara punca utama berlakunya keganasan dalam rumahtangga.
Antara punca utama ialah curang, selisih faham, masalah kewangan, anak, cemburu, mabuk,
dadah, ugutan melalui telefon dan masalah peribadi, lapor mStar Online.
Hamidah menjelaskan, terdapat lima jenis kes keganasan rumahtangga iaitu dari segi fizikal,
psikologi, seksual, sosial dan kewangan.
Beliau turut memberikan contoh kes keganasan rumahtangga yang mendapat perhatian adalah
kes melibatkan penyanyi rock, Awie (Wwings) yang memukul isterinya Rozana Misbun
sehingga mendatangkan kecederaan.
Kata Hamidah lagi, kebanyakan kaum wanita yang menjadi mangsa kes keganasan
rumahtangga ini seakan malu dan biasanya akan berdiam diri tanpa melaporkan kejadian itu
kepada pihak berkuasa.

statistik laporan keganasan rumah tangga 2012-2013


Memang ada wanita yang takut dicemuh atau tidak tahu bagaimana untuk membela diri dan
dalam hal ini, kami mengambil pendekatan tersendiri bagi menangani kes ini.
Antaranya melalui kempen Kesedaran Wanita, kempen kerjasama dengan Pertubuhan Bukan
Kerajaan (NGO) dan ada juga memberi input melalui jemputan media massa seperti
temuramah di stesen radio dan juga di televisyen.

Apa yang kami harapkan agar mangsa kes ini berani tampil untuk membuat laporan supaya
kami boleh membantu mereka.
Pihak polis memandang serius kes keganasan rumahtangga ini dan sedia memberi kerjasama
untuk mengheret pesalah ke muka pengadilan, jelasnya.
0

New

Share this on WhatsApp

October 7, 2014 at 11:43 am


Pos Berkaitan
Leave a Reply

Name (required)

Mail (will not be published) (required)

Website

CAPTCHA Code*

<style type='text/css'>#submit {display:none;}</style><br />


<input name="submit" type="submit" id="submit-alt" tabindex="6"
value="Submit Comment" />

Notify me of follow-up comments by email.

Notify me of new posts by email.

HAK CIPTA TERPELIHARA OLEH TV14.MY


ShareThis Copy and Paste
- See more at: http://www.tv14.my/2014/10/07/peningkatan-kes-keganasanrumah-tangga-membimbangkan/#sthash.yE4HxG41.dpuf

Russlan SsvS
In Harmony With The Universe
Stay updated via RSS

Masa Berlalu Meninggalkan Manusia


May 2011
M

Jun
1
2

May 2011
M

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

22

23

24

25

26

27

28

29

30

31

Tengok Jangan Tak Tengok


o

Bolasepak

Futsal

V.8

Isu Semasa

Lyrics

Pengajian Am Kenegaraan

Pengajian Am Umum

Pengajian Am Baharu Kenegaraan

Pengajian Am Baharu Penulisan

Pengajian Am Kertas 1

Dasar Negara

Kenegaraan

Powerpoint Presentation

Pengajian Am Kertas 2

Bahagian C

Disiplin Sains

Disiplin Sastera

Sejarah STPM

Asia Timur dan Asia Selatan

Powerpoint Presentation

Sejarah Asia Tenggara

Sejarah Asia Tenggara

Sejarah Malaysia: Tema 1

Sejarah Malaysia: Tema 2

Tamadun Dunia: Tema 1

Tamadun Dunia: Tema 1

Tamadun Dunia: Tema 2

Tamadun Dunia: Tema 3

Tamadun Islam: Tema 1

Tamadun Islam: Tema 2

Tamadun Islam: Tema 3

Sejarah STPM Umum

Tokoh Islam

Uncategorized

Pengikut

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by
email.
Join 14 other followers

Keganasan Rumahtangga Sr.1


Posted: May 24, 2011 in Disiplin Sastera, Pengajian Am Kertas 2

SMK SACRED HEART, SIBU


PENGAJIAN AM KERTAS 2 (ABC)

BAHAGIAN PERTAMA
Apakah keganasan rumahtangga?
Keganasan rumahtangga bermaksud perlakuan keganasan terhadap pasangan atau bekas
pasangan. Ia terdiri daripada fizikal dan ganguan seksual, keganasan pertuturan (maki hamun
dan cacian), ugutan, gangguan/pengabaian emosi dan kewangan. Keganasan rumahtangga
,kebiasaannya berulang dan menjadi mangsa lebih teruk dan berterusan walaupun selepas
penceraian.
Ini adalah disebabkan pendera ingin terus berkuasa dan mahu mengawal mangsa.
Kebanyakkan pendera adalah gulungan lelaki dan mangsa adalah wanita atau kanak-kanak.
Apakah bentuk keganasan rumahtangga?
Bentuk-bentuk keganasan rumahtangga :

Fizikal

Pertuturan

Psikologi

Emosi / perasaan

Apakah kesan kesihatan akibat keganasan rumahtangga?


Berikut adalah beberapa kesan-kesan kesihatan disebabkan keganasan rumahtangga
Kecederaan pada anggota badan :

Seperti, lebam, luka, patah tulang yang menyebabkan kecacatan kekal


dan kematian.

Kesan psikologi / mental :

Wanita yang didera oleh pasangan akan mengalami lebih kemurungan,


cemas dan ketakutan dibanding dengan wanita yang tidak didera. Mereka
juga lebih cenderung untuk mencederakan diri sendiri atau menbunuh diri

Mangsa juga lebih dikaitkan dengan tabiat merokok, pengambilan alkohol


berlebihan dan penyalahgunaan dadah.

Adakah saya dikalangan mangsa keganasan?


Berikut adalah soalan-soalan sama ada anda dan pasangan anda berada dalam masalah
keganasan rumahtangga. Jika kebanyakan jawapan YA, anda adalah golongan mangsa dera.

Perasaan dalaman anda : Perasaan takut, benci diri sendiri dan


keadaan terdesak

Adakah anda sentiasa ketakutan terhadap pasangan anda?


Adakah anda mengelak suatu perkara meransang pasangan anda menjadi marah?
Adakah anda merasa anda tidak dapat melakukan sesuatu yang betul atau disukai oleh
pasangan anda?
Adakah anda merasa tidak berguna dan patut di hukum?
Adakah anda merasa tidak lagi menyayangi pasangan anda?
Adakah anda rasa tidak lagi menghormati pasangan anda?
Adalah anda rasa anda yang tidak waras dan bersikap keterlaluan terhadap pasangan anda?
Pernahkah anda merasa ingin menyingkirkan pasangan hidup anda?
Pernahkah anda mengharapkan pasangan anda mati?
Adakah anda terasa terancam?
Adakah anda bimbang pasangan mengambil anak-anak anda?
Adakah anda merasa perbuatan keganasan rumahtangga adalah biasa dalam perkahwinan?

Tingkahlaku pasangan anda

Adakah pasangan anda sukar di fahami ?


Adakah pasangan anda mempamerkan kelakuan baik diantara kejadian keganasan ?
Adakah pasangan anda seorang pemarah ?
Pernahkah pasangan anda mengugut anda ? Secara lisan atau fizikal? Untuk mencederakan
atau membunuh anda?
Pernahkah pasangan anda mengugut mengambil anak-anak anda ?
Pernahkah dia mencederakan anda secara fizikal?

Pernahkah pasangan anda mengugut di tempat kerja ?


Adakah pasangan anda merosakkan harta / peralatan rumah ?
Adakah pasangan anda memisahkan anda daripada keluarga dan kawan kawan anda ?
Pernahkah pasangan anda mengawal perbelanjaan penggunaan telefon atau kereta ?
Adakah pasangan anda suka mengongkong dan cemburu, selalu mengesyaki anda
mempunyai perhubungan lain ?
Adakah pasangan anda melarang anda dari keluar rumah ?
Adakah pasangan anda mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anda ?
Adakah pasangan anda memalukan dan mengutuk anda dihadapan orang lain ?
Adakah pasangan anda tidak mengindahkan atau merendahkan pandangan dan pendapat
yang anda beri ?
Adakah pasangan anda menyalahkan anda diatas keganasannya ?
Adakah pasangan anda tidak menghormati wanita ?
Adakah pasangan anda menganggap anda sebagai objek seks ?
Apakah tanda seseorang itu mungkin menjadi mangsa keganasan rumahtangga?
Anda atau sesiapa sahaja boleh mengesyaki keganasan berlaku sekiranya anda menyaksikan
kawan-kawan anda mempunyai tanda-tanda berikut : Lebam, luka atau bengkak dibadan dengan alasan disebabkan kemalangan
Kemurungan dan kerap menangis
Kerap menghilang diri
Kerap datang lambat
Kerap menerima gangguan panggilan telefon semasa bekerja
Takut terhadap pasangan
Tumpuan dan prestasi kerja merosot
Menyisihkan diri
Mempunyai masalah kewangan

Jika anda mangsa keganasan rumahtangga, atau mengetahui seseorang itu menjadi
mangsa keganasan, dimana anda boleh dapatkan bantuan?
BAHAGIAN KEDUA
Kes keganasan rumah tangga sering dianggap masalah dalaman antara pasangan suami isteri
yang tidak perlu membabitkan campur tangan pihak luar. Bagaimanapun, wanita seharusnya
peka dengan undang-undang yang mempunyai peruntukan bagi melindungi mereka, malah
Islam turut menggariskan peraturan bahawa suami tidak sewenang-wenangnya boleh
menaikkan tangan terhadap isterinya.
Hakikatnya, kes keganasan terhadap rumah tangga tidak pernah bertepi. Berdasarkan
statistik, kes keganasan rumah tangga semakin meningkat dengan 1,807 kes dilaporkan tahun
ini berbanding 2,090 kes sepanjang tahun lalu. Walaupun jauh lebih rendah berbanding 3,897
kes yang dilaporkan sepanjang 2007 kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), ada yang
beranggapan angka berkenaan mungkin hanya sebahagian daripada yang dilaporkan.
Pensyarah Fakulti Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya
Datin Noor Aziah Mohd Awal, berkata kes berkenaan masih banyak lagi berlaku tetapi ada
yang tidak dilaporkan kepada polis.
Wanita yang mengalami situasi itu bagaikan gunung berapi berjalan kerana menjadi
lumrah wanita memang suka memendam rasa, terutama masyarakat Melayu dan India. Jika
berlaku sesuatu mereka akan melakukan tindakan drastik, katanya ketika dihubungi, barubaru ini.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) berkata, wanita
perlu sedar bahawa jika suami mengasari mereka, berlaku pergaduhan ataupun memukul
walaupun sedikit, si isteri boleh mengemukakan laporan.
Bukanlah mahu menunjukkan wanita itu mengada-ngada, tetapi laporan sangat perlu supaya
masa depan mereka terjamin. Jika tindakan itu (memukul) sekali tidak mustahil suami berani
untuk melakukannya kali kedua dan seterusnya, malah boleh menjadi lebih teruk.
Selain itu, laporan juga tidak memerlukan saksi, tetapi jika ada yang menyaksikan tragedi
berkenaan sama ada anak atau ahli keluarga lain boleh mengesahkan dan menguatkan lagi
laporan. Lebih penting ialah membuat pemeriksaan di klinik atau hospital kerajaan terdekat
bagi mengesahkan kesan pukulan. Tekanan harus wujud dalam perasaan dan kita
menyarankan supaya isteri mendapatkan nasihat kaunseling untuk tindakan selanjutnya,
katanya.
Keganasan rumah tangga yang dilakukan suami terhadap isteri boleh memberi kesan bukan
saja dari segi kesihatan fizikal bahkan juga perasaan. Isteri mudah diserang penyakit darah
tinggi setiap kali mendengar atau ternampak wajah si suami.
Kesan lain ialah isteri boleh mengalami kemurungan yang teruk sehingga menjejaskan
keharmonian dirinya dan secara tidak langsung anak-anak juga akan mengalami trauma.

Beliau berkata, ada wanita yang enggan membuat laporan walaupun diri dikasari suami dan
tidak kurang juga ada yang sudah membuat laporan, tetapi enggan meneruskan dakwaan
demi maruah keluarga.
Jika ada yang mengatakan laporan yang sudah dibuat, tetapi masih tiada tindakan
sewajarnya diambil adalah kerana ada isteri yang menarik balik laporan. Ia kerana ada juga
yang tidak mahu lapor kerana tidak mahu suami ditangkap dan memalukan keluarga, tetapi
kesudahannya mereka tidak dibela.
Selain itu selepas laporan dibuat, suami ditangkap, tetapi dalam tempoh perintah
perlindungan sementara (IPO) saja dan dimasukkan dalam penjara sebagai siasatan. Tetapi,
sekiranya tempoh IPO itu tamat dan tindakan tiada diambil, suami dibebaskan, katanya.
WAO bantu bela mangsa dera
SEORANG mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Dina, pernah mendapatkan
perlindungan di Pertubuhan Bantuan Wanita (WAO) Petaling Jaya, berikutan mengalami
tekanan akibat penderaan fizikal dan mental yang dilakukan suami. Lebih menyedihkan
penderaan dialaminya sudah berlanjutan lebih 12 tahun.
Wanita berusia 30-an itu berkata, pada awalnya beliau tidak mendapatkan pembelaan
berikutan tiada kekuatan, kesempatan dan berada dalam keadaan terancam serta ketakutan.
Malah, ketika dalam penderaan itu, beliau menganggap walau apa pun yang berlaku, isteri
tetap tidak boleh keluar rumah kerana boleh dikatakan nusyuz terhadap suami.
Walaupun dipukul, ditendang, diherdik dan dimaki saya masih berada di rumah sehingga
melahirkan anak kedua. Sebagai wanita Islam saya taat pada suami. Walaupun dia sanggup
melakukan keganasan terhadap saya, saya masih tidak keluar dari rumah kerana menganggap
keluar tanpa keizinan akan jatuh nusyuz.
Sepanjang itu, suami tidak pernah berkata ingin menceraikan saya menyebabkan saya hanya
terus berdiam diri tambahan pula saya tidak bekerja dan kurang pengetahuan mengenai
masalah berkenaan. Namun, selepas sekian lamanya, suami terus menjatuhkan talak dan ini
mendorong saya terus keluar mendapatkan pembelaan, katanya.
Beliau berkata, ketika itu beliau sengsara dan tertekan dengan kehidupan tetapi terpaksa
tabahkan hati untuk meneruskan kehidupan tanpa suami di sisi.
Pegawai Kerja Sosial WAO, Nazlina Abdil Ghani, berkata walaupun wanita tidak
berpendidikan atau bekerja mereka seharusnya tahu peranan dan hak mereka khususnya dari
segi undang-undang.
Jika penderaan terlampau keras, mereka dibolehkan keluar dari rumah bagi mendapatkan
bantuan mana-mana pihak. Jika laporan diberikan mereka akan mendapat tempoh perintah
perlindungan sementara (IPO) sementara siasatan dijalankan.

Namun, jika tempoh IPO tamat, kes masih belum selesai wanita boleh mendapatkan tempoh
perlindungan kekal atau IPO sebanyak tiga kali sehingga perbicaraan selesai untuk mengelak
suami daripada terus melakukan keganasan, katanya.
Beliau berkata, tidak dinafikan banyak lagi kes seperti itu berlaku dan wanita tidak keluar
mendapatkan pembelaan kerana pelbagai alasan termasuk tidak tahu ke mana hendak dituju
selain tidak tahu apa yang perlu dilakukan.
Nusyuz boleh berlaku kepada dua pihak iaitu suami dan isteri, dan bukannya hanya berpihak
kepada seorang saja. Kes yang diterima WAO kebanyakan digugurkan separuh jalan iaitu
belum sampai ke peringkat perbicaraan kerana ada wanita yang termakan pujuk rayu suami.
Oleh itu, banyak kes belum mendapat pembelaan sewajarnya kerana siasatan dalam tempoh
IPO belum selesai, katanya.

BAHAGIAN KEEMPAT
Keganasan Rumah Tangga
Apakah yang dimaksudkan dengan keganasan rumah tangga?

Secara sengaja atau cuba meletakkan mangsa dalam ketakutan


kecederaan fizikal.

Mencederakan mangsa secara fizikal.

Memaksa atau mengancam melakukan perbuatan berbentuk seksual atau


selainnya yang mana mangsa itu berhak untuk tidak melakukannya.

Mengurung atau menahan mangsa tanpa kerelaan mangsa.

Khianat atau merosakkan harta dengan niat akan menyebabkan kesedihan


atau kegusaran kepada mangsa.

Siapakah mangsa keganasan rumah tangga?

Isteri / bekas isteri

Suami / bekas suami

Anak-anak

Ibu bapa

Ahli keluarga yang tinggal serumah

Apakah yang dikategorikan sebagai keganasan rumah tangga?

Penderaan fizikal

Penderaan mental

Penderaan emosi

Penderaan seksual

Penderaan spiritual

Bagaimanakah keganasan rumah tangga boleh berlaku?


Keganasan rumah tangga berlaku melalui beberapa tahap dan peringkat iaitu:

Tahap 1 : Peningkatan tekanan Bermula dengan perselisihan yang


kecil dan isteri akan cuba menenangkan Si suami dengan pelbagai
tindakan. Si Isteri lebih banyak mengalah menyebabkan Si suami akan
menjadi dominan.

Tahap 2: Permulaan insiden keganasan Di peringkat ini, keganasan


berlaku secara mendadak disebabkan Si suami tidak dapat mengawal
kemarahannnya. Si isteri pula, tidak akan melawan, sebaliknya
memendam rasa dan menangis. Keadaaan ini akan menyebabkan Si isteri
mengalami tekanan psikologi yang keterlaluan.

Tahap 3: Penyesalan Pihak mangsa akan merasa sedih dan takut akan
ditinggalkan pasangan. Suami berjanji akan berubah sikap, memohon
maaf dan menunjukkan kasih sayang dan kemesraan yang luar biasa.
Keadaan ini akan memberikan keyakinan kepada Si isteri bahawa Si suami
akan berubah.

Adakah perselisihan faham boleh membawa kepada berlakunya keganasan rumah tangga?
Terpulang kepada pasangan suami isteri mengendalikan emosi mereka. Jika pasangan itu
dapat berkomunikasi secara positif dan menyelesaikan perselisahan itu dengan baik, dan
pasangan akan mengakui dan menginsafi kesalahan yang di buat, ia tidak akan membawa
kepada keganasan rumah tangga. Walaubagaimanapun jika pasangan itu tidak dapat
mengawal emosi mereka, kemungkinan pertengkaran dan pergaduhan akan berlaku. Kesan
yang lebih teruk akan berlakunya keganasan fizikal, mental dan emosi atau seksual.
Mengapa keganasan rumah tangga boleh berlaku?
Keganasan rumah tangga berlaku kerana beberapa sebab:

Tiada keharmonian dan persefahaman dalam rumah tangga.

Personaliti suami atau isteri.

Latar belakang keluarga.

Kesan penagihan dadah, alkohol atau judi.

Masalah ekonomi.

Faktor terlalu cemburu terhadap pasangan.

Masalah mental

Latar belakang masyarakat dan budaya.

Pasangan yang tidak dapat menyesuaikan diri dalam rumah tangga.

Wujudnya orang ketiga dalam rumah tangga.

Kurangnya didikan agama.

Bagaimanakah untuk mengelakkan daripada berlakunya keganasan rumah tangga?

Menjalani kehidupan yang harmoni dan memupuk kasih sayang dalam


keluarga.

Pasangan perlu menerima kekuatan dan kekurangan pasangan mereka


dan sama memperbaikinya.

Pasangan perlu sentiasa berbincang tentang masalah yang dihadapi dan


mencari penyelesaian secara harmoni.

Pasangan perlu tahu dan menunaikan tanggungjawab mereka.

Pasangan mengetahui hak-hak mereka dari sudut agama dan


perundangan.

Berpegang teguh pada agama.

Mengapa keganasan rumah tangga mesti dibendung?


Keganasan rumah tangga mesti dibendung kerana ia meninggalkan kesan negatif dalam
institusi kekeluargaan.
Si mangsa akan mengalami tekanan fizikal, mental dan spiritual. Sentiasa berada dalam satu
situasi yang tidak selamat. Jika ia dibiarkan ia akan menjadi trauma untuk kesan jangka
panjang.
Akan menimbulkan kesan negatif kepada pertumbuhan atau perkembangan anak-anak.
Kemungkinan si anak akan mengulangi apa yang dipelajari dari ibu bapanya apabila mereka
besar kelak. Mereka pula berpotensi untuk menjadi pendera.
Jika ia berterusan jalan akhirnya akan berlakunya penceraian. Penceraian tidak
menguntungkan semua pihak. Pihak yang paling rugi sekali ialah anak-anak. Anak-anak akan
mengalami tekanan emosi dan mental akibat penceraian ibu bapa mereka.

Anak-anak mangsa penceraian ini akan mengalami konflik identiti dan jika mereka tersalah
haluan akan terlibat dengan kes-kes juvana seperti gangsterism, vandalism, penagihan dadah
dan lain-lain masalah sosial.
Si ibu pula akan menjadi ibu tunggal. Terpaksa memainkan peranan sebagai ketua rumah.
Siapakah yang paling mudah terjebak kepada keganasan rumah tangga?
Pasangan yang berkahwin dalam usia yang muda.
Pasangan yang berpersonaliti negatif ( panas baran, kuat berleter dll)
Pasangan yang tidak dapat menyesuaikan diri dalam rumah tangga.
Penagih, pemabuk dan kaki judi.
Pasangan yang mengalami sakit mental.
Pasangan yang kuat cemburu.
Pasangan yang diganggu oleh orang ketiga.
Pasangan yang menghadapi masalah ekonomi.
Apakah yang perlu dilakukan sekiranya anda adalah mangsa keganasan rumah tangga?
Jika keganasan rumah tangga di tahap tidak serius:
Mengenalpasti punca berlakunya keganasan rumah tangga.
Cuba berbincang dengan pasangan anda agar tidak berlaku lagi.
Dapatkan bantuan orang ke tiga di kalangan kedua-dua keluarga anda.
Hubungi JPW ( unit Kaunseling ) atau PPWN untuk mendapatkan khidmat nasihat.
Jika keganasan di tahap serius:
Pastikan anda mendapat rawatan doktor jika berlaku kecederaan. Pergi ke OSCC ( Pusat
Khidmat Bersepadu )
Laporkan kepada pihak polis.
Laporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan Perintah perlindungan
Interim ( IPO ) atau Perintah Perlindungan (PO).
Jika anda telah membuat keputusan untuk bercerai, failkan penceraian anda di mahkamah.

Bolehkah perkara ini ditangani sendiri tanpa bantuan pihak ketiga?


Boleh. Jika pasangan bersedia berbincang secara baik untuk menyelesaikan segala masalah
yang timbul. Pada masa yang sama, pasangan dapat menerima kekuatan dan kelemahan
pasangan dan memberi sokongan antara satu sama lain. Pasangan suami isteri perlu sedar
bahawa perkahwinan bukan sahaja bersatunya dua hati tetapi penyatuan cara hidup, budaya
dll. Kembali kepada agama dan memainkan peranan serta tanggungjawab sebagai suami isteri
merupakan satu pendekatan yang terbaik.
Siapakah yang boleh membantu apabila anda mengalami keganasan Rumah Tangga?
Diri sendiri
Ahli Keluarga
Jiran tetangga
Ahli sukarelawan dan NGO
Pihak Polis
Hospital
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Jabatan Agama Islam atau Badan Pendamai.
Untuk mendapatkan khidmat nasihat hubungi Unit Kaunseling JPW atau PPWN ( Rumah
Nur )
Bagaimanakah cara untuk mendapatkan bantuan?
Ingin mendapatkan khidmat nasihat : Menelefon atau membuat temujanji dengan
kaunselor-kaunselor dan Pegawai Pembangunan Masyarakat ( JPW, PPWN,JKM,JAIS dan
sukarelawan-sukarelawan NGO )
Ingin membuat aduan: Lapor segera kepada pihak polis yang berdekatan. Jika terdapat
kecederaan, pergi ke Pusat Khidmat Sepadu( OSCC ) Ke Jabatan Kebajikan Masyarakat
untuk mendapatkan IPO dan tempat perlindungan jika perlu.
Mengapakah wanita atau mangsa keganasan rumah tangga sering berdiam diri (membisu )
atau lambat bertindak apabila didera?
Wanita tidak mempunyai kesedaran tentang hak mereka sebagai isteri dalam aspek agama
dan undang-undang.
Perasaan takut kerana akan hilang tempat bergantung.

Perasaan malu untuk membuat aduan tentang kepincangan keluarga sendiri.


Memikirkan tentang anak-anak.
Termakan pujuk rayu dan janji manis si suami
About these ads
Share this:

Twitter

Facebook16

Like this:
Related

Industri Kecil Dan SederhanaIn "Disiplin Sastera"


LATIHAN - HAK ASASIIn "Kenegaraan"
Punca Berlakunya Pencemaran Alam SekitarIn "Pengajian Am Baharu - Penulisan"

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

(required)(Address never made public)


(required)

WordPress.com( Log Out / Change )

( Log Out / Change )

( Log Out / Change )

( Log Out / Change )

Akbar Agung
Kelebihan Biodiesel

Create a free website or blog at WordPress.com. | The Greyzed Theme.


Follow
Follow Russlan SsvS

Get every new post delivered to your Inbox.

Build a website with WordPress.com


%d bloggers like this:

<img src="https://pixel.wp.com/b.gif?v=noscript"
style="height:0px;width:0px;overflow:hidden" alt="" />

You might also like