You are on page 1of 1

TEKS PENGACARA MAJLIS PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU

Bil.
1.

Cue
Memulakan majlis.

Teks Pengacara
Assalamualaikum dan selamat
sejahtera
Layang-layang di balik awan,
Terlepas tangan melayang pergi;
Selamat datang kami ucapkan,
Kepada sekalian yang kami hargai.

2.

Alu-aluan kepada hadirin.

Untuk makluman hadirin, pertandingan


yang akan kita saksikan sebentar lagi
merupakan salah satu agenda
kokurikulum BPG untuk melahirkan
bakal-bakal guru yang berketerampilan
dalam kerjaya guru kelak. Sebanyak
empat buah maktab akan bertanding
(MPTI, MPBP,MPRM dan MPPM) bagi
menentukan wakil Zon Selatan ke
Pertandingan Kagum Bahas yang akan
berlangsung pada 24 27 Julai 2006 di
IPDA.

3.

Menyerahkan kepada YB
Speaker.

Untuk meneruskan acara, dengan


hormat dan sukacitanya saya
menyerahkan pimpinan majlis ini kepada
YB Speaker Dewan, En............................
..................................................................
Majlis mempersilakan...

4.

Menerima semula daripada YB


Speaker

Demikian berakhirnya majlis perbahasan


yang sungguh hangat dan mendebarkan.
Pihak majlis mengucapkan terima kasih
kepada YB Speaker dan para pendebat
serta para hakim, petugas majlis, dan
seluruh warga dewan.

5.

Menutup majlis pertandingan.

Bunga kantan batik hiasan,


Bunga seroja penghias sarung;
Dua pasukan menguji kepetahan,
Di dalam dewan majlis bertarung.

6.

Majlis bersurai.

Pohon langsat berbuah lebat ,


Ambil galah jolokkan hamba;
Begitu hangat orang berdebat,
Menang kalah adat berlumba.
Sekian,wabillahitaufiq....

You might also like