You are on page 1of 10

TAKSONOMI BLOOM

&
DOMAIN KRATHWOHL
HASIL KERJA:
1. NOOR AMALINA BT MOHD JUNET
2. SITTI KHADIJAH BT BACHO
3. SAHIRA A/P LIM LAUN HOW
4. WAK SURAINA A/P JIMI

TAKSONOMI KRATHWOHL
Diasaskan oleh, David R. Krathwohl
- Merupakan bidang berhubung dengan
perasaan, emosi dan sikap.
- Guru harus berkebolehan menggunakan
unsur afektif untuk mewujudkan satu
suasana pembelajaran yang baik.
- Pembelajaran dapat dijalankan dengan
berkesan dengan adanya murid yang
dapat membentuk sikap positif.

ARAS TAKSONOMI KRATHWOHL

PENERIMAAN
- Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian.
- Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian
terhadap ransangan dan peristiwa atau persekitaran yang
berhubung dengan domain afektif.
- Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar,
menanyakan soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan
menjawab dengan lengkap.
Terdapat tiga perkara berhubung dengan aras ini iaitu :
(a) Kesedaran - pelajar dikatakan sedar dengan objek atau
peristiwa jika berlaku semasa kehadiran mereka.
(b) Kesudian untuk menerima - sesuatu pengajaran harus
disampaikan di dalam satu suasana atau keadaan yang bermakna
dan menarik.
(c) Perhatian yang terkawal atau terpilih pelajar membezakan
keseluruhan keadaan kepada 2 bahagian atau kepada bahagianbahagian komponen dan kemudian memilih satu daripda aspek
tertentu dan terus memberi perhatian .

GERAK BALAS
- Melibatkan diri secara aktif terhadap sesuatu
dan mendapat kepuasan daripadanya.
- Pada aras ini, pelajar bersedia dan rela untuk
membuat reaksi yang mudah terhadap
sesuatu objek atau situasi.

PENILAIAN
- Pada peringkat ini perlakuan adalah
didasarkan atas konsep dan prinsip
yang telah dinuranikan sehingga
menjadi kepercayaan.
- Perlakuan cenderung menjadi
konsisten walaupun dalam keadaan
yang berbeza jika kepercayaan itu
boleh dipratikkan.

ORGANISASI
Organisasi
- Membawa maksud membentuk
sesuatu sistem nilai.
- Apabila lebih daripada satu nilai
dinuranikan maka membolehkan
beberapa nilai digunakan.
- Pelajar terpaksa membina beberapa
hubungan dan keutamaan di antara
nilai-nilainya

PERWATAKAN
- Seseorang mematuhi sesuatu sistem
nilai dan sanggup mengamalkannya
sebagai satu cara hidup.

Bibliograf
Buku
Abdullah Zhidi bin Omar dan Mahdi bin Shuid ( 2014 ),
` Pedagogi dan Pentaksiran Moral, Puchong,
Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.
Aida Othman dan Intan Mohd Salleh ( 2013 ) ,
Lembaran Bestari Mesra, Petaling Jaya, Selangor :
Sasbadi Sdn Bhd.
Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (2003).
Pedagogi Untuk Asas Pendidikan.Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Norazizah Ab. Rahman ( 2013 ), A Plus PBS Tahun 1,
Petaling Jaya, Selangor: Info-Didik Sdn Bhd.

You might also like