You are on page 1of 7

Madrasah Al Quran Tok Kadok

Kampong Bandar, Pulai Chondong, Machang

INTERNAL MEMORANDUM

Kepada: Seluruh ahli MQTK dan kaum kerabat arwah Tok Ayah
Mat Jibrail

Daripada: Yang Dipertua MQTK

Tarikh: 29hb September, 2009

___________________________________________________________

Ulasan Kematian D1-16 MQTK Tok Ayah Mat Jibril Kuala Krai 27
September 2009
Tok Ayah Mat Jibril berusia 79 tahun pada 2009. Beliau merupakan salah seorang pengamal kitab
muktabar Wali-Wali Allah terdahulu dan satu zaman dengan arwah Pak Ngah Leh Tanah Merah,
arwah Tok Ayah Awang Paloh 3 (rujukan Istana), Paktih Ngong, Tok Ayah Bidin Jedok, Tok Ayah
Mat Lundang Paku, Tok Ayah Awang Gondang, Tok Ayah Mat Pohon Tanjung dan ramai lagi wali-
wali Allah terdahulu yang telah disahkan mendapat Husnul Khotimah. Beliau adalah anak kepada
guru Pondok Lati Pasir Mas, Tuan Guru Hj. Yaakob Lati.

Sentiasa berserban dan berjubah dan berbasikal di Kuala Krai. Pernah menuntut di beberapa
Pondok utama seluruh Kelantan sebelum bertolak dengan kapal laut mengerjakan haji ke Mekah
tanpa duit pada sekitar 1960an. Selepas kepulangannya beliau berkahwin dan dikurniakan
beberapa orang anak lelaki dan perempuan. (salah seorang anaknya adalah kontraktor berjaya di
Kuala Krai sekarang).

Melalui beliau semua Bani Hasyim MQTK diperintah, dipaksa, dan diwajibkan khatam kitab Futuh
Al-Ghaib karangan Qutubul Aqtab Syeikh Abdul Kadir Al-Jilani. Manakala kitab karangan Tok
Perdana Kelantan iaitu Pati Rahsia pula wajib menjadi kitab amalan semua ahli. Tanpa penekanan
dari beliau mungkin generasi baru PKLGK dan MQTK tidak akan mengenali lagi kedua-dua kitab
penting rujukan para waliullah terdahulu yang amat penting itu kerana institusi pondok tidak
menjadikan ianya kitab wajib silibus mereka begitu juga silibus ilmu agama Kementerian

1
Madrasah Al Quran Tok Kadok
Kampong Bandar, Pulai Chondong, Machang

Pelajaran Malaysia tidak mewajibkannya. Hanya MQTK sahaja mewajibkan ahlinya khatam Futuh
Al-Ghaib. Seolah-olah hanya MQTK sahaja diwajibkan atas dunia ini supaya mengenali para wali-
wali Allah sama ada Qutub, Abdal, Autada, Ghuraba, nujaba dan sebagainya.

Beliau telah berjuang dengan cara sendiri untuk membawa masyarakat memahami ilmu-ilmu
tasauf Islam dan pelbagai ilmu hikmat dan perubatan. Namun malangnya beliau dianggap dan
dituduh sesat, gila, nak tunjuk alim, menyeleweng dan sebagainya oleh majoriti masyarakat
termasuk sanak saudaranya sendiri di sekitar Kelantan pada 1970an hingga 2000 dan pernah
beberapa kali ditangkap oleh pihak Majlis Agama Islam Kelantan sekitar awal 1990an di bawah
Datuk Mufti Hj. Hasbullah Hj. Hasan, kerana mengajar atau berceramah di Masjid secara terbuka
tanpa tauliah, tetapi dibebaskan dengan jaminan YDP. MQTK dan pihak PKLGK.

Sewaktu hayatnya sentiasa menjadi rujukan para Bani Hasyim MQTK dan PKLGK kerana beliau
antara yang diberi kelebihan dapat berjumpa para malaikat Allah SWT, Rasulullah SAW dan para
Rasul yang lainnya. Beliau juga adalah tabib rujukan terakhir MQTK di mana segala bentuk
penyakit kronik atau ilmu sihir yang biasanya mengambil masa lama untuk dipulihkan, namun
hanya beberapa minit sahaja jika di bawa ke hadapan beliau, menunjukkan betapa lemahnya
kuasa dan tenaga sihir itu dan betapa makbulnya doa beliau yang menandakan betapa hampirnya
hati beliau dengan zat ketuhanan. Dengan itu beliau digelar “Wali Qutub” di kalangan ahli jemaah
PKLGK dan juga MQTK dan amat sukar dicari ganti.

Sebelum kematiannya, beliau sempat menamakan penggantinya dalam ilmu ketuhanan ini
kepada YM. Nik Azuri bin Hj. Nik Lah (sekarang salah seorang Penasihat Seumur Hidup MQTK)
yang turut disaksikan oleh AJK PKLGK semasa YM. Nik Mohd Kamal Hj. Nik Lah,Setiausaha MQTK
YM. Nik Syaidinal Umar Hj. Che Solahuddin dan juga YDP. Seumur Hidup MQTK YM. Yusnaidi bin
Yusoff. Seluruh aktiviti MQTK dengan ini dipantau secara 100% oleh beliau bagi pihak arwah dan
39 orang lagi para sahabatnya yang masih hidup sekarang. Tok Ayah Mat Jibril mengharamkan
bersalam kecuali dengan ahlinya sahaja…!

Dengan pemergian beliau, Majlis Quraisy Tertinggi Kelantan (MQTK) semasa tinggal 39 orang dan
wajib dicari penggantinya dalam tempoh 6 bulan oleh Unit Tasauf D3-MQTK, sebagaimana
termaktub di dalam Perlembagaan Tubuh MQTK dan PKLGK.

2
Madrasah Al Quran Tok Kadok
Kampong Bandar, Pulai Chondong, Machang

PERISTIWA-PERISTIWA PENTING DALAM HAYATNYA


1973

Pernah ditangkap oleh Majlis Agama Islam Kedah dan dihalau dari sebuah masjid kerana
berceramah secara terbuka dan mendedahkan ilmu ketuhanan kepada umum. Kes ini
mengakibatkan mufti tersebut mati serta-merta. Beertapa di kubur Tok Selehor bila khatam Al-
Hikam, Minhajul Abidin, Futuh Al-Ghaib, Ihya Ulumiddin dan Tafsir Jalalain.

1985

Pernah dijemput berjumpa Sahara Yaakob dan Khairil Anwar tetapi dihina dan kemudiannya
ditinggalkan di luar rumah mereka. Kes ini mengakibatkan organisasi besar Al-Arqam akhirnya
bertkubur.

1994

Ditangkap atas arahan Datuk Mufti Hj. Hasbullah (Datuk Kadok Kelantan) kerana asyik
berceramah selepas solat jumaat di beberapa masjid di sekitar Kota Bharu dan PAsir Mas, tetapi
dibela dan dibebaskan dengan jaminan mulut oleh cucu sepupu Datuk Mufti sendiri (sekarang
YDP. MQTK).

1996

Sekali lagi ditangkap atas arahan Datuk Mufti Hj. Hasbullah (Datuk Kadok Kelantan), di bawah
seksyen 6(c) Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan kerana mengajar isi kitab musonneh seperti
kasyful-ghaibiah, kasyful Asrar, Muhimmah, Futuh Al-Ghaib dan lain-lain tanpa tauliah MAIK, yang
menyebabkan kekeliruan dan bercerai berai suami isteri, tetapi sekali lagi dibela dan dibebaskan
dengan jaminan mulut oleh cucu sepupu Datuk Mufti sendiri, kerana muridnya majoriti dari kaum
kerabat Bani Hasyim PKLGK/MQTK. Ini menyebabkan Datuk Mufti mengeluarkan arahan lisan
agar mengajar kitab tok kadok kepada ahli kerabat Bani Hasyim(dalam PKLGK) sahaja dimana ini
adalah salah satu penyebab utama kepada kewujudan MQTK kemudiannya. Ini juga
menyebabkan MQTK terikat dengan wasiat beliau dan AJK PKLGK pula terpaksa menamakannya
sebagai salah seorang dari 40 orang Penasihat Seumur Hidup (hingga Padang Mahsyar) organisasi
Bani Hasyim tertua di Malaysia ini.

3
Madrasah Al Quran Tok Kadok
Kampong Bandar, Pulai Chondong, Machang

28 September 2009

Disaksikan lebih 100 hadirin, para malaikat Malikul-Ra’du menghantar awan redup dan hujan
renyai-renyai oleh Mikail a.s mengiringi jenazah “Wali Qutub” ini ke kuburan pada selepas solat
zohor di Masjid Besar Kuala Krai, diiringi para ahli MQTK di mana pengerusi MQTK, YM. Cikgu
Ariffin (D9-MQTK, sekarang PK. HEM SM. Hamzah 1 – Ilmu, di kepalanya) dan Syeddi Ali (D9-
MQTK, anggota ATM – keselamatan, di kakinya) adalah antara insan terakhir di dunia yang
diizinkan Allah swt menyentuh jasadnya di liang lahad, manakala talqin pula dibacakan oleh Imam
Masjid Besar Jajahan Kuala Krai dan disaksikan semua kerabat termasuk Datuk Hj. Izzizuddin,
seorang Tokoh dan Pejuang salah satu Parti Politik setempat.

Mengikut sebuah Hadis sahih, Rasulullah SAW berpesan agar mengusung, mengiringi jenazah
para Wali Allah itu ke kubur dan memerhati awan-awan redup yang mengiringinya yang
menyebabkan unggas(burung) riuh berkicau (tasbih) dan ayam pula berkokok tanpa henti, kerana
melihat kehadiran jemaah sekumpulan para malaikat Allah dengan penuh kebesaran dan
kemegahan, kerana mereka yang hadir sahih akan termasuk yang akan dibangkitkan bersamanya
di Padang Mahsyar nanti di bawah bayangan arasy, iaitu awan-awan redup seperti saat
pengkebumiannya itu, di waktu orang lain menanggung azab panas matahari sejengkal di atas
kepala, itulah antara yang ditunjukkanj oleh Allah swt kepadanya sewaktu israk dan mikraj.
Syukurlah sesiapa yang telah ditakdirkan terpilih mengiringi jenazahnya ke kubur itu. Al-Fatihah.

KENALAN RAPAT BELIAU(SEFAHAMAN) YANG MASIH HIDUP


1. Tok Ayah Bidin Jedok
2. Tok Ayah Mat Lundang Paku
3. Pak Tih Ngong
4. Semua pimpinan dan pengasas PKLGK/MQTK
5. Kartini Yusoff - Pengasas IT Base Kuala Krai
6. Nik Syaidinal Umar bin Hj. Che Solahuddin (anak Pemaju Hartanah pertama Kelantan)
7. Nik Azuri bin Hj. Nik Lah (salah seorang penasihat MQTK, ditunjuk sebagai ketua dan
wakilnya)
8. Ir. Nik Syukri bin Nuawi (Jurutera/Pegawai Eksekutif TNB Malaysia)

4
Madrasah Al Quran Tok Kadok
Kampong Bandar, Pulai Chondong, Machang

MUSUH-MUSUH SEWAKTU HAYATNYA


SEBAGAIMANA YANG TELAH DIWASIATKAN KEPADA ANAK ANGKATNYA YANG JUGA SETIAUSAHA
MQTK.BLOGSPOT.COM – SILA RUJUK PROFIL MQTK PERKARA 13.0 BAHAGAIAN MUSUH BANI
HASYIM MQTK DUNIA AKHIRAT YANG DISAHKAN OLEH KETUA UNIT D10-MQTK YM. TENGKU ARIF
( RUJUK INTERNET).

AMALAN DAN WASIAT ARWAH


1. Doa Wirid Khas “Satiq” – iaitu senjata faqir atau anak panah malam yang sering digunakan
oleh para wali Allah bertaraf Qutub atau Abdal terdahulu untuk membunuh musuh
khalifah mereka secara senyap dan serta-merta hanya dalam beberapa minit ayat Al-
Quran dibaca, bagi menjaga institusi khalifah Islam dari ancaman musuh. Telah
diwasiatkan kepada YDP. MQTK, disahkan benar dan telah terbukti dan kemudiannya
diserahkan kepada Ketua Faqirullah Unit D7-MQTK untuk kegiunaan MQTK/Bani Hasyim
seterusnya. Semua mangsa hendaklah disenaraikan sebagai D10-MQTK dan dimaklumkan
kepada semua ahli kerabat Bani Hasyim sahaja. Diwasiatkan agar diguna dalam kes bila
kuasa Raja-Raja Melayu cuba diganggu-gugat oleh mana-mana pihak mengikut undang-
undang tubuh dan perlembagaan Majlis Quraisy Tertinggi Kelantan atau Profil MQTK.

2. Zikir Khoffi iaitu sebutan Allahu…Allahu…Allahu di dalam hati tidak putus 24jam sehari
walaupun kedalam tandas dan ditukar sewaktu jimak – 99 asma Pati Rahsia.

3. Zikir Jahar “Laa Ilaa ha illallah” yang kuat dan berjemaah setiap selepas solat fardhu ahli
MQTK, dan lafaz senyap pada semua waktu lapang dan sibuk selagi bernyawa.

4. Setiap Doa para Wali Allah semasa wajib menyebut nama Qutub Syeikh Abdul Kadir Al-
Jilani sebagai tawassul ghaib.

5. Nama rahsia (password & username) beliau di alam ghaib bagi tujuan doa-doa khas
MQTK, disimpan oleh YM. Setiausaha MQTK.

5
Madrasah Al Quran Tok Kadok
Kampong Bandar, Pulai Chondong, Machang

6. Kitab Kasyful-Ghaibiah, Kasyful-Asrar, Tajul Muluk dan banyak lagi walaupun diharamkan
oleh pihak JAKIM tetapi wajib diketahui oleh ahli-ahli MQTK sahaja.

7. Tidak membawa mereka yang belum khatam 16 buah kitab Fardhu-ain MQTK
berjumpanya, beliau tidak akan bersalam atau menziarahi kuburnya.

8. Tidak makan apa-apa ubatan ciptaan golongan fasiq atau kafir kecuali dengan pengesahan
para ahli kasyaf terlebih dahulu.

9. Semua muridnya/makmumnya (MQTK/PKLGK) wajib menemui ahli kasyaf dan para Wali
Abdal dan Qutub jika ditimpa apa juga bala penyakit jasad atau masalah hidup. Jangan
sekali-kali/haram pergi kepada golongan fasiq, munafiq dan kafir walaupun mereka
dianggap bijak-pandai dikalangan mereka. Senarai nama-nama pengganti beliau telah
diserahkan kepada YDP. MQTK sebelum kematiannya bagi pengesahan ahli. Ini
membuatkan syarat keahlian MQTK amat ketat tetapi sistematik dan professional
diuruskan oleh pakar-pakar database Unit IT , Unit Pendaftaran dan Unit Komunikasi
MQTK.

10. Haram zakat dan sedekah kepada semua Bani Hasyim semasa. Sesiapa ahli kerabat yang
telah ter-ambil wajib membayar dam dengan nilai ditentukan oleh ahli-ahli kasyaf semasa
(D1-MQTK). Dikhuatiri akan memburukkan daging dan menyusahkan D1-MQTK untuk
diubati. Segala ketidakfahaman apa-apa ilmu agama mana-mana ahli kerabat MQTK wajib
dirujuk kepada Tok Ayah Bidin Jedok, selepas kematianya.

KITAB YANG PERNAH DIKHATAM SEMASA HAYATNYA

1. Munyatul Mushalli
2. Faridatul-Faraidh
3. Muhimmah
4. Pati Rahsia
5. Perbendahraan Mistik
6. Syamsul Maarif
7. Al-Aufaq
8. Sirru Salikin
9. Futuh Al-Ghaib
6
Madrasah Al Quran Tok Kadok
Kampong Bandar, Pulai Chondong, Machang

10. Minhajul Abidin


11. Al-Hikam
12. Ana Al-Haq
13. Iqnok
14. Muhalli
15. Muwatta’ - Imam Malik r.a
16. Al-Umm – Imam As-Syafie
17. Kasyful-Asrar
18. Kasyful Ghaibiah
19. Tajul Muluk
20. Kifayatul-Akhyar
21. Tanbihul Ghafilin
22. Matla-Al-Badrin
23. Tafsir Al-Quran Jalalain
24. Hadis Sunan Sitah
25. Hadis Sunan Abi Daud
26. Hadis Sahih Muslim
27. Hadis Sahih Bukhari
28. Tafsir Mimpi Ibnu Sirrin Al-Hafiz
29. Hilliyatul-Aulia
30. Ihya Ulumiddin
31. Dan lebih 100 buah kitab-kitab jawi nipis mencakupi bidang ilmu-ilmu utama Islam
seperti mantiq, falak, kalam, fekah, tauhid, tafsir, hadis, tasauf, perubatan, laduni dan
sebagainya karangan ulama Pattani sekitar 1800M (sekarang disimpan oleh Unit Arkib
MQTK).

Sekian Laporan ini.

Oleh Ketua Unit Arkib MQTK

29/9/2009

You might also like