You are on page 1of 38

PENGHARGAAN

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuhan kerana telah
melindungi saya dalam proses membuat kerja kursus pendek WAJ 3073 Seni Dalam
Pendidikan sehingga saya dapat menyiapkannya dengan berjaya sekali. Saya juga ingin
merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung dan
tidak langsung dalam penyiapan kerja kursus ini. Tanpa kerjasama dan sokongan dari semua
pihak sudah tentu saya tidak dapat melaksanakan tugasan ini dengan sempurna dan berjaya.
Selain itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah subjek ini
iaitu Pn. Noraini binti Mohd telah membimbing saya dalam tugasan ini. Jutaan terima kasih
bagi beliau di atas semua motivasi dan teguran yang telah dicurahkan. Saya akan
memanfaatkan semua ilmu dan pengalaman yang saya dapat semasa menjalankan tugasan ini
dengan sebaik mungkin.
Di samping itu, ribuan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas saya kerana sudi
berkongsi ilmu dan idea-idea bernas dengan saya. Saya juga ingin berterima kasih kepada
Perpustakaan IPG,Kampus Raja Melewar yang menjadi gerbang maklumat bagi saya dalam
tugasan ini.

Seni Visual

Pengenalan
Kepada Bidang Seni
Pengenalan

Visual Sekolah

Kepada konsep Asas


Seni Visual

Rendah
Pengenalan Kepada
Asas Seni Reka

Rajah 1 : Seni Visual

Seni
Muzik

Pengenalan
Pengenalan
Kepada

Kepada
Pengenalan

Kepentingan

Pengetahuan

Kepada

Muzik Sekolah

Asas Seni Muzik

Kemahiran
Muzik Asas Melalui
Aktiviti

Rajah 2 : Seni Muzik

Rendah

Pergerakan

Pengenalan

Pengenalan

Kepada Konsep

Kepada Asas

Pergerakan

Pergerakan Di
Pendedehan
Kepada
Kemahiran Asas
Pergerakan

Rajah 3 : Pergerakan

Sekolah Rendah

Pendedahan Kepada Pengetahuan Dan Kemahiran Asas Seni


Visual

1. SENI VISUAL
1.1 Pengenalan Kepada Konsep Asas Seni Visual
Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah menjurus kepada seni tampak. Subjek ini lebih
menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman,
penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu
melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Murid diharapkan
dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi
pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama
nilai yang disebutkan. Kurikulum Pendidikan Seni sekolah rendah merangkumi empat bidang
iaitu menggambar, membuat rekaan dan mencorak, membentuk dan membuat binaan, dan kraf
tradisional. Murid diajar untuk melihat subjek ini daripada perspektif yang lebih luas, sama ada
dari aspek keindahan mahupun gunaan. Melalui kefahaman aspek di atas, murid akan dapat
memahami mengenai pelbagai khazanah dalam konteks seni warisan bangsa.

1.2 Pengenalan kepada asas Seni Reka


1.2.1 Unsur Seni
Unsur seni terdiri daripada enam elemen asas yang penting dalam penggubahan sesuatu
karya seni visual iaitu :

garisan

jalinan

rupa

unsur seni

warna

ruang

bentuk

Rajah 4 : Unsur Seni

1.2.1.1

Garisan

Garisan
Cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan
mempunyai jarak-jarak tertentu

Bentuk garisan adalah tebal, tipis, berbulu putus-putus, bergerigi, beralun, zig-zag
dan lain-lain lagi.

Garisan boleh dihasilkan melalui pelbagai teknik seperti Teknik koyakan,Teknik


tampalan , Teknik kolaj, Teknik gosokan, Teknik cetakan dan Teknik capan

Rupa geometri
Rupa geometri yang terikat dengan bentuk yang khusus sepeti bulat,
empat segi, kon, kubus, selinder, empat segi bujur dan piramid

Rupa organik

Rupa organik mempunyai garisan luaran yang berbagai, tidak


menentu dan bersifat dominan.

adalah pertemuan antara penghujung garisan dan permulaannya. Rupa terbahagi dua iaitu
Rupa ialah sesuatu kawasan yang berbeza dari ruang di sekeliling dan bersifat 2-D. Rupa
1.2.1.2

Rupa
Rajah 5 : Garisan

Rajah

6:
Rupa

1.2.1.3

Bentuk
Bentuk dapat dihasilkan melalui lukisan, catan, arca, komputer dan kraf tradisi.

Bentuk terdiri dari dua jenis iaitu :

Bentuk Konkrit
Bentuk ilusi ( maya)
Bentuk ilusi wujud dalam
bentuk gambar, catan,
cetakan, foto, illustrasi
dan lukisan

Bentuk ilusi : ( maya)

bersifat tiga dimensi, maujud,


berisipadu atau berjisim dan
mempunyai warna, ton, jalinan

Bentuk Konkrit :

Rajah

1.2.1.4

7 : Bentuk

Jalinan
Jalinan adalah

kesan

terdapat pada permukaan


Jalinan

terdapat

pada

yang

sesuatu objek.
sesuatu permukaan objek

sama ada kasar, halus, kesat dan sebagainya. Jalinan wujud secara semulajadi atau dari
buatan manusia. Jalinan terbahagi dua jenis iaitu :

Jalinan tampak

jalinan dapat dilihat pada satah gambar


yang bersifat dua dimensi. Ia terdiri
daripada gambar, paparan jalan, simbol
dan logo

Jalinan sentuh

jalinan sentuh bersifat maujud. Sifatnya


tiga dimensi. Ia terdiri daripada kulit
kayu, cermin, kulit kerang, simen dan
buah durian

Jalinan Tampak :

Jalinan Sentuh :
Rajah 8 : Jalinan

1.2.1.5

Ruang
Ruang merupakan kawasan di antara atau kawasan di sekeliling objek. Ia

menggambarkan aspek kekosongan antara objek atau garisan. Dalam aktiviti menggambar,
ruang boleh dihasilkan dengan menggunakan garisan, jalinan dan warna.
R

aja

Ruang

1.2.1.6

Warna
Warna terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu
warna asas, warna sekunder dan warna tertier. Warna
asas terdiri daripada warna biru,
merah, kuning
dan ianya boleh

h9:

menghasilkan warna
sekunder dan warna tertier

Rajah 10 : Warna

1.3 Pengenalan Kepada Asas Seni Reka


Prinsip-Prinsip Rekaan
1.3.1

Harmoni

Harmoni muncul apabilanya susunan atau


ulangan unsur-unsur seni mengikut cara atau
gaya yang tertentu. Tujuan menghasilkan harmoni adalah untuk
menarik perhatian pada sesuatu gubahan, objek atau imej.

Rajah 11 : Harmoni

1.3.2

Kontra

Bermaksud unsurunsur seni mempunyai ciri-ciri


yang bertentangan di antara satu sama
lain. Ianya bertujuan untuk menimbulkan
kesan yang menarik pada sesebuah

karya seni. Kontra berkait rapat


penegasan.

Rajah 12 : Kontra

1.3.3

Penegasan

berfungsi sebagai daya


penarik, pemusatan
karya, mengelak
kebosanan.

Sesuatu yang boleh


menarik perhatian dan
tumpuan kepada
pemerhatian tampak

penegasan

Rajah 13 : Penegasan

1.3.4

Imbangan
Keadaan gubahan yang sama sempadan, sama berat dan graviti, sama kecerahan

warna, sama padan dan sama gaya penampilan.Terdapat tiga jenis imbangan iaitu
imbangan simetri, tidak simetri dan imbangan semua arah.

Rajah 14 : Imbangan

1.3.5

Pergerakan
Pergerakan wujud apabila terdapatnya keadaan yang bergetar, bergoyang, bergegar,

berayun, bersinar-sinar dan sebagainya. Pergerakan bertujuan untuk memberi nyawa, rupa
dan bentuk visual dalam seni tampak dua dimensi. Pergerakan boleh ditampilkan melalui
jalinan, rupa dan ruang.

Rajah 15 : Pergerakan

1.3.6

Kepelbagaian
Kepelbagaian merupakan keadaan penggabungan pelbagai gaya, nilai dan idea yang

berbeza. Susunan atau ulangan unsur-unsur seni yang bertentangan arah dan berbeza saiznya
akan mewujudkan kepelbagaian.

Rajah 16 : Kepelbagaian

1.3.7

Kesatuan
Suatu olahan motif atau ulangan unsur-unsur seni secara sistematik, berpandukan grid

berdasarkan tema atau dea sesuatu hasil karya. Susun atur yang kemas, teratur, lengkap dan
sempurna dapat mewujudkan keseragaman atau kesatuan.

Rajah 17: Kesatuan

1.4 Pengenalan Kepada Bidang Seni Visual Sekolah


Rendah

P e n d id ik a n S e n i V is u a l

Pendidikan Seni Visual sekolah rendah terdiri daripada tiga bidang iaitu :

Melukis Dan Membuat Gambar

Membuat Rekaan Dan Corak

Membentuk Dan Membuat


Binaan

mengenal kraf tradisional

Rajah 18 : Pendidkan Seni Visual

1.4.1

Melukis dan Membuat Gambar

embangan persepsi terhadap aspek melukis serta kegiatan menggunakan pelbagai media dan teknik dengan menekankan a

Rajah 19 : Kolaj

1.4.2

Membuat Rekaan dan Corak


Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk

m e m b u a t re k a a n d a n c o ra k

menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan
rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana hasil daripada kegiatan lain
seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak boleh didapati daripada:

Alam semulajadi seperti bunga,


siput, kayu, serangga dan
haiwan
Bahan buatan manusia seperti
kerusi, meja, rumah dan
gunting

Geometri seperti bulat, segi tiga


dan segi empat

Rupa barangan kraf tradisional


seperti wau, gasing dan keris

Rajah 20 : Membuat Rekaan dan Corak

1.4.2.1

Jenis Susunan Corak


Sisk
ikan
selang
seli
Turun separa
Penuh

Pucuk
Turun Satu
suku

rebung

Jidar

Berjalut
Berombak
Tunggal

Cerminan
Berpusat

Rajah 21 : Jenis Susunan Corak

1.4.2.2

Teknik Corak

lipatan
tarikan
renjisan
ikatan dan celupan
pualaman

corak tidak terancang

lukisan
catan
cetakan
capaan
lipatan dan guntingan
resis
kolaj

corak terancang

Rajah 22 : Teknik Corak

1.4.3

Membentuk dan Membuat binaan


Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek

seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Bidang
kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan pelajar dengan
penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan.

1.4.3.1

Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan

di sekolah rendah:

topeng

model

arca timbul
origami
boneka

arca stabil
arca bergerak
diorama

Rajah 23 : Membentuk dan Menbuat Binaan

1.4.3.2

Tema dan Subjek

Tema dan Subjek


Alam semulajadi
Perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi pelukis
Aliran dan tema sejagat
Keperluan dan pengalaman harian

1.4.4

Kraf Tradisional
Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan atau kerja-kerja

berunsurkan seni yang melibatkan kemahiran kerja tangan serta memerlukan


daya cipta dan kreatif masyarakat yang diwaris turun-temurun mengikut kaum
masing-masing.

1.4.4.1

Jenis - jenis Kraf Tradisional

Alat domestik
Alat permainan
Alat perhiasan diri
Anyaman

Batik
Tenunan

Alat mempertahankan diri

Seni tekat

Tembikar

Te
mb

ika

Tenunan

Gasing
Rajah 25 : Jenis jenis Kraf Tradisional

3.1

Pengenalan Kepada Pengetahuan Asas Muzik


Konsep Muzik
Muzik ialah bunyian yang disusun secara sistematik dan mempunyai kualiti

tersendiri. Susunan muzik yang betul dan teliti akan menentukan kualiti. Konsep muzik ialah
Gabungan berbagai jenis not muzik yang berbeza akan menghasilkan irama

1. Irama

Irama

Corak
Rentak

irama

Tempoh

Meter
Rajah 26 : Irama

Detik

1. HARMONI

Harmoni

Pergerakan

Triad

kod

Arpeggio

Rajah 27 : Harmoni
Harmoni adalah cantuman not-not yang dibunyikan serentak. Not ini bila digabung menjadi
Kod sebagai mengiringi lagu.

2. Melodi

Pic
Jeda
Kontra
Solfa
Rangkaian lagu
Skel

Melodi mengandungi pic rendah , sederhana dan tinggi.


Contohnya: lagu Rasa Sayang

3. Ekspresi

Ekspresi

Istilah

Tanda

Dinamik

Isyarat

Rajah 29 : Ekspresi
Ekspresi akan mempengaruhi sesuatu persembahan samada vokal atau instrumental. Ciri
muzikal ini ialah dinamik, istilah dan tanda isyarat.

4. BENTUK
Bentuk ialah ciptaan muzik mempunyai struktur dua bahagian iaitu bentuk AB.
Misalnya:
Susunan

Bentuk dua bahagian


Tiga bahagian
Rondo
Strofik

5.

WARNA TON
Ada kualiti dan sifat tersendiri atau berbeza bagi sesuatu muzik
Contoh:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.

Suara menjerit dan berbisik


Suara kanak-kanak dan orang dewasa
Ketukan batu dan kayu
Bunyi salakan anjing dengan ngauman harimau
Bunyi burung hantu dan bunyi katak
Bunyi seruling dan drum
Suara orang lelaki dan orang perempuan

Warna ton dapat dijelaskan dengan penggunaan perkataan seperti lembut, kasar, garau,
nyaring, berat dan ringan. Lelaki mempunyai suara baritone, tenor dan bes. Manakala suara
perempuan mempunyai suara soprano dan alto. Dalam koir biasanya ada berbagai ton suara
yang menjadikan pendengaran menarik.

6. Jalinan
Jalinan atau tekstur digunakan oleh pemuzik semasa mengadun bunyi agar jadi
menarik dan digemari.

Pengenalan Kepada Kemahiran Muzik Asas melalui


aktiviti
3.2

Bagi membina kemahiran menyanyi dan bermain alatan muzik secara solo dan ensembel,
kita harus menjalankan aktiviti bermain alat muzik dan menyanyi untuk membolehkan pelajar
menikmati dan menilai persembahan muzik.

3.2.1 Tiga komponen


muzik
3.2.1.1

besar

dalam

pendidikan

Kemahiran muzikal nyanyian

Menyanyi
dalam
ensembel
vokal senada
Menyanyi
dalam
ensembel
vokal
berharmoni

Rajah 30 : Kemahiran Muzikal Nyanyian

Kemahiran

k e m a h ira n E n s e m b e l

3.2.1.2

Menyanyi
berbagai lagu
secara
individu
Menyanyikan
skel: jeda,
arpeggio
menaik dan
menurun
Menyanyi
semula
keratan lagu
yang
didengar

m e m b in a k e m a h ira n m e n y a n y i
( k e m a h ira n s e c a ra in
) d iv id u

m e m b in a te k n ik m e n y a n y i d e n g a n m e n g ik u t

postur
pernafasan
sebutan
rangkaian
Artikulasi
Ekspresi
Penghasilan
ton

Melibatkan diri secara aktif


Mendengar dengan teliti
muzikal
muzik dengan gerakan
Bergembira bergerak ikut muzik
Melahirkan ekspresi diri dengan gerakan
Faham konsep muzik dengan gerakan

Rajah 31 : Kemahiran Muzikal Muzik dengan Gerakan

3.2.1.3

Kemahiran muzikal permainan alat muzik

Bergembira bermain muzik


Penglibatan secara akrif
Mendengar dengan teliti
Memupuk yakin diri, disiplin dan
Estetika
Bermain alat muzik secara muzikal
dan terkawal
Memperbaiki dengan meneroka

Rajah 32 : Kemahiran Muzikal Permainan Alat Muzik

3.3 Pengenalan kepada kepentingan muzik sekolah


rendah

3.3.1.1

Kemahiran muzikal muzik dengan gerakan

Bergembira bergerak ikut


muzik
Mengaitkan dengan
budaya dalam
pergerakan muzik
Melahirkan ekspresi diri
dengan gerakan
Mendengar dengan teliti
Melibatkan diri secara
aktif

Rajah 33 : Kemahiran Muzikal Muzik dengan Gerakan

3.4 Pengenalan kepada kepentingan muzik sekolah


rendah
3.4.1

Membina nilai nilai murni di kalangan pelajar

Membentuk sifat
bekerjasama
sifat bertolak ansur

Merentas kurikulum
Emosi

Memupuk keyakinan
diri
memberi kegembiraan

Rajah 34 : Membina Nilai

4.0 SENI PERGERAKAN


4.1 Pengenalan kepada konsep pergerakan

lokomotor beritma
sekata
kemahiran lokomotor
lokomotor beritma
bukan sekata

pergerakan asas
kemahiran bukan
lokomotor

Rajah 35 : Konsep Pergerakan

4.1.1 Pendekatan kepada asas pergerakan


Pendidikan Pergerakan merupakan salah satu wacana yang menyumbang ke arah
perkembangan keseluruhan pelajar dalam membentuk sikap dan sahsiah tentang keperluan keperluan sosial, emosi dan estetik murid berdasarkan kepada model holistik perkembangan
kanak - kanak bertujuan
Membentuk dan memperhaluskan kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor
kemahiran pergerakan manipulatif dan kestabilan saraf otot.
Memantapkan tahap kecerdasan fizikal, pengetahuandan sikap.
Memantapkan keupayaan pengamatan motor melalui pengalaman - pengalaman
pergerakan terarah.

4.1.2 Pengenalan kepada asas pergerakan sekolah


rendah
4.1.3

Pergerakan Asas
Proses yang membimbing pelajar untuk memperoleh kecekapan pergerakan

menerusi

teknik-teknik menyelesaikan masalah. Mengimprovisasi dengan menekankan

kebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan penemuan,penerokaan dan kreativiti.

4.1.4 Kemahiran Lokomotor Beritma Sekata

4.1.4.1

Berjalan

Postur Kedudukan
kaki

badan &

pemindahan

kepala tegak

berat badan

pergelangan kaki,
lutut & pinggul
bengkok

Hayunan tangan

Aktiviti-aktiviti:

Berjalan
bebas
mengguna
kan ruang

Berjalan
bebas
mengguna
kan ruang

Berjalan
dengan
kelajuan
berbeza

Berjalan
mengikut
arah yang
berlainan

Berjalan
dengan
langkah
kecil &
besar

Rajah 37 : Aktiviti Berjalan

4.1.4.2

Berlari

Kedudukan
badan
Kedudukan kaki

Hayunan

tangan

Kedudukan lutut

Rajah 38 : Berlari

Aktiviti-aktiviti:

Berlari bebas &


Berhenti apabila
Berlari bebas

isyarat diberikan

Berlari
setempat

berlari cepat & lambat

berlari dengan langkah


pendek & panjang

Rajah 39 : Aktiviti Berlari

4.1.5
4.1.5.1

KEMAHIRAN BUKAN LOKOMOTOR


Membongkok
Pergerakan ini berkaitan bahagian-bahagian rapat antara satu sama lain. Bahagian

badan yang boleh dibengkokkan bergantung kepada struktur sendi terlipat. Sendi engsel
membenarkan badan dibongkokkan kehadapan dan kebelakang sahaja. Sendi bola dan
soket pula, membenarkan badan dibongkokkan kehadapan, kebelakangan, ke kiri dan
dalam bulatan

4.1.5.2

Meregang

Membongkok dan meregang bahagian-bahgian badan bermula dengan bahagian kecil


badan seperti jari-jari tangan, jari-jari kaki,tangan dan kaki kepada bahagian besar
badan seperti kaki, lengan, kepala dan belakang

4.1.5.3

Mengilas

Pusingan bahagian badan mengelilingi paksi panjang tanpa menggerakkan dasar


menyokong. Ianya berlaku dalam arah bulatan sahaja. Sendi menentukan bahagian
badan yang boleh dikilas

4.1.5.4

Memusing

Mengilas bahagian badan yang berlainan seperti kaki, lengan, badan dan leher.
Membentuk dengan mengilas dan menggunakan bahagian badan berlainan sebagai
dasar menyokong

4.1.5.5

Menolak

Menurunkan kuasa badan ke atas kuasa rintangan. Menolak menjauhkan objek dari
badan atau menjauhkan badan dari objek. Pergerakan dilakukan dengan menggunakan
tangan dan lengan, tapak dan kaki, bahu dan pinggul

4.1.5.6

Menarik

Menggerakkan atau merapatkan objek kepada badan. Menolak dalam ruang dengan
menggunakan bahagian badan yang berlainan. Menolak objek seperti pundi saga dan
bola menggunakan bahagian badan yang berlainan seperti tangan, siku dan kaki

BIBLIOGRAFI

Dr. Faridah Nazir, Nik Dzulkefli Ibrahim, Samsir Alam Arshad, Azulhaimi Ahmad, Noraini Mohd,
Hartini Kana & Sunizah Ali ( 2015). Seni Dalam Pendidikan. Sasbadi Sdn.Bhd. Petaling Jaya,
Selangor.
Pendidikan Seni Visual. Dimuat turun pada 1 April 2015 daripada
http://psvisual.blogspot.com/p/nota-seni.html
Garisan. Dimuat turun pada 1 April 2015 daripada
http://senivisual1.blogspot.com/2011/07/garisan.html
Unsur-unsur Seni. Dimuat turun pada 1 April 2015 daripada
http://kelabuasapart.blogspot.com/2012/12/nota-asas-seni-reka-unsur-unsur-seni.html
Pengenalan Pendidikan Seni Visual. Dimuat turun pada 1 April 2015 daripada
http://nltupsi.blogspot.com/p/pengenalan-pendidikan-seni-visual.html
Bidang Mengenal Kraf Tradisional. Dimuat turun pada 30 March 2015 daripada
http://artzskill.blogspot.com/p/bidang-mengenal-kraf-tradisional.html
Garisan. Dimuat turun pada 30 March 2015 daripada
https://chekgusempoi.wordpress.com/2012/05/20/garisan/

Membuat Corak & Rekaan. Dimuat turun pada 30 March daripada


http://bloginspirasidiariseni.blogspot.com/p/membuat-corak-rekaan.html
Pendidikan Seni Visual : Mencorak dan Rekaan. Dimuat turun pada 31 March daripada
http://kemayangambai.blogspot.com/2013/01/pendidikan-seni-visual-mencorak-dan.html
Pendidikan Seni Visual : Tenunan. Dimuat turun pada 31 March daripada
http://psvspm.blogspot.com/2009/07/tenunan.html

REFLEKSI
Seni dalam pendidikan merupakan salah satu matapelajaran elektif yang saya perlu
ambil bagi semester empat ini. Seni dalam pendidikan atau singkatannya SDP menekankan
sesuatu yang baru dan ianya menggabungkan tiga elemen penting. Elemen-elemen tersebut
ialah seni visual, pergerakan dan juga seni muzik. Elemen-elemen ini akan menjadikan sesuatu
pembelajaran menyeronokkan yang akan membuatkan murid-murid mempunyai minat yang
tinggi untuk menuntut ilmu. Sepanjang penghasilan tugasan ini, saya dapat meningkatkan
pengetahuan saya mengenai Rancangan Pengajaran Harian dan pengajaran dan pembelajaran
berlangsung di dalam kelas. Oleh itu saya dapat mengenalpasti bagaimana sesuatu pengajaran
dan pembelajaran berlaku berdasarkan pengetahuan dan penggunaan RPH yang berkesan di
dalam kelas.
Berdasarkan tugasan ini, saya dikehendaki untuk menjalankan pengajaran di dalam kelas
berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian yang disediakan oleh saya. Dengan adanya ilmu
serta penerangan jelas oleh Guru Fatin Sekolah Kebangsaan Simpang Tiga dan bimbingan
beliau saya dapat membina Rancangan Pengajaran Harian dengan baik. Walaupun mendapat
kekangan kefahaman semasa melakukan RPH ini kerana RPH Pendidikan Seni tidak sama
seperti RPH major Pendidikan Jasmani, tetapi setelah perbincangan bersama guru-guru
Sekolah Kebangsaan Simpang Tiga, saya dapat menghasilkan RPH yang baik dan berjaya
menjadikan ia sebagai satu amali pengajaran dan pembelajaran yang baik di dalam kelas.
Cikgu Fatin membantu saya untuk menyiapakan Rancangan Pengajaran Harian dalam kerja

kursus ini. Setelah menyiapkan RPH, saya dapat mengetahui bahawa dengan memberikan
tumpuan dan komitmen yang terbaik adalah salah satu faktor yang membantu di dalam
menghasilkan RPH tersebut. Oleh itu, dengan kekuatan saya ini, saya amat berharap jika saya
bekerja bersungguh lagi saya dapat menghasilkan kerja yang terbaik seperti tugasan pada kali
ini.
Selain itu ketika melaksanakan pengajaran saya dapat mengetahui bahawa saya dapat
mengawal kelas dengan baik walaupun kadangkala terdapat beberapa orang murid yang
membuat nakal. Tetapi apabila saya memberikan arahan, mereka dapat mengikuti arahan saya
dengan mudah tanpa sebarang masalah. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran makro
ini, saya telah menggunakan menggambar dan mewarna. Ini telah menyebabkan murid-murid
tidak mudah berasa bosan walaupun topiknya sama belajar sebelum ini. Saya dan cikgu Fatin
mengajar murid-murid mewarna gambar ayam jantan dengan menggunakan krayon. Mereka
suka akan gambar ayam yang cikgu Fatin edarkan. Ini kali pertama mereka menggunakan
krayon untuk mewarna. Seterusnya, saya dan cikgu Fatin telah memilih beberapa elemen lain
seperti muzik dan pergerakan untuk integrasikan dalam sesi pengajaran saya ini.
Setelah saya mendapat maklum balas daripada guru panitia Pendidikan Seni Visual
Sekolah Kebangsaan Simpang Tiga terhadap pengajaran saya, saya telah mengetahui
mengenai kelemahan ataupun kekurangan yang saya perlu atasi. Guru Panitia Pn. Faridah
Kamaruddin menegur mengenai aktiviti perkembangan iaitu langkah 1. Beliau mengatakan
bahawa aktiviti perkembangan tampal gambar ayam di papan putih kurang sesuai berbanding
murid sendiri melukis dan mewarna untuk dilaksanakan pada langkah tersebut. Saya bersetuju
dengan pendapat beliau kerana saya dapat melihat sendiri reaksi murid-murid ketika langkah 1
tersebut dijalankan. Oleh itu pada peringkat ini saya, seharusnya merancang aktiviti
perkembangan yang lebih bersesuaian pada tahap murid. Selain daripada itu Pn.Faridah turut
menegur bahawa terdapat beberapa arahan yang kurang jelas di RPH saya. Beliau
mencadangkan saya menambah lagi arahan-arahan yang perlu di dalam RPH saya supaya
RPH saya menjadi lebih baik dan senang difahami apabila guru ataupun pihak lain membaca
RPH tersebut. Sekali lagi saya bersetuju dengan pandangan beliau mengenai kelemahan saya
ini. Selain daripada itu saya juga melihat alatan-alatan pendidikan seni tidak mencukupi untuk
kegunaan murid. Mereka berkongsi alatan ketika menggunakan.
Di sepanjang proses saya menyiapakan tugasan ini, saya dapat melihat peluang-peluang
yang saya memperbaiki diri dari segi teknik pengajaran, interpersonal dan intrapersonal. Ketika
proses pengajaran dilaksanakan saya dapat meningkatkan keyakinan diri saya untuk bercakap

di hadapan kelas dan mengajar orang lain. Selain itu, saya turut belajar cara untuk mengawal
kelas terutamanya apabila menghadapi dan keadaan kelas yang bising. Saya telah
menggunkan peluang ini sepenuhnya untuk saya menyediakan diri saya bagi menjadi seorang
pendidik yang cemarlang di masa hadapan kelak.
Tanpa cabaran maka kuranglah makna dan nikmat sesuatu perkara atau aktiviti yang
dilaksanakan. Bagi saya cabaran yang paling sukar saya hadapi ketika melaksanakan tugasan
ini adalah kebimbangan mengenai kerjasama yang diberikan oleh cikgu Fatin ketika proses
pengajaran dilaksanakan. Tetapi, terima kasih kepada cikgu Fatin banyak membantu dengan
memberikan sepenuh kerjasama ketika proses pengajaran. Selain itu cabaran yang saya
hadapi adalah mengenai masa. Pengurusan masa yang baik adalah penting dalam setiap
aktiviti yang dilaksanakan. Untuk menghasilkan RPH yang baik, perancangan pengurusan
masa adalah perlu. Oleh kerana saya turut mempunyai tugasan-tugasan lain yang perlu
disiapkan, saya merancang masa yang perlu menyiapkan untuk RPH.
Secara keseluruhannya, tugasan ini memberikan saya suatu pengalaman dan
pengetahuan yang bermakna dalam menyedikan RPH terutamanya untuk mengintegrasikan
unsur-unsur muzik dan pergerakan di dalam subjek Seni Dalam Pendidikan. Akhir kata, saya
amat berterima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu saya dalam
menyiapakan tugasan ini. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Fatin, Puan
Faridah dan Puan Noraini kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan pandangan mereka.
Saya juga amat berbesar hati dengan kerjasama yang diberikan oleh rakan-rakan kelas.

You might also like