You are on page 1of 8

Sebuah Perjuangan (Ab Manaf Kamarudin) KOMSAS Ting 3

SINOPSIS
Babak 1
Pangeran Syahbandar menyampaikan ucapan kepada penduduk di kawasan Sungai Padas agar
menentang kompeni Inggeris kerana kawasan itu di bawah pemerintahan adik Tunku Sultan
Hashim Jalilul Alam.
Babak 2
Jahul melaporkan kepada Pegawai Inggeris bahawa Pangeran Syahbandar mendakwa beliau
berkuasa di Sungai Padas. Hal ini membangkitkan kemarahan Pegawai Inggeris kerana
Sungai Padas telah pun dipajak oleh Tuanku Sultan Brunei kepada mereka. Pegawai Inggeris
memberi hadiah kepada Jahul sebagai penghargaan atas maklumat yang diberikan.
Babak 3
Pangeran Syahbandar dan Awang mengesyaki ada tali barut yang menfitnah Pangeran
Syahbandar kepada penduduk kampung. Mereka bertekad untuk bertindak terhadap
penduduk kampung yang belot.
Babak 4
Satu pertempuran berlaku antara pengikut Pangeran Syahbandar dengan kumpulan
pembelot.
Babak 5
Jahul memberitahu Pegawai Inggeris bahawa Pangeran Syahbandar telah menyerang dan
menawan penduduk yang menyokong kompeni Inggeris. Pengawai Inggeris akan membuat
bantahan kepada Sultan Brunei agar menghentikan kegiatan Pangeran Syahbandar yang
menentang kompeni Inggeris.
Babak 6
Tunku Sultan mengarahkan Pangeran Syahbandar membebaskan tawanan dan menghentikan
penentangan. Pangeran Syahbandar kesal kerana Sultan termakan hasutan Inggeris. Beliau
bertegas tetap meneruskan perjuangan.
Babak 7
Berlaku pertempuran antara Pangeran Syahbandar dengan polis-polis kompeni Inggeris.
Mereka berjaya menyerang, membunuh dan merampas senjata api orang Inggeris.
Babak 8

Di pejabat, Pegawai Inggeris marah kerana tindakan Pangeran Syahbandar menyebabkan


pihaknya kerugian. Kedegilan Pangeran Syahbandar akan dibalas kerana pihak Inggeris telah
mendapat kebenaran daripada Tuan Residen untuk menyerang balas kota Manggalela iaitu
kubu kuat Pangeran Syahbandar.
Babak 9
Berlaku pertempuran antara Pangeran Syahbandar dengan polis kompeni. Pangeran
Syahbandar mahu semua pengikutnya berwaspada walaupun pihak kompeni telah berundur.
Babak 10
Pegawai Inggeris mengetahui tentang kebijaksanaan Pangeran Syahbandar membina kubu
untuk menahan serangan kompeni Inggeris tetapi pihaknya tidak akan berputus asa dan
akan menyerang sekali lagi kubu tersebut. Kompeni Inggeris juga mendapatkan bantuan
polis Sikh dari Perak yang mempunyai senjata api yang lebih lengkap.
Babak 11
Keadaan kelam kabut berlaku kerana tembakan meriam daripada polis kompeni yang
menyerang kubu Pangeran Syahbandar sekali lagi. Awang berasa cemas kerana bilangan polis
kompeni yang ramai dan dibantu oleh polis Sikh manakala pihaknya hanya mempunyai senjata
lembing dan keris. Pangeran Syahbandar memberi kata-kata semangat agar berjuang habishabisan.
Babak 12
Pertempuran berlarutan, Awang memberitahu Pangeran Syahbandar bahawa mereka tidak
boleh bertahan kerana ramai pengikut telah terkorban. Pangeran Syahbandar menyatakan
mereka tidak akan mengaku kalah. Awang menyarankan supaya mereka menyahut seruan
Gabenor untuk berunding dan menghentikan peperangan. Akhirnya Pangeran Syahbandar
bersetuju tetapi pengunduran mereka bukan bererti mereka tewas. Pangeran Syahbandar
dan pengikut-pengikutnya keluar dari kubu dan menyerah diri kepada kompeni Inggeris.
PEMIKIRAN / TEMA
Drama ini mengetengahkan pemikiran perjuangan anak watan menentang penjajahan.
Drama ini menyorot kisah perjuangan Pangeran Syahbandar menentang kompeni Inggeris di
Sungai Padas. Pangeran Syahbandar bertegas bahawa kawasan Sungai Padas merupakan hak
milik Sultan Hashim Jalilul Alam yang mesti dipertahankan oleh penduduk watan. Pangeran
Syahbandar sanggup menentang serangan kompeni Inggeris walaupun mereka bertempur
dalam keadaan serba kekurangan.

PERSOALAN
i.Kepentingan mempertahankan hak kebebasan memerintah di negara sendiri.
Contoh: Pangeran Syahbandar bertegas agar kawasan Sungai Padas diuruskan oleh anak
watan.
ii.Pengkhianatan terhadap bangsa sendiri.
Contoh: Jahul sanggup menjadi tali barut Pegawai Inggeris.
iii.Kepentingan bekerjasama dalam mempertahankan tanah air.
Contoh: Pangeran Syahbandar dan orang kampung menentang Kompeni Inggeris walaupun
tidak mempunyai senjata yang lengkap.
iv.Kebijaksanaan dalam menghadapi musuh.
Contoh: Pangeran Syahbandar dan pengikutnya telah membuat persediaan awal menentang
kompeni Inggeris dengan membina kubu yang kuat.
PLOT
Secara keseluruhan drama ini disusun mengikut kronologi iaitu mengikut urutan cerita
bermula dengan Pangeran Syahbandar menyampaikan ucapan kepada penduduk di kawasan
Sungai Padas dan diakhiri dengan Pangeran Syahbandar bersetuju menyerah kalah apabila
melihat anak buahnya terkorban.
Pembinaan plot
Empat peringkat garapan plot:
i.Permulaan
Pangeran Syahbandar menyampaikan ucapan kepada penduduk di kawasan Sungai Padas.
Beliau menyeru penduduk kampung menentang kompeni Inggeris kerana daerah ini ialah
kawasan mereka.

ii.Perkembangan
Di pejabat Pegawai Inggeris, Jahul melaporkan berita tentang Pangeran Syahbandar yang
memberitahu beliau berkuasa di Sungai Padas kerana itu tidak termasuk dalam kawasan
pajakan Inggeris.Pertempuran berlaku antara pengikut Pangeran Syahbandar dengan
kumpulan pembelot. Pangeran Syahbandar telah mengarahkan pengikut-pengikutnya
memburu dan menangkap pembelot-pembelot.Pegawai Inggeris membuat bantahan kepada

Sultan Brunei supaya menghentikan tindakan Pangeran Syahbandar menentang


kompeni.Tuanku Sultan mengarahkan Pangeran Syahbandar membebaskan tawanan dan
menghentikan penentangan terhadap kompeni tetapi tidak diendahkan. Pertempuran dan
tembak-menembak antara Pangeran Syahbandar dan polis-polis kompeni. Pangeran
Syahbandar mengarahkan pengikut-pengikutnya supaya menyerang, membunuh dan
merampas senjata api orang Inggeris. Ramai polis kompeni dibunuh dan senjata api
dirampas.Tindakan Pangeran Syahbandar menyebabkan pegawai Inggeris mendapatkan
kebenaran daripada Tuan Residen untuk menyerang balas Kota Manggalela iaitu kubu kuat
Pangeran Syahbandar.
iii.Klimaks
Keadaan kelam kabut berlaku apabila serangan sekali lagi dilakukan oleh kompeni Inggeris
dengan bantuan polis Sikh. Bilangan polis kompeni lebih ramai jika dibandingkan dengan
pengikut-pengikut Pangeran Syahbandar. Awang berasa cemas tetapi Pangeran
Syahbandar memberi kata semangat supaya berjuang habis-habisan.
iv.Peleraian
Awang menyatakan bahawa mereka tidak dapat bertahan lagi kerana ramai orang mereka
yang terkorban. Awang menyarankan supaya mereka menyahut seruan gabenor supaya
berunding dan menghentikan peperangan. Pangeran Syahbandar bersetuju tetapi mereka
bukan menyerah kalah. Semangat mereka tetap kekal untuk menentang penjajah. Pangeran
Syahbandar dan pengikut-pengikutnya keluar daripada kubu dan menyerah diri.
TEKNIK PENCERITAAN
1.Teknik Pemerian
Contoh: Pengarang mengarapkan teknik pemerian dalam babak pertempuran antara pengikut
Pangeran Syahbandar dengan polis Kompeni.
2.Teknik dialog
Contoh: Jahul: (sedikit gugup) Betul tuan. Saya tidak salah dengar,tuan.
3.Teknik kejutan
Contoh: Kota Manggalela diserang secara tiba-tiba oleh pihak Inggeris dengan bantuan
anggota polis Sikh dari Perak selepas Pangeran Syahbandar menyangka mereka telah
berundur.
WATAK DAN PERWATAKAN
Watak Utama
Pangeran Syahbandar

i.

Tokoh pejuang di Sungai Padas.

ii.
Pemimpin yang berani.
Contoh: Pangeran Syahbandar tidak gentar menentang kumpulan kompeni Inggeris yang
ramai.
iii.Pemimpin yang tegas.
Contoh: Pangeran Syahbandar bertegas meneruskan perjuangan menentang Inggeris
walaupun Tuanku Sultan mahu mereka menghentikan penentangan terhadap Kompeni
Inggeris.
iv.Pemimpin yang rasional.
Contoh: Pangeran Syahbandar sanggup berunding dan berdamai dengan Kompeni Inggeris
setelah pengikut-pengikutnya semakin ramai terkorban.
v.Pemimpin yang berkaliber.
Contoh: Pangeran Syahbandar telah berjaya mengarahkan pengikut-pengikutnya menangkap
pembelot.
vi.Pemimpin yang bijak.
Contoh: Pangeran Syahbandar telah membuat persediaan yang rapi dengan membina kubu
sebagai pertahanan menentang musuh.
Watak Sampingan
Awang
i.Pembantu kepada Pangeran Syahbandar.
Contoh: Awang sentiasa membantu Pangeran Syahbandar semasa menentang Kompeni
Inggeris.
ii.Pemuda yang cinta akan tanah air.
Contoh: Awang bersama-sama Pangeran Syahbandar menentang kompeni Inggeris yang ingin
menguasai kawasan Sungai Padas.
iii.Berfikiran jauh.
Contoh: Awang mencadangkan Pangeran Syahbandar supaya berunding dan menghentikan
peperangan.
Jahul
i.Tali barut Inggeris.

Contoh: Jahul sentiasa melaporkan


pengikutnya kepada Pegawai Inggeris.

kegiatan

Pangeran

Syahbandar

dan

pengikut-

ii.Pemuda yang mudah termakan pujukan.


Contoh: Jahul bersetuju memberikan maklumat apabila Pegawai Inggeris memberi hadiah.
Pegawai Inggeris
i.Wakil kompeni Inggeris di Sungai Padas.
ii.Bijak mengatur strategi.
Contoh: Pegawai Inggeris pandai memujuk Jahul untuk mendapatkan maklumat dengan
memberikan ganjaran kepada Jahul.
LATAR
Latar Masa
i.Berlaku hampir 4 bulan
Contoh: Awang menyatakan pertempuran antara pengikut Pangeran Syahbandar dengan
Kompeni Inggeris sudah berlarutan hampir 4 bulan.
ii.Waktu malam.
Contoh: Pertempuran berlaku antara pihak Kompeni Inggeris dengan pengikut Pengeran
Syahbandar di Kota Manggalela.
iii.Waktu pagi.
Contoh: Jahul melaporkan berita Pangeran Syahbandar mendakwa dia berkuasa di kawasan
Sungai Padas kepada Pegawai Inggeris.
Latar Tempat
i.Di kawasan Sungai Padas.
Contoh: Pangeran Syahbandar memberi ucapan kepada penduduk kampung bahawa Kompeni
Inggeris tidak berhak melarang mereka mencari nafkah di bumi mereka sendiri.
ii.Pejabat Pegawai Inggeris.
Contoh: Perbualan antara Jahul dan Pegawai Inggeris tentang perkara yang berlaku di
kawasan Sungai Padas.

iii.Kubu Kota Manggalela.


Contoh: Kompeni Inggeris membedil kota Manggalela sebagai serangan balas.

Latar Masyarakat
i.Masyarakat kampung yang mudah dipengaruhi.
Contoh: Terdapat penduduk kampung Kawasan Sungai Padas menyokong kompeni Inggeris
dan menjadi pembelot.
ii.Masyarakat yang mengkhianati bangsanya sendiri.
Contoh: Jahul memberi maklumat mengenai Pangeran Syahbandar kepada Kompeni Inggeris.
iii.Masyarakat penjajah.
Contoh: Kompeni Inggeris bertegas mahu menguasai kawasan Sungai Padas.
iv.Masyarakat pemimpin yang bertimbang rasa.
Contoh: Pangeran Syahbandar hanya akan mengutip cukai sekadar yang termampu oleh
penduduk.
GAYA BAHASA
i.Kata pinjaman(bahasa Inggeris)
Contoh: what, special for you, coming
ii.Peribahasa
Contoh: Biar berputih tulang, jangan berputih mata, alang-alang mandi biar basah, kepala
batu, biar kita mati berkalang tanah
iii.Kata ganda
Contoh: tercunggap-cungap, saudara-saudara dan polis-polis
iv.Sinkof/sinkop
Contoh: tu, tak kan, tapi

NILAI
i.Nilai semangat cinta akan tanah air
Contoh: Pangeran Syahbandar sanggup bergadai nyawa untuk mempertahankan kawasan
Sungai Padas.

ii.Nilai kesetiaan
Contoh: Awang menyokong tindakan Pangeran Syahbandar demi mempertahankan tanah air
daripada kekuasaan Kompeni Inggeris.
iii.Nilai bersatu padu
Contoh: Pangeran Syahbandar, Awang, dan pengikut-pengikutnya bersatu padu dalam
menentang Kompeni Inggeris sehingga ramai yang terkorban.
iv.Nilai keberanian
Contoh: Pangeran Syahbandar dan Awang sanggup mati demi menegakkan hak mereka.
Mereka juga berani menyerang pihak Kompeni Inggeris walaupun tidak mempunyai
kelengkapan senjata yang sesuai.
v.Nilai rasional
Contoh: Pangeran Syahbandar menerima pendapat Awang untuk berdamai dengan pihak
Kompeni Inggeris agar tidak ramai yang menjadi korban.

PENGAJARAN
i.Kita haruslah mempertahankan tanah air daripada sebarang bentuk penjajahan.
Contoh: Pangeran Syahbandar berjuang habis-habisan untuk mempertahankan kawasan
Sungai Padas.
ii.Kita hendaklah bersatu padu menentang penjajah.
Contoh: Pengikut-pengikut kampung bersama-sama Pangeran Syahbandar dan Awang
bersatu padu menentang Kompeni Inggeris.
iii.Kita hendaklah berani menentang penjajah.
Contoh: Pangeran Syahbandar dan pengikut-pengikutnya berani menentang Kompeni
Inggeris.
iv.Kita mestilah setia kepada ketua.
Contoh: Pangeran Syahbandar sentiasa disokong oleh Awang dalam mempertahankan tanah
air.

You might also like