You are on page 1of 2

Sipnosis

Penjajahan British di Sungai Padas mendapat tentangan


daripada Pangeran Syahbandar dan penduduk kampung.Pangeran
Syahbandar menentang pungutan cukai oleh Kompeni Inggeris.
Pangeran Syahbandar mendakwa berkuasa di Sungai
Padas.Hal ini dilaporkan oleh tali barut Inggeris yang bernama
Jahul.Pegawai Inggeris marah kerana kawasan Sungai Padas telah
dipajak oleh Kompeni Inggeris daripada Sultan Brunei.Buktinya
perjanjian sudah pun ditandatangani.Pegawai Inggeris berbangga
dengan Jahul dan memberikan penghargaan kepadanya.
Pangeran Syahbandar dan Awang menunjukkan kemarahan
apabila ada pihak yang menyebarkan berita yang memburukburukkan nama dan kuasa Pangeran.Angkara ini dilakukan oleh tai
barut yang menjadi upahan.Pangeran Syahbandar mahu mengambil
tindakan tegas terhadap para pembelot.
Pangeran Syahbandar dan orang-orang kampung menyerang
dan menawan para pembelot yang menyokong Kompeni Inggeris.
Jahul melaporkan kepada pegawai Inggeris bahawa Pangeran
Syahbandar dan penduduk kampong telah menawan para
penyokong Kompeni Inggeris.Pegawai Inggeris akan mengambil
tindakan balas,antaranya termasukalah membuat bantahan kepada
Sultan Brunei agar penentangan Pangeran Syahbandar segera
dihentikan.
Pangeran Syahbandar tidak berpuas hati dan menganggap
Sultan sudah termakan pujukan Kompeni Inggeris.Pangeran
Syahbandar berazam akan menentang Kompeni Inggeris habishabisan demi membebaskan tanah air daripada cengkaman pihak
British.
Berlaku pertempuran sengit antara Pangeran Syahbandar
dengan polis kompeni.Pasukan Pangeran Syahbandar telah berjaya
menewaskan pasukan polis kompeni.Banyak polis kompeni dibunuh
dan senjata api dirampas.
Pegawai Inggeris amat marah kerana Pangeran Syahbandar
telah banyak mendatangkan kerugian kepada Kompeni
Inggeris.Pegawai Inggeris telah memperoleh kebenaran daripada
Tuan Residen untuk menyerang Kota Manggalela yang menjadi kubu
kuat Pangeran Syahbandar.

Berlaku pertempuran antara Pangeran Syahbandar dengan


polis kompeni.Pasukan polis kompeni telah berundur tetapi
Pangeran Syahbandar mengingatkan pengikutnya supaya
berwaspada.
Pegawai Inggeris mengakui kebijaksanaan Pangeran mengatur
strategi peperangan, iaitu dengan membina kubu pertahannan yang
kuat.Kompeni Inggeris akan melakukan serangan balas dengan
mendapatkan bantuan anggota polis Sikh dari Perak yang turut
membawa kelengkapan senjata api.
Kompeni Inggeris melakukan serangan terhadap kubu
Pangeran Syahbandar.Awang cemas dan menjelaskan bahawa
bilangan polis kompeni banyak kerana mendapat bantuan polis Sikh
yang bersenjata lengkap.Sukar bagi mereka menentang kerana
mereka hanya bersenjatakan keris dan lembing.Pangeran
Syahbandar memberikan kata-kata semangat kepada para
pengikutnya bagi meneruskan perjuangan.
Peperagan antara kedua-dua belah pihak berlanjutan hingga
empat bulan lamanya.Sebagai akibatnya,banyak pengikut Pangeran
Syahbandar terkoban dan pertahanan mereka semakin
lemah.Awang mengesyorkan agar mereka mengadakan rundingan
bagi menyahut seruan Gabenor.Pangeran Syahbandar akhirnya
bersetuju dengan cadangan Awang supaya berunding.Namun
begitu,hal itu tidaklah bermakana semangat mereka telah
lemah,sebaliknya mereka tetap bersemangat untuk membebaskan
tanah air.

You might also like