You are on page 1of 13

SULIT

BM K1(A)/T6/PS 1/2016

BAHAGIAN A
[20 markah]
Soalan 1 hingga 18
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1

Semasa bercuti di Sydney, saya ada mengirimkan beberapa keping ____________ kepada ibu di
kampung.

poskad

barang kemas

pakaian

beg

Banjir besar yang melanda negeri di selatan tanah air seperti ___________ amat menyedihkan.
A

Kedah

Johor

Kelantan

Terengganu

Teratak usang keluarga _______________ terletak di hujung Kampung Lubuk Bendul, jelas Hang
Jebat kepada Pandak Mat Jusoh.

beta

patik

hamba

tuanku

Mangkuk plastik berisi mi itu jatuh ______________ di lantai.


A

terduduk

terlentang

terlungkup

tersembam

Kebanyakan kanak-kanak mangsa peperangan itu _______________ kerana hidup dalam ketakutan
dan tidak mendapat makanan yang mencukupi.

kurus

lincah

gemuk

layu

_________ maaf kerana perjalanan kereta api ke utara semenanjung terpaksa ditunda akibat kejadian
tanah runtuh.
A

Jemput

Tolong

Harap

Sila

______________________________________________________________________________________________
1
011

SULIT

BM K1(A)/T6/PS 1/2016

Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.

Ibu memberikan _________________ daripada kek hari jadinya kepada jiran di sebelah rumah.
A

sesetengah

separuh

seluruh

suku

Puan Salbiah menyediakan ____________________ untuk hidangan pengantin dan rombongan yang
ikut serta.

rempah-ratus

lauk-pauk

saki-baki

rumput-rampai

Peniaga yang ingkar berpindah ke tapak yang disediakan akan dihadapkan ke mahkamah.
Pilih perkataan sinonim bagi ingkar.
A

ugut

degil

patuh

enggan

Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.

10

11

Perkataan yang berlawan maksud dengan gambar di atas ialah ____________________.


A

bertenggek

duduk

hinggap

melayang

Para pelancong dapat melihat cahaya _________________ yang hinggap pada pohon berembang
pada waktu malam.
A

bari-bari

sibur-sibur

obor-obor

kunang-kunang

______________________________________________________________________________________________
2
011

SULIT

BM K1(A)/T6/PS 1/2016

Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah.

12

Pak Ali membawa pulang _______________ pisang dari dusun di belakang rumah.
A

sebiji

sesikat

segugus

setandan

Isi tempat kosong dengan peribahasa yang paling tepat.


13

Adriana _____________ apabila masuk ke butik itu kerana kebanyakan fesyen dan corak bajunya
sangat cantik dan menarik.

14

mata petai

hilang akal

rambang mata

mencolok mata

Ibu Si Tanggang berasa kecewa akan sikap anaknya yang ______________________________.


A

bagai kacang lupakan kulit

bagai gagak pulang ke benua

bagai pelanduk lupakan jerat

bagai kerbau dicucuk hidungnya

Pilih ayat yang betul.


15

Buku-buku nota Bahasa Inggeris itu tebal-tebal belaka.

Puan Rani membeli pelbagai jenis kuih-muih untuk sarapan pagi keluarganya.

Kita akan memperoleh banyak ilmu pengetahuan jika kita rajin ke perpustakaan.

Kedua orang anak perempuannya menjadi doktor pakar bedah di Hospital Putrajaya.

______________________________________________________________________________________________
3
011

SULIT

BM K1(A)/T6/PS 1/2016

Soalan 16 berdasarkan gambar di bawah.

16

Di manakah saya boleh mendapatkan khidmat teksi?

Bagaimanakah cara untuk ke Pasar Budaya?

Bolehkah encik menolong saya?

Apakah nama jalan ini?

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.


17

Pengemis itu meminta sedikit makanan daripada orang ramai.


A

Berikanlah saya sedikit makanan, kata pengemis itu kepada orang ramai.

Berikanlah orang ramai itu sedikit makanan kata pengemis itu.

Berikanlah pengemis itu sedikit makanan, kata orang ramai.

Berikan pengemis itu sedikit makanan, kata mereka.

Pilih ayat-ayat menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


18

Sewaktu bangun daripada tidur, Roslan hanya membilas mukanya sebelum keluar.

II

Pembantu rumah kami pasti membilas lantai setiap hari.

III

Peserta kedua sedang membilas hujah-hujah peserta pertama.

IV

Cik Laili sedang membilas pakaian yang direndamnya semalam.

I dan II

I dan IV

II dan III

III dan IV

______________________________________________________________________________________________
4
011

SULIT

BM K1(A)/T6/PS 1/2016

Soalan 19 hingga soalan 20


Baca cerita di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Encik Lee:

Selamat pagi saudara. Apa khabar? Nama saya Lee.

Encik Samsul: Oh, selamat pagi. Nama saya Samsul. Adakah Encik Lee tinggal di rumah sebelah?
Encik Lee:

Ya. Saya sudah lama tinggal di sini. Sejak beberapa hari lalu, saya melihat Encik Samsul
sibuk mengecat dan membersihkan kawasan rumah. Adakah Encik Samsul yang telah
membeli rumah ini?

Encik Samsul: Ya. Saya dan keluarga akan berpindah ke sini pada hari Ahad nanti. Saya telah mengambil
cuti beberapa hari untuk membersihkan rumah ini.
Encik Lee:
19

20

Kalau begitu, kita berjiranlah nanti. Selamat datang, Encik Samsul.

Semasa Encik Lee menyapa Encik Samsul, Encik Samsul mungkin sedang ____________________
A

bersiap-siap untuk meninggalkan tempat itu.

menunggu kedatangan Encik Lee.

memotong rumput.

mengecat rumah.

Tujuan utama Encik Lee berjumpa dengan Encik Samsul adalah untuk ________________________
A

menolong Encik Samsul.

menceritakan perihal dirinya.

berkenalan dengan Encik Samsul.

melihat keadaan rumah Encik Samsul.

KERTAS SOALAN TAMAT

______________________________________________________________________________________________
5
011

SULIT

BM K1(B)/T6/PS 1/2016

BAHAGIAN B
[30 markah]
Soalan 21
Lengkapkan ayat di bawah dengan perkataan yang paling sesuai.
beritahu

kerjasama

matahari

warganegara

tanggungjawab

jawatankuasa

setiausaha

kakitangan

1.

Ayah Ahmad telah dilantik sebagai ____________________ sewaktu pemilihan jawatankuasa


pekebun kecil yang baru ditubuhkan.

2.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyeru kepada ____________________ Malaysia
supaya merebut peluang dalam industri pertanian dan penternakan yang akan dibantu oleh
kerajaan.

3.

Tumbuh-tumbuhan memerlukan cahaya ____________________ yang mencukupi untuk


tumbesaran yang sempurna.

4.

Kita mempunyai __________________ untuk memastikan produk kilang kita ini selamat untuk
pengguna, kata Haji Sabarudin kepada pekerja-pekerjanya.
[4 markah]

Soalan 22
a. Tulis ayat aktif yang paling sesuai bagi ayat pasif yang diberi.
Ayat pasif:
Kejayaan akan kita capai jika keazaman kita miliki.

Ayat aktif:
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
[2 markah]
___________________________________________________________________________________________
1
011

SULIT

BM K1(B)/T6/PS 1/2016

b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.


Wah, cantiknya baju kamu!
Di manakah kamu
membelinya, Khir?

Haikal

Khir

____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
[2 markah]

c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.


____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
[2 markah]

___________________________________________________________________________________________
2
011

SULIT

BM K1(B)/T6/PS 1/2016

Soalan 23
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Pada hujung minggu yang lalu, Katrina dan rakan-rakannya telah dibawa oleh Cikgu Latifah ke sebuah
ladang penternakan. Setiap murid telah diberi tugasan. Katrina ditugaskan untuk menemu ramah
pegawai di ladang tersebut.
Katrina:
Cik Ayu:
Katrina:
Cik Ayu:
Katrina:
Cik Ayu:

Katrina:
Cik Ayu:
Katrina:
Cik Ayu:
Katrina:
Cik Ayu:

a.

Selamat sejahtera, Cik Ayu. Apa khabar?


Selamat sejahtera. Khabar baik.
Banyak sungguh lembu di sini, cik. Apakah jenis baka lembu ini?
Lembu-lembu ini ialah lembu pedaging baka Brakmas.
Bolehkah cik terangkan lembu pedaging Brakmas ini?
Lembu pedaging baka Brakmas ialah lembu yang terhasil daripada pengacukan benih
lembu jantan baka Brahman dari Australia dengan benih lembu betina tempatan. Kami
telah menggunakan kaedah bioteknologi untuk menghasilkan baka baharu lembu
pedaging.
Oh, begitu! Apakah kelebihan lembu yang dikacukkan dengan menggunakan kaedah
bioteknologi?
Lembu pedaging baka Brakmas ini mempunyai daya tahan daripada pelbagai jenis
penyakit serta boleh menyesuaikan diri dengan iklim di Malaysia.
Saya lihat semua lembu ini bersaiz besar, Cik Ayu.
Ya, Katrina. Lembu-lembu ini mempunyai 50 peratus lebih daging daripada lembu
tempatan. Selain itu, lembu ini cepat membiak dan membesar.
Oh, begitu! Barulah saya faham. Terima kasih kerana sudi memberikan penerangan.
Sama-sama.

Siapakah Cik Ayu?


Cik Ayu ialah __________________________________________________________________
[1 markah]

b.

Nyatakan kelebihan lembu pedaging baka Brakmas.

____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
[2 markah]
___________________________________________________________________________________________
3
011

SULIT

BM K1(B)/T6/PS 1/2016

c.
Padankan semua pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah
ditunjukkan sebagai contoh.

Lembu pedaging baka Brakmas ialah lembu kacukan.

Lembu-lembu tempatan cepat membiak dan membesar.

Lembu pedaging baka Brakmas dihasil menggunakan kaedah


bioteknologi.

Betul

Salah

Lembu pedaging baka Brakmas mempunyai 50 peratus susu dan


daging daripada lembu tempatan.
[2 markah]

___________________________________________________________________________________________
4
011

SULIT

BM K1(B)/T6/PS 1/2016

Soalan 24
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Vakum Robotik Untuk Ibu
Hari ulang tahun kelahiran ibu Anis semakin hampir. Ayah Anis ingin menghadiahi ibu Anis sebuah
vakum robotik. Dia meminta Anis membantunya mencari informasi tentang vakum robotik yang sesuai.
Anis memperoleh informasi yang berikut daripada Internet.

Anda Mencari Vakum Robotik yang Sesuai?


Vabotik ialah jawapan kepada masalah kerja rumah anda. Dengan
Vabotik, anda dapat membereskan banyak tugasan pada satu masa.
Keistimewaan Vabotik

Dilengkapi alat kawalan jauh


Dapat mengesan kawasan berdebu
secara automatik dan membersihkannya
sehingga benar-benar bersih
Dilengkapi dengan alat penapis udara
untuk mengenyahkan bakteria
Mempunyai pelarasan automatik dari
permaidani ke permukaan keras
Jadual pembersihan boleh ditetapkan
secara berselang hari atau pada hari
yang ditetapkan

Dapat kembali ke tapak pengecas bateri


apabila selesai kerja pembersihan atau
ketika memerlukan pengecasan semula
Mempunyai reka bentuk yang nipis dan
ringan untuk memudahkan kerja
pembersihan di kawasan yang sukar
contohnya, di bawah katil atau di bawah
perabot
Mempunyai sentuhan penampan yang
lembut untuk melindungi perabot dan
dinding

Kunjungilah bilik pameran kami yang terdekat


dengan kadar segera.

a.

Perkataan informasi dalam petikan boleh juga digantikan dengan perkataan ________________.

___________________________________________________________________________________________
5
011

SULIT

BM K1(B)/T6/PS 1/2016

[1 markah]
b.

Nyatakan dua keistimewaan Vabotik.

____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
[2 markah]
c.

Mengapakan Vabotik dapat meningkatkan tahap kesihatan pengguna?

____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
[2 markah]
d.

Jelaskan perbezaan antara Vabotik dengan vakum biasa.

____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
[2 markah]

Soalan 25
___________________________________________________________________________________________
6
011

SULIT

BM K1(B)/T6/PS 1/2016

Baca puisi di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.


Hutanku
Hutanku,
Terusik hati memandang
Flora yang menghiasi bumi
Sungguh indah
Tiada tandingan
Alam ciptaan-Mu
Hutanku,
Banyak fungsimu
Suhu bumi engkau kawal
Menjadi habitat flora dan fauna
Udara segar engkau salurkan
Hutanku,
Denganmu
Tanah runtuh dapat dicegah
Sumber perubatan semakin terserlah
Ekopelancongan menjadi pilihan
Punca rezeki untuk kami
Hutanku,
Sebagai penjaga bumi
Sebatang pokok aku tanam
Kitar semula diamalkan
Agar engkau kekal menghijau
Wahai warga bumi,
Kekalkan kehijauan kami
Agar kami tidak menangis lagi

a.

Perkataan fauna sinonim dengan perkataan __________________________________________.


[1 markah]

___________________________________________________________________________________________
7
011

SULIT

b.

BM K1(B)/T6/PS 1/2016

Bagaimanakah kesannya kepada alam sekitar jika hutan tidak dipelihara?

____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
[2 markah]
c.

Gariskan Kata Ganti Nama Diri Kedua dalam perenggan di bawah.

Hutanku
Banyak fungsimu
Suhu bumi engkau kawal
Menjadi habitat flora dan fauna
[2 markah]
d.

Udara segar engkau salurkan

Terangkan maksud baris-baris puisi di bawah ini.


Hutanku
Terusik hati memandang
Flora yang menghiasi bumi

____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
[3 markah]
KERTAS SOALAN TAMAT

___________________________________________________________________________________________
8
011

You might also like