You are on page 1of 2

JULIANA SAMUEL EMANG (BA 13110142)

1.Pusingan Pertama
Konsep Gender
Menurut Joan Acker(1992), gender merujuk kepada perbezaan sifat kewanitaan
dan kelelakian berdasarkan faktor sosial. Dengan kata lain, gender merujuk
kepada andaian mengenai gelagat yang sepatutnya bagi wanita dan lelaki
berdasarkan perbezaan sifat biologi antara mereka.Tanggapan masyarakat dan
organisasi secara umum mahukan wanita dan lelaki memainkan peranan,
tanggungjawab dan aktiviti yang berbeza, sesuai dengan norma, nilai dan
budaya sesebuah masyarakat. Pembahagian peranan ini lebih dikenali sebagai
pembahagian kerja berasaskan gender. Oleh kerana pengagihan peranan ini
tidak bersifat semula jadi dan tidak universal, malah dicipta secara sosial,maka
pembahagian boleh diubah mengikut kesesuaian.
2.Pusingan Kedua
Menyokong lelaki lebih sesuai menjadi pemimpin(Contoh kes)
Kajian Eagly dan Karau (1991) pula mendapati bahawa pengurus lelaki lebih
cenderung memainkan peranan sebagai ketua yang berorentasikan tugas
(merefleks peranan pengeluar) manakala pengurus wanita pula lebih cenderung
memainkan peranan sebagai ketua dalam hal-hal sosialisasi (broker,fasilitator
dan mentor).Bhatnager dan Swamy (1995) melaporkan bahawa pengurus lelaki
mempunyai sikap yang lebih positif terhadap pengurus wanita jika mereka
berpuas hati dengan interaksi dengan mereka.Sikap lelaki juga tidak dipengaruhi
oleh kekerapan interaksi antara lelaki dan wanita tetapi kualiti interaksi antara
mereka.
Contoh kes: Tan Sri Mokhzani Mahathir
Salah satu sifat yang harus dimiliki oleh seorang individu yang bergelar
usahawan ialah sikap ingin tahu dan ambil tahu.Tokoh usahawan yang
menunjukkan sifat ingin tahu yang amat mendalam ialah Tan Sri Mokhzani
Mahathir.

dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah SapuraKencana Petroleum pada 9


Disember 2011 sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas dan Naib
Pengerusi.
Sifat keusahawanan yang tertanam dalam diri beliau tertonjol apabila beliau
menubuhkan sebuah syarikat pelaburan bernama Kencana Capital Sdn Bhd yang
berniaga dalam bidang Oil and Gas service provider, IT, automotif dan hartanah.
Salah satu kata-kata yang selalu menjadi pegangan kepada tokoh usahawan
ialahjika anda malas mengambil tahu,maka anda akan ketinggalan dan tidak
akan pernah maju.
3.Pusingan ketiga
Faktor kenapa wanita tidak sesuai menjadi pemimpin
Oleh kerana sifat semula jadi wanita yang berbeza daripada lelaki, maka
sesetengah pekerja wanita menghadapi diskriminasi di tempat kerja.Banyak
kajian yang dijalankan di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat untuk
mencari bukti emprikal mengenai pemasalahan gender dengan amalan
diskriminasi dalam sesebuah organisasi. Penemuan-penemuan kajian tersebut
menunjukkan ramai pekerja wanita di negara-negara maju seperti di Amerika
Syarikat dan Britain tidak berpeluang untuk memegang jawatan tinggi dalam
sesebuah organisasi kerana mereka tidak bernilai berdasarkan kebolehan tetapi
berdasarkan gender.

You might also like