You are on page 1of 6

Format / Panduan Menulis

Rumusan Bahan Grafik


写作图表摘要格式 / 指导
1. Pengenalan 简介 / 开头 (Perenggan Pertama / 第一段)

☺ Umumnya diperoleh daripada arahan soalan dan tajuk bahan grafik.


(基本上从题目要求里头获得)

☺ Mengambil kata kunci yang terdapat dalam arahan atau tajuk.


(运用题目里提供的关键字)

☺ Contoh:
“Graf garisan menunjukkan ________(Tajuk)__________.”
“线表显示了 __________(题目)___________.”

☺ Kata kunci : “menunjukkan” (关键字 : “显示了”)

☺ ditulis dalam satu perenggan dan dibina dalam satu ayat sahaja.
(用一个句子形成一段而已)

☺ Abjad pertama Kata Nama Khas perlu ditulis dengan huruf besar : Malaysia, Puan Mariam, Kedai Runcit Pak Ali,
Kampung Dahlia dan lain-lain.
(特别名词的第一个字母都必须大写)
2. Isi-isi Tersurat 明确内容 / 看得到的内容 (Perenggan Ke-2 / 第二段)

☺ Data-data diambil daripada bahan grafik yang disediakan.


(数据从已提供图表上)
☺ Angka 0-10 mesti ditulis dalam tulisan, angka 11 dan seterusnya tidak
perlu tukar dalam bentuk tulisan.
(数字零到十必须使用字母来表达, 11 以上的就不必更改为字母)
☺ Simbol (%) mesti ditukar menjadi perkataan “peratus”.
(% 符号必须换成字母为 “巴仙”)
☺ Paling banyak boleh hingga 6 Isi Tersurat sahaja.
(最多可以有6个明确内容而已)
3. Isi-isi Tersirat 隐含内容 (Perenggan Ke-3 / 第三段)

☺ Terhasil daripada isi-isi tersurat


(从明确内容那里形成)
☺ Ditulis berasingan daripada isi-isi tersurat
(和明确内容分开写)
☺ Isi-isi Tersirat dan Isi-isi Tersurat perlu berkaitan
(隐含内容必须和明确内容有联系)
☺ Guna kata kunci yang terdapat dalam arahan soalan.
(运用题目里提供的关键字)
☺ Jika arahan soalan tidak dinyatakan dengan jelas perkara-perkara yang perlu anda rumus, anda
bolehlah membincangkan salah satu daripada perkara-perkara di bawah. (bersesuaian dengan
bahan grafik yang disediakan):
(若是题目没有清楚的要求您摘要的事项, 可以讨论以下其中一项事项)

- Cara-cara mengatasi, sebab-sebab, kebaikan-kebaikan, kesan-kesan


(解决方案,原因,好处,效果)
Panduan Membahagikan Jumlah Isi-isi Tersurat dan Isi-isi Tersirat:
(分配明确内容和隐含内容指导)

Isi-isi Tersurat 6 5 4 3 2
明确内容 / 看得到内容
Isi-isi Tersirat 2 3 4 5 6
隐含内容

Cara-cara untuk membentuk Isi-isi Tersirat 形成隐含内容的方法


☺ Kira perbezaan atau perbandingan jumlah / peratus (jumlah tertinggi dengan terendah)
算出总数或巴仙的差别或比较 (最高和最低总数)

☺ Ubah angka pada bahan grafik kepada peratus 把图表内的数字换成巴仙率

☺ Nyatakan cara-cara mengatasi, sebab-sebab, kebaikan-kebaikan, kesan-kesan


(解决方案, 原因,好处,效果)
4. Kesimpulan 结论 (Perenggan ke-4 / 第四段)

☺ ditulis dalam satu perenggan dan dibina dalam satu ayat (用一个句子形成一段)

Dibina dengan cara :

Kesimpulannya, _________perlu_____________agar/supaya_____________.
总结来说, ____________需要_____________因此________________.

☺ Anda diminta untuk menyatakan cadangan/harapan/pendapat. (* tidak terkandung dalam


Isi-isi Tersirat)
給于自己的提议/希望/意见。 (* 不包含已在明确内容和隐含内容)

• Anda wajib menulis jumlah perkataan di bahagian kanan rumusan dengan kata kunci
(________ patah perkataan)
必须在右下方写上总字数

You might also like