You are on page 1of 14

KANDUNGAN

PERKARA

MUKASURAT

1.
2.

PENGENALAN / PENDAHULUAN

4-6

3.

KELEMAHAN DAN KELEBIHAN SISTEM

6-9

9-11

/DASAR PENDIDIKAN NEGARA.


4.

CADANGAN UNTUK MEMPERTINGKATKAN


SISTEM / DASAR PENDIDIKAN NEGARA.

5.

KESIMPULAN

11-13

6.

RUJUKAN / BIBLIOGRAFI

14.

1.0 Pengenalan
Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada berpuluh-puluh
etnik dan bangsa. Pembentukan masyarakat majmuk ini berlaku p ada pertengahan
kurun ke-19 iaitu apabila Kerajaan British membawa masuk ramai imigran-imigran
dari China dan India bagi memenuhi keperluan tenaga buruh di dalam sektor
perladangan dan perlombongan.
K e h a d i r a n p e l b a g a i k a u m k e Tan a h M e l a yu

juga telah bermula

s e m a s a e r a kegemilangan Melaka lagi.. Kewujudan pelbagai etnik Melayu di negara ini


juga adalah disebabkan oleh penghijrahan beramai-ramai masyarakat Melayu Indonesia sejak
abad ke-9 lagi. Kebanyakan mereka berhijrah beramai-ramai pada zaman penjajahan Inggeris
kerana menjadi buruh kontrak dan buruh bebas di ladang-ladang kopi dan getah.
Pendudukan

Jepun

di

Tan a h

Melayu

juga

turut

memberi

kesan

t e r h a d a p pembentukan masyarakat Malaysia yang sedia wujud pada hari ini.


. Masyarakat Malaysia pada masa itu juga mengamalkan pelbagai kebudayaan, agama,
bahasa dan adat r e s a m

yang

t e r s e n d i r i . Wal a u p u n

pada

waktu

itu,

masyarakat Malaysia kelihatan seolah-olah hidup di bawah satu


bumbung

namun

mereka

sebenarnya

mengamalkan

ciri-ciri

kehidupan yang berbeza mengikut kepercayaan masing-masing.


Faktor pendapatan yang tidak seimbang antara kaum bumiputera dan bukan bumiputera
di negara ini telah mempengaruhi hubungan etnik di Malaysia. Penjajahan British yang hanya
mementingkan keuntungan ekonomi dan kedudukan mereka sendiri sahaja telah menjejaskan
hubungan antara kaum-kaum di Malaysia (Ibrahim Saad, 1986). Perbezaan kepercayaan dan
agama antara pelbagai kaum di Malaysia telah menyebabkan berlakunya beberapa
ketegangan dan prasangka antara penganut pelbagai agama sehingga menimbulkan sensasi
yang boleh mengancam kestabilan politik negara.
Kewujudan sekolah vernakular semasa zaman penjajahan Inggeris telah menyebabkan
masyarakat Melayu, Cina, dan India dipisahkan mengikut sistem persekolahan dan
menyebabkan hubungan mereka semakin renggang. Sekolah vernakular Melayu, Cina, dan
India mempunyai kepentingan tersendiri, terutama untuk kaum tertentu,iaitu sekolah Melayu
2

untuk kepentingan orang Melayu, sekolah Cina untuk kepentingan orang Cina, dan sekolah
Tamil untuk kepentingan orang India. Ini menyebabkan konsep integrasi atau perpaduan
kaum dan etnik sukar dilaksanakan. Mereka telah mengasing-asingkan pelbagai kaum dan
etnik kepada jenis sekolah yang berlainan, ternyata hanya memupuk sikap perkauman yang
semakin menebal antara kaum di Tanah Melayu.
Bertitik tolak daripada insiden itu, wujudnya kesedaran tentang pentingnya perpaduan
menjadi matlamat utama sesebuah negara, terutama negara yang mempunyai pelbagai kaum
seperti Malaysia. Pertelingkahan kaum selepas Pilihan Raya Umum 1969 yang
mengakibatkan tragedi berdarah 13 Mei 1969 menandakan perpaduan kaum-kaum di
Malaysia pada masa itu sangat rapuh dan berada pada tahap yang rendah. Peristiwa 13 Mei
1969 menjadi petunjuk hubungan kaum di Malaysia masih lemah (Shamsul Amri
Baharuddin, 1990). Berikutan daripada peristiwa itu, wujudnya laporan-laporan pendidikan
yang menjurus kepada perpaduan antara kaum.

2.0 Definisi konsep


2.1 Etnik
Satu kumpulan manusia yang mengamalkan kebudayaan yang hampir sama
dari segi adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi. Konsep etnik adalah
berkait rapat dengan konsep ras dan bangsa. Di Malaysia, pelbagai etnik hidup secara
berasingan tetapi tetap berada di bawah satu sistem politik yang sama. Etnik dapat
dikelaskan melalui perbezaan budaya seperti adat resam, pola keluarga, kepercayaan,
kegiatan ekonomi dan sebagainya. Di negara ini, orang Melayu, Cina, India, Kadazan,
Dusun, Melanau dan pelbagai lagi dianggap sebagai etnik.
2.2

Masyarakat majmuk
Menurut

masyarakat

Kamus
majmuk

Dewan

Edisi

bermaksud

Keempat

cetakan

masyarakat

yang

2007,
terdiri

daripada beberapa kaum dan suku..Menurut J. S Furnival (1948), masyarakat


majmuk terdiri daripada berbagai kaum atau etnik yang mempunyai kebudayaan,
3

agama, bahasa dan adat r e s a m y a n g t e r s e n d i r i m e s k i p u n b e r a d a d i


bawah sistem politik yang sama. K e w u j u d a n p e l b a g a i k a u m
dan

etnik

juga

mewujudkan

kehidupan

yang

penuh

prasangka antara satu sama lain. Secara ringkas, ia adalah kemajmukan pelbagai
kelompok etnik yang tinggal dibawah satu bumbung politik dalam sesebuah negara
tetapi tidak bersatu padu. Dengan kata lain, mereka kelihatan seperti hidup bersama
tetapi sebenarnya adalah berasingan
2.3

Perpaduan
Menurut Kamus Dewan , perpaduan berasal daripada kata akar ''padu'' , yang

bermaksud bersatu, bercampur menjadi satu, kukuh dan utuh, bermuafakat, berunding
dengan bersungguh-sungguh. Sebagai rakyat Malaysia yang pelbagai bangsa dan
kefahaman ini, perpaduan bermaksud kita semua mestilah bersatu, bekerjasama
,bermuafakat, dan berunding untuk menjadi satu bangsa yang kuat. Perpaduan sangat
penting untuk mewujudkan keamanan.
2.4

Dasar Pendidikan Kebangsaan.


Dasar pendidikan kebangsaan lahir melalui Penyata Razak 1956 dan

dimaktubkan di dalam ordinan pelajaran 1957. Dasar pendidikan telah disemak


semula pada tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan tersebut
kemudian dimaktubkan semula dalam akta pelajaran 1961.Sebuah Jawatankuasa
Kabinet telah ditubuhkan pada tahun 1974 untuk mengkaji semula dasar pendidikan
dengan tujuan untuk memperbaiki perlaksanaannya bagi melahirkan sebuah
masyarakat yang bersatu-padu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga
rakyat yang terlatih agar pembangunan negara dapat dicapai. Laporan ini dikenali
sebagai Laporan Kabinet .

3.0 Sorotan Literatur


Menurut Ho Seng Ong ( 1988 ) dalam bukunya yang berjudul Education for unity in
Malaya, sistem pelajaran yang ada pada kita sekarang ialah satu usaha bersungguh-sungguh
ke arah penyelesaian masalah perpaduan dengan kaedah-kaedah yang praktikal, wajar dan
dapat diterima oleh sebahagian besar rakyat. Menurut Mok Soon Sang (2000), mulai kurun
15 hingga kurun ke 17, orang Melayu mula mendapat pendidikan agama yang disampaikan
oleh guru al-Quran di madarasah, surau dan masjid .
Kedatangan Pihak Inggeris ke Tanah Melayu telah mewujudkan sekolah vernakular
Melayu, sekolah vernakular Cina, dan sekolah vernakular Tamil (Shahril, Charil Marzuki &
Habib Mat Som, 1999).. Setiap jenis sekolah itu mempunyai kaedah pengajaran dan
kurikulum yang berbeza. Mereka telah mengasing-asingkan berbagai kaum dan etnik ke
dalam jenis sekolah yang berlainan. Pihak British menyekat kemasukan pelajar-pelajar
Melayu untuk belajar di sekolah Inggeris kerana mereka bimbang jika orang-orang Melayu
belajar dengan pandai, ia akan membuat kedudukan Inggeris tergugat (Sufean Hussin,
2002).
Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua pada tahun 1946, pihak Inggeris telah
mengambil alih semula kuasa di Tanah melayu. Pihak Inggeris mula membuat penilaian,
kajian dan perubahan dasar dalam system pendidikan di Tanah Melayu. Antara laporan dan
perubahan dasar itu sehingga pra-merdeka ialah Laporan Cheeseman (1946), Laporan
Barnes (1950), Laporan Fenn-Wu (1951) dan laporan Razak (1956). Laporan Barnes 1950
telah menjadi penggerak perubahan kedudukan pendidikan orang Melayu kerana telah
membangkitkan kesedaran semangat nasionalisme selepas tamat Perang Dunia II pada tahun
1946 (Shahril ,Charil Marzuki & Habib Mat Som, 1999).Ekoran daripada itu, pihak
Inggeris telah menyatukan kedua-dua Laporan Barnes (1950) dan Laporan Fenn-Wu (1951)
untuk dijadikan Ordinan Pelajaran 1952. Manakala kaum Cina telah terus menguruskan
pendidikan mereka sendiri tanpa campurtangan kerajaan dan struktur persekolahan Melayu
tinggal seperti sediakala.
Pada tahun 1960, Jawatankuasa Rahman Talib ditubuhkan untuk mengkaji semula
Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK). Cadangan yang terkandung dalam Laporan Rahman
Talib menunjukkan keazaman kerajaan membentuk satu system pendidikan bersifat
5

kebangsaan yang bertujuan memupuk semangat perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia


yang berbilang kaum dan etnik. Laporan Jawatankuasa ini telah menjadi titik permulaan
kepada penggubalan Akta Pendidikan 1961. Pada September 1974, Jawatankuasa kabinet
ditubuhkan untuk mengkaji perlaksanaan sistem pendidikan. Laporan kabinet ini telah
memberi penekanan lebih kepada pembentukan kurikulum yang mempunyai sukatan
pelajaran yang sama untuk mencapai perpaduan nasional.
Dalam memasuki era kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang
memberi kesan kepada perkembangan Negara, kerajaan telah mengkaji semula Akta
Pelajaran 1961. Kerajaan telah menunjukkan keikhlasan dan rasa tanggungjawab yang amat
tinggi dalam bidang pendidikan sejak zaman pra-merdeka lagi bertujuan untuk memberi
pendidikan kepada semua kaum dan etnik dan mengubal dasar-dasar pendidikan di Malaysia
bagi memupuk perpaduan kaum di Malaysia.

4.0 Kelebihan Dan Kelemahan Sistem Pendidikan Negara.


Dasar pendidikan Malaysia yang telah dibentuk ternyata mempunyai kelebihan dan
kekurangannya. Antara kelebihannya ialah
4.1 kejayaan memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
Laporan Razak yang menekankan agar Bahasa Melayu dijdikansebagai bahasa
pengantar di sekolah-sekolah berjaya membuahkan hasil. Bahasa Melayu juga
dijadikan bahasa perpaduan dalam kalangan masyarakat. Bahasa Melayu yang diharap
dapat mengeratkan perpaduan antara kaum agar menjadi satu rumpun bangsa yang
bersatu ternyata menampakkan hasilnya pada hari ini. Rata-rata masyarakat di
Malaysia seperti kaum Cina dan India mampu bercampur dengan masyarakat Melayu
dan bertutur di dalam Bahasa Melayu dengan baik. Penekanan tentang pentingnya
murid-murid lulus mata pelajaran Bahasa Melayu semasa menduduki peperiksaan
penting seperti SPM telah menambahkan lagi kepentingan mempelajari Bahasa
Melayu. Penegasan yang diberi dalam Laporan Rahman Talib tentang pentingnya
menjadikan Bahasa Melayu sebagai alat untuk menyatupadukan rakyat di Malaysia

menguatkan lagi kejayaan dalam bidang ini.Ini secara tidak langsung telah menjurus
ke arah perpaduan kaum di Malaysia.
4.2 Mengurangkan jurang perbezaan antara kaum.
Dasar pendidikan di Malaysia yang cuba mengurangkan jurang perbezaan antara
kaum menerusi sistem pendidikan yang berkesan juga menunjukkan hasilnya pada
hari ini. Jika dahulu masyarakat Melayu dipinggirkan hasil pelaksanaan Dasar Pecah
dan perintah oleh Pihak Inggeris namun kini Masyarakat Melayu mampu berdiri
sama tinggi denagn bangsa-bangsa lain dan mampu menjadi bangsa Malaysia yang
berjaya serta disegani di mata dunia. Ini menunjukkan dasar pendidikan yang digubal
benar-benar membuahkan hasil seperti yang diidam-idamkan. Menurut Robiah Sidin
(1994), pendidikan dapat menyeimbangkan sosio-ekonomi di antara kaum dan
kumpulan etnik di mana ia dapat dilihat melalui peluang-peluang pekerjaan,
pendapatan, dan pegangan ekuiti. Pengurangan jurang perbezaan antara kaum dapat
mengelakkan rasa tidak puas hati antara kaum dan seterusnya boleh menggalakkan
perpaduan.
4.3 Pembentukan kurikulum dan sukatan pelajaran yang sama.
Dasar pendidikan negara yang menekankan perpaduan kaum menerusi
pembentukan kurikulum yang seragam melalui sukatan pelajaran yang sama juga
berjaya dicapai. Ini jelas dapat dilihat pada hari ini semua sekolah di Malaysia
menggunakan sukatan pelajaran yang sama di bawah seliaan Kementerian Pendidikan
Malaysia. Keselarasan yang ditekankan diharapkan dapat membantu mempercepatkan
proses perpaduan kaum yang memang menjadi isu utama di Malaysia. Jika dahulu
masyarakat di Malaysia mempunyai sistem pendidikan tersendiri yang menggunakan
sukatan pelajaran yang dibawa dari negara asal masing-masing namun kini semua
pelajar adalah diwajibkan mengikuti Sistem Pendidikan Kebangsaan yang digubal
berlandaskan keperluan masyarakat majmuk demi melahirkan sebuah negara yang
bersatu.
4.4 Kewujudan sekolah teknik dan vokasional.

Penekanan tentang pentingnya mewujudkan pendidikan vokasional dan teknik


untuk pelajar-pelajar turut membuahkan hasil. Jika dilihat pada hari ini rata-rata
sekolah Teknik dan Vokasional ditubuhkan untuk memberi peluang kepada pelajarpelajar mendalami bidang kemahiran pertukangan. Ini selaras dengan keadaan negara
Malaysia yang kini sedang menuju ke arah negara maju yang berasaskan
perindustrian. Kewujudan pusat-pusat latihan vokasional dapat melahirkan anak-anak
Malaysia yang berkemahiran tinggi dalam bidang perindustrian. Laporan Kabinet
yang dibentuk bertujuan untuk membaiki peluang pencapaian pendidikan di kalangan
belia yang kurang beruntung dapat dicapai dengan tertubuhnya pusat-pusat latihan
vokasional tersebut. Penekanan laporan Jawatankuasa Kabinet yang ingin memberi
peluang pendidikan yang sama rata kepada semua rakyat ternyata berkesan kerana
pada hari ini semua murid tidak kira kaya atau miskin diwajibkan mengikuti sistem
persekolahan bermula dari usia 7 tahun. Keadaan ini telah memberi peluang kepada
masyarakat yang kurang berkemampuan mengubah nasib mereka yang sekaligus
merapatkan jurang perbezaan antara kaum. Situasi ini dapat membantu mewujudkan
perpaduan kaum.

5.0 Kelemahan-kelemahan Sistem Pendidikan Negara.


Di samping kelebihan-kelebihannya, Dasar Pendidikan Kebangsaan juga menampakkan
sedikit kelemahan. Antaranya ialah :
5.1 Masih wujud sekolah-sekolah pelbagai aliran bahasa di Malaysia.
Walaupun menggunakan sukatan yang sama namun banyak sekolah di Malaysia
masih mengekalkan sekolah aliran masing-masing mengikut kaum.. Lahirnya
tuntutan-tuntutan daripada setiap kaum di Malaysia untuk mengekalkan sekolah yang
menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar utama di sekolah telah
menyebabkan wujudnya sekolah kebangsaan untuk murid Melayu, sekolah jenis
kebangsaan cina untuk murid-murid Cina dan sekolah tamil untuk murid-murid Tamil.
Kewujudan 3 jenis sekolah ini telah menjejaskan proses pepaduan kaum kerana
murid-murid tidak berpeluang untuk bergaul dengan kaum lain untuk memahami

budaya lain selain budaya sendiri. Keadaan ini tidak dapat menjurus ke arah
perpaduan kaum yang diimpi-impikan oleh pihak kerajaan.

5.2 Keruntuhan akhlak pelajar-pelajar.


Kerakusan Pihak Kementerian Pelajaran yang terlalu mengharapkan prestasi
akademik yang cemerlang daripada setiap murid telah menyebabkan banyak pihak
terutamanya pihak ibu bapa dan sekolah terlepas pandang akan pentingnya diberi
penekanan tentang nilai moral dan etika dalam membentuk pelajar-pelajar yang
berakhlak mulia. Ramai guru besar dan pengetua di sekolah-sekolah

terlalu

mengharapkan pelajar-pelajar mereka menjadi pelajar cemerlang dengan memperolehi


gred keputusan yang cemerlang namun mereka tidak sedar dalam mengejar nama dan
pangkat setelah bergelar Guru Besar dan Pengetua Cemerlang, mereka telah
mengorbankan masa depan beribu- ribu anak bangsa yang dahagakan sistem
pendidikan yang lebih bercorak kerohanian dan insaniah. Keadaan yang wujud pada
hari ini menampakkan kegagalan Sistem Pendidikan Kebangsaan yang ingin
memajukan nilai moral dan etika dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah. Rentetan
daripada kelemahan ini, banyak pelajar yang terjerumus dalam gejala sosial seperti
penagihan dadah, merompak, menyamun, membunuh, kes pembuangan bayi dan
sebagainya.
6.0

Cadangan-cadangan mempertingkatkan Sistem Pendidikan Kebangsaan.


Demi memastikan tercapainya hasrat kerajaan untuk mewujudkan perpaduan antara
kaum. Beberapa cadangan berikut boleh dipertimbangkan. Antaranya :
6.1 Memantapkan pelaksanaan Sekolah Wawasan
Sekolah wawasan ialah satu konsep sekolah yang menggabungkan beberapa buah
sekolah yang berlainan bahasa pengantar dan pentadbiran dalam satu kawasan yang
sama dan berkongsi kemudahan asas bersama-sama. Pewujudan Sekolah Wawasan
bertujuan untuk menyediakan satu ruang sosial bagi membolehkan murid-murid
daripada pelbagai kaum untuk bergaul dan berinteraksi serta menjalinkan hubungan
9

yang harmonis. Kewujudan Sekolah Wawasan ini diharapkan dapat melahirkan


generasi yang boleh berinteraksi dan bekerjasama tanpa mengira kaum. Murid-murid
daripada kaum Melayu, Cina dan India yang ditempatkan dalam satu kawasan yang
sama diharap dapat menjalankan aktiviti bersama-sama tanpa wujudnya rasa curiga
antara satu sama lain. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh
disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung (KPM,
2010a). Dengan wujudnya peluang untuk bergaul secara langsung, diharapkan akan
wujudnya perpaduan yang lebih kukuh antara kaum-kaum di Malaysia.
6.2 Pemantapan Rancangan Integrasi Murid untuk perpaduan ( RIMUP )
Pelaksanaan Rancangan Integrasi Murid juga dilihat sebagai satu langkah yang
baik ke arah melahirkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu. Rancangan ini
merupakan satu rancangan untuk memupuk perpaduan menerusi kerjasama antara
sekolah-sekolah pelbagai aliran dalam melaksanakan sesuatu program pelajar dan
guru. Melalui rancangan ini, murid-murid daripada pelbagai kaum berkumpul
bersama-sama untuk menjayakan aktiviti yang telah dirancang. Rancangan ini
sememangnya dapat menggalakkan penyertaan guru dan murid dalam kegiatan
bersama dan memupuk sikap kerjasama. Ia juga dapat melahirkan persefahaman dan
tolak ansur antara satu sama lain. Selain daripada itu, murid-murid yang berasal
daripada latar belakang yang berbeza dapat mengenali budaya masyarakat lain di
Malaysia. Keadaan ini dapat menyemai sikap hormat-menghormati antara kaum dan
membawa kepada perpaduan.
6.3 Pengenalan sekolah satu aliran yang menggunakan Bahasa Malaysia sebagai
bahasa pengantar.
Sistem Pendidikan pada masa kini yang terdiri daripada persekolahan pelbagai
aliran menyukarkan proses perpaduan kaum. Setiap sekolah yang mengutamakan
bahasa ibunda masing-masing tidak memberi peluang kepada murid-murid untuk
mengenali budaya bangsa lain. Oleh itu, lahirnya prejudis di kalangan mereka
terhadap bangsa lain yang seterusnya membantutkan proses perpaduan kaum.
Menurut Simon Fisher et al. (2000), konflik dalam masyarakat disebabkan oleh
ketidakpercayaan dan permusuhan antara kelompok-kelompok yang berbeza. Negara
10

Malaysia yang berbilang bangsa sememangnya memerlukan satu acuan khusus yang
boleh menjurus ke arah perpaduan kaum dengan menjadikan Bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar yang menjadi nadi penghubung interaksi sosial antara kaum di
negara ini. Penggubalan kurikulum yang sekata untuk semua murid boleh
mempercepatkan proses penyatuan kaum. Pengisian dalam kurikulum dan aktiviti kokurikulum yang menjadi penentu kepada perkembangan murid-murid dan pelajarpelajar,boleh membantu proses perpaduan. (Awang Had Salleh, 1980).Bahasa
Melayu adalah lambang kepada pengenalan identiti bangsa Malaysia yang dikongsi
bersama sejak sekian lama dan ia merupakan aspek utama yang menyumbang ke arah
pembentukan integrasi nasional di negara ini. Oleh yang demikian, penggunaan
Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan satu aliran memang patut dilaksanakan.
6.4 Pengenalan Mata Pelajaran Sejarah
Generasi muda yang kurang terdedah kepada sejarah pembentukan Malaysia
memang tidak tahu menghargai nilai-nilai perpaduan. Mereka langsung tidak tahu
tentang pentingnya perpaduan dalam membentuk sebuah negara yang kukuh dan
maju. Berikutan daripada rapuhnya fahaman tentang pentingnya perpaduan kepada
sesebuah negara menyebabkan masyarakat pada hari ini cuba memecah- belahkan
perpaduan menerusi demonstrasi jalanan dan sebagainya . Ekoran daripada peristiwa
tersebut,

perpecahan

antara

kaum

sememangnya

perlu

dibendung

dengan

memperkenalkan semula subjek Sejarah sebagai satu mata pelajaran utama di


sekolah-sekolah. Ini penting untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman kepada
pelajar pelbagai kaum tentang betapa bernilainya sebuah perpaduan. Dalam
menjayakan matlamat ini, sektor pendidikan

terutamanya melalui sistem

persekolahan memainkan peranan utama dengan menerapkan nilai-nilai murni dan


perpaduan nasional (Atan Long, 1984:181-184).
6.5 Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
Usaha-usaha untuk memperkasakan Sekolah Kebangsaan perlu dimulakan
daripada peringkat rendah lagi. Sekolah Kebangsaan yang menjadikan Bahasa
Malaysia sebagai bahasa pengantar utama serta Bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar antarabangsa sememangnya perlu untuk membolehkan murid-murid diberi
11

pendedahan awal tentang kepentingan kedua-dua bahasa ini dan sekaligus membantu
ke arah perpaduan. Dato Mukhriz Mahathir (2008) memberi pandangan supaya satu
sistem persekolahan sahaja diwujudkan dengan menerapkan bahasa Mandarin dan
Tamil sebagai subjek wajib diambil oleh murid-murid Cina dan India. Pihak kerajaan
perlu membuat penegasan untuk tidak mengenepikan Bahasa Mandarin dan Tamil
dalam melaksanakan sekolah Kebangsaan tersebut. Murid-murid perlu diberi
kebebasan untuk mempelajari bahasa ibunda masing-masing. Murid-murid Melayu
juga patut diberi peluang untuk mempelajari bahasa lain selain Bahasa Malaysia.
Sistem pendidikan sedemikian rupa yang membolehkan murid-murid memperolehi
pelbagai ilmu di bawah satu bumbung pastinya dapat menarik minat ramai ibu bapa
yang mengharapkan anak mereka menjadi seorang pelajar yang mahir bertutur dalam
pelbagai bahasa.

7.0 Kesimpulan
Perkembangan pendidikan di Malaysia

mengalami banyak perubahan selari dengan

perkembangan semasa. Sistem pendidikan

yang diperkenalkan pada zaman penjajahan

Inggeris sememangnya tidak sesuai dipraktikkan di Malaysia pada hari ini. Ini berikutan
perlunya satu sistem pendidikan yang boleh membantu menjurus kepada perpaduan kaum.
Perubahan dalam sektor pendidikan membawa negara ke arah yang lebih baik dalam
pembentukan masyarakat. Aspek-aspek murni yang cuba ditekankan dalam pendidikan
diharapkan dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang memiliki nilai-nilai kerohanian yang
tinggi. Namun, walaupun banyak perubahan yang telah dilakukan, banyak kelemahan yang
masih wujud dan perlu diambil serius oleh pihak kerajaan. Langkah-langkah penyelesaian
perlu dilakukan dengan segera. Kelewatan menangani masalah-masalah tersebut boleh
menyebabkan perpecahan dalam masyarakat. Oleh itu, untuk mencapai matlamat perpaduan
negara yang kukuh, seluruh masyarakat perlu berganding bahu dan bersama-sama mengorak
langkah ke arah sebuah negara majmuk yang bersatu padu. Mutu pendidikan yang sempurna
seiring dengan hubungan masyarakat yang harmoni menjadi tunggak kejayaan sebuah negara
maju demi merealisasikanWawasan 2020.

12

( Jumlah perkataan : 3,100 patah perkataan )

Rujukan

Atan Long. (1984). Pendidik dan Pendidikan dalam Siri Fajar Bakti. Kuala Lumpur:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., ms.181-184.
Awang Had Salleh. (1980). Pendidikan ke Arah Perpaduan: Sebuah Perspektif Sejarah.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
KPM [Kementerian Pelajaran Malaysia]. (2010b). Sekolah Bestari dan Sekolah Kluster di
Malaysia: Konsep, Cabaran, dan Pelaksanaan. Putra Jaya: KPM.
Mok Soon Sang. (2000). Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd., edisi ketujuh.
Robiah Sidin. (1994). Pendidikan di Malaysia: Cabaran untuk Masa Depan. Kuala Lumpur:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Shahril @ Charil Marzuki & Habib Mat Som. (1999). Isu Pendidikan di Malaysia: Sorotan
dan Cabaran. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Sufean Hussin. (2002). Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia: Teori dan Analisis. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Laman web :

http//www.mohe.gov.my [dilayari di Kuala Lumpur, Malaysia: 19 Februari 2010].

13

http://pmr.penerangan.gov.my [dilayari di Kuala Lumpur, Malaysia: 19 Februari


2010].

14

You might also like