You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK KALI KE 4/2014

SMK ISKANDAR SHAH, JASIN, MELAKA


TARIKH
HARI
TEMPAT
MASA

:
:
:
:

28 OKTOBER 2014
SELASA
BILIK MATEMATIK
3.00 PETANG

KEHADIRAN
1. Pn. Habibah Binti Abdullah
GKMP
2. Pn. Nurul Bahiyah Binti Johari
(Ketua Panitia Matematik ) -Pengerusi
3. Pn. Ling Yuk Chii
4. En.Neo Kok Theong
5. En. Zainalfitri Bin Buang
6. Pn. Fadzilah Bt Bahron
7. En. S. Ravi Santharan
8. Cik Nor Hanani Bt Ibrahim
9. Tn. Hj. Ramli Bin Samat
10. Pn. Khadijah Binti Mohd Abdul Karim
11. Pn. Vasuki A/P Annamalai
12. En. Mohd Amran Bin Mohd Ghazali
URUSETIA MESYUARAT
1. Cik Nor Hanani Bt Ibrahim (S/U Panitia Matematik)
1.0

UCAPAN PENGERUSI
1.
1

2.0

Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru


Matematik SMKIS. Beliau juga mengucapkan tahniah dan terima kasih
kepada guru-guru kerana memberikan kerjasama yang sangat baik dalam
menjalankan setiap aktiviti panitia dalam membantu meningkatkan
kecemerlangan Panitia Matematik bagi tahun 2014. Beliau berharap
guru-guru meneruskan usaha untuk menghasilkan inovasi supaya prestasi
Matematik bagi PT 3 dan SPM dapat dipertingkatkan bagi tahun yang
akan datang.
Tindakan : Semua Panitia Matematik

MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT


2.1

Pengerusi membentangkan minit mesyuarat kali ke 3/2014 yang lalu. En.


Zainalfitri Bin Buang mencadangkan minit mesyuarat kali ke 3/2014
untuk disahkan dan telah disokong oleh Pn. Fadzilah Binti Bahron. Minit
disahkan tanpa sebarang pindaan.

3.0

4.0

BANGKITAN MINIT
3.1

Pengerusi mengingatkan guru Matematik bagi Tahun 1, 2 dan 3 untuk


mengemaskinikan rekod PBS offline untuk memudahkan guru jika ada
pemantauan dari pihak JPN Kedah dan juga PPD Kota Setar. Selain itu,
rekod tersebut juga memudahkan guru melaporkan prestasi pelajar kepada
ibu bapa.
Tindakan : Semua Guru Matematik

3.2

Pengerusi juga mengucapkan tahniah kepada guru Matematik Tambahan


kerana dapat menjayakan program PSA yang telah diadakan pada setiap
hari Rabu pada jam 7.45 pagi hingga 9.25 pagi. Program ini dapat
membantu pelajar PSA untuk meningkatkan kecemerlangan mereka
dalam mata pelajaran Matematik Tambahan.
Tindakan : Semua Guru Matematik Tambahan

ANALISIS DAN POST MORTEM PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM


2014
4.1

Pengerusi membentangkan analisis Keputusan Percubaan SPM 2014 dan


membuat perbandingan dengan UP3, Percubaan SPM 2013 dan Target
2014. Peratus lulus bagi matapelajaran Matematik adalah 87.06% dan
berbanding dengan Percubaan 2013 peratus lulus menurun. Beliau
berharap guru-guru berusaha untuk meningkatkan prestasi kelas masingmasing dan GPS sekolah. Bagi Matematik Tambahan, peratus lulus
55.4% dan berbanding dengan Percubaan 2013 peratus lulus meningkat.
Pengerusi mengucapkan tahniah kerana terdapat penambahbaikan peratus
dan gred bagi tahun 2014 berbanding tahun 2013. (rujuk lampiran)
Tindakan : Semua guru

4.2

Pn Hjh Jamilah memaklumkan pelajar-pelajar telah menunjukkan


perubahan sikap dan telah menunjukkan perubahan darisegi komitmen
menghadirkan diri ke kelas tambahan dan juga program P121. Pn. Ling
memaklumkan telah membuat latih tubi berfokus serta tajuk mudah skor
untuk pelajar yang GALUS dan lemah dan program guru muda
Matematik Tambahan juga masih lagi dijalankan. Pengerusi berharap
guru-guru telah menggunakan pendekatan yang bersesuaian untuk
membantu pelajar masing-masing.
Tindakan : Semua guru

4.3

En Neo Kok Theong turut memaklumkan program PSA yang telah


dijalankan khusus kepada pelajar target dapat membantu pelajar PSA
untuk meningkatkan lagi kecemerlangan mereka dalam matapelajaran
Matematik Tambahan. Beliau juga memaklumkan pada 29 Oktober
2014 akan dijalankan satu program ELITE bagi pelajar PSA (pelajar
target) seramai 27 orang di Hotel Emperor, Melaka yang akan bermula
pada 8.30 pagi hingga 5.00 petang. Program ini akan memberi fokus
kepada Matematik Tambahan.
Tindakan : Semua guru Matematik Tambahan

5.0

LAPORAN KPI DAN PCG BAGI TAHUN 2014


5.1

6.0

Pengerusi membentangkan laporan KPI serta perbelanjaan PCG bagi


suku ke-4 tahun 2014 (rujuk lampiran).
Tindakan : Ketua Panitia

HAL-HAL LAIN
6.1

Pengerusi memaklumkan Majlis Anugerah Inovasi bagi tahun 2014 akan


diadakan pada 18 November 2014 . Beliau berharap agar guru dapat
memberi kerjasama dan komitmen sepenuhnya bagi menjayakan Majlis
tersebut. Antara anugerah yang dipertandingkan bagi kategori guru ialah
Buku Rekod Mengajar terbaik, latihan online terbaik dan penggunaan
VLE terbanyak atau log in terbanyak. Bagi kategori pelajar pula ialah
peta ithink terbaik manakala bagi Panitia ialah pameran inovasi terbaik.
Tindakan : Semua guru Matematik

6.
2

Pengerusi memaklumkan Rancangan Tahunan setiap Tingkatan akan


dibuat mengikut takwim 2015 dan agihan kelas 2015 tertakluk kepada
perubahan pentadbiran. Pengerusi juga mengalukan penggunaan bilik
Matematik yang telah dilengkapi dengan computer desktop, LCD dan
mesin pencetak.
Tindakan : Semua guru Matematik

7. 0 PENUTUP
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat. Mesyuarat
ditangguhkan sehingga jam 4.30 petang.
Disediakan oleh : Cik Nor Hanani Bt Ibrahim, Setiausaha Panitia
Disemak oleh
Tarikh

:
:

Pn. Habibah Binti Abdullah, GKMP Sains dan Matematik


3 November 2014

You might also like