You are on page 1of 2

Laporan Pertandingan Forum Remaja Peringkat Negeri

2015

Pada 28 hingga 30 julai 2015, bertempat di Sekolah


Menengah Kebangsaan Sri Rampai, telah berlangsungnya
Pertandingan Forum Remaja Peringkat Wilayah
Perseketuan bertempat sebanyak 34 buah dari seluruh
Wilayah Perseketuan telah menyerta pertandingan ini.
Pertandingan ini disertai oleh murid-murid tingkatan 4
iaitu Fazlyn Shuhaida (Ketua Pasukan serta Panel 1) ,
Saranya A/P Sathiah (Pengerusi Majlis) , Vaisnavi A/P
Suresh Kumar (Panel 2) , Danusha (Panel 3) serta Nor
Nadiah. Pasukan ini dibimbing oleh Cik NurAsyran bt
Arshad yang turut menjadi guru pengiring semasa
pertandingan berlangsung.
Hasil dari latihan yang gigih dengan guru pembimbing
serta diiringi dengan azam dan semangat tidak mudah
mengalah, pasukan kami berjaya melepasi pusingan
kelayakan seterusnya dapat masuk ke peringkat pusingan
akhir.
Di peringkat akhir, pasukan kami berentap dengan 6
buah pasukan dari sekolah seperti SMK Batu Muda, SMK
Seri Puteri ,SMK Puteri Wilayah serta SMK Sungai Peri.
Dengan tajuk forum, Penggunaan Bahasa Rojak :
Hilangnya Citra Bangsa Malaysia, pasukan kami
meneruskan perjuangan walaupun sedikit gementar
kerna pertama kali menyertai pertandingan forum ini.

Alhamdulillah , dengan doa daripada guru-guru dan


warga sekolah, pasukan sekolah kita berjaya mendapat
Tempat Ketiga Petandingan Forum Remaja Sekolah
Menengah Peringkat Negeri 2015.

You might also like