You are on page 1of 1

Pada rabu, 11 Oktober 2010, kami telah menganjurkan aktiviti gotong royong

di PPDK Ummi ini. Aktiviti ini merupakan salah satu daripada aktiviti berbentuk
kemasyarakatn yang kami rancangkan sepanjang berlangsungnya program Bakti
Siswa ini. Dalam aktiviti ini, kami telah melibatkan pelbagai pihak yang menjadi
tenaga kerja dalam aktiviti ini antaranya pihak ibubapa pelatih PDK Ummi, para
pelatih PDK Ummi, kakitangan askar Kem Terendak serta penglibatan penuh kami
sendiri. Gotong royong ini berfokus kepada keceriaan dan kebersihan kawasan PDK
yang mana kami telah merancang beberapa aktiviti seperti membersihkan kawasan
luar dan dalam PDK, mengecat pagar PDK, membuat mural di bahagian dalam PDK
serta membina bahan bantu mengajar seperti membuat boneka dan mozek.
Bermula pukul 8.00 pagi, peserta-peserta gotong royong mula berkumpul di
halaman PDK Ummi. Peserta-peserta telah dibahagikan kepada beberapa zon
pembersihan di sekitar kawasan PDK. Setiap zon dibekalkan dengan beberapa
peralatan pembersihan seperti pongkes, penyapu, penyodok termasuklah sarung
tangan dan plastik sampah. Sebaik sahaja peserta-peserta dipecahkan mengikut
zon masing-masing, mereka mula sibuk melakukan tugas masing-masing seperti
menyodok longkang, mengutip sampah sarap dan lain-lain. Terdapat beberapa
kumpulan yang terdiri daripada kakitangan askar Kem Terendak yang ditugaskan
untuk melakukan tugasan khas seperti mengecat pagar PDK.
Sementara bagi tugasan menceriakan bahagian dalam PDK, kami
membahagikan peserta kepada 2 kumpulan kecil yang terdiri daripada kumpulan
membuat bahan bantu mengajar seperti boneka serta kumpulan mengecat mural.

You might also like