You are on page 1of 6

PERTANIAN BANDARAN

KELAB ALAM SEKITAR


SK BUKIT LINTANG
KOTA TINGGI, JOHOR

PENGENALAN

Pertanian Bandaran ialah pertanian di kawasan Bandar untuk pengeluaran


produk segar seperti sayuran, buah-buahan, tanaman hiasan, ulaman, herba
dan ikan.

Merangkumi penghasilan kompos dari bahan buangan organik bandaran,


penyimpanan air hujan, pemprosesan makanan, pemasaran dan sebagainya.

Pelaksanaannya melibatkan masyarakat bandar samada di kawasan sekeliling


Bandar, kawasan lapang dalam Bandar, persekitaran rumah dan perumahan,
hospital, sekolah, pejabat dan lain-lain.

OBJEKTIF

Memberi khidmat nasihat tentang pertanian bandaran kepada masyarakat


bandar. Terdapatnya kini teknologi dan kepakaran dalam bidang pertanian
yang boleh menyumbang kepada kejayaan program ini. Hal ini disokong
dengan adanya program pengembangan yang boleh membimbing masyarakat
bandar melakukannya

Merealisasikan kecemerlangan pendidikan dan penyelidikan dalam bidang


pertanian bandaran

Dengan meningkatnya jumlah penduduk negara dan bertambahnya penduduk


bandar menyebabkan permintaan bekalan makanan turut meningkat.
Terdapatnya tanah dan pengairan yang bersesuaian di bandar atau sekitarnya
boleh menghasilkan makanan

Pertanian bandaran dapat memenuhi hasrat kerajaan menambah pengeluaran


makanan. Ianya dapat menyumbang kepada penjimatan pengimportan
makanan negara. Penjimatan ini boleh disalurkan semula kepada rakyat

KATEGORI PERTANIAN BANDARAN

Pertanian berteknologi tinggi yang melibatkan pengeluaran hasil tanaman


menggunakan teknologi tinggi seperti sensor, tenaga solar, modifikasi
persekitaran akar dan perkayaan karbon dioksida. Contohnya Pertanian
Menegak, Pertanian Bertingkat dan Rumah Hijau Pintar

Pertanian institusi pula melibatkan pengeluaran makanan di ruang pejabat,


sekolah dan hospital. Ia melibatkan kawasan lapang, bumbung bangunan dan
ruang legar

Pertanian komuniti Bandar seperti Piskiponik (Tanaman + Ikan), penghasilan


tanaman di kawasan terbiar, penggunaan kawasan yang telah dikhususkan,
pengkomposan bahan buangan bandar bersesuaian dengan konsep penukaran
bahan buangan kepada bahan yang boleh dikomersilkan dan penerapan
Amalan Pertanian Baik dikalangan mereka yang terlibat

KELEBIHAN PERTANIAN BANDARAN

Jaminan dan keselamatan makanan di kawasan bandar

Pembangunan ekonomi setempat

Pengurusan lestari persekitaran bandar seperti mengurangkan jarak


pergerakan hasil segar, penghijauan bandar dan pengawalan jejak karbon

Impak sosial dan ekonomi dari segi pengurangan perbelanjaan isi rumah,
sumber kewangan bagi yang berpendapatan rendah dan masyarakat harmoni
kerana aktiviti yang lebih berbentuk kekeluargaan dan komuniti

Penggunaan tanah yang optima

You might also like