You are on page 1of 22

PANDUAN FROG APPLIANCE

PROJEK PERKHIDMATAN 1BESTARINET FASA 2


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

30 JANUARI 2018

HAK MILIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


KANDUNGAN

1. Apakah itu Frog Appliance?


1.1 Objektif
1.2 Konsep
2. Komponen Frog Appliance
2.1 Komponen Perkakasan
2.2 Komponen Perisian
2.2.1 Appliance Admin Console
3. Langkah Permulaan – Memasang Frog Appliance dalam Infrastruktur
3.1 Pemasangan Perkakasan
3.2 Mengendalikan UPS
3.3 Mengendalikan Appliance
3.4 Langkah Menghidupkan Peranti
3.5 Langkah Mematikan Peranti
4. Pengendalian Perisian
4.1 Menggunakan VLE
4.2 Menggunakan Appliance Admin Console
4.2.1 Maklumat Sistem
4.2.2 Network interfaces
4.2.3 Peranti Storan (Storage devices)
4.2.4 Status Perkhidmatan
4.2.5 Ping Tool
4.2.6 Sandar dan Simpan Semula USB (USB Backup and Restore)
4.2.7 Pengurusan Akaun (Account management)
4.2.8 Kawalan Kuasa (Power Controls)
5. Sokongan
5.1 Troubleshooting
5.2 Meja Bantuan
6. Sumber Lain (Other Resources)
6.1 Sokongan VLE (VLE Help)
6.2 Learn Centre
7. Frog Appliance Tahap 2
7.1 Skop Tahap 2
7.2 Kuiz disetempatkan
7.3 E-bahan disetempatkan
7.4 Penyunting Laman Atas Talian (Online Site Editor)
Muka 1/22
Bahagian Teknologi Pedidikan KPM – 1BestariNet Fasa 2
7.4.1 Muat Turun Laman
7.4.2 Log masuk Frog VLE tanpa menggunakan Frog Appliance
7.4.3 Muat naik Laman
7.4.4 Terus mengerjakan laman
7.4.5 Memuat turun laman
7.4.6 Memuat naik laman yang lengkap ke dalam Frog Appliance
4.2.7 Pengurusan Akaun (Account management)
Apendix A Fungsi VLE yang disetempatkan

Muka 2/22
Bahagian Teknologi Pedidikan KPM – 1BestariNet Fasa 2
1. APAKAH ITU FROG APPLIANCE?

1.1 Objektif

YTL telah melengkapkan Persekitaran Pembelajaran Maya kepada lebih 10,000


buah sekolah di seluruh Malaysia. VLE ialah sebuah pelantar yang dicipta untuk
mengubah cara pendidikan disampaikan di peringkat sekolah rendah dan sekolah
menengah.

VLE di setiap sekolah dikendalikan di Pusat Data YTL. Ia boleh diakses dengan
sambungan 4G, ADSL, VSAT yang digunakan. Walaubagaimanapun, jalur lebar
ADSL dan VSAT yang rendah menyebabkan masa tindak balas merosot.

Untuk menyelesaikan isu jalur lebar rendah, VLE sekolah yang terlibat (ADSL/VSAT)
menggunakan sistem komputer yang dikenali sebagai Frog Appliance (FA).

1.2 Konsep

Konsep di sebalik Frog Appliance ialah untuk menyediakan akses kepada platform
pengajaran dan pembelajaran kepada seramai pengguna yang mungkin, tanpa
mengira lokasi geografi. Dengan menempatkan kandungan VLE dalam FA,
pengguna dapat menggunakan kandungan tersebut tanpa bergantung pada
sambungan internet yang laju.

Muka 3/22
Bahagian Teknologi Pedidikan KPM – 1BestariNet Fasa 2
2. KOMPONEN FROG APPLIANCE

2.1 Komponen Perkakasan

Sekolah Frog Appliance dibekalkan dengan komponen berikut:-

Kuantit Fungsi
No Komponen Contoh
i

Sistem Frog Untuk


Appliance menyimpan
kandungan VLE
- CPU: Intel
1 1 secara setempat
Core i5
- RAM: 8 GB
- SSD: 512 GB
- HDD: 1 TB
Untuk
membekalkan
Frog Appliance
Uninterruptible
dengan kuasa
power supply
2 1 kecemasan
(UPS) dan
sekiranya
Kabel USB
bekalan kuasa
terputus secara
tiba-tiba

Untuk
USB Drives menyimpan fail
2 1
sandaran Frog
- 64GB
Appliance

Kabel Untuk mengunci


Keselamatan Frog Appliance di
3 1 satu lokasi tetap
- Kombinasi
nombor
Untuk
menyambung
Kabel LAN
4 1 Frog Appliance
- 3 meter kepada modem
sekolah

Walaupun set lengkap perkakasan akan diserahkan kepada sekolah setelah


dipasang di sekolah, Sistem Frog Appliance dan UPS bagaimanapun kekal
sebagai hak milik YTL. Persisian sokongan seperti Pemacu USB, Kabel
Keselamatan dan Kabel LAN akan diberikan kepada sekolah. Jika peralatan
ini, yang biasanya tersedia, menjadi rosak atau gagal berfungsi, adalah
menjadi tanggungjawab sekolah untuk menggantikannya.

Muka 4/22
Bahagian Teknologi Pedidikan KPM – 1BestariNet Fasa 2
2.2 Komponen Perisian

2.2.1 Appliance Admin Console


Appliance Admin Console ialah aplikasi yang membolehkan pentadbir
sekolah menguruskan Frog Appliance. Fungsi-fungsi utama termasuk:

● Maklumat Sistem: Memaparkan maklumat berkaitan sistem seperti


CPU, RAM dan penggunaan HDD.
● Perkhidmatan: Memaparkan senarai perkhidmatan dan status (aktif
atau tidak) perkhidmatan; dapat memulakan dan menghentikan
mana-mana perkhidmatan yang tersenarai.
● Sandar dan Simpan Semula USB: Membolehkan pengguna membuat
sandaran data VLE dalam pemacu USB dan menyimpannya semula
ke dalam hard disk yang sedang digunakan.
● Akaun: Pengguna boleh menetapkan/menukar kata laluan akaun.
● Mematikan dan Menghidupkan: Pengguna boleh mematikan atau
menghidupkan semula Appliance

Muka 5/22
Bahagian Teknologi Pedidikan KPM – 1BestariNet Fasa 2
3. Langkah Permulaan – Memasang Frog Appliance dalam
Infrastruktur

3.1 Pemasangan Perkakasan

Bagi sekolah yang tidak mempunyai server VDI, Frog Appliance hendaklah
dipasang seperti berikut:-

Rajah 1: Pemasangan rangkaian Appliance (tanpa VDI Server)

Bagi sekolah yang dilengkapi dengan server VDI, Frog Appliance hendaklah
dipasang seperti berikut:-

Rajah 2: Pemasangan rangkaian Appliance (dengan VDI Server)


Muka 6/22
Bahagian Teknologi Pedidikan KPM – 1BestariNet Fasa 2
3.2 Mengendalikan UPS

Jika bekalan kuasa terputus secara tiba-tiba, kerosakan boleh berlaku pada
komponen dalaman Appliance seperti Hard disk dan memori. Oleh itu,
Appliance perlu sentiasa disambungkan kepada peranti Uninterruptible
Power Supply (UPS) agar ia dapat dimatikan dengan sempurna sekiranya
bekalan kuasa terputus secara tiba-tiba.

UPS disambungkan kepada kuasa utama menerusi soket kuasa. Kemudian,


Appliance dipasang kepada UPS agar pemindahan kuasa dapat dilakukan.
UPS dapat terus membekalkan kuasa kepada Appliance dalam jangka masa
15 minit. Apabila peranti UPS kehabisan kuasa, dalam masa beberapa minit,
ia akan menghantar isyarat kepada Appliance menandakan bekalan kuasa
sudah dihentikan. Apabila perkara ini berlaku, Appliance akan dimatikan
secara automatik bagi memastikan ia dimatikan dengan sempurna.

Elakkan menyambung peranti lain pada UPS untuk memastikan perlindungan


dan bekalan kuasa kepada Appliance berjalan dengan lancar. Sekiranya
peranti lain disambung pada UPS, fungsinya pasti akan terganggu kerana
pemindahan kuasa terbahagi dan tidak dialirkan sepenuhnya kepada
Appliance.

3.3 Mengendalikan Appliance

Frog Appliance hendaklah sentiasa dihidupkan dan dimatikan dengan


sempurna. Appliance dapat dihidupkan dengan menekan butang kuasa
selama 1 saat. Selepas 1-2 minit, Appliance sudah sedia untuk digunakan dan
beroperasi sepenuhnya. Sekiranya Appliance disambungkan kepada server
VDI, server VDI tersebut hendaklah dihidupkan selepas Appliance telah
beroperasi sepenuhnya.

Frog Appliance perlu sentiasa dihidupkan bagi memastikan pemantauan


data penggunaan, kemaskini analitik Dashboard KPI, dan kemaskini perisian
peranti tidak terjejas.

3.4 Langkah Menghidupkan Peranti

Peranti mesti dihidupkan mengikut turutan berikut:-

1. Hidupkan modem ADSL/VSAT. Tunggu sehingga lampu hijau menyala


sebelum maju ke langkah seterusnya.
2. Hidupkan Frog Appliance. Tunggu sehingga lampu hijau menyala
secara berterusan. Proses ini mengambil masa 1-2 minit.

Muka 7/22
Bahagian Teknologi Pedidikan KPM – 1BestariNet Fasa 2
3. Sekiranya Appliance disambungkan kepada server VDI sekolah,
hidupkan server VDI tersebut.

3.5 Langkah Mematikan Peranti

Langkah mematikan peranti tidak penting. Terdapat beberapa cara untuk


mematikan Appliance:-

1. Tekan butang kuasa pada Appliance selama 5 saat.


2. Gunakan Tab Kawalan Kuasa dalam Admin Console untuk mematikan
Appliance menggunakan (fungsi kawalan jauh).
3. Matikan UPS untuk mematikan Appliance secara automatik.

Muka 8/22
Bahagian Teknologi Pedidikan KPM – 1BestariNet Fasa 2
4. Pengendalian Perisian

4.1 Menggunakan VLE

Untuk mengakses VLE dari pelayar dalam sistem komputer yang


disambungkan kepada Appliance melalui LAN, taip pautan
“myschool.1bestarinet.net”. Laman login VLE akan menunjukkan paparan
seperti di bawah. Log masuk VLE dan ikut arahan seterusnya.

4.2 Menggunakan Appliance Admin Console

Untuk mengakses the Admin Console dari pelayar, sistem komputer perlu
disambungkan kepada Frog Appliance melalui kabel LAN terlebih dahulu. Taip
pautan “myschool.1bestarinet.net:3000”. Laman login Admin Console akan
dipaparkan. Fungsi-fungsi yang tersedia dalam Admin Console disenaraikan
dalam sub-seksyen di bawah.

4.2.1 Maklumat Sistem


Fungsi ini memberi maklumat mengenai sistem OS (sistem operasi),
jenis CPU, saiz Memory, System Uptime dan System Load, dari 24 jam
yang lepas.

Muka 9/22
Bahagian Teknologi Pedidikan KPM – 1BestariNet Fasa 2
4.2.2 Network interfaces
Fungsi ini menunjukkan maklumat mengenai network interface
Appliance.

Apabila network interface ‘eth0’ dipilih, ia akan memaparkan lebih


banyak maklumat:

Muka 10/22
Bahagian Teknologi Pedidikan KPM – 1BestariNet Fasa 2
4.2.3 Peranti Storan (Storage Devices)
Fungsi ini memaparkan maklumat mengenai SSD dan HDD yang
merupakan sebahagian daripada komponen sistem Appliance.

4.2.4 Status Perkhidmatan


Fungsi ini memaparkan senarai perkhidmatan yang sedang aktif
dalam sistem Appliance.

4.2.5 Ping Tool


Fungsi ini membolehkan penggunaan fungsi ‘ping’ untuk menguji
samada Appliance boleh mencapai pautan atau alamat IP yang dicari
oleh pengguna. Pengesahan ini akan menunjukkan samada Appliance
berfungsi dalam rangkaian tersebut atau tidak.

Muka 11/22
Bahagian Teknologi Pedidikan KPM – 1BestariNet Fasa 2
4.2.6 Sandar dan Simpan Semula USB (USB Backup and Restore)
Appliance akan melakukan sandaran automatik setiap hari pada data
pengguna dan pengkalan data tanpa penglibatan pengguna secara
langsung. Sandaran ini akan disimpan dalam HDD tambahan. Tetapi,
fail sandaran tersebut tidak dapat digunakan sekiranya Appliance atau
peranti dalaman mengalami kerosakan.

Fungsi ini membolehkan pengguna melakukan sandaran dan


simpanan semula secara manual dari pemacu USB ke Appliance baru.
Walaubagaimanapun, proses ini tidak digalakkan melainkan pihak
sekolah telah diberitahu oleh pasukan bantuan YTL untuk melakukan
sedemikian.

Untuk melakukan sandaran manual, pasangkan pemacu USB yang


dibekalkan pada Frog Appliance. Seterusnya, klik butang ‘Backup to
USB Drive’ dan tunggu sehingga proses sandaran selesai.

4.2.7 Pengurusan Akaun (Account Management)


Fungsi ini membolehkan pengguna menukar atau menetapkan semula
kata laluan akaun.

Muka 12/22
Bahagian Teknologi Pedidikan KPM – 1BestariNet Fasa 2
4.2.8 Kawalan Kuasa (Power Control)
Fungsi ini membolehkan pengguna mematikan appliance dan
melakukan but semula Appliance.

Muka 13/22
Bahagian Teknologi Pedidikan KPM – 1BestariNet Fasa 2
5. Sokongan

5.1 Troubleshooting

Jika Appliance mengalami masalah, ikuti beberapa langkah mudah dibawah


untuk menyelesaikan masalah. Ikuti langkah ini sebelum menghubungi
pasukan sokongan YTL

● Sekiranya Appliance tidak dapat dihidupkan:-


✓ Periksa sama ada soket utama dan kabel kuasa berfungsi dengan
baik atau tidak
✓ Jika ia berfungsi, periksa sama ada UPS berfungsi atau tidak.
● Sekiranya Appliance dapat dihidupkan tetapi tidak boleh diakses:-
✓ Jika ya, periksa sama ada suis rangkaian dihidupkan atau tidak.
Pastikan ia disambung kepada Appliance.
✓ Jika ya, periksa sama ada semua kabel rangkaian dipasang dengan
betul atau tidak
● Sekiranya VLE Appliance dapat diakses tetapi pengguna tidak dapat
mengakses internet:-
✓ Periksa sama ada modem ADSL/VSAT dihidupkan atau tidak.
Pastikan ia disambungkan kepada Appliance
✓ Jika ya, sambungkan komputer sistem lain kepada modem untuk
mengakses internet.

5.2 Meja Bantuan

Untuk menghubungi Meja Bantuan YTL, sila pilih di antara yang berikut:-

● Panggilan telefon: +60 18-799-8787 (7:00 pagi hingga 10:00 malam,


Ahad – Jumaat, termasuk cuti awam)
● E-mel: moesupport@ytlcomms.my
● Self-care portal: https://1bnselfcare.yes.my/

Muka 14/22
Bahagian Teknologi Pedidikan KPM – 1BestariNet Fasa 2
6. Sumber Lain (Other Resources)

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan mengenai penggunaan umum


pelantar VLE, sila rujuk kepada sumber di berikut:

6.1 Sokongan VLE (VLE Help)

VLE Help ialah sumber maklumat luar talian (offline) yang mengandungi
maklumat penggunaan fungsi dan aplikasi dalam Frog VLE. Ia juga boleh
diakses dengan menekan ikon Frog Head di penjuru kiri, bahagian atas
pelantar. Kemudian pilih ‘Help’.

6.2 Learn Centre

Learn Centre ialah arkib maklumat mengenai cara penggunaan dan jenis
aplikasi dan widgets yang boleh digunakan dalam Frog VLE. Ia boleh diakses
melalui menu Quick Launch. on how to use the different apps and widgets
found in the Frog VLE. Fungsi ini memerlukan capaian internet kerana ia
berupakan fungsi atas talian.

Muka 15/22
Bahagian Teknologi Pedidikan KPM – 1BestariNet Fasa 2
Muka 16/22
Bahagian Teknologi Pedidikan KPM – 1BestariNet Fasa 2
7. Frog Appliance Tahap 2

7.1 Skop Tahap 2

Fungsi tambahan yang disertakan dalam Frog Appliance Fasa 2 termasuk:-

● Kuiz disetempatkan
● E-bahan disetempatkan
● Penyunting Laman Atas Talian (Guru sahaja, sila rujuk seksyen 7.4 untuk
maklumat lanjut)

7.2 Kuiz disetempatkan

Guru boleh menghasilkan kuiz dan menugaskannya kepada murid tanpa


bergantung pada sambungan internet. Oleh itu, sebarang tugasan yang
mengandungi kuiz dapat dilengkapkan dengan lebih cepat.

7.3 E-bahan disetempatkan

Kini, guru boleh memberi tugasan daripda E-bahan dengan mudah tanpa
perlu risau tentang kelajuan sambungan internet. Dengan E-bahan yang
telah disetempatkan dalam Frog Appliance, murid kini boleh menjawab
pakej E-bahan tanpa menggunakan internet.

7.4 Penyunting Laman Atas Talian (Online Site Editor)

Fungsi ini hanya boleh digunakan oleh guru yang membolehkan pemberian
akses kepada guru yang berada di luar kawasan sekolah. Fungsi ini memberi
fleksibiliti kepada guru-guru untuk menyunting laman dari rumah (dari mana
sahaja). Untuk menggunakan fungsi ini, guru perlu mengikut langkah
dibawah setelah menghasilkan laman dalam Frog Appliance.

7.4.1 Muat Turun Laman


Guru perlu memuat turun laman yang masih tidak lengkap. Untuk
lakukan perkara tersebut, klik ikon FrogDrive > Sites > MySites.

Muka 17/22
Bahagian Teknologi Pedidikan KPM – 1BestariNet Fasa 2
Dari sini, pilih laman anda yang masih tidak lengkap dan klik butan
tindakan (action cog). Pilih ‘Download Site’ untuk memuat turun
laman anda. Had saiz fail bagi fungsi ini ialah 100MB. Laman yang
dimuat turun disimpan dalam peranti setempat guru.

7.4.2 Log masuk Frog VLE tanpa menggunakan Frog Appliance


Guru boleh membawa pulang peranti ke rumah untuk disunting
menggunakan Penyunting Laman Atas Talian. Untuk log masuk VLE di
luar kawasan sekolah, guru perlu melayari
‘https://<schoolcode>.1bestarinet.net/’ dan isikan kod sekolah ke
dalam <schoolcode>. Kemudian, log masuk seperti mana anda log
masuk ke dalam Frog Appliance.
Muka 18/22
Bahagian Teknologi Pedidikan KPM – 1BestariNet Fasa 2
7.4.3 Memuat naik Laman
Klik FrogDrive icon > Sites > My Sites dan klik butang ‘New’. Tekan

butang ‘Upload Site’ .

Kemudian, paparan akan menunjukkan File Uploader. Guru boleh


memilih fail yang ingin dimuat naik dengan menekan‘Choose Files’
Had saiz fail bagi fungsi ini ialah 100MB. Laman yang berjaya dimuat
turun boleh didapati di Sites > My Sites.

Muka 19/22
Bahagian Teknologi Pedidikan KPM – 1BestariNet Fasa 2
7.4.4 Terus mengerjakan laman
Setelah berjaya memuatnaik laman, guru boleh terus mengerjakan
laman sehingga ia lengkap.

7.4.5 Memuat turun laman


Seteleh berjaya melengkapkan laman, guru perlu memuat turun
laman tersebut ke dalam peranti setempat dan memindahkannya ke
Frog Appliance. Langkah-langkah boleh dirujuk di seksyen 7.4.1

7.4.6 Memuat naik laman yang lengkap ke dalam Frog Appliance


Selepas log masuk Frog Appliance, guru boleh memuat naik laman
yang lengkap ke Frog Appliance menggunakan langkah yang
ditunjukkan di seksyen 7.4.3. Kini, guru boleh menggunakan laman
yang lengkap sebagai pelan pengajaran menerusi Frog Appliance.

Muka 20/22
Bahagian Teknologi Pedidikan KPM – 1BestariNet Fasa 2
Apendix A

Fungsi VLE yang disetempatkan

VLE dalam Frog Appliance boleh dikendalikan dengan gangguan minima di


pusat data, kerana hampir kesemua fungsi utama telah disetempatkan di
Appliance. Fungsi ini termasuk:-

● Laman (Sites): Membolehkan pengguna menghasilkan laman yang


boleh dikongsi untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran
dan kokurikulum.
● Undian (Polls):Membolehkan pengguna menghasilkan polls untuk
mengumpul maklumat.
● Borang (Forms): Membolehkan pengguna menghasilkan borang
digital untuk mengumpul maklumat.
● Dashboard: Membolehkan pengguna menyunting dan mengubah
Dashboard peribadi yang boleh digunakan untuk pengurusan,
penghasilan dan pengumpulan bahan kandungan pembelajaran.
● Tugasan (Assignments): Membolehkan guru memberi tugasan kepada
murid dan menanda tugasan yang diberikan.
● Analitik (Analytics): Membolehkan pentadbir (admin) memantau
penggunaan dalam sekolah menerusi bilangan login, laman dan
tugasan yang dihasilkan.
● Kalender (Calender): Membolehkan pengguna menguruskan
kalender dan menjadualkan temu janji atau mesyuarat.
● E-Bahan: Membolehkan guru melampirkan sumber pembelajaran e-
bahan dalam laman. Fungsi ini ditambah dalam Fasa 2.
● Kuiz (Quiz): Membolehkan guru menghasilkan kuiz dan
melampirkannya dalam laman. Fungsi ini ditambah dalam Fasa 2.

Muka 21/22
Bahagian Teknologi Pedidikan KPM – 1BestariNet Fasa 2

You might also like