You are on page 1of 2

ISKANDAR MALAYSIA ECOLIFE CHALLENGE 2017

PERATURAN & SYARAT PERTANDINGAN

1. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah Tahun 6 di negeri
Johor.
2. Setiap sekolah yang mengambil bahagian hendaklah mempunyai guru yang terlatih
untuk memberi penerangan kepada semua pelajar.
3. Pertandingan ini terbahagi kepada dua fasa. Fasa pertama terdiri daripada dua
komponen iaitu; buku kerja dan projek sekolah manakala fasa kedua adalah
pembentangan secara berkumpulan.

Fasa Pertama: Buku Kerja


4. Setiap pelajar akan dibekalkan dengan sebuah buku kerja. Setiap halaman
hendaklah disiapkan secara berkumpulan.
5. Seramai 5 orang pelajar daripada pelbagai kaum akan dibentuk untuk saling
membantu dalam menyiapkan buku kerja ini.
6. Setiap pelajar diberi tempoh sebulan untuk melengkapkan buku kerja masing-
masing. Tarikh tutup bagi penyerahan buku kerja ialah pada 24 Oktober 2017
sebelum 5.00pm di Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing.

Fasa Pertama: Projek Sekolah


7. Terdapat tiga bahagian projek sekolah yang perlu dilaksanakan, iaitu penjimatan
elektrik & air, kitar semula dan Pembelajaran Berasaskan Projek (optional).
8. Semua pelajar hendaklah membantu sekolah masing-masing untuk mengurangkan
penggunaan elektrik dan air melalui pelbagai kempen. Keberkesanan projek dinilai
berdasarkan bil elektrik dan air antara dua bulan yang berturut-turut daripada
Januari 2017 sehingga Oktober 2017 di sekolah masing-masing.
9. Semua pelajar hendaklah membantu sekolah masing-masing untuk mengurangkan
sisa sampah dengan mengumpul barang-barang kitar semula. Keberkesanan projek
dinilai berdasarkan kepada berat jumlah kitar semula yang dijual kepada mana-
mana vendor pengumpulan bahan kitar semula dari 1 Januari 2017 sehingga 24
Oktober 2017. Bukti pembayaran bahan kitar semula dari vendor akan digunakan
bagi tujuan penghakiman.
10. Laporan projek daripada pelajar adalah berdasarkan masalah dalam buku kerja
IMELC muka surat 20. Tiada format laporan tertentu yang perlu diikuti.
11. Setiap sekolah perlu menghantarkan satu borang pelaporan dan semua bukti bil,
pembayaran bahan kitar semula dan laporan projek pelajar kepada Pejabat
Pendidikan Dearah masing-masing pada 24 Oktober 2017 sebelum 5.00pm.
Fasa Kedua: Pembentangan Secara Berkumpulan
12. Hanya 15 buah sekolah yang terbaik akan terpilih untuk memasuki fasa kedua
(peringkat akhir). Setiap sekolah yang tersenarai hendaklah menyediakan satu
kumpulan pelajar (dipilih oleh pihak sekolah) untuk membuat persembahan.
13. Sekolah yang layak ke peringkat akhir akan dipilih berdasarkan kriteria-kriteria
berikut:
a. Peratusan tertinggi buku kerja yang dikembalikan sebelum 24 Oktober
2017 (pilih 30 tertinggi untuk pertimbangan seterusnya).
b. Peratusan tertinggi buku kerja yang telah dilengkapkan (pilih 30 tertinggi
untuk pertimbangan seterusnya).
c. Nilai purata penurunan tertinggi bil air dan elektrik rumah semua pelajar
yang ditampalkan dalam buku kerja antara kerja antara bulan
Ogos/September 2017 dan September/Oktober 2017 (25%).
d. Peratusan penurunan tertinggi bil air dan elektrik sekolah antara dua bulan
berturut-turut dalam tahun 2017 (50%).
e. Berat bahan kitar semula tertinggi yang dikumpulkan sepanjang tempoh
pertandingan (25%).
f. Markah bonus kepada laporan Projek Pelajar (1%-5% tambahan).
14. Setiap kumpulan mesti menyediakan persembahan bagaimana hendak mengamalkan
Gaya Hidup Rendah Karbon di rumah dan sekolah. Persembahan akan dinilai
berdasarkan kreativiti persembahan dan kefahaman terhadap Gaya Hidup Rendah
Karbon.
15. Keputusan juri adalah muktamad
16. Pihak penganjur berhak untuk mengubah peraturan dan syarat pertandingan
mengikut kesesuaian.
17. Hadiah akan diberikan selepas pemenang diumumkan.

You might also like