You are on page 1of 2

ISKANDAR MALAYSIA ECOLIFE CHALLENGE 2017

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR (JPNJ)

PERATURAN & SYARAT PERTANDINGAN

1. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah Tahun 6 di


dalam Wilayah Iskandar Malaysia dan sekolah-sekolah rendah Rintis
PAK21.
2. Setiap sekolah yang mengambil bahagian hendaklah mempunyai guru yang
terlatih untuk memberi penerangan kepada semua pelajar.
3. Pertandingan ini terbahagi kepada dua fasa. Fasa pertama terdiri daripada
dua komponen iaitu; buku kerja dan projek sekolah manakala fasa kedua
adalah pembentangan secara berkumpulan.

Fasa Pertama:
 Projek Sekolah
1. Terdapat dua bahagian projek sekolah yang perlu dilaksanakan, iaitu
penjimatan elektrik & air dan kitar semula.
2. Semua pelajar hendaklah membantu sekolah masing-masing untuk
mengurangkan penggunaan elektrik dan air melalui pelbagai kempen.
Keberkesanan projek dinilai berdasarkan bil elektrik dan air antara dua
bulan yang berturut-turut daripada Januari 2017 sehingga Oktober
2017 di sekolah masing-masing.
3. Semua pelajar hendaklah membantu sekolah masing-masing untuk
mengurangkan sisa sampah dengan mengumpul barang-barang kitar
semula. Keberkesanan projek dinilai berdasarkan kepada jumlah berat
kitar semula yang dijual kepada mana-mana vendor pengumpulan bahan
kitar semula dari 1 Januari 2017 sehingga 31 Oktober 2017. Bukti
pembayaran bahan kitar semula daripada vendor akan digunakan bagi
tujuan penghakiman.
4. Setiap sekolah perlu menghantarkan satu borang pelaporan dan semua
bukti bil serta pembayaran bahan kitar semula kepada Pejabat
Pendidikan Daerah (u/p: Penolong PPD Sains & Matematik) masing-
masing pada 31 Oktober 2017 sebelum 5.00pm.

 Buku Kerja
1. Setiap pelajar akan dibekalkan dengan sebuah buku kerja. Setiap
halaman hendaklah disiapkan secara berkumpulan.
2. Seramai 5 orang pelajar daripada pelbagai kaum (jika ada) akan dibentuk
untuk saling membantu dalam menyiapkan buku kerja ini.
3. Setiap pelajar diberi tempoh sebulan untuk melengkapkan buku kerja
masing-masing. Tarikh tutup bagi penyerahan buku kerja ialah pada 31
Oktober 2017 sebelum 5.00pm di Pejabat Pendidikan Daerah (u/p:
Penolong PPD Sains & Matematik) masing-masing.
Fasa Kedua: Pembentangan Secara Berkumpulan
1. Hanya 15 buah sekolah yang terbaik akan terpilih untuk memasuki fasa
kedua (peringkat akhir). Setiap sekolah yang tersenarai hendaklah
menyediakan satu kumpulan pelajar (dipilih oleh pihak sekolah) untuk
membuat persembahan.
2. Sekolah yang layak ke peringkat akhir akan dipilih berdasarkan kriteria-kriteria
berikut:
a. Peratusan tertinggi buku kerja yang dikembalikan sebelum 31 Oktober 2017
(pilih 30 tertinggi untuk pertimbangan seterusnya).
b. Peratusan tertinggi buku kerja yang telah dilengkapkan (pilih 30 tertinggi
untuk pertimbangan seterusnya).
c. Nilai purata penurunan tertinggi bil air dan elektrik rumah semua pelajar yang
ditampalkan dalam buku kerja antara bulan September 2017 dan Oktober
2017 (20%).
d. Peratusan penurunan tertinggi bil air dan elektrik sekolah antara bulan
Januari 2017 dan mana-mana bulan sepanjang tempoh pertandingan. (40%).
e. Berat bahan kitar semula tertinggi yang dikumpulkan sepanjang tempoh
pertandingan (40%).
3. Setiap kumpulan mesti menyediakan persembahan bagaimana hendak
mengamalkan Gaya Hidup Rendah Karbon di rumah dan sekolah.
Persembahan akan dinilai berdasarkan kreativiti persembahan dan
kefahaman terhadap Gaya Hidup Rendah Karbon.
4. Keputusan juri adalah muktamad.
5. Pihak penganjur berhak untuk mengubah peraturan dan syarat pertandingan
mengikut kesesuaian.
6. Hadiah akan diberikan selepas pemenang diumumkan.

You might also like