You are on page 1of 50

PROGRAM

KITAR SEMULA
SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN EMPAT,BANDAR BARU BANGI

REDUCE
REUSE
RECYCLE

PENGENALAN
Program KITAR SEMULA JEPS telah dilancarkan pada 11 Mac 2019. Majlis pelancaran ini
telah diadakakan di sekolah bersama wakil Agensi Syarikat Kitar semula XUSED. Wakil
daripada pihak XUSED iaitu Pn. Syazreen Sophia Bt. Abdul Halim telah memberi
penerangan berkenaan program kitar semula yang akan dijalankan di sekolah kepada
semua guru dan murid.

Program kitar semula ini melibatkan semua murid tahap 1 dan tahap 2. Murid
dikehendaki membawa barang-barang yang boleh dikitar semula terdiri daripada
besi/logam, tin, aluminium, kertas dan minyak terpakai. Barang kitar semula tersebut
akan ditimbang dan dibayar duit kepada murid mengikut nilai timbangan yang telah
ditetapkan.

Besi/Logam Kertas Minyak Masak Botol Tin Makanan/


Terpakai Air/Plastik Aluminium
Gambar Semasa Majlis Pelancaran
Program Kitar Semula
KUTIPAN KITAR SEMULA TAHUN 2019
Pada 21 Mac 2019 - Murid membawa barang kitar semula dikehendaki mengumpulkan
barang tersebut dan diletakkan di tempat yang disediakan. Ahli jawatankuasa kitar semula
terdiri daripada murid dan guru membuat timbangan barangan kitar semula tersebut
sebagai rekod.

Pada 24 April 2019 - Pembayaran bagi barangan kitar semula kepada semua murid yang
menyertai program tersebut. Pembayaran kepada murid dibuat secara tunai.

Pada 2 Mei 2019 - program kitarsemula untuk siri kedua. Murid – murid sangat
bersemangat membawa barangan kitar semula. Seperti program kitar semula siri pertama,
semua barangan kitar semula ditimbang sebagai rekod.

Program xused ini telah memberi kesedaran kepada guru dan murid untuk menjaga
alam sekitar dengan kaedah kitar semula barangan yang telah digunakan.
DATA KUTIPAN KITAR SEMULA
TAHUN 2019

Gambar Kutipan Kitar Semula


Tahun 2019


KUTIPAN KITAR SEMULA


TAHUN 2020

Pada September 2020 telah diadakan program kitar semula yang dijalankan di sekolah.
Program xused ini diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran dan mendidik murid-
murid supaya mempraktikkan amalan kitar semula dan menjaga alam sekitar, sekaligus
menjana pendapatan daripada hasil penjualan barangan kitar semula tersebut. Bukan
sahaja kepada murid malahan semua warga sekolah. Program kitar semula ni
melibatkan semua murid tahap 1 dan tahap 2. Murid dikehendaki membawa barang-
barang yang boleh dikitar semula terdiri daripada tin, aluminium, kertas, botol plastik dan
minyak masak terpakai. Barang kitar semula tersebut ditimbang dan akan dibayar duit
kepada murid mengikut nilai timbangan yang telah ditetapkan. Nilai bayaran adalah
seperti berikut :

a) Kertas - RM0.12/kg

b) Aluminium - RM1.20/kg
c) Tin - RM0.22/kg

d) Minyak masak terpakai - RM1.00/kg

e) Botol plastik - RM0.10/kg

Kutipan kali ini dilaksanakan dalam beberapa hari bagi menjaga keselamatan guru
dan murid yang terlibat ekoran daripada kes covic-19 yang melanda negara. Pada 21
September 2020, kutipan untuk Tahun 1 dan tahun 4 manakala pada 22 September
2020 kutipan untuk Tahun 2 dan Tahun 5. Kutipan bagi tahun 3 dan Tahun 6 pula
diadakan pada 23 September 2020. Murid yang membawa barang kitar semula
dikehendaki mengumpulkan barang tersebut dan diletakkan di tempat yang ditetapkan.
Ahli jawatankuasa kitar semula terdiri daripada murid dan guru membuat timbangan
barangan kitar semula tersebut sebagai rekod. Program ini mendapat sambutan yang
amat menggalakkan daripada murid –murid.

Pada 12 dan 13 Disember 2020 telah dibuat pembayaran bagi barangan kitar semula
kepada semua murid Tahun 6 yang menyertai program tersebut. Oleh sebab dalam
keadaan norma baharu, pembayaran kepada murid dibuat secara tunai dengan cara
menyerahkan wang bayaran yang telah dimasukkan ke dalam plastik kepada guru kelas
dan guru kelas menyerahkan kepada murid yang telibat semasa hari penyerahan sijil
Tahun 6. Manakala pembayaran bagi murid Tahun 1-5 yang terlibat akan dibuat pada
waktu persekolahan tahun 2021. Hal ini kerana sekolah ditutup sepanjang bulan
November dan Disember 2020 ekoran daripada covic-19 yang melanda negara.

DATA KUTIPAN KITAR SEMULA


TAHUN 2020
Gambar Kutipan Kitar Semula
Tahun 2020


KUTIPAN KITAR
SEMULA TAHUN
2022
Pada Tahun 2022, telah dijalankan semula program kitar semula setelah
ditangguhkan ekoran penularan wabak covid 19. Kutipan barangan kitar semula
ini dijalankan oleh kelab 3K dibawah induk Hal Ehwal Murid. Kelab 3k telah
memulakan kutipan dengan Kerjasama Syarikat Swasta iaitu X-used. Objektif
program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada murid
mengenai jenis -jenis barangan terpakai serta menggalakkan lagi murid untuk
menggumpul barangan terpakai demi menjaga kelestarian bumi kita. Antara
kategori barangan yang di kumpulkan adalah seperti barangan tin makanan,
aluminium, botol plastik, kertas dan minyak terpakai.

Pada tahun ini kutipan dibuat dengan sebanyak 3 kali iaitu pada bulan
September, Oktober dan November. Pada bulan September kutipan dibuat
selama 3 hari iaitu 11,12 dan 13 septermber. Jumlah kutipan pada kali ini RM
598.31 .Setelah selesai mengisi data timbangan, sebulan selepasnya pihak
syarikat xused akan mengeluarkan duit hasil dari kutipan tersebut. Guru akan
mengagihkan duit dan semula.

DATA KUTIPAN KITAR SEMULA


TAHUN 2022
Gambar Kutipan Kitar Semula
Tahun 2022
KUTIPAN KITAR SEMULA BERSAMA PETRONAS &
CENVIRO
Seterusnya, Pada bulan oktober dan November kutipan kitar semula
diteruskan. Pada kali ini, sekolah telah menyertai program Program PCG Be
Green bersama anjuran Syarikat PETRONAS dan Syarikat CENVIRO. Konsep
program juga adalah sama dimana murid perlu mengumpul barangan terpakai
dan mewujudkan pusat info kitar semula.

Sebelum kutipan di buat, pihak Syarikat telah membuat satu taklimat di


sekolah. Sekolah Jalan Empat telah dipillih menjadi tuan rumah Setelah itu,
pihak tersebut telah membuat sedikit pameran mengenai hasil barangan kitar
semula yang diproses menjadi produk baru yang boleh diguna semula dalam
kehidupan seharian kita.

Pada kutipan bulan oktober ini antara barangan yang dikumpulkan adalah
sepertu minyak masak terpakai, surat khabar, tin , aluminium, plastik dan
barangan elektronik terpakai (E-Waste). Jumlah kutipan kali ini sebanyak RM
378.35. Kutipan seterusnya bulan November . Kutipan kali ini beroleh sebanyak
RM 788.10. Pengagihan duit di buat setelah selesai bagi kedua-dua kutipan
dibuat.

Gambar Kutipan Kitar Semula


OKTOBER & NOVEMBER 2022
KUTIPAN KITAR SEMULA TAHUN 2023
Pada Tahun 2023, telah dijalankan program kitar semula pada bulan JULAI. Pada kali ini
pihak sekolah bekerjasam dengan syarikat kitar semula Cenviro.Seawal 2 mingu guru-
guru telah membuat hebahan secara langsung ketika murid berhimpun di datarn dan
jua secara dalam talian supaya murid bersiap sedia dengan kutipan kitar semula kali ini.

Pada tahun ini hanya sekali sahaja kutipan dibuat kerana kekangan masa pihak
sekolah dalam menguruskan kutipan ini. Namun begitu, sambutan yang di berikan oleh
murid-murid amat baik. Kesimpuannya, kesedaran mengenai pengumpulan barangan
terpakai ini semakin hari semakin baik disambut oleh murid-murid. Insyallah dimasa
akan datang pihak sekolah akan meneruskan lagi aktiviti ini.
DATA KUTIPAN KITAR SEMULA
TAHUN 2022

Gambar Kutipan Kitar Semula


Tahun 2023
e
REDUCE
UNIT 3K HAL EHWAL MURID
REUSE SK JALAN EMPAT
RECYCLE
BANDAR BARU BANGI

You might also like