You are on page 1of 1

TASKA & TADIKA ISTIKA JAYA

PERSEKUTUAN ORANG PEKAK MALAYSIA


G-15 & 1-22, Pusat Perdagangan Menara KLH,
Bandar Puchong Jaya,
47170 Puchong, Selangor.
Tel: 03-8070 9308/8070 8930 Fax: 03-8076 1090
Facebook: www.facebook.com/MFDeaf
1 April 2022

Kepada Ibubapa/Penjaga

PERTANDINGAN REKACIPTA BAHAN KITAR SEMULA 2022

Adalah dimaklumkan bahawa pihak taska & tadika akan mengadakan


Pertandingan Rekacipta Bahan Kitar Semula sempena Hari Bumi Sedunia yang akan
bermula pada 1 April 2022 bertujuan untuk :

 Mencari cetusan idea kreatif dalam reka cipta bahan kitar semula
 Memberi pendedahan mengenai kepentingan dan cara mengitar semula
 Menerapkan nilai-nilai murni dan kesedaran tentang pentingnya menjaga
alam sekitar

Tarikh tutup penyertaan : 18 April 2022

KATEGORI UMUR HADIAH


A 3-4 Johan X 4
B 5-6 Naib Johan X 4
C 7-9 Ketiga X 4
D 10-12 2 Saguhati X 4

Syarat-Syarat Penyertaan
 Terbuka kepada kanak-kanak Istika Jaya yang berumur 3-12 tahun.
 Peserta hanya boleh menggunakan barangan yang boleh dikitar semula
(recycled) seperti : plastik /tin / kertas /kaca sahaja.
 Tema rekacipta adalah bebas.
 Penyertaan akan dinilai berdasarkan kreativiti, idea dan penggunaan
maksima bahan kitar semula. Panel hakim akan dilantik bagi memilih
pemenang dan segala keputusan hakim adalah muktamad.

Keputusan pemenang akan diumumkan Dalam program Sambutan Hari Bumi


Sedunia pada 22 April 2022(Jumaat) di Taska.

Sokongan dan kerjasama daripada semua pihak khasnya ibubapa dan penjaga
adalah diharapkan bagi menjayakan program Hari Bumi Sedunia ini dan didahului
dengan ucapan ribuan terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

Nurul Husna Ibrahim


Pengerusi
Program Hari Bumi Sedunia

You might also like