You are on page 1of 2

SJK ( T ) TAMPIN

KERTAS KERJA PERTANDINGAN KITAR SEMULA 2017

1.0 PENGENALAN

Kitar semula boleh ditafsirkan sebagai memproses barang-barang lama


untuk dijadikan barang-barang baru. Ini termasuklah menggunakan semula barang-
barang tersebut seperti yang asal ataupun memberinya kepada orang yang
boleh menggunakannya. Barang-barang yang boleh dikitar semula ialah seperti
kertas, plastik, kertas kadbod, kaca dan pakaian.

Oleh itu, murid-murid harus mengamalkan kitar semula. Mereka perlu


tahu mengasing dan mengenal pasti jenis sampah mengikut tong kitar semula.
Mereka juga perlu mempunyai kesedaran untuk mengekalkan kehijauan bumi ini.
Kehijauan ini termasuk fauna atau hidupan lain selain flora atau tumbuhan.

2.0 MATLAMAT

Memupuk semangat memelihara dan cintakan alam sekitar kepada murid.

3.0 OBJEKTIF
i. Memberi pendedahan kepada murid mengenai kepentingan dan cara
mengitar semula.
ii. Menerapkan nilai-nilai murni kepada murid melalui aktiviti kitar semula.
iii. Meningkatkan kesedaran kepada murid tentang pentingnya menjaga
alam sekitar

4.0 TARIKH
23 April 2017
5.0 TEMPAT
Tapak Perhimpunan SJK(T)Tampin.

6. SASARAN
Murid tahun 4-6

7. ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL PERKARA KUANTITI HARGA SEUNIT KOS
(HADIAH) RM

1. Pertandingan KITAR SEMULA

Hadiah Pertama 6 unit RM 3.00 RM 18.00


Hadiah Kedua 6 unit RM 2.00 RM 12.00
Hadiah Ketiga 6 unit RM 2.00 RM 12.00

JUMLAH RM 42.00

9.0 PENUTUP
Kitar semula penting untuk kelestarian alam sekitar. Justeru usaha meningkatkan
kesedaran dan keprihatian terhadap alam sekitar perlu dipupuk sejak kanak-kanak
lagi. Pendidikan tentang kepentingan kitar semula sewajarnya diterapkan kepada
murid- murid sejak dibangku sekolah rendah. Hal ini kerana pada tahap umur tersebut
mereka mudah dididik dan patuh pada arahan. Sehubungan itu, sokongan dan kerjasama
daripada semua pihak adalah diharapkan bagi menjayakan minggu kitar semula ini.

Disediakan oleh ,

___________________

( S.Kavitha )
Guru penasihat Sisa Pepejal

You might also like