You are on page 1of 1

Kriteria dan Syarat Permohonan Pelancongan Sekolah Bagi Sekolah-Sekolah Kerajaan Dan Bukan Kerajaan,

Jabatan Pelajaran Negeri Sabah

1. Dokumen yang diperlukan


1.1 Surat Permohonan / Penghantar ENAM(6) salinan sahaja
1.2 Borang Permohonan Pelancongan Sekolah (Peraturan–peraturan Pelancongan Sekolah-
sekolah 1957) ENAM (6) salinan sahaja.
1.3 Surat Lantikan Ketua Rombongan ENAM (6) salinan sahaja.
1.4 Kertas Kerja Program / Aktiviti ENAM (6) salinan sahaja.

2. Syarat-Syarat Penting
2.1 Dokumen Para 1.1 hingga Para 1.3 hendaklah ditandatangani oleh Pengetua / Guru Besar.
2.2 Permohonan hendaklah dikemukakan kepada pendaftar untuk kelulusan tidak lewat daripada
LIMA (5) minggu atau DUA PULUH LIMA (25) hari bekerja sebelum program / aktiviti
dijalankan.
2.3 Permohonan hendaklah dengan menggunakan borang permohonan yang sebenar / tanpa
sebarang pindaan.
2.4 Tajuk surat permohonan sesuai dengan Para 1.2, PERMOHONAN PELANCONGAN SEKOLAH
(Peraturan-Peraturan Pelancongan Sekolah-Sekolah 1957).
2.5 Surat dan Borang Permohonan Pelancongan Sekolah perlu tandatangan asal dan cop rasmi
sekolah.
2.6 Pengiriman permohonan melalui mesin faksimili tidak dibenarkan.
2.7 Bagi sekolah yang bergabung program, permohonan perlu dikemukakan oleh sekolah masing-
masing.
2.8 Kertas kerja yang dirancang perlu memasukkan perkara-perkara berikut:

2.8.1 Objektif Program


2.8.2 Jawatankuasa Program
2.8.3 Penyata Kewangan (Sumber dan anggaran perbelanjaan).
2.8.4 Tentatif Program (Taklimat Keselamatan sebelum memulakan pergerakan
dan ketibaan rombongan di sekolah semula perlu dinyatakan).

2.9 Bagi permohonan pelancongan keluar negara, sekolah dikehendaki melengkapkan “Borang
Lampiran A”, dikemukakan bersama Borang Permohonan Pelancongan Sekolah dan Kertas
kerja program yang lengkap.
2.10 Permohonan Pelancongan pada hari persekolahan yang dibenarkan hanya 2 kali dalam
setahun dan tidak melebihi 4 hari berturut-turut.

Disediakan oleh,

Unit Perhubungan dan Pendaftaran, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.

You might also like