You are on page 1of 1

Syarat -Syarat Terkini Lawatan Murid Sekolah 28.6.

2023

1. Wajib mematuhi SPI Bil 9 Tahun 2023 bertarikh 16 JUN 2023 – Garis
Panduan Lawatan Murid Sekolah.
2. Surat pekeliling ikhtisas Bil. 12/2000, Surat pekeliling ikhtisas Bil. 5/2002,
Surat pekeliling ikhtisas Bil. 5/2007 dibatalkan.
3. Borang permohonan lawatan dalam daerah wajib dihantar sebelum 21
hari dari tarikh lawatan sebenar.
4. Borang permohonan lawatan antara daerah dan antara Negeri wajib
dihantar sebelum 30 hari dari tarikh lawatan sebenar.
5. Borang permohonan lawatan peringkat antarabangsa wajib dihantar
sebelum 60 hari dari tarikh lawatan sebenar.
6. Permohonan secara ad-hoc tidak akan dipertimbangkan dan tertakluk
kepada kelulusan Pelulus.
7. Lawatan murid dibenarkan sehingga 2 kali dalam setahun pada hari
persekolahan. Bilangan hari tidak terhad.
8. Wajib menggunakan Borang lawatan yang terkini. ( Lampiran A ). Sila rujuk
tatacara pengisian.
9. Borang permohonan perlu dihantar dalam 4 salinan sahaja bagi semua
kategori permohanan. 1 salinan kertas kerja perlu disertakan.
10. Surat iringan sekolah perlu disertakan bersama borang permohonan dan
Borang Law B tidak perlu dihantar.
11.Borang permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat
di atas tidak akan dipertimbangkan untuk kelulusan.
12.Lain- lain maklumat atau penjelasan sila rujuk garis panduan lawatan yang
disertakan.
13. SPI Bil 9 Tahun 2023 dan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah telah
diemailkan kepada semua sekolah pada 28.6.2023.
14.Semua permohonan perlu dihantar ke unit pengurusan sekolah untuk
perhatian En.Sundaramoorthi A/L Murugiah, Pegawai Penolong
Pendidikan PPP Prasekolah & Rendah.

Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda/ Yan


Unit Pengurusan Sekolah

You might also like