You are on page 1of 7

JABATAN PEMBANGUNAN KOMUNITI DAN KESEJAHTERAAN BANDAR

DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

GARIS PANDUAN PROGRAM TUISYEN DBKL NORMA BARU


( SECARA BERSEMUKA DAN MAYA ( ATAS TALIAN )

1. PERMOHONAN PEMBUKAAN KELAS TUISYEN DBKL

(a) Semua sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur boleh memohon


KECUALI Sekolah Rendah dan Menengah Kebangsaan berasrama / asrama
harian / Sekolah Rendah Agama / Sekolah Integrasi / Sekolah Rendah dan
Menengah Agama. Permohonan hendaklah dikemukakan ke Jabatan
Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar, Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur;

(b) Segala kelengkapan pembelajaran seperti kerusi, meja dan sebagainya


hendaklah disediakan / diuruskan oleh pihak pemohon. Pihak DBKL hanya
bertanggungjawab membayar Elaun Penyelia, Guru dan Pemantau Tuisyen
sahaja;

(c) Lokasi kelas tuisyen hendaklah bersesuaian dan lengkap serta telah mendapat
persetujuan daripada DBKL dan Sekolah;

(d) Sekolah yang mendapat bantu / kemudahan kelas tuisyen daripada pihak NGO
tidak akan dipertimbangkan;

(e) Keutamaan adalah kepada pelajar-pelajar yang tinggal di PPR dan Perumahan
Awam DBKL;

(f) Permohonan daripada individu tidak akan dipertimbangkan.

1
2. TEMPOH PERJALANAN KELAS TUISYEN DBKL

(a) TAHUN 6 : JULAI hingga SEPTEMBER 2022 ( 3 bulan )

(b) TINGKATAN 3 : JULAI hingga SEPTEMBER 2022 ( 3 bulan )

(c) TINGKATAN 4 & 5 : JULAI hingga OKTOBER 2022 ( 4 bulan )


(SPM)

WAKTU

- Selepas waktu sekolah


- ( Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat )
- ( Sabtu atau Ahad )

 Kelas Tuisyen DITUTUP sepanjang bulan Ramadhan / Puasa dan termasuk pada
Cuti Gantian atau Cuti Peristiwa. Sekiranya ada perubahan cuti, ianya hendaklah
tertakluk kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

3. WAKTU OPERASI DAN TANGGUNGJAWAB

(a) Kelas Tuisyen DBKL hendaklah dilaksanakan selepas waktu sekolah iaitu
pada sesi petang atau malam untuk tempoh 1 jam bagi setiap subjek.

(b) Sekiranya tiada guru tuisyen mengajar pada hari yang dijadualkan pihak
sekolah hendaklah membuat penggantian guru bagi subjek lain dan pihak
sekolah wajib memaklumkan kepada pihak DBKL.

(c) Pihak DBKL berhak membuat keputusan untuk menutup kelas yang didapati
kehadiran pelajarnya kurang 70% daripada bilangan pelajar yang berdaftar;

(d) Pemantauan daripada DBKL akan dibuat dari masa ke semasa.

2
4. BILANGAN KELAS TUISYEN DBKL

(a) Setiap Sekolah yang berdaftar dalam Program Tuisyen DBKL atas talian
dibenarkan membuka satu (1) kelas bagi satu (1) mata pelajaran sahaja
dengan bilangan maksima 30 pelajar.

(b) Sekiranya ada sekolah yang mendapati perlu membuka lebih daripada
dua (2) kelas, boleh dipertimbangkan dengan menjelaskan Justifikasi dan
keperluan daripada pihak Sekolah;

5. YURAN PENDAFTARAN SETIAP PELAJAR TUISYEN DBKL

(a) Setiap pelajar diwajibkan membayar yuran pendaftaran sebanyak RM10.00.


( tempoh kelas tuisyen beroperasi );

6. KELAYAKAN PELAJAR YANG MENGIKUTI PROGRAM TUISYEN DBKL

(a) Pelajar yang tinggal di PPR dan Perumahan Awam DBKL akan diberi
keutamaan untuk mengikuti kelas tuisyen DBKL;

(b) Pelajar yang menduduki peperiksaan tahun 6, tingkatan 3 dan tingkatan 5


(SPM) pada tahun berkenaan sahaja layak untuk mendaftar kelas tuisyen
DBKL;

(c) Pelajar yang layak adalah terdiri daripada keluarga yang berpendapatan bersih
kurang daripada RM5,000.00 sebulan;

7. KAEDAH PEMBAYARAN

(a) Setiap Penyelia dan Guru yang berdaftar di bawah Program Tuisyen DBKL
akan terima elaun melalui akaun masing-masing.

(b) Sekiranya ada penukaran bank atau guru-guru yang baru dikehendaki mengisi
Borang EFT ( Borang Pengesahan Maklumat Syarikat / Individu ) boleh
didapati di pejabat DBKL.

3
8. PENYERAHAN DOKUMEN

(a) Sebelum kelas tuisyen beroperasi, Penyelia atau wakil sekolah dikehendaki
menyerahkan dokumen seperti di bawah:

i. Duit Kutipan Yuran Pendaftaran Pelajar;


ii. Borang Permohonan Pelajar;
iii. Lampiran A,B,C,D,E,F (1) & (2),K & L.

(b) Borang Tuntutan Elaun Penyelia dan Guru serta Lampiran G,H,I & J hendaklah
diserahkan ke pihak DBKL sebelum 7hb setiap bulan bagi proses pembayaran

9. MATA PELAJARAN

(a) SEKOLAH KEBANGSAAN

(i) Bagi tahun 6 dibenarkan mengajar 4 mata pelajaran sahaja iaitu


Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

(b) SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

(i) Bagi tingkatan 3 dibenarkan mengajar 4 mata pelajaran sahaja iaitu


Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains

(ii) Bagi tingkatan 4 & 5 (SPM) dibenarkan mengajar 5 mata pelajaran


sahaja iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Ingeris, Metamatik, Sains Dan
Sejarah.

10. HAL-HAL LAIN

(a) Pengetua atau Guru Besar TIDAK DIBENARKAN menjadi Penyelia.

(b) YDP Persatuan Ibu Bapa TIDAK DIBENARKAN menjadi


Pemantau Tuisyen.

4
11. PENYELIA TUISYEN DBKL

BIL PERLANTIKAN PERANAN ELAUN

1. Penyelia Tuisyen terbuka Memantau dan memastikan kelas


kepada Guru Penolong tuisyen dibuka seperti yang
Kanan, Kaunselor dan Guru dijadualkan serta memaklumkan
yang dilantik oleh Pengetua kepada DBKL sekiranya tiada guru RM300.00
atau Guru Besar Sekolah yang mengajar semasa kelas sebulan
beroperasi. sekurang-
kurangnya 2
Mengemukakan keputusan ujian kelas dibuka.
bulanan, peperiksasan penggal
dan pencapaian pelajar tuisyen
DBKL sahaja bagi setiap hujung Sekiranya ada
bulan kepada DBKL; sekolah yang
ingin membuat
Menghantar 1 salinan Laporan penambahan
Kedatangan Guru (Lampiran G), 1 kelas tuisyen,
salinan Rekod Kedatangan dikehendaki
Pelajar (Lampiran I) dan 1 mengemukakan
salinan Peratus Kehadiran surat
Kelas Tuisyen (Lampiran J) permohonan
kepada Seksyen Pendidikan kepada DBKL.
DBKL setiap hujung bulan.

Memastikan hanya 4 guru (thn. 6),


4 guru (tkt. 3) & 5 guru (tkt. 5)
mengikut mata pelajar teras
sahaja bagi setiap program
tuisyen.

Menyediakan 2 salinan Borang


Tuntutan Elaun Penyelia dan
Borang Tuntutan Guru Tuisyen
serta memastikan kesemua
borang tersebut telah lengkap
ditandatangani oleh Guru dengan
menggunakan Pen Dakwat Biru
sahaja. ( Tandatangan Asli )

Dalam Borang Tuntutan Guru


Tuisyen, Penyelia dikehendaki
tandatangan dan Cop Penyelia
Tuisyen di bahagian depan dan
belakang borang tersebut.

Penyelia dibenarkan mengajar 1


jam /minggu.
5
12. GURU TUISYEN DBKL

BIL PERLANTIKAN PERANAN ELAUN

1. Guru Tuisyen hendaklah terdiri Guru Tuisyen dikehendaki


daripada guru-guru yang mengajar mengikut waktu dan THN. 6
bertauliah serta mempunyai jam seperti yang dijadualkan RM30/jam
Sarjana Muda Pendidikan atau serta mengajar 1 sesi sahaja
Diploma Pendidikan atau Sijil bagi subjek yang dikhaskan. TKT. 3
Pengurusan Asas daripada Tidak dibenarkan mengajar RM35/jam
Kementerian Pelajaran Malaysia kedua-dua sesi KECUALI hari
yang berkainan. TKT. 4 & 5
RM40/jam
Mengemukakan 1 salinan
Laporan Mengajar (Lampiran H)
dan 2 salinan Borang Tuntutan
Elaun Guru Tuisyen yang
lengkap diisi dan Tandatangan
Guru hendaklah Asli dengan
menggunakan Pen Dakwat
Biru sahaja.

Guru Tuisyen dibenarkan


mengajar hanya 1 jam/minggu
dan tidak melebihi 5 jam/bulan

Pembahagian guru bagi setiap


program tuisyen

- Sek. Kebangsaan Tahun


6
( 4 guru subjek teras )
- Sek. Men. Keb. Ting. 3
( 4 guru subjek teras )
- Sek. Men. Keb. Ting. 4 & 5
( 5 guru subjek teras )

6
7

You might also like