You are on page 1of 3

PERLEMBAGAAN UNIT PAKAIAN SERAGAM, PERSATUAN / KELAB DAN KELAB

SUKAN/PERMAINAN
SEKOLAH KEBANGSAAN BATU 48,
23000,DUNGUN
TERENGGANU DARUL IMAN
PERLEMBAGAAN UNIT PAKAIAN SERAGAM, KELAB / PERSATUAN DAN
KELAB SUKAN/ 1M1S

1. MATLAMAT
Memberi peluang kepada setiap murid untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan
menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
2. OBJEKTIF
1. Supaya ahli dapat menganggotai unit beruniform, kelab dan persatuan, kelab
sukan/permainan ini dengan lebih terpimpin dalam menimba ilmu berkaitan dan dapat
memupuk semangat bertanggungjawab dan disiplin diri.
2. Ahli-ahli unit beruniform, kelab dan persatuan, kelab sukan/permainan akan seberapa daya
berusaha untuk mencapai tahap yang paling tinggi dalam aktiviti yang diceburi terutamanya
melalui ujian-ujian kecekapan dan pertandingan-pertandingan yang diikutinya.
3. KEAHLIAN
1. Dibuka kepada semua murid sekolah ini.
2. Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan.
4. GURU PENASIHAT
1. Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.
2. Guru Penasihat mempunyai kuasa mutlak merancang,melaksana atau membatalkan sesuatu
aktiviti apabila difikirkan perlu.
5. AHLI JAWATANKUASA
1. Dilantik semasa Mesyuarat Agung.
2. Ahli yang hadir dan ahli yang tidak hadir tetapi menulis surat layak dicalonkan sebagai AJK.
3. Pemilihan AJK secara undian.
4. AJK Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.
5. AJK yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat perletakan jawatan kepada
Guru Penasihat.
6. AJK Persatuan hendaklah terdiri:PENGERUSI
NAIB PENGERUSI
SETIAUSAHA
PENOLONG SETIAUSAHA
BENDAHARI
AJK KELAS

7. Guru Penasihat boleh menambah bilangan AJK jika difikirkan perlu.


6. YURAN
1. Sumber utama kewangan persatuan/kelab adalah melalui yuran yang ditetapkan iaitu RM3/murid.
2. Persatuan/Kelab juga boleh memperoleh kewangan melalui aktiviti.
3. Ahli yang menyertai aktiviti yang memerlukan belanja besar boleh dikenakan derma khas bagi
membiayai projek tersebut.
7. PENYERTAAN
1. Ahli persatuan/kelab dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh persatuan/kelab
sepanjang tahun.
2. Kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan tindakan disiplin dan kehilangan hak-hak keahlian
persatuan/kelab.
8. AKTIVITI
1. Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli jawatankuasa.
2. Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh guru penasihat dan diumumkan kepada pengetahuan
ahli.
9. PERATURAN-PERATURAN
1. Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.
2. Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
3. Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.
10. TINDAKAN DISIPLIN
1. Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan/kelab dan tidak mematuhi
peraturan yang ditetapkan.
2. Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:
2.1 Amaran lisan
2.2 Amaran bertulis
2.3 Gantung keahlian
2.4 Pecat keahlian
3. Ahli yang dikenakan tindakan disiplin, akan hilang semua hak keahlian.
4. Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada guru
penasihat unit pakaaian seragam, persatuan / kelab dan kelab sukan / permainan secara bertulis
dan keputusan guru penasihat adalah muktamad.
11. PINDAAN PERLEMBAGAAN
1. Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.
2. Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, guru penasihat atau
pentadbir sekolah secara bertulis.
3. Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh guru penasihat dan ahli jawatankuasa akan
membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.
4. Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan disahkan oleh pengetua/guru
besar.

12. HAL-HAL LAIN


1. Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.
2. Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.

Kelulusan Penolong Pendaftar Unit Beruniform/ Persatuan/Kelab/1M1S Sekolah.

.
Pengetua/Guru Besar
Tarikh: .
Cop

You might also like