You are on page 1of 1

5.

5 LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN

Langkah drastik dan berkesan perlu diambil untuk mengurangkan masalah yang

dihadapi.antaranya ialah.

5.5.1 Menggunakan “Catalytic Converter”

Langkah pertama yang cuba digunakan ialah menggalakkan penggunaan alat

CATALYTIC CONVERTER. Dengan penggunaaan alat yang dipasang pada

ekzos kenderaan ini, asap yang dikeluarkan oleh kenderaan akan ditapis terlebih

dahulu untuk mengurangkan bahan kimia yang berbahaya. Di Jepun alat ini telah

digunakan secara meluas kerana mereka ingin mengurangkan masalah

pencemaran udara yang semakin teruk di sana. Kereta, lori, dan motor yang

dipasang alat ini akan mengeluarkan asap yang kurang bahaya.

5.5.2 Menggunakan Petrol Tanpa Plumbum

Langkah kedua ialah penggunaan petrol tanpa plumbum. Untuk mengurangkan

kandungan plumbum dalam udara, pemandu disarankan menggunakan petrol

tanpa plumbum. Walaupun harganya agak mahal sedikit tetapi ia berpatutan. Di

Jepun penggunaan petrol tanpa plumbum telah dimaksimakan dan petrol

berplumbum diminimakan.dengan langkah ini pasti udara akan lebih bersih.

You might also like