You are on page 1of 20

PENGENALAN

Mengikut kamus dewan( 1994, p.624) perkembangan bermaksud perihal atau proses
berkembang iaitu menjadi maju atau meluas. Manakala kanak-kanak pula mengikut
kamus dewan (1994, p570) bermaksud budak lelaki atau perempuan yang masih kecil.
Secara kesimpulannya, perkembangan kanak-kanak adalah proses berkembang untuk
menjadi maju atau meluas bagi budak yang masih kecil.

Mengikut laman http://ms.wikipedia.org/wiki/Perkembangan_kanak-kanak


Perkembangan kanak-kanak merujuk kepada perubahan kualitatif biologi dan psikologi
yang berlaku kepada manusia antara kelahiran dan akhir masa remaja (zaman kanak-
kanak). Secara umumnya, perubahan kanak-kanak tidak dapat dilihat dan diukur dari
segi biologi dan psikologi. Perubahan ini tidak boleh diukur tetapi jelas berlaku jika
dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal. Contohnya, cara pertuturan dan
kematangan. Kalau kita lihat dari segi pertuturan, kanak-kanak pada umur 6 tahun
bertutur dengan sedikit pelat dan gagap jika dibandingkan dengan kanak-kanak
berumur 12 tahun.

Paul Eggan & Don Kauchak (1997) menyatakan, "...the concept of development, the
orderly, durable changes in a learner resulting from a combination of learning,
experience and maturation". Oleh itu, jelaslah di sini bahawa perkembangan kanak-
kanak dapat dikembangkan berdasarkan daripada tiga kombinasi perkara iaitu,
pelajaran, pengalaman dan kematangan.

1
1.0 Konsep dan prinsip Perkembangan Kanak-kanak

Setiap yang hidup mengalami perubahan mengikut proses pertumbuhan dan


perkembangan. Perkembangan adalah perubahan yang bersifat kualitatif iaitu sifat
perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantiti tetapi ternyata perubahan sudah
berlaku yang melihatkan sifat berlainan daripada peringkat yang terdahulu.

Menurut Crow dan Crow, perkembangan merupakan perubahan secara ‘kualitatif’


serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial.
Menurut Karl E. Garrison pula, perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling
berkait antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan, sama
ada berbentuk struktur, kemahiran satu siri tingkah laku ataupun keseluruhan sahsiah,
adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan sifat-sifat yang sejagat. Secara
ringkas, perkembangan boleh disifatkan sebagai pengaliran yang saling berkait antara
perubahan kuantitatif dan perubahan kualitatif yang menuju ke arah tertentu dan yang
dijangkakan.

D.S. Wright dan Ann Taylor mentakrifkan perkembangan sebagai perubahan


yang berlaku dalam warisan hayat (baka) dan organisasi kepada struktur organisma
dalam keadaan yang saling berkait serta berhubung dengan pertambahan umur.
Menurut Atan Long pula, perkembangan ialah perubahan kualitatif. Ia tidak dapat
diukur secara kuantitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana sifat baru
berlainan daripada peringkat yang lebih awal. Tambahan pula, perkembangan sentiasa
berlaku secara berterusan dari permulaan percambahan hingga ke akhir hayat
organisma. Ini bermakna, perkembangan bukan sahaja membawa sesuatu organisma
ke peringkat matang, tetapi perkembangan berterusan berlaku walaupun peringkat
kematangan dilampaui. Tegasnya, perkembangan sentiasa berlaku terus-menerus, dari
awal sehingga akhir hayat sesuatu organisma.

Proses perkembangan bagi sesuatu organisma itu sudah sedia terancang dalam
gen-gen yang diwarisi daripada keturunan yang terdahulu. Bagi sesuatu jenis
organisma, sifat umum jenis itu iaitu phylogenetic adalah serupa. Gesell (1949)
menyatakan, walaupun tidak ada dua individu yang benar-benar serupa, secara global
semua kanak-kanak yang normal cenderung mengikut susunan pertumbuhan yang
biasa dilalui oleh kanak-kanak.

Aspek Proses pertumbuhan Proses perkembangan


2
(Perubahan kuantitatif)

Perubahan kualitatif)

Jasmani Tinggi, saiz, berat dan Bertambah kemahiran menggunakan anggota


bilangan gigi bertambah. seperti mengangkat,berjalan, berlari,
melompat.

Mental Berkembangnya keupayaan Berkembangnya kemahiran menggunakan


memikirkan tentang banyak perkataan bahasa angka,pemikiran,
perkara penaakulan, pembentukan konsep dan
ingatan.

Sosial Mula berinteraksi dengan Menyedari perbezaan antara lelaki dan


ahli-ahli bukan keluarga perempuan serta peranannya,kepentingannya
seperti jiran,rakan sebaya displin, kumpulan serta penyesuaian dengan
dan guru. rakan sebaya.

Emosi Tumbuhnya perasaan suka, Berupaya menguasai perasaan dan


duka,marah, sayang dan mengawal perasaan ketika marah atau
sebagainya. cemburu.

Rajah 1.1 Perbezaan diantara pertumbuhan dan perkembangan individu dari


aspek jasmani, mental, emosi, dan sosial

3
1.2 Prinsip-prinsip Perkembangan

Ada arah tertentu yang dapat diramalkan:


– Arah dari kepala ke kaki (cephalocaudal)
– Arah dari tengah ke tepi (proximodistal)

proses perkembangan berlaku mengikut aturan. Misalnya pada peringkat awal bayi
boleh duduk dengan bantuan, kemudian merangkak, diikuti dengan berdiri, kemudian
berjalan

Daripada keadaan menyeluruh kepada keadaan tertentu iaitu mulanya


umum kemudian khusus. Misalnya bayi boleh menggenmgam objek sebelum belajar
menggunakan jari.

Berlaku secara berterusan iaitu perkembangan berlaku dari detik masa


fertilisasi ovum oleh sperma sehingga ke peringkat kematian.

Berlaku mengikut kepantasan yang berbeza: walau berterusan tetapi


beberapa aspek perkembangan pada satu organisma mungkin berbeza.

Perkembangan satu bahagian saling berhubung dengan bahagian yang


lain iaitu wujud pertalian yang nyata antara kematangan jasmani dan
kematangan mental.

Corak perkembangan berbeza-beza kerana tidak semua kanak-kanak


mencapai titik perkembangan yang sama pada umur yang sama.

Perkembangan berlaku mengikut peringkat iaitu peringkat belum lahir, bayi, kanak-
kanak, remaja, dewasa dan seterusnya. Proses perkembangan berlaku dalam keadaan
yang saling berkait dan meliputi perubahan dari segi bentuk tubuh dan tingkah laku.
Perubahan-perubahan tersebut melibatkan perubahan jasmani, emosi, mental dan
sosial dari segi kuantiti serta kualiti. Keseluruhan proses perubahan tersebut adalah
proses penyuburan. Oleh itu, proses penyuburan merangkumi pertumbuhan dan
perkembangan.Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membangkitkan
kebijaksanaan di dalam diri anak-anak dengan mendidiknya secara holistik dalam cara-
cara seperti:
 Memberikan makanan berkhasiat yang berkualiti;
 Mewujudkan peluang dan ruang untuk perkembangan fizikal;
 Memberikan panduan dan rangsangan yang sesuai untuk perkembangan
kognitif;
 Memberi galakan dan empati bagi melengkapkannya secara emosi dan sosial.

2.0 Faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak


4
Perkembangan seseorang kanak-kanak amat dipengaruhi oleh baka atau keturunan
dan faktor persekitaran. Baka atau keturunan merupakan ciri-ciri perwarisan yang
dibawa oleh ibu bapa kepada anak-anak. Ciri-ciri seperti warna kulit, saiz fizikal, warna
mata dan lain-lain. Baka diperturunkan melalui gen-gen ibu bapa kepada anak-anak.
Baka ini boleh menguasai penyuburan fizikal dan mental. Baka juga menetapkan had
keupayaan, kemampuan mental kita sama ada pandai atau tidak pandai.
Sebagaimana yang telah dihuraikan dalam teori perkembangan manusia,
bahawa setiap individu menunjukkan ciri-ciri perkembangan yang serupa dalam
peringkat-peringkat pertumbuhan yang tertentu. Akan tetapi, kadar perkembangan
setiap individu, walaupun dalam peringkat pertumbuhan yang sama, tetap berbeza dari
segi fizikal, kognitif, emosi dan sosial. Kajian ahli-ahli psikologi telah membuktikan
bahawa tidak ada dua orang individu mempunyai kadar perkembangan yang sama.
Mereka berpendapat baka dan persekitaran adalah faktor-faktor yang menyebabkan
kadar perkembangan manusia dan wujudnya perbezaan individu di antara satu sama
lain.

Pengaruh genetik atau faktor baka kini dikenali sebagai gen yang terdiri daripada
nukleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan. Ia terletak di lokus tertentu
pada kromosom, iaitu sejenis benda seni berbentuk panjang yang didapati dalam
nukleus sel sperma (jantan) dan juga sel ovum (betina). Mengikut kajian, kromosom
mengandungi bahan DNA dan RNA dan masing-masing membawa gen-gen yang
mengandungi sifat-sifat baka. Individu yang normal biasanya mempunyai 23 pasangan
kromosom. Semasa proses persenyawaan, iaitu percantuman sel sperma (gamet
jantan) dengan sel ovum (gamet betina) dengan membentuk zigot yang mula mendapat
23 kromosom daripada ibu bapa masing-masing. Seterusnya, proses pertukaran
diantara kromosom daripada ibu dan bapanya berlaku dan menjadi ciri-ciri baka
tersendiri, kemudian diwarisi oleh bayi yang akan dilahirkan pada masa kelak. Rajah
berikut mengilustrasikan bagaimana proses percantuman dan pertukaran kromosom
berlaku dalam proses persenyawaan di antara sel sperma dan sel ovum.

5
Rajah 2.1 Proses persenyawaan, percantuman dan pertukaran kromosom lelaki dan
perempuan
6
Berdasarkan huraian di atas, gen merupakan penentu utama dalam perwarisan
ciri-ciri perkembangan individu serta sesetengah penyakit ibu bapa. Pengaruh genetik
terhadap perkembangan manusia dapat diperhatikan ke atas ciri-ciri perbezaan individu
dari segi fizikal, mental dan emosi. Setiap individu, kecuali sesetengah kanak-kanak
berkembar, mempunyai ciri fizikal, seperti saiz badan, tinggi-rendah, berat-ringan,
bentuk dan warna organ deria serta kemahiran fizikal yang unik. Kajian telah
menunjukkan bahawa ciri-ciri fizikal luaran, khasnya warna rambut dan organ deria
adalah diwarisi daripada gen-gen ibu bapa.

Kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan
Shieldo (1962) telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan dan
kebolehan intelek yang berbeza dengan rakan sebayanya. Perbezaan kecerdasan di
antara individu boleh diperhatikan daripada prestasi pelajar dalam sesuatu kelas.
Kajian ahli-ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individu
dengan kecerdasan ibu bapa mereka. Biasanya, ibu bapa yang cerdas pintar akan
melahirkan anak yang juga cerdas pintar.

Mengikut kajian ahli-ahli psikologi, emosi seseorang individu juga diwarisi


daripada baka ibu bapa. Misalnya, ibu bapa yang mempunyai emosi yang kurang stabil
dan bersifat pemarah akan melahirkan anak yang agresif dan autokratik.
Di samping faktor-faktor seperti keluarga, rakan sebaya, status sosio-ekonomi,
kebudayaan dan kepercayaan masyarakat, sumber teknologi, guru dan sekolah pula
mempengaruhi perkembangan individu dalam setiap peringkat pertumbuhannya.
Institusi keluarga merupakan pengaruh utama terhadap perkembangan manusia.
Unsur-unsur institusi keluarga yang pengaruhi perkembangan individu ialah suasana
rumah, makanan, asuhan dan status sosio-ekonomi keluarga. Adalah telah diketahui
umum, perbezaan suasana rumah, makanan, asuhan dan sosio-ekonomi keluarga
melahirkan perbezaan individu mengikut perbezaan kadar perkembangannya.
Misalnya ;

 Kanak-kanak dilahirkan dalam sebuah rumah yang mesra dan penuh dengan
kasih sayang akan mengalami perkembangan emosi yang sihat.

 Makanan berzat dan seimbang akan membantu kanak-kanak


memperkembangkan jasmaninya dengan sempurna.

 Kanak-kanak diasuh dan dididik dengan cara yang baik akan mengalami
perkembangan potensi, tingkah laku dan emosi dengan sempurna.

 Status sosio-ekonomi keluarga yang baik atau tinggi akan membantu


perkembangan intelek dan fizikal kanak-kanak ke tahap optimum kerana
keluarga ini berupaya memberi makanan yang cukup berzat dan seimbang
serta kemudahan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak mereka.

7
Pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak,
khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya; kanak-kanak
bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan
intelek dan potensinya ke tahap optimum. Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan
rakan sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif
daripada mereka.

Menurut NAEYC (National Association For the Education of Young Children),


perkembangan kognitif kanak-kanak dipengaruhi oleh persekitaran yang
melingkunginya, seperti rumah dan sekolah. Perkaitan antara ibu bapa dan rumah
dengan guru dan sekolah dapat dilihat.

Masyarakat merupakan alam kehidupan manusia. Kebudayaan dan kepercayaan


masyarakat yang berbeza mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dalam aspek
sosio-emosi, personaliti dan mental. Misalnya:

 Perbezaan nilai hidup membentuk perbezaan falsafah hidup di kalangan


individu.

 Perbezaan kebudayaan dan agama melahirkan perbezaan cara hidup


serta tingkah laku manusia.

 Masyarakat yang sihat akan mempengaruhi anggotanya dengan


membentuk sikap yang sihat seperti bertanggungjawab, rajin berusaha,
bermoral, beretika serta kuat beragama dengan nilai kerohanian yang
sempurna.

 Masyarakat yang menitikberatkan kebendaan akan mempengaruhi sikap


manusia yang mementingkan diri sendiri dan bersikap materialistik, serta
mengabaikan nilai kerohanian dan nilai kejiwaan.

 Kebudayaan masyarakat yang menitikberatkan kepada keagamaan akan


melahirkan individu yang beriman.

Perkembangan individu pula dipengaruhi oleh pendedahannya kepada sumber


teknologi yang terdapat di alam kehidupannya. Sumber teknologi ini merujuk kepada
maklumat-maklumat yang diperolehi daripada bahan-bahan bacaan seperti
suratkhabar, majalah, iklan, filem, radio, televisyen dan komputer. Seperti yang kita
ketahui bahawa pendedahan kanak-kanak kepada sumber teknologi yang sihat akan
meningkatkan kadar perkembangan kognitif, emosi dan sosialnya. Sebaliknya,
kanakkanak yang didedahkan kepada sumber teknologi yang berunsur keganasan,
kuning atau kezaliman, akan membentuk sikap yang negatif dan personaliti yang tidak
diingini.

8
Guru dan sekolah merupakan pengaruh yang paling penting dalam
perkembangan pelajar dari segi fizikal, intelek, emosi dan sosialnya. Guru yang bersifat
penyayang dan cekap menguruskan aktiviti pengajaran-pembelajaran dalam bilik darjah
akan melahirkan pelajar yang berilmu, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran negara. Iklim sekolah yang
kondusif serta dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan pengajaran-pembelajaran
akan membantu perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor pelajar.

Guru dan sekolah merupakan agen perubahan dan bersama-sama diberi tugas
untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu, demi
mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Tugas murni ini telah
dimaktubkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diisytiharkan pada tahun
1988.

3.0 Perkembangan fizikal dan kognitif serta teori yang berkaitan.

Individu akan mengalami perkembangan sepanjang hayat mereka iaitu perkembangan


fizikal (pertumbuhan fizikal akan terhenti apabila seseorang mencapai kematangan).
Perkembangan adalah aspek perubahan yang dialami individu dan bersifat kualitatif
tetapi jelas berubah melalui peredaran masa.

3.1 Perkembangan Fizikal

Perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan


bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan perawakan manusia.
Semasa pembesaran kanak-kanak akan mengalami perubahan dalam ketinggian, berat
badan, menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih
kompleks. Perubahan-perubahan ini mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak secara
langsung dan tidak langsung (Hurlock, 1978). Secara langsung, perkembangan fizikal
menentukan kebolehan kanak-kanak melakukan sesuatu, misalnya keupayaan mereka
bersaing dengan rakan sebaya dalam sukan atau permainan.

Walaupun bentuk dan saiz tubuh manusia adalah lebih banyak disebabkan oleh
pengaruh-pengaruh bukan kebakaan seperti pemakanan, iklim, senaman dan juga
pekerjaan, baka merupakan satu faktor yang mempengaruhi perkembangan aspek
fizikal seseorang itu. Biasanya anak-anak daripada ibu bapa yang besar badan adalah
lebih tinggi dan lebih berat daripada anak-anak ibu bapa yang kecil. Warna kulit, warna
mata dan warna rambut juga dipengaruhi oleh trait fenotaip. Umur panjang atau
pendeknya juga dipengaruhi oleh faktor persekitaran, tetapi pengaruh baka juga
memainkan peranan penting.

9
Kajian mendapati kanak-kanak yang kembar seiras mempunyai persamaan
dalam tahap aktiviti, emosi dan kebolehsesuaian berbanding dengan kanak-kanak yang
terdiri daripada anak-anak kembar lain uri. Kajian ini membuktikan baka mempunyai
pengaruh yang besar ke atas pertumbuhan dan perkembangan individu.

3.2 Perkembangan Kognitif

Perkembangan kognitif merupakan proses peningkatan keupayaan pemikiran,


pengetahuan dan keintelektualan seseorang kanak-kanak dan kemampuan menjana
akal budi dalam pelbagai aktiviti penyelesaian masalah, memahami, menganalisa, dan
membentuk pengetahuan serta pemahaman baru terhadap pengalaman yang
dilaluinya. Perkembangan kognitif merupakan salah satu daripada proses tumbesaran
yang dilalui oleh setiap kanak-kanak. Proses ini sangat penting kerana ia akan
mempengaruhi kehidupan dan masa depan seseorang kanak-kanak. Perkembangan
kognitif sering dikaitkan dengan proses perkembangan intelek seseorang.

Sebelum membicarakan tentang teori kognitif Jean Piaget, kita perlu terlebih dahulu
mengetahui beberapa konsep penting yang diutarakan oleh beliau. Antara konsep-
konsep penting tersebut adalah :

1. Skema
 Ia merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan
sesuatu dengan cara tertentu.

 Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa


gerakan pantulan yang dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap,
memandang, mencapai, merasa, memegang, serta menggerakkan tangan dan
kaki.

 Bagi gerakan memegang, kandungan skemanya adalah memegang benda yang


tidak menyakitkan.

 Oleh itu, bayi juga akan cenderung memegang benda-benda yang tidak
menyakitkan seperti jari ibu.

 Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana bayi bertindakbalas
dengan
persekitarannya.

10
2. Asimilasi
 Asimilasi merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi
dengan skema yang sedia ada.

 Proses asimilasi yang berlaku membolehkan manusia mengikuti sesuatu


modifikasi skema hasil daripada pengalaman yang baru diperolehi.

 Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal.
Oleh itu, kanak-kanak tersebut akan menggunakan skema memegang (skema
yang sedia ada) dan sekaligus merasanya. Melaluinya, kanak-kanak tersebut
akan mendapat pengetahuan yang baru baginya berkenaan "sebiji epal".

3. Akomodasi
 Merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan.

 Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasi (menyesuaikan)


persekitaran baru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak.

 Jean Piaget menganggap perubahan ini sebagai suatu proses pembelajaran.

 Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan


magnet akan
menyatukan objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian
konsep terhadap magnet itu.

4. Adaptasi
 Ia merupakan satu keadaan di mana wujud keseimbangan di antara akomodasi
dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran.

 Keadaan keseimbangan akan wujud apabila kanak-kanak mempunyai


kecenderungan sejadi untuk mencipta hubungan apa yang dipelajari dengan
kehendak persekitaran.

Jean Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu dalam
proses perkembangan yang dilalui. Menurut beliau lagi, perubahan daripada satu
peringkat ke satu peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak
mencapai tahap kematangan yang sesuai dan terdedah kepada pengalaman yang
relevan. Tanpa pengalaman-pengalaman tersebut, kanak-kanak dianggap tidak mampu
mencapai tahap perkembangan kognitif yang tinggi.

11
Oleh yang demikian, beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat
tahap yang mengikut turutan umur. Tahap-tahap perkembangan tersebut ialah :
 Tahap Sensorimotor @ deria motor (dari lahir hingga 2 tahun)
 Tahap Praoperasi ( 2 hingga 7 tahun)

 Tahap Operasi Konkrit (7 hingga 12 tahun)


 Tahap Operasi Formal (12 tahun hingga dewasa)

Pada peringkat sensorimotor, perkembangan motor kanak-kanak adalah lebih


baik dan menunjukkan koordinasi yang lebih baik. Kemahiran motor yang telah dikuasai
pada peringkat awal kanak-kanak seperti berlari, memanjat, melompat, dan sebagainya
sudah mencapai tahap yang lebih mantap.

Menurut Piaget, perkembangan yang paling penting ialah penggunaan bahasa.


Kanak-kanak yang berada di tahap ini mula menggunakan simbol di dalam permainan,
contohnya mengandaikan buku sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai. Namun
begitu, dari segi kualiti, pemikiran kanak-kanak masih lagi di tahap yang rendah
berbanding dengan orang dewasa. Contohnya, pemikiran kanak-kanak adalah
egosentrik di mana, di dunia ini, keseluruhannya dilihat hanya dari perspektif mereka
sahaja.

Piaget juga mengatakan bahawa proses perkembangan kognitif kanak-kanak menjadi


lebih sempurna menerusi tiga kebolehan asas yang berlaku iaitu :
1. Perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah laku
yang ketara seperti kebolehan mengira.
2. Melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian tingkah laku yang dikukuhkan dan
digeneralisasikan sehingga menjadi skema tingkah laku yang stabil.
3. Hal-hal umum yang betul-betul difahami oleh individu bagi mewujudkan sesuatu
pengukuhan tingkah laku.

Selain itu, Piaget juga mengatakan bahawa operasi yang berlaku mesti berasaskan
pada tiga fenomena mental yang penting iaitu pengamatan, ingatan dan bayangan.
Pengamatan merupakan suatu proses di mana kanak-kanak memberikan sepenuh
perhatian terhadap sesuatu yang dilihat. Sementara, ingatan pula ialah satu proses
pembinaan, pengumpulan dan pengambilan kembali memori mengenai peristiwa lalu.
Manakala, bayangan merupakan satu proses yang menyebabkan sensasi yang statik,
selalunya pandangan dan pendengaran yang dikumpulkan di bahagian mental.

Bagi tahap praoperasi, Piaget telah bahagikan kepada dua sub tahap iaitu :
1. Tahap Pro-konseptual ( 2-4 tahun )
2. Tahap Pra-operasi ( 4-7 tahun )

Di tahap pra-konseptual, kanak-kanak belum lagi dapat membezakan dan


memahami dua atau lebih dimensi pada masa yang sama. Hal ini kerana, mereka
belum dapat menyusun penerangan yang ada dalam pemikiran.Kecerdasan di tahap ini
12
selalunya dihuraikan sebagai kaku, tegang, ketidaksanggupan membuat kesimpulan
dan tidak menumpukan perhatian terhadap hubungan di antara peristiwa yang berbeza.
Terdapat empat kandungan utama proses kognitif dalam tahap ini iaitu 'egocentrism',
'konsep sebab-akibat', 'peningkatan perolehan bahasa' dan 'pembentukan identiti diri'.

Satu lagi kekurangan di tahap ini ialah dari segi prinsip ketekalan ; iaitu
pengetahuan bahawa kuantiti adalah tidak berhubung kait dengan susunan atau
keadaan fizikal sesuatu objek. Kanak-kanak yang tidak memahami prinsip ini tidak akan
tahu bahawa jumlah, isipadu atau panjang sesuatu objek tidak akan berubah apabila
bentuk dan susunannya berubah.

Tahap ketiga Piaget dikenali sebagai tahap operasi konkrit iaitu berlaku semasa
kanak-kanak berusia 7 hingga 11 tahun. Pada tahap ini, kanak-kanak tidak lagi berfikir
secara egosentrik seperti yang berlaku pada tahap praoperasi. Perasaan ingin tahu
menjadikan kanak-kanak pada tahap ini akan gemar bertanyakan sesuatu yang
menarik minat mereka kepada orang yang lebih dewasa. Berkembangnya semangat
inkuiri ini seterusnya menyebabkan mereka mula menerima pendapat orang lain.
Kanak-kanak akan mula belajar bermain dan bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya
kerana pada tahap ini mereka akan mula memasuki zaman persekolahan.

Satu lagi perubahan yang dapat dilihat ialah mereka sedikit demi sedikit sudah mula
memahami unsur-unsur pemikiran logik. Mereka faham akan konsep-konsep nombor,
berat, susunan dan padatan. mereka juga faham akan konsep pengekalan sesuatu
benda atau objek. Walaubagaimanapun, kanak-kanak pada umur sebegini masih belum
memahami atau menaakul tentang perkara-perkara yang abstrak seperti konsep
kenegaraan, ketuhanan, makna hidup dan sebagainya. Mereka hanya memahami
konsep-konsep yang konkrit atau objektif seperti mengenali haiwan, tumbuhan dan
sebagainya.

Dengan itu, Inhelder dan Piaget (1958) menegaskan bahawa kanak-kanak pada
tahap ini boleh melaksanakan sesetengah operasi ke atas objek lain tetapi tidak boleh
beroperasi ke atas operasi atau proses pemikirannya sendiri.

Pada tahap operasi fomal pula, Piaget menyatakan bahawa perkembangan


kecerdasan kognitif manusia telah sampai ke tahap maksima. Tahap ini melibatkan
umur sebelas hingga lima belas tahun. Pemikiran dan penghuraian pendapat individu
pada tahap ini dikatakan lebih baik dan nyata. mereka dikatakan mampu membuat
keputusan dan telah dapat membuat hipotesis melalui pemerhatian. Individu telah mula
mencari jalan untuk menyelesaikan masalah berdasarkan rasional dan lebih bersifat
sistematik.

Piaget menyatakan kaum remaja pada tahap ini didapati patuh dan berhati-hati
dengan pendapat dan pegangan. Mereka mula memikirkan tentang diri mereka dan
peranan mereka dalam masyarakat. Di samping itu, mereka telah membuat
perancangan berdasarkan pegangan dan pendapat yang difikirkan sesuatu dengan nilai
dan norma yang terdapat dalam masyarakat
13
Pada tahap ini juga, pemikiran baru dihasilkan iaitu berbentuk abstrak, formal dan
logik. Walaupun pemikiran pada operasi tahap formal bermula semasa zaman remaja,
pemikiran sebegini kadangkala jarang digunakan (Burbulus & Linn 1988)

Contoh kanakkanak yang berusia 6 tahun sudah boleh melakukan aktiviti seperti
mengetuk, mengikat tali kasut, memakai pakaian, melukis dengan menggunakan
pensel untuk menggantikan krayon, dan tulisan mereka menjadi semakin kecil. Kanak-
kanak antara 8 hingga 10 tahun pula boleh menggergaji, mengendalikan alatan untuk
berkebun dan menjahit. Bagi mereka yang sudah berusia antara 10 hingga 12 tahun,
tulisan mereka semakin kecil dan kemas, dan mereka telah pun menunjukkan
kemahiran manipulative yang hampir sama dengan orang dewasa seperti bermain alat
muzik. Ibu bapa dapat mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak dengan
memindahkan pengetahuan berkenaan maklumat dan budaya dalam menunjuk ajar
mereka melalui tingkah laku ibu bapa itu sendiri.

Menurut Piaget pula, pada peringkat pertengahan dan akhir kanak-kanak,


Pemikiran Olahan Konkrit meliputi olahan mental yang membolehkan kanak-kanak
melakukan aktiviti mental yang terdahulu dilakukan secara fizikal. Olahan ini
membolehkan kanak-kanak melakukan pemikiran pembalikan dan juga menunjukkan
kemahiran klasifikasi. Daripada segi ingatan pula Ingatan Jangka Panjang (IJP)
meningkat dan strategi seperti latihan akan memberikan kesan kepada IJP kanakkanak.
Cara kanak-kanak berfikir dan menyelesaikan masalah. Kanak-kanak pada
peringkat pra sekolah banyak menggunakan simbol dalam perbualan untuk
menunjukkan keupayaan penggunaan bahasa.

Menurut Jean Piaget, kanak-kanak menunjukkan peningkatan yang pesat dalam


memahami persekitaran dan pemikiran sesuatu benda yang berada di sekeliling.
Kanak-kanak sudah mula berfikir perkara akan datang dan berbincang perkara lepas.
Mereka tidak lagi hanya menumpukan pada perkara yang berkaitan dengan masa
depan. Perkembangan kognitif kanak-kanak pada peringkat ini, menggunakan simbol
bagi menunjukkan sesuatu objek dan membuat perbandingan antara satu sama lain.
Keupayaan mereka menggunakan simbol ini ditunjukkan melalui bermain, mengingat
dan kemahiran menggunakan bahasa. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak dapat
meniru perbuatan rakannya yang menari ballet walaupun mereka melihat beberapa hari
yang lepas. Ini kerana keupayaan mereka menunjukkan sesuatu objek agak terhad
dalam bahasa dan mereka cuba menyampaikan maksud dengan menggunakan simbol.

Pendidikan awal yang berkualiti amat perlu bagi meningkatkan perkembangan


menyeluruh seorang kanak-kanak. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan menggariskan
enam komponen utama yang menyumbang kepada perkembangan menyeluruh. Ia
merangkumi bahasa dan komunikasi, perkembangan kognitif, kerohanian moral,
perkembangan emosi, perkembangan fizikal serta kreativiti dan estetika. Manakala
perkembangan kognitif pula melibatkan pemerhatian, perbandingan dan diskriminasi,
ramalan, konsep masa, konsep ruang dan penyelesaian masalah, pengelasan,
padanan satu dengan satu konsep nombor, operasi nombor dan pengukuran.
14
Kanak-kanak pada tahap ini juga mempunyai kecenderungan untuk melakukan
aktiviti yang berbentuk menyusun objek, tahu bagaimana untuk meletakkan objek yang
sama berdasarkan kriterianya. Kanak-kanak ini juga sudah mula menggunakan bahasa
untuk mengkategorikan barang. Selain itu, nombor dan warna sudah mula difahami.
Kesimpulannya ialah, kanak-kanak pada tahap ini sudah mula memahami apa yang
tidak difahaminya sebelum ini. Perkembangan ini sangat penting untuk menjadikan
kanak-kanak berkeadaan baik dalam segala aspek. Peranan yang dimainkan oleh pihak
sekolah dan ibu bapa sangat penting untuk memastikan perkembangan kognitif tidak
tersekat atau terganggu.

Kanak-kanak akhir pula sudah mula memahami aspek yang melibatkan logik dan
mampu untuk menggabungkan perkara logik dengan pemikiran yang abstrak. Pada
tahap ini juga, kemampuan pemikiran yang baru juga akan didapati contohnya ialah
memikirkan perkara yang abstrak, memikirkan proses dalam pemikirannya dan juga
mereka melihat sesuatu perkara sebagai relatif lebih daripada yang jelas. Pada tahap
ini juga, kanak-kanak sudah mula mempraktikkan kemampuan baru melalui lawak dan
pergaduhan dengan ibu bapa dan dengan yang lain.

4.0 implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran

Implikasi perkembangan fizikal kepada pengajaran dan pembelajaran bagi kanak-


kanak berumur 2-6 tahun

15
Guru dinasihati membantu kanak-kanak di dalam kelas tetapi berpatutan kerana
dibimbangi akan menyebabkan perasaan kurang yakin di dalam diri kanak-kanak untuk
melakukan sesuatu.
1. Elakkan membandingkan kanak-kanak di dalam kelas.
2. Sediakan aktiviti yang menggunakan kecergasan kerana kanak-kanak aktif
pada waktu ini.

Implikasi perkembangan fizikal kepada pengajaran dan pembelajaran bagi kanak-


kanak berumur 7 – 12 tahun
1. Kanak-kanak boleh diajar bermain alat muzik atau melukis.
2. Melibatkan kanak-kanak dengan aktiviti yang menggunakan kecekapan otot
seperti berenang.
3. Menyediakan aktiviti yang lasak untuk kanak-kanak.
4. Terapkan aktiviti yang sesuai untuk kanak-kanak. Contohnya, kanak-kanak
yang aktif sesuai untuk bermain bola sepak.

Implikasi perkembangan fizikal kepada pengajaran dan pembelajaran bagi kanak-


kanak berumur 12 -15 tahun
1. Aktiviti seperti ceramah, kaunseling yang dapat membantu remaja menerima
dirinya, rupa dan bentuk badannya seadanya.
2. Menyediakan latihan untuk membantu remaja meningkatkan daya tenaga dan
daya tahan seperti berlari mengelilingi padang.
3. Berikan kesedaran kepada remaja tentang gaya hidup yang sihat
terutamanya jauhi dari rokok dan mengamalkan gizi seimbang.
4. Rancang aktiviti sosial yang sihat untuk remaja.
5. Sediakan bilik persalinan yang terasing antara lelaki dan perempuan.
6. Kurangkan peluang remaja perempuan untuk diperhatikan oleh remaja lelaki
semasa senaman

16
Implikasi teori perkembangan kognitif jean Piaget kepada pengajaran dan
pembelajaran.
Untuk kanak-kanak praoperasi ( 2 – 7 tahun)
 Menggunakan bahan bantu mengajar yang konkrit
Iaitu menggunakan bahan yang maujud dan mudah dilihat seperti batu dan guli
untuk belajar kemahiran mengira.
 Arahan yang diberikan haruslah pendek dan disertai contoh
Contohnya, guru haruslah menggunakan ayat yang ringkas dan mudah difahami
untuk menyuruh kanak-kanak beratur di luar kelas dan didemosntrasi oleh guru
itu sendiri.
 Berhati-hati dengan perkataan yang digunakan oleh kanak-kanak pada waktu ini
kerana sesuatu perkataan membawa makna yang belainan.
Contohnya, kanak-kanal yang memberitahu cikgunya yang dia mahu bari
berkemungkinan ingin tidur.
 Beri peluang kepada kanak-kanak untuk melakuakn aktiviti.
Contohnya, membentuk perkataan dengan potongan huruf.
 Sediakan pengalaman pembelajaran yang pelbagai.
Membuat lawatan ke zoo atau taman-taman haiwan.

Untuk kanak-kanak peringkat operasi konkrit ( 7 – 11 tahun)


 Teruskan penggunaan bahan konkrit.
Menggunakan model 3 dimensi untuk mewakili objek baru.
 Member peluang kepada pelajar untuk memanipulasi dan menguji objek-objek
yang diajar.
Membuat eksperimen dalam subjek sains.
 Pastikan pembentangan dan pembacaan adalah ringkas dan tersusun
Melakukan pengajaran menggunakan teknik induktif.
 Gunakan contoh yang sesuai dan berkaitan dengan pengalaman murid.
17
 Perkenalkan soalan yang berbentuk penyelesaian masalah yang memerlukan
pemikiran logik dan analitik.

Untuk peringkat operasi formal ( 11 tahun ke atas)


 Gunakan bahan yang konkrit untuk mengilustrasikan konsep yang kompleks.
 Member peluang kepada pelajar untuk meneroka alternative penyelesaian dan
membuat hipotesis.
 Memberi peluang kepada pelajar untuk menyelesaikan masalah serta member
sebab kepada penyelesaian.
 Mengemukakan konsep yang lebih meluas. Biarkan pelajar meneroka dan
mengkaji sendiri konsep tersebut.

Implikasi teori Vygotsky ke atas pengajaran dan pembelajaran


a) Guru perlu member latihan yang berbeza kesukaran untuk menentukan tahap
bimbingan yang sepatutnya diberi.
b) Guru membantu apabila diperlukan. Beri galakan dan semangat untuk kanak-
kanak mencuba dan mengaplikasikan kemahiran supaya mencapai objektif.
c) Menggalakkan bantuan daripada rakan sebaya yang sudah mahir.
d) Bimbing kanak-kanak untuk merealisasikan idea ke dalam situasi yang
memerlukan penyelesaian.
e) Member arahan yang bermakna iaitu kaitkan pengajaran dengan aktiviti seharian
seperti membimbing pelajar mengaplikasi pengetahuan kepada pengalaman
sebenar.

18
5.0 Rumusan dan cadangan

Perkembangan di dalam fizikal dan kognitif adalah aspek perubahan yang


dialami individu dan bersifat kualitatif tetapi jelas berubah melalui peredaran masa.
Perubahan tingkah laku berlaku dalam keadaan yang berterusan dan menerusi
peringkat-peringkat kematangan tertentu. Peringkat-peringkat perkembangan
membawa perubahan yang menuju ke arah tertentu serta dijangkakan.
Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Baka menentukan had
perkembangan manakala persekitaran akan membantu individu mencapai tahap
perkembangan yang maksimum.
Perkembangan satu bahagian saling berhubung dengan bahagian yang lain iaitu
19
wujud pertalian nyata antara kematangan jasmani dan kematangan mental. Corak
perkembangan berbeza-beza di mana semua kanak-kanak mencapai titik
perkembangan yang sama pada umur yang sama. Perkembangan berlaku mengikut
peringkat iaitu peringkat belum lahir, bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan
seterusnya.
Oleh itu, kita sebagai seorang guru pelatih haruslah menguasai dan mempelajari
teori perkembangan fizikal dan kognitif dengan sebaik mungkin. Ini disebabkan, teori-
teori amat penting untuk diguna pakai oleh kita semasa proses pengajaran dan
pembelajaran semasa kita menjadi guru nanti.
Di samping itu, kita juga akan menjadi seorang bapa atau emak kepada anak-
anak kita kelak. Oleh itu, dengan menggunakan teori-teori perkembangan fizikal dan
kognitif yang kia telah pelajari, kita sebaiknya harus menyediakan satu persekitaran
yang baik dan sihat kerana perkara ini mempengaruhi perkembangan fizikal dan kognitif
anak-anak kita.

RUJUKAN

20

You might also like