You are on page 1of 6

BAHAGIAN A

1. Certificate of Title ( CT )
CT adalah merupakan geran lama bertulisan tangan. Saiz CT adalah sebesar
kertas saiz A3. Pelan kawasan di dalam CT adalah merupakan pelan PA. CT
dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan Galian ( PTG ). Boleh dikatakan CT ini
adalah seperti hakmilik keluaran pejabat pendaftar. Selepas tahun 70an,
kebanyakan dari CT ini telah ditukarkan kepada geran kekal atau GRN.

2. Malay Grant & Malay Lease


Satu kawasan yang diwujudkan dan diberi kuota untuk orang melayu yang mana
kawasan tersebut bukanlah diwartakan sebagai rizab melayu.
In a more specific sense, a Malay reserved land is defined in Article 89(6) of the
Federal Constitution which reads: ‘Malay Reservation’ means land reserved
for alienation to Malays or to natives of the state in which it lies: and ‘Malay’
includes any person who, under the law of the state in which he is resident, is
treated as a Malay for the purposes of the reservation of the land.
" There is a general prohibition in all the Reservation Enactment against leases of
Malay reserved Lands to non-Malays. However several Enactments have taken
the brave step of allowing limited leases of Malay reserved lands to non-Malays.
Section 7 of the Kelantan Malay Reservation enactment, 1930 allows leases of
Malay reserved lands situated within towns to non-Malays if the lease period does
not exceed 3 years and the consent of the Ruler is obtained. For Malay reserved
lands situated outside the boundaries of town, monthly leases may be given to
non-Malays and such leases may be terminated upon giving one month’s notice. It
must be noted that such leases are non-renewable and any provision in the lease
which allows for renewability will be deemed null and void.
The Kedah Malay Reservation Enactment (Malay Reservations Enactment Kedah
No.63 ) contains a similar flexibility. A lease of Malay reserved land is allowed to
be given to a non-Malay for a period not exceeding 3 years and unlike the
Kelantan prohibition, the consent of the Ruler is not required. For Malay reserved
lands falling under the category of bendang lands, leases of such lands may be
granted to non-Malays if these lands do not exceed 10 relongs and the consent of
the Land Officer of the district in which these lands are situated is obtained.

3. Agriculture Lease
Terdapat dua kategori pajakan pertanian :-
a. Tanah yang diberikan kepada Jabatan Pertanian atas maksud pertanian
kemudianya di pajak bagi tujuan pertanian kepada orang ketiga.
b. Pajakan yang diberikan ke atas pokok, contohnya pokok buah-buahan yang
terdapat diatas tanah kerajaan. Kaedah pembayaran mengikut jenis pokok.

4. Mining Lease
Borang dikeluarkan oleh Pejabat Galian dan Geosains. Permohonan hendaklah di
buat di Pejabat Daerah yang utama, bukannya di Pejabat Daerah kecil.

5. Extract from Mukim Register ( EMR )


Lebih dikenali sebagai EMR. EMR adalah geran lama yang dikeluarkan sebelum
tahun 70an. Selepas tahun 70an kebanyakan EMR ini ditukar kepada geran kekal
atau GRN. EMR ini merupakan geran bertulisan tangan dan pelan kawasannya
dilukis oleh SO ( Penolong Pegawai Tanah ). Kebanyakan pelan dalam EMR ini
sukar untuk ditentukan kedudukannya kerana pelan yang dilukis tidak di tunjuk
secara teliti. Pada masa sekarang, EMR ini adalah seperti Hakmilik Pejabat
Tanah.
6. Approved Occupation for land
Tanah A.A (Approved Application) dan A.O (Approved Occupation) adalah
dikira sebagai tanah kerajaan. Walau bagaimanapin pemegang A.A dan A.O
mempunyai kepentingan di atas tanah tersebut. Untuk mengelakkan kekeliruan
dan masalah, adalah lebih baik tanah AA dan AO didaftar hakmiliknya terlebih
dahulu. Ia dikeluarkan pada zaman British. Sebagai contoh di Perak Approved
Occupation for land ini diberikan kepada polis yang telah berkhidmat pada zaman
darurat dulu. Tujuannya alah untuk memberi tanah kepada mereka. Approved
Occupation for land ini bukan geran tetapi satu surat yang dikeluarakan
menyatakan seseorang itu mempunyai hak ke atas tanah tersebut.

7. Suratan Sementara
Satu suratan yang dikeluarkan oleh pejabat tanah. Pelan keluasan kawasan di
dalam suratan sementara ini adalah belum di muktamatkan. Ini kerana pelan yang
dilukis adalah pelan yang menunjukan keluasan anggaran dan belum diukur halus
oleh jabatan ukur. Di pejabat tanah ia lebih dikenali sebagai HSM atau HSD.

8. Register of Holdings
Merupakan satu buku daftar. Diwujudkan di bawah akta tanah 1965 di mana satu
kawasan dibuka dan diberikan kepada yang berminat. Sebagai contoh Register of
Holdings pernah dikeluarkan di Kuala Kangsar dan sekarang kebanyakanya telah
di ambil alih oleh pihak Felcra.
Konsep :-
a. Kerajaan akan keluarkan peruntukan kepada peserta untuk mengusahakan
tanah. Contoh bantuan adalah seperti baja, anak benih dan sebagainya.
b. Semua kos yang dikeluarkan oleh kerajaan bagi membangunan kawasan
tersebut seperti upah sukat dan penanaman batu sepadan telah diambil
kira. Bagi pihak peserta mereka perlulah membayar secara ansuran kos
tersebut.
c. Seorang pegawai iaitu pegawai luar dilantik untuk menguruskan dari segi
kutipan ansuran bulanan ini. Jika peserta gagal untuk membuat
pembayaran. Nama peserta tersebut boleh di singkirkan.
d. Apabila tamat ansuran baarulah geran akan dikeluarkan. Selagi geran
tidak dikeluarkan, peserta tidak perlu untuk membayar cukai tahunan.
BAHAGIAN B
SOALAN 1

Soalan ini menyentuh beberapa isu iaitu Janji Menteri Pembangunan Tanah untuk
membasmi kemiskinan dan Kerajaan Negeri Pahang akan memberikan meraka peluang
untuk memiliki tanah untuk dijadikan tapak patanian.
Kerajaan Negeri Pahang pada masa itu telah menyediakan 10,000 ekar sebagai kawasan
yang dibangunkan sebagai tapak pertanian moden. Shukry dan sepuluh rakan-rakannya
mempecayai janji-janji itu.
Persoalannya adakah Menteri Pembangunan Tanah mempunyai kuasa untuk memberi
milik hak atau kuasa pelupusan tanah kepada pengusaha tanah. Dalam KTN Seksyen 40,
kuasa pelupusan tanah adalah teletak dalam bidang kuasa Pihak Berkuasa Negeri (PBN).
Menurut Seksyen 42(1), Kuasa pelupusan yang dipunyai PBN dibahagi kepada dua jenis
iaitu pelupusan secara pemberimilik dan pelupusan selain daripada pemberimilik.
Termasuklah kuasa memberimilik tanah kerajaan, merizabkan tanah kerajaan, pajakan
tanah rizab, membenarkan pendudukan sementara atas tanah kerajaan.
Selain daripada pelupusan tanah oleh PBN, hakmilik ke atas tanah Kerajaan tidak boleh
diperolehi melalui pendudukan mana-mana tanah secara haram untuk tempoh selama
mana sekalipun (Seksyen 48). Penduduk tak sah adalah mendudukan kawasan tanah
kepunyaan kerajaan atau pihak-pihak persendirian tanpa izin pemiliknya. Ini bermakna
seseorang yang menduduki tanah tiada menpunyai hakmilik yang sah ke atas tanah
tersebut manakala tanah kerajaan adalah semua tanah di dalam negeri.
KTN adalah satu-satunya perundangan yang nyata menyentuh tentang kedudukan dan
kepentingan penduduk tak sah dibawah undang-undang seksyen 48. KTN menyatakan
bahawa tiada hakmilik tanah kerajaan boleh diperholehi secara pegangan, pendudukan
tak sah atau pendudukan dibawah mana-mana lesen untuk selama mana.
Contoh kes- kes yang pernah terjadi :
a) Dalam kes Sidek & 461 Ors lwn. Kerajaan Negeri Perak [1982] 1 MLJ 313, Raja
Azlan Shah CJ (Malaya) memutuskan bahawa “Setinggan tidak ada hak di sisi
undang-undang atau ekuiti” (Squatters have no rights in law or equity). Hakim bicara
memutuskan demikian walaupun fakta kes menunjukkan bahawa janji telah dibuat
(diucapkan oleh Pengarah Tanah dan Galian, dan dipetik oleh akhbar harian) oleh
seorang pegawai tinggi kerajaan negeri. Kata-kata hakim dalam kes Sidek inilah yang
telah kemudian digunakan berulang kali oleh mahkamah dalam kes-kes terkemudian,
seperti Chong dan Sentul Murni di atas, apabila ia menyatakan “janji-janji” sahaja
(walau diberi oleh siapapun), tidak mencukupi untuk memberi hakmilik tanah kepada
seorang itu. Hakmilik tanah diperolehi hanya jika prosedur yang digariskan dalam
KTN dipatuhi sepenuhnya.

b) Dalam kes Chong Wooi Leong & 29 Ors. Lebby Sdn Bhd [1998] 3 AMR 2053,
sebuah kawasan paya dan tempat pelupusan sampah diduduki sekumpulan rakyat
pelbagai bangsa untuk satu tempoh yang panjang. Dari tanah yang tiada siapa mahu,
ia menjadi satu kawasan kampung yang serba serbi lengkap, siap dengan jalan,
kemudahan letrik, air, surau dan kemudahan sosial yang lain. Pelbagai janji diberi
oleh pelbagai pihak, termasuk ahli politik, pemimpin masyarakat dan ketua jabatan
kerajaan. Pada satu masa, ada kebakaran berlaku. Penduduk kampung dimaklumkan
bahawa mereka boleh membina semula rumah mereka yang musnah. Mereka juga
dinasihati supaya membuat permohonan kepada Pihak Berkuasa Negeri, dan
dijanjikan permohonan mereka itu akan diproses segera dan beri layanan sewajarnya.
Permohonan dibuat tetapi tidak berhasil. Akhirnya, kawasan kampung itu diberimilik
kepada sebuah syarikat pemaju dan penduduk asal diusir keluar.

Dalam kes yang dinyatakan di atas dapat lah digambarkan bahawa mengusaha tanah
kerajaan belum berapa lama sekali pun belum mencukupi adalah syarat untuk diberimilik
oleh PBN.
Pihak Berkuasa Negeri boleh mengambil tindakan pada bila-bila masa sahaja. Dalam
KTN menceroboh tanah kerajaan

Menurut Seksyen 425 (1) KTN telah menetapkan bahawa sesiapa yang didapati bersalah
menduduki atau menggunakan tanah kerajaan tersebut secara ceroboh dan disabitkan
kesalahan itu, maka ianya boleh dikenakan denda sebanyak RM 10,000 (Ringgit Malaysia
Sepuluh Ribu) atau dipenjarakan tidak melebihi setahun atau dikenakan kedua-duanya sekali.
Selain dari itu penangkapan juga boleh dibuat keatas mana-mana pihak yang didapati
menceroboh. Barang-barang yang digunakan semasa menjalankan kegiatan pencerobohan
tersebut boleh dirampas, bangunan yang didirikan boleh dirobohkan, hasil tanaman boleh
dimusnahkan atau diambil. Manakala bagi mereka yang bersubahat turut akan dikenakan
tindakan yang sama dengan penceroboh seperti yang tertakluk di bawah Seksyen 425 (1A),
KTN.

Oleh itu mana-mana pemilik yang gagal atau tidak mematuhi syarat yang telah
ditetapkan boleh menyebabkan hakmilik tanah mereka dirampas oleh PBN seperti
yang tertakluk dalam KTN dibawah seksyen 100 dan tanah tersebut akan dijadikan
tanah kerajaan. Sekiranya tindakan tersebut dilaksanakan dengan sepenuhnya pasti
PBN akan mendapat hasil dan keuntungan.

Nasihat yang peling penting kepada Shukry dan rakan-rakan ialah buat permohonan
secara resmi kepada PBN melalui Pejabat Tanah Daerah dimana kawasan tanah yang
telah diusaha oleh Shukry dan rakan-rakan. Ini untuk mendapatkan Lesen Pendudukan
Sementara ialah satu bentuk pelupusan tanah oleh Pihak Berkuasa Negeri iaitu satu cara di
mana Pihak Berkuasa Negeri membenarkan tanah tertentu diduduki atau digunakan seperti
yang diperuntukkan dalam Seksyen 42(1) (c) KTN.
Sekian……

You might also like