You are on page 1of 1

N/404341 Pegawai Kadet Mohd Rosminizam bin Mohd Daud

Jurusan Sains Pembangunan Sumber Manusia


Pengambilan Kelas 2004
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kem Sungai Besi
57000 KUALA LUMPUR

03-90575345 Samb 2289

APRIL 2007

PERS/UPNM/4341/03

Mejar Abd Aziz bin Othman lmt


Ketua Pengambilan Kelas 2004
Akademi Latihan Ketenteraan
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kem Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur

PERMOHONAN KELUAR PADA WAKTU KERJA

Assalamulaikum Warahmatullah Wabarakatuh.

1. Terlebih dahulu saya mendoakan Yang Berbahagia Tuan dan keluarga


berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa mendapat keredhaan Allah
Subhanahu Wataala hendakNya.

2. Saya seperti nombor, pangkat dan nama di atas ingin memohon kepada pihak tuan
untuk keluar pada waktu kerja bermula 011 0900H APRIL 2007 sehingga 11 1800H
APRIL 2007. Tujuan saya memohon untuk keluar pada waktu kerja ini adalah bertujuan
bagi menghadiri sesi temuduga di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia bagi
penempatan menjalani latihan industri pada bulan Mei nanti.

3. Saya memohon untuk keluar pada masa dan tarikh berkenaan kerana pihak
pengurusan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia baru sahaja menghubungi saya
pada petang semalam jadi saya memohon maaf daripada pada pihak tuan kerana
permohonan ini di buat secara tergesa-gesa.

4. Saya sangat berharap agar permohonan saya diluluskan oleh pihak tuan. Segala jasa
baik tuan amat saya hargai. Terima kasih. Wassalam.

You might also like