You are on page 1of 10

SULIT

PERDAGANGAN
MAC
2010
1 JAM

UJIAN SELARAS TAHUN 2010


SMA DAERAH BATANG PADANG
TINGKATAN 5

PERDAGANGAN
Satu jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas ini mengandungi 30 soalan objektif di Bahagian A dan 1 soalan esei di


bahagian B

2. Jawab SEMUA soalan

3. Penggunaan kalkulator elektronik biasa dibenarkan


_____________________________________________________________________
Kertas soalan ini mengandungi 9 halaman bercetak

Disediakan oleh Disahkan oleh

................................................. .......................................
(MOHD HAILISAM B SAMIHONO) (PN ZAINUN BT DAUD)
Guru Mata Pelajaran Guru Kanan Teknik dan Vokasional
Perdagangan SMA Daerah Batang Padang

Lihat sebelah
SULIT

1
BAHAGIAN A : SOALAN OBJEKTIF (30 MARKAH)

Jawab semua soalan.

1. Antara berikut, yang manakah merupakan ciri-ciri perbankan konvensional?


І Para ulama memberi nasihat
II Memberi faedah kepada penyimpan
III Pelaburan dilakukan dalam semua sektor perniagaan
IV Mengamalkan konsep perkongsian untung dan rugi
A. I dan II C. II dan III
B. I dan IV D. III dan IV

2. Apakah tujuan penubuhan bank pusat?


A. Memberi kemudahan kredit kepada orang ramai
B. Menyediakan kemudahan pinjaman bagi projek yang berdaya maju
C. Menyediakan pinjaman kepada pengusaha industri kecil dan sederhana
D. Melaksanakan dasar kewangan kerajaan untuk menjamin kestabilan ekonomi negara

3. Antara berikut, yang manakah merupakan peranan yang dimainkan oleh bank pusat?
І Membiayai projek pembangunan
II Menjadi jurubank kepada bank perdagangan
III Mengawal dan mengeluar mata wang negara
IV Memberi pinjaman kepada syarikat dan badan korporat
A. I dan II C. II dan III
B. I dan IV D. III dan IV

4. Bank Negara bertindak sebagai pengendali semua hutang kerajaan. Antara berikut, yang manakah
merupakan fungsi Bank Negara yang berkaitan dengan perkara di atas?
A. Mengawal mata wang negara
B. Melaksanakan dasar kewangan kerajaan
C. Membiayai pinjaman syarikat korporat
D. Menjadi jurubank kepada bank perdagangan

5. Syarikat Midin Sdn Bhd bercadang untuk menyenaraikan syernya di Bursa Malaysia. Bank manakah yang
boleh membantunya dalam perkara ini?

A. Bank Pusat C. Bank Saudagar


B. Bank Rakyat D. Bank Perdagangan

2
6. Mengapakah Puan Salmah menyimpan wangnya dalam akaun pelaburan di Bank Islam?

A. Menghindar amalan riba


B. Wang boleh disimpan dengan selamat
C. Faedah akan dibayar ke atas simpanan
D. Pengeluaran dapat dilakukan pada bila-bila masa

7. Antara berikut, yang manakah kelebihan akaun semasa?

A. Penyimpan boleh menggunakan cek


B. Penyimpan tidak dikenakan sebarang caj bank
C. Penyimpan tidak perlu mengemukakan seorang perujuk
D. Penyimpan menerima faedah yang tinggi mengikut jangka masa simpanan

8. Antara berikut, yang manakah ditawarkan oleh bank kepada peniaga untuk membayar gaji bagi
sekumpulan pekerja?
A. Cek bank C. Cek jurubank
B. Arahan tetap D. Pindahan kredit

9. Antara berikut, yang manakah perlu dipertimbangkan oleh pihak bank sebelum meluluskan permohonan
overdraf?
І Tujuan permohonan
II Barang yang diniagakan
III Jumlah modal yang dilaburkan

IV Nilai cagaran yang dikemukakan


A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

10. Encik Osman mempunyai baki akaunnya di bank sebanyak RM3500. Dia dibenarkan mengeluarkan cek
bernilai RM9000. Berapakah overdraf yang boleh dibuat oleh Encik Osman?
A. RM3500
B. RM5500
C. RM9000
D. RM12,500

3
Pilihan jawapan bagi soalan 11 hingga 12 berdasarkan jadual berikut.

Pilihan Pernyataan I Pernyataan II

A Betul Salah

B Salah Betul

C Betul Betul

D Salah Salah

11. I Pesuruh bayar, penyuruh bayar dan penaja terlibat dalam sekeping cek.
II Keratan cek digunakan untuk mengisi butir bayaran sebagai rujukan.

12. I Cek pembawa boleh ditunaikan di kaunter bank yang mengeluarkan cek tersebut oleh sesiapa
yang membawanya.
II Cek berpalang tidak boleh ditunaikan di kaunter bank.

13. Antara berikut, yang manakah boleh dilakukan oleh penerima pada sekeping ck?

I. Cek terbuka ditukarkan cek tertutup


II. Cek pembawa ditukarkan kepada cek perintah
III. Membuat perubahan pada jumlah wang yang tercatat dalam angka
IV. Menukarkan tarikh keluar cek tersebut dengan membuat erdorsan
A. I dan II C. II dan III
B. I dan IV D. III dan IV

14. Mengapakah sekeping cek dijadikan cek tak laku?


A. Penyuruh bayar menjadi muflis
B. Penyuruh bayar telah menandatangani cek
C. Penyuruh bayar mempunyai wang yang mencukupi dalam akaunnya
D. Wang baki di akaun semasa penyuruh bayar melebihi daripada nilai cek tersebut

15. Antara berikut, yang manakah merupakan kelebihan syarikat pemfaktoran kepada seorang peniaga?

A. Hutang lapuk tidak dapat dielakkan


B. Belanja mengutip hutang bertambah
C. Kedudukan aliran tunai peniaga dapat dikukuhkan
D. Memberi pinjaman jangka pendek dan pinjaman jangka panjang
4
16. Pernyataan yang manakah menunjukkan fungsi bank saudagar?

I. Memberi khidmat nasihat kepada syarikat


II. Menetapkan kadar pertukaran mata wang asing
III. Mengawal mata wang negara
IV. Memberi pinjaman kepada syarikat korporat
A. I dan II C. III dan IV
B. II dan III D. IV sahaja

17. Maklumat berikut menunjukkan sejenis perkhidmatan yang disediakan oleh bank perdagangan

Merupakan satu perintah yang dikeluarkan oleh bank atas


permintaan pelanggan untuk melakukan sejumlah bayaran kepada
penerima yang tinggal di bandar atau daerah yang sama

Apakah jenis perkhidmatan tersebut?

A. Draf bank
B. Arahan tetap
C. Cek jurubank
D. Pindahan kredit

18. Maklumat berikut berkaitan dengan satu prinsip perbankan Islam

 Bank menjadi penjamin kepada pelanggan dengan


mengeluarkan surat jaminan.
 Bank akan menanggung beban pelanggannya sekiranya
pelanggan gagal melaksanakan kontrak

Apakah prinsip tersebut?

A Ijarah
B Kafalah
C Al-Rahnu
D Qardhul Hassan

19. Maklumat berikut berkaitan dengan institusi kewangan bukan bank.

Memberi jaminan kepada pinjaman yang dipohon oleh pengusaha


industri kecil dan sederhana.

5
Institusi kewangan bukan bank yang manakah melakukan fungsi seperti di atas?

A. Syarikat pajakan C. Syarikat pemfaktoran

B. Syarikat kewangan D. Syarikat Jaminan Kredit Malaysia Berhad

20. Apakah bayaran yang diterima oleh insured daripada insurer akibat risiko yang diinsuranskan?

A. Polisi C. Pampasan

B. Premium D. Nota lindungan

21. Antara berikut, yang manakah konsep yang diamalkan oleh syarikat insurans dalam pembayaran
pampasan?

A. Konsep pengumpulan risiko C. Konsep pengumpulan untung


B. Konsep pengumpulan modal D. Konsep pengumpulan pelaburan

22. Ali membayar sejumlah wang kepada syarikat insurans kerana ingin mendapat perlindungan daripada

sesuatu risiko. Apakah bayaran yang dibayar oleh Ali?

A. Polisi C. Pampasan

B. Premium D. Nota lindung

23. Apakah faedah kepada seseorang peniaga jika beliau menyertai skim bantuan insurans?

A. Dapat memupuk sikap berhati-hati

B. Dapat menjamin kelarisan barang niaga

C. Dapat perlindungan daripada tuntutan pihak ketiga

D. Dapat menyertai projek pembangunan yang bersaiz besar

24. Antara berikut, yang manakah merupakan prinsip insurans?

I. Kepentingan boleh insurans


II. Penuh percaya mutlak
III. Pampasan
IV. Premium

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
6
D. III dan IV

25. Maklumat berikut berkaitan dengan beberapa situasi.

 Rizal ingin menginsuranskan rumahnya.

 Vani ingin menginsuranskan nyawa isterinya.

 Mary ingin menginsuranskan rumah rakan kongsinya.

Permohonan siapakah yang akan ditolak?

A. Mary
B. Rizal
C. Vani
D. Vani dan Mary

26. Apakah prinsip penuh percaya mutlak?

A. Insured tidak boleh menginsuranskan harta orang lain

B. Insured menerima ganti rugi setakat kerugian yang dialami sahaja

C. Insured mesti memberi maklumat yang benar semasa mengisi borang cadangan

D. Insured tidak boleh membuat sebarang tuntutan daripada pihak lain setelah menerima ganti rugi.

27. Pernyataan yang manakah menerangkan insurans motor komprehensif?

I. Melindungi pihak ketiga sahaja


II. Kadar premium lebih rendah daripada insurans motor pihak ketiga
III. Melindungi insured, dan pihak ketiga
IV. Kadar premium lenih tinggi daripada inusrans motor pihak ketiga

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

7
28. Apakah tujuan insurer menjalankan penyiasatan apabila menerima borang tuntutan ganti rugi insured?

I Menentukan harta itu diambil alih oleh insurer


II Memastikan semua harta benda dilindungi
III Memastikan tiada pelanggaran syarat-syarat dalam polisi
IV Menentukan kerugian adalah berpunca daripada risiko yang diinsuranskan

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

29. Mengapakah kemalangan jalan raya merupakan risiko yang boleh diinsuranskan?
I Terdapat data statistik kejadian yang lepas
II Kadar premium boleh ditentukan
III Aktuari boleh mengira kerugian yang sebenarnya dialami
IV Jumlah orang yang ingin mendapat perlindungan adalah ramai

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

30. Maklumat berikut berkaitan dengan Encik Wong.

Encik Wong menginsuranskan stok barang elektriknya daripada


risiko kebakaran. Baru-baru ini, suatu kebakaran berlaku di
kedainya yang menyebabkan beliau mengalami kerugian
sebanyak RM100 000 akibat kerosakan dijilat api dan kerugian
RM20 000 akibat stok terkena air dari pili bomba

Berapakah ganti rugi yang akan diterima oleh Encik Wong?

A. RM20 000 C. RM100 000


B. RM80 000 D. RM120 000

BAHAGIAN B : SOALAN ESEI (30 MARKAH)

Jawab semua soalan.

1. (a) Nyatakan dan terangkan perbezaan dari aspek tertentu antara sistem perbankan konvensional
dengan sistem perbankan Islam. (7 markah)

8
(b) Nyatakan dan terangkan empat fungsi yang dijalankan oleh Bank Negara Malaysia. (8 markah)

(c) Huraikan perbezaan antara cek terbuka dengan cek berpalang. (6 markah)

(d) Terangkan peranan insurans kepada kerajaan. (3 markah)

(e) Bandingkan antara insurans konvensional dengan takaful. (6 markah)

Disediakan oleh Disemak oleh Disahkan oleh

................................................. ......................................... .......................................


(MOHD HAILISAM B SAMIHONO) (PN ZAINUN BT DAUD) (TN HJ ABD HALIM B YAHYA)
Guru Mata Pelajaran Ketua Bidang Profesional dan Teknik Pengetua
Perdagangan SMA Daerah Batang Padang SMA Daerah Batang Padang

SKEMA JAWAPAN

No. Jawapan No. Jawapan


1 C 2 A

9
3 B 4 C
5 D 6 C
7 D 8 D
9 A 10 B
11 C 12 A
13 A 14 C
15 A 16 A
17 D 18 A
19 B 20 A
21 B 22 B
23 C 24 D
25 D 26 D
27 B 28 D
29 B 30 C
31 A 32 D
33 C 34 D
35 D 36 A
37 B 38 B
39 A 40 B

10

You might also like