You are on page 1of 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN INDAH

73000 TAMPIN , NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

TEL : 06-4414479 FAX: 06-4413052

Ruj.Kami : SMKTI.100-1/31 Jld 1 ( 92 )


Tarikh : 12 Jan 2011

YS Ketua Balai
Balai Bomba dan Penyelamat Tampin
73000 Tampin,
Negeri Sembilan Darul Khusus.

Tuan,

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Majlis Pengiktirafan Malaysia Book of Records

Dengan sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman tuan, pihak sekolah akan mengadakan Majlis Pengiktirafan Malaysia Book
of Records- “The Most 1Malaysia Logo In The School Premises” pada 14 Februari 2011 (Isnin).
Dengan bangganya YAB Menteri Besar telah bersetuju untuk menyempurnakan majlis tersebut.

3. Sehubungan itu, tuan adalah dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut pada ketetapan
berikut :

Tarikh : 19 Jan 2011 (Rabu)


Masa : 3.00 ptg
Tempat : Bilik Gerakan SMK Taman Indah

4. Kehadiran tuan sangatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sila
hantar wakil sekiranya tuan tidak dapat menghadirkan diri.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah;

SOON LOI THAI


Pengetua
SMK Taman Indah
Merangkap Pengerusi Majlis

Agenda Mesyuarat:

i. Ucapan alu-aluan pengerusi


ii. Ucapan Pegawai Pelajaran Daerah
iii. Pembentangan Kertas Kerja
iv. Hal-hal lain.

You might also like