You are on page 1of 4

Adab Pergaulan Antara Lelaki

dan Perempuan
Posted on May 29, 2008 by nurul iman

Walaupun pergaulan dibenarkan oleh syariat dalam


suasana terpaksa dan keperluan, namun Islam telah
meletakkan adab-adab dan disiplin dalam pergaulan lelaki
dan wanita. Perkara-perkara inilah yang akan mengekang
sikap-sikap serong dalam pergaulan antara wanita ajnabi dan
lelaki. Kita perlu mengukur adakah pergaulan kita sekarang
ini, sama ada di tempat kerja, dalam kenderaan awam, ketika
membeli belah, bersiar-siar, berpolitik, amal-amal sosial,
aktiviti-aktiviti luar dan lain-lain bertepatan dengan ajaran
dan prinsip agama kita Islam. Sikap yang tidak mengikut
lunas-lunas Islam lambat laun akan mengundang akan
kecelakaan.

Adab yang perlu dijaga oleh lelaki dan


perempuan

• Ucapan yang makruf dan sopan


Firman Allah:

“Dan ucaplah kata-kata yang makruf.”


Maksudnya, mereka ditegah sama sekali
mengucapkan kata-kata yang janggal pada
pandangan susila atau berbentuk sendaan dan
sia-sia.”
• Menundukkan pandangan

Dalam surah an-Nur, terdapat perintah Allah


menyuruh lelaki dan wanita menundukkan
pandangan masing-masing khususnya dalam
suasana takutkan fitnah.

• Mengelakkan daripada berhimpit dan bersesak-


sesak

Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ummu


Salamah bahawa Rasulullah SAW setelah
memberi salam beliau tidak terus bangun. Ini
untuk memberi peluang kepada wanita keluar
dahulu, menurut Ibnu Syiahab az-Zuhri.

• Tidak berkhalwat (berdua-duaan)

Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu


Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Janganlah sekali kali seseorang lelaki bersendirian


dengan seorang wanita kecuali jika ia muhramnya.”

• Menghindari tempat syubhat

Sabda Rasulullah SAW:

“Tinggalkanlah perkara yang meragukan


kamu…” (Riwayat Bukhari)

Adab khas untuk wanita • Iltizam dengan pakaian


Islam

Firman Allah:

“Wahai Nabi katakanlah kepada isteri dan


anak-anak perempuan kamu supaya
melabuhkan jilbab mereka.”
Dan firmanNya lagi:
“Janganlah kamu bertabarruj (bersolek) sebagaimana
kaum jahiliyyah bertabrruj.”

• Serius dalam ucapan

Tidak ‘mengada-ngada’ atau bermanja-manja


dalam percakapan.

Firman Alla :
“Dan janganlah kamu merendahkan (melunak dan
memanja-manjakan) percakapan, yang menyebabkan
mereka yang sakit hatinya terdetik untuk
menggodamu.”
• Menjaga pergerakan

Tidak harus mereka memperlihatkan liuk lintuk


dan lenggan lenggok yang menggoda.

Firman Allah:

“Janganlah mereka menghentak kaki untuk menarik


perhatian kepada perhiasan yang mereka sembunyikan.”

You might also like