You are on page 1of 10

Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Impian

KM 22, Jalan Cheras Kajang,

Selangor Darul Ehsan

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2003

PENDIDIKAN MORAL

TINGKATAN 2

(2 JAM)

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU

ARAHAN:

Kertas soalan ini mengandungi 4 bahagian:

Bahagian A – 20 soalan objektif

Bahagian B – 10 soalan BENAR / SALAH

Bahagian C – 10 soalan isi tempat kosong

Bahagian D – 2 soalan berstruktur

Anda dikehendaki menjawab SEMUA soalan.

Nama : ________________________________________

Tingkatan: __________________________________________

Tarikh : _____________________________________________

(Kertas ini mengandungi 8 halaman bercetak)


Bahagian A

Tiap-tiap soalan diikuti dengan empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D.


Pilih satu jawapan yang paling tepat dan bulatkan.

1
Rosnah menumpangkan jirannya Devi ke
pejabat setiap hari.

Nilai yang mempengaruhi Rosnah berbuat demikian ialah nilai


A hemah tinggi
B baik hati
C murah hati
D ikhlas

2 Kassim sanggup menyambung persahabatan dengan Chong walaupun


Chong pernah memfitnahnya. Apakah sebab utama Kassim berbuat
demikian?
A Kerana dia berfikiran terbuka.
B Kerana dia ingin memaafkan kawannya.
C Kerana dia memberi peluang kepada kawannya.
D Kerana dia seorang yang tidak berdendam.

3
Y Hendak seribu daya,
Tak hendak seribu dalih,

Peribahasa di atas berkait dengan nilai Y. Y ialah


A berdikari
B saling faham-memahami
C jaya diri
D berupaya bertindak sendiri

4 Antara pernyataan di bawah yang manakah merujuk kepada nilai berdikari?


A Sanggup memikul – tugas – sempurna
B Berupaya – bakat – diri sendiri – kejayaan
C Kesanggupan – melakukan sesuatu – tanpa bergantung kepada orang
lain.
D Kesanggupan – melakukan sesuatu – diri sendiri – tanpa bergantung
kepada orang lain
Soalan 5 dan 6 berdasarkan pernyataan di bawah.

5
Suzana takut untuk memberitahu ibunya bahawa
baju ibunya telah rosak ketika Suzana sedang
menggosok pakaian dengan seterika.

Dalam hal di atas Suzana sepatutnya


A bertanggungjawab
B bertimbang rasa
C mengakui kesalahan diri
D yakin pada diri sendiri

6 Pada pendapat anda, mengapakah Suzana patut mengamalkan nilai di atas?


A Kerana dia mesti mengakui kesilapannya
B Kerana dia mesti menerima hukuman
C Kerana dia harus bercakap benar
D Kerana dia mesti bertanggungjawab

7
Masyarakat Patuh kepada undang-undang

Apakah yang akan terjadi sekiranya masyarakat TIDAK mengamalkan nilai


di atas?
A Masyarakat tidak akan hidup dengan aman
B Masyarakat terpaksa lebih berhati-hati
C Masyarakat akan mengalami banyak masalah
D Masyarakat akan bebas melakukan kehendak mereka.

8
Polis : Encik dikenakan kompaun RM50.00
kerana merokok di kawasan hospital.

Encik Q : Alamak, terbanglah duit aku!

Kesimpulan yang dapat di buat menerusi dialog di atas ialah


A sesiapa saja hendaklah mematuhi arahan
B sesiapa yang melanggar peraturan akan diberi ganjaran.
C sesiapa yang melanggar undang-undang dianggap bersalah.
D sesiapa sahaja perlu menerima peraturan yang dibuat.
9
Patuh kepada ketetapan masa Menepati waktu

Pilih perlakuan di bawah yang menunjukkan perkara di atas.


A menguruskan masa dengan baik
B Siew Lee mematuhi jadual aktiviti yang dibuat
C Menggunakan masa sepenuhnya
D Muthu menghabiskan masa dengan mendengar radio

10
Jalan P. Ramlee

Mengapakah jalan raya tersebut diberi nama sedemikian?


A sebagai menghargai jasa tokoh
B sebagai ganjaran kepada tokoh yang berjasa
C sebagai peghormatan kepada tokoh yang berjasa
D sebagai menyanjungi tokoh yang berjasa

Soalan 11 dan 12 berdasarkan gambar di bawah.

11

Antara pernyataan-pernyataan berikut, pilih pernyataan yang berkaitan


dengan gambar di atas.
A Penebangan pokok boleh menyebabkan kepupusan haiwan.
B Penebangan pokok boleh menyebabkan haiwan diancam bahaya.
C Penebangan pokok boleh memusnahkan habitat haiwan.
D Penebangan pokok boleh menyebabkan haiwan kekurangan oksigen.

12 Kerajaan mengawal penebangan pokok-pokok secara meluas kerana


A sayang kepada negara
B sayang kepada alam sekeliling
C bertanggungjawab
D belas kasihan
13
Arif Tan
Raman Ranjit Menjadi tentera

Keempat-empat sahabat tersebut mempunyai nilai cinta kepada negara,


iaitu
I sanggup berkorban untuk negara
II sentiasa mengharumkan nama negara
III bekerjasama antara mereka
IV sedia berhidmat untuk negara
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

14 Ciri-ciri yang diamalkan oleh orang yang bersifat keadilan ialah


A mempertingkatkan sesuatu secara objektif
B tidak mementingkan diri sendiri
C tidak putus asa dan berpuas hati
D tidak pilih kasih dan berat sebelah

15
• Adil seperti hakim
• Bijak seperti kancil

Pilih ciri-ciri yang diamalkan berdasarkan pernyataan di atas


I Bertindak mengikut perasaan
II Membuat penyelidikan dengan terperinci
III Memberi keputusan yang saksama
IV Keputusan tidak dipengaruhi oleh emosi
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

16 Kebebasan membawa maksud


A bebas melakukan sesuatu tanpa batasan asalkan tertakhluk pada
undang-undang
B bebas melakukan sesuatu asalkan tidak melanggar undang-undang
C bebas melakukan sesuatu mengikut Perlembagaan Malaysia
D bebas melakukan sesuatu dengan penuh tanggungjawab
17
Orang Melayu – menyambut Hari Raya
Orang Cina – menyambut Tahun Baru
Cina
Orang India – menyambut Deepavali

Keterangan di atas menunjukkan bahawa rakyat Malaysia diberi kebebasan


untuk
A mengamalkan agama masing-masing
B mengamalkan kepercayaan masing-masing
C mengamalkan adat resam masing-masing
D mengamalkan kebudayaan masing-masing

18 Kebebasan perlu dikawal untuk mengelakkan berlaku kemudaratan kepada


I diri sendiri
II masyarakat
III negara
IV kepercayaan
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

19
Mempertahankan sesuatu yang diyakini benar + bukti nyata = X

Apakah kesimpulan pada situasi di atas?


A X : berani kerana benar
B X : Keberanian
C X : Bercakap benar
D X : Berani dengan tidak membuta tuli

20 Mengapakah seseorang itu perlu ada nilai keberanian?


I supaya dapat melalui dugaan
II supaya dapat mewujudkan kesejahteraan hidup
III supaya menjadi pendorong kejayaan
IV supaya dapat menunjukkan kekuatan
A II, III dan IV
B I, III dan IV
C I, II dan IV
D I, II dan III
( 20 X 2 markah )
Bahagian B

Tuliskan BENAR bagi pernyataan yang betul dan SALAH bagi pernyataan yang
salah.

1 Orang yang suka mencari kesalahan orang lain ialah orang


yang mengamalkan sikap sedia memaafkan.

2 Sikap faham-memahami antara satu dengan yang lain akan


mengeratkan hubungan yang mesra.

3 Ketika menghulurkan bantuan kepada orang lain, kita


hendaklah mengharapkan balasan.

4 Sebagai anak, kita bertanggungjawab dan mempunyai


kewajipan untuk memuliakan ibu bapa.

5 Kita dibenarkan mempertikaikan kepercayaan dan pantang


larang kaum lain.

6 Jika kita mengamalkan peribahasa “hangat-hangat tahi ayam”,


tentu kita berjaya mencapai apa yang kita hajati.

7 Gunakanlah masa yang terluang dengan kerja-kerja yang


berfaedah.

8 Orang yang berakhlak dan berhemah tinggi sentiasa berterima


kasih dan menghargai setiap pemberian dengan senang hati.

9 Membebaskan burung-burung dari sangkar merupakan sikap


sayang kepada alam sekitar.

10 Kita hanya mengenang budi ibu dan ayah kita tetapi wajar
mengenang budi orang lain.
(10 X 2 markah )
Bahagian C

Isi tempat kosong dengan jawapan yang diberi.

• cemburu • melanggar
• ketidaktenteraman • penganiayaan
• memaafkan • menghargai
• bangga • bersopan-santun
• berdikari • simpati

1 Kita hendaklah _____________ kemudahan awam yang telah disediakan


oleh pihak kerajaan.

2 Individu yang tidak yakin pada diri sendiri akan berasa _____________ akan
kejayaan orng lain.

3 Kita bebas melakukan apa sahaja asalkan tidak ________________ undang-


undang dan peraturan.

4 Orang yang sedia _____________ kesalahan orang lain dengan ikhlas


adalah orang yang berhati mulia.

5 Perasaan _________________ perlu ditunjukkan kepada golongan dalam


kesusahan jika kita tidak dapat menghulurkan bantuan kebendaan
kepadanya.

6 Kita wajar mengamalkan sikap berupaya _____________ sendiri terutama


dalam menguruskan hal-hal diri kita sendiri.

7 Amalkan ________________ dalam pertuturn dan perlakuan menjamin


keharmonian dan kemesraan dalam perhubungan dengan orang lain.

8 Orang yang cinta kepada negara akan berasa ___________ menjadi


warganegara di negara ini.

9 Melakukan __________ terhadap binatang merupakan amalan orang yang


tidak sayang kepada nyawa.

10 Sesebuah negara yang ditadbir dengan tidak mengutamakan keadilan akan


menyebabkan huru-hara dan _________________ yang berpanjangan.
( 10 X 2 markah )
Bahagian D : Soalan Struktur

Baca situasi-situasi di bawah. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

1 Sandy menggunakan telefon awam berjam-jam lamanya. Beberapa orang pengguna


yang sedang beratur mula merungut akan sikap Sandy. Dia langsung tidak
menghiraukan mereka yang ingin membuat panggilan. Tiba-tiba datang seorang
wanita yang tergesa-gesa datang ke arah Sandy untuk menggunakan telefon. Dia
hendak menelefon suaminya yang sedang bekerja supaya pulang segera kerana
anak mereka sakit. Sebaliknya dia dimarahi oleh Sandy,

a. Apakah sikap yang tiada pada Sandy?


_________________________________________________________________

( 4 markah )

b. Apakah nasihat anda kepada Sandy?


_________________________________________________________________

( 6 markah )

2 Pak Adam bekerja sebagai pemandu kepada Datuk Jamil dan Datin Jamilah. Pada
suatu hari, mereka membawa anak mereka berkelah di kawasan air terjun. Ketika
leka bermandi-manda, tiba-tiba anak mereka terkapai-kapai kelemasan. Pak Adam
terus terjun ke dalam sungai dan menyelamatkan anak majikannya. Pada
keesokannya, Datuk Jamil dan Datin Jamilah telah menghadiahkan wang tunai
RM10,000 kepada Pak Adam kerana berjaya menyelamatkan anak mereka yang
disayangi itu.

a. Apakah sikap yang ditunjukkan oleh Datuk Jamil dan Datin Jamilah?
_________________________________________________________________

( 4 markah )
b. Adakah Pak Adam menyelamatkan anak majikannya hanya semata-mata untuk
mendapatkan ganjaran yang besar? Jelaskan

( 6 markah )

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh: Disemak oleh:

................................ .......................................
(Puan Low Ah Yoke) Puan Fauziah Mat
Ketua Panitia Pendidikan Moral
SMKSI

You might also like