You are on page 1of 5

TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK (KKP)

TAJUK PROGRAM : PGSR BAHASA NAMA PELAJAR:


MELAYU & MATEMATIK
Ambilan November 2008

TAJUK KURSUS : PSK3102 Teori SEMESTER : 5 (LIMA)


Pembelajaran, Sumber Dan Penilaian
Dalam Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan

TARIKH MULA 14 Februari 2011 TARIKH HANTAR 14 Mac 2011

________________________________________________________________________

Hasil Pembelajaran Kursus:


1. Menghuraikan pelbagai teori pembelajaran dalam Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan.
2. Mengenalpasti pelbagai jenis sumber.
3. Mengenalpasti sumber dan menjelaskan cara penggunaannya.
4. Menerangkan konsep-konsep asas penilaian.
5. Menghuraikan jenis-jenis penilaian yang sesuai digunakan dalam pendidikan.

Kerja kursus projek ini bagi menilai hasil pembelajaran 4 dan 5.

Objektif Projek
Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:
1. Mengumpul maklumat tentang penilaian dalam Pendidiakan Sivik dan
Kewarganegaraan di sekolah (tempat pelajar bertugas sekarang).
2. Memberi definisi dan huraian tentang jenis-jenis penilaian.
3. Membina pelbagai bentuk soalan dan contoh penilaian Pendidiakan Sivik dan
Kewarganegaraan berdasarkan 3 domain utama (pengetahuan, kemahiran dan nilai).
4. Menulis satu refleksi tentang penilaian dalam Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan serta menunjukkan kolaborasi untuk menyiapkan tugas.
Tajuk Projek (100%)
Sebagai bakal guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang berkesan, pelajar
perlu memahami secara menyeluruh konsep-konsep asas penilaian dalam pendidikan.

Sesuai dengan arus perubahan terkini, kaedah penilaian juga menunjukkan pelbagai
inovasi agar sistem penilaian pada setiap tahap persekolahan benar-benar berbentuk
kompetetif dan diterima pakai khususnya kepada `stakeholder’.

Sub tugasan:
1. Mengumpul maklumat tentang penilaian dalam Pendidiakan Sivik dan
Kewarganegaraan di sekolah (tempat pelajar bertugas sekarang) – tugasan
individu
2. Memberi definisi dan huraian tentang jenis-jenis pernilaian – tugasan individu
3. Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang baik berdasarkan format yang
Sesuai – tugasan kumpulan
4. Membina pelbagai bentuk soalan dan contoh penilaian Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan berdasarkan 3 (tiga) tema utama (pengetahuan, kemahiran
dan nilai) – tugasan kumpulan

Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus Projek


1. Tugasan ini adalah tugasan berkumpulan.
2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul maklumat.
3. Gunakan maklumat yang dikumpul sebagai bahagian utama isi tugasan taksiran
kumpulan.
4. Maklumat boleh dipaparkan dalam sebarang bentuk visual (grafik).
5. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:
i. Fon Arial
ii. Saiz huruf ialah 12
iii. Langkau satu setengah baris
iv. Rujukan mengikut format APA
v. Lampiran
6. Amalan plagiat tidak dibenarkan.
7. Panjang tugasan tidak kurang daripada 15 muka surat (termasuk persembahan
visual)
8. Tugasan ini membawa markah 100% (kerja kumpulan 60% dan individu 40%) dan
wajaran 50%.
Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:
1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.
2. Tugasan anda perlu merangkumi perkara berikut:
i. Pemahaman yang mendalam berkaitan definisi penilaian khususnya
berkaitan dengan mata pelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan.
ii. Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang baik berdasarkan format
yang sesuai.
iii. Pembinaan contoh soalan yang menunjukkan pemahaman terhadap 3
(tiga) domain di dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.
iv. Bukti dan bahan-bahan yang menyokong hujah anda hendaklah
dikemukakan.
v. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dan
sokongan ilmiah.
vi. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.

Kriteria Pemarkahan
Tugasan akan disemak berdasarkan kriteria pemarkahan yang disediakan (Lampiran 3).
Markah akan diberi secara kerja kumpulan berdasarkan kepada sub tugasan 3 dan 4,
manakala markah kerja individu akan diberikan berdasarkan kepada sub tugasan 1 dan
2.

Tugasan disediakan oleh: Disahkan oleh:

-------------------------------- ----------------------------------
(MAILI LAMSIN) (NORLILA BTE TALIB)
Borang Rekod Kolaborasi Kerja Kursus Pendek

Nama Pelatih :
KUMPULAN: MATA PELAJARAN:
PGSR BAHASA PSK3102 Teori NO. KP :
MELAYU & Pembelajaran, Sumber
MATEMATIK Dan Penilaian Dalam No. Matrik :
Ambilan NOVEMBER Pendidikan Sivik dan
2008 Angka Giliran :
Kewarganegaraan

NAMA PENSYARAH PEMBIMBING Puan Norlila Talib/ Puan Maili Lamsin/ Encik Sapihi Hj. Dulamit
(sila catatakan)

BIL TARIKH PERKARA YANG DIBINCANG KOMEN NAMA & T/TANGAN PENSYARAH /
RAKAN PELAJAR /
PIHAK YANG BERKENAAN
Sila Baca.. Catatan untuk pelajar PGSR Ambilan November 2008 yang terlibat dengan Kursus PSK 3102
1. Tugasan ini dilaksanakan secara berkumpulan ( 2-4 orang) dan individu
2. Sub tugasan no. 4 (membentuk/membina soalan) pelajar dikehendaki
(a) membuat soalan bentuk objektif ataupun struktur (bersesuaian dengan subjek PSK),
(b) Jawapan bagi soalan yang dibina perlu disertakan.
(c) Pelajar dibenarkan merujuk bentuk-bentuk soalan yang tersedia dalam buku rujukan yang terdapat di sekolah anda.
(d) Jumlah soalan yang dibina adalah sebanyak 30 (minimum) hingga 50 (maksimum)
Soalan yang dibina haruslah berdasarkan 3 (tiga) tema utama
Contoh : Pengetahuan (10 soalan), Kemahiran (30 soalan) , Nilai (10 soalan)
3. Tugasan berkumpulan & individu dikumpulkan dalam satu fail/ folder (Bahagian A – hasil tugasan individu, Bahagian B- hasil
tugasan kumpulan).
4. Refleksi individu perlu disertakan di akhir hasil tugasan individu.
5. Jika terdapat pertanyaan berkaitan tugasan pelajar boleh menghubungi pensyarah ( Pn. Maili – h/p :019 8818489 atau email:
misonathaniel@yahoo.com) atau pensyarah lain yang berkaitan dengan subjek.

Selamat menjawab.. sekian, terima kasih..

You might also like