You are on page 1of 10

KOLEKSI SOALAN FINAL BAB 13

SOALAN 6 (SESI JAN 09)

a) Nyatakan TIGA (3) kelebihan model pangkalan data rangkaian berbanding


model pangkalan data hierarki. (6 markah)

b) Lukiskan contoh model pangkalan data rangkaian. (3 markah)

c) Dengan bantuan gambarajah terangkan mengenai jenis set dan kejadian


set. (5 markah)

d) Terangkan bagaimanakah set susunan berikut dilakukan:


i. SORT
ii. FIRST
iii. LAST
iv. NEXT (8 markah)

e) Apakah yang dimaksudkan dengan Data Definition Language (DDL)


dan Data Manipulation Language (DML). (3 markah)

SOALAN 6 (SESI JUL 08)

a) Apakah masalah yang menyebabkan Model Pangakalan Data Rangkaian


diperkenalkan. (2 markah)

b) Lukiskan satu contoh model Pangkalan Data Rangkaian berkaitan dengan


proses Jual Beli. (5 markah)

c) Struktur pangkalan data rangkaian terbahagi kepada 3 bahagian. Terangkan


DUA (2) daripadanya. (4 markah)

d) Apakah yang dimaksudkan dengan jenis set dan berikan contoh gambar
rajahnya. (4
markah)

e) Setiap kejadian set dibina oleh saru tekod pemilik dan beberapa rekod
ahli dari jenis rekod ahli. Lukiskan SATU (1) contoh gambarajah yang menunjukkan
hubungan satu ke banyak (1:M) bagi dua kejadian dalam satu set.
(4
markah)

f) Rekod-rekod ahli di dalam satu kejadian boleh disusun mengikut beberapa


pilihan (set susunan).
i. Senaraikan EMPAT (4) sahaja set susunan.
ii. Terangkan salah satu daripadanya secara ringkas. (6 markah)
SOALAN 6 (SESI JAN 08)

a) Berdasarkan kepada Model Data Rangkaian


i. Takrifkan dan berikan contoh yang berikut:
1. REKOD
2. JENIS REKOD
3. ITEM DATA (9 markah)

ii. Apakah yang dikatakan sebagai pilihan ‘insertion’ dan pilihan


“retention’ pada set dalam Model Data Rangkaian. (6 markah)

SOALAN 6 (SESI JUL 07)

a) Apakah yang dimaksudkan dengan:


i. Jenis set
ii. Kejadian set
bagi pangkalan data rangkaian (4 markah)

b) Beri dan jelaskan TIGA (3) struktur pangkalan data rangkaian (6 markah)

c) Beri dan huraikan LIMA (5) pilihan set susunan. (15 markah)

SOALAN 6 (SESI JAN 07)

a) i. Berikan EMPAT (4) ciri-ciri model pangkalan data rangkaian.


(4
markah)

ii. Struktur data pangkalan data rangkaian terbahagi kepada tiga


bahagian. Huraikan ketiga-tiga struktur data tersebut. (3 markah)

iii. Apakah yang dimaksudkan dengan pilihan insertion. (5 markah)

b) i. Berikan TIGA (3) jenis bahasa yang digunakan pada model data
rangkaian. (3 markah)

ii. Tuliskan ringkasan arahan yang digunakan dalam bahasa manipulasi


data model rangkaian. (4 markah)

iii. Huraikan EMPAT (4) pilihan set susunan. (6 markah)


SOALAN 6 (SESI JUL 06)

a) Berikan definisi model data rangkaian. (2 markah)

b) Nyatakan TIGA (3) struktur data pangkalan data rangkaian serta


jelaskan setiap satunya. (6 markah)

c) Berikan contoh data pangkalan yang melibatkan rekod PELAJAR dengan


item data No_Pelajar, Nama, Alamat dan Tahun_lahir (10
markah)

d) Apakah yang dimaksudkan dengan skim bahasa definisi data


(Skima DDL) (2
markah)

e) Bahasa manipulasi data mengandungi satu set operator untuk


memanipulasikan pangkalan data rangkaian. Kebanyakan arahan DML
menggunakan dua langkah iaitu FIND dan GET. Dengan menggunakan
arahan FIND dan GET, berikan contoh penggunaan DML untuk
mendapatkan rekod bagi STUDENT 150 dari BORROWER (5 markah)
SKEMA JAWAPAN

SOALAN 6 (SESI JAN 09)

a) Kelebihan model pangkalan data rangkaian:


1. Model rangkaian lebih flexible kerana maklumat boleh diperolehi melalui
banyak cara. [2]
2. Model rangkaian boleh mewakili jenis hubungan banyak ke banyak,
M:M. [2]
3. Setiap pemilik tidak terhad kepada hubungan satu arah sahaja dan setiap
rekod boleh mempunyai lebih dari satu hubungan. [2]
4. Setiap hubungan diantara rekod ahli dan rekod pemilik dihubungkan
melalui petunjuk. [2]
Jumlah = 6 markah

b)
SALEREP CUSTOMER

1:M 1:M 1:M

Commition Set Sales Set Payment Set

PRODUCT INVOICE PAYMENT

1:M 1:M

Inventory Set Line Set

INV_LINE

Jumlah = 3 markah

c)
JABATAN PERAKAUNAN
PERAKAUNAN

Set JAB_UTAMA
Aiman
Aiman Muthu
Muthu Azlan
Azlan
PELAJAR
[2]

- Jenis set pada rajah di atas dinamakan JAB-UTAMA, JABATAN adalah jenis
rekod pemilik dan PELAJAR adalah jenis rekod ahli. [1]

- Setiap kejadian set dibina oleh satu rekod pemilik dan beberapa rekod ahli dari
jenis rekod ahli. [1]

- Rekod ahli bagi jabatan PERAKAUNAN ialah Aiman, Muthu dan Azlan. [1]

Jumlah = 5 markah

d) i. SORT
Rekod ahli boleh disusun secara susunan menaik atau menurun mengikut
medan yang dikehendaki. [2]

ii. FIRST
Satu rekod ahli yang baru boleh menjadi rekod pertama di dalam kejadian set
tertentu apabila dimasukkan ke dalam pangkalan data [2]

iii. LAST
Satu rekod ahli yang baru menjadi rekod yang terakhir dalam kejadian set
tertentu apabila dimasukkan dalam pangkalan data [2]

iv. NEXT
Rekod ahli baru akan dimasukkan selepas rekod ahli yang terakhir digunakan
dalam kejadian set tertentu. Jika hendak menggunakan arahan NEXT, maka
sekurang-kurangnya satu rekod ahli mesti wujud dalam kejadian set. [2]

Jumlah = 8 markah

e) DDL:
- bahasa yang menerangkan struktur Pangkalan Data Rangkaian iaitu skima
dalaman. [1]

DML:
- Mengandungi satu set operator untuk memanipulasikan pangkalan data
rangkaian. [1]
- Kebanyakan arahan DML menggunakan dua langkah sahaja. [1]
- Arahan FIND digunakan untuk mengenalpasti rekod yang dikehendaki dan
arahan GET digunakan untuk operasi yang dikehendaki. [1]

Jumlah = 3 markah
SOALAN 6 (SESI JUL 08)

a) Model pangkalan data rangkaian telah diperkenalkan sebagai penambahbaikan


kepada model pangkalan data hierarki bagi mengatasi masalah hubungan banyak ke
banyak. [2]
Jumlah = 2 markah

b) Rujuk jawapan soalan 6b Sesi Januari 2009

c)
i. Rekod
Rekod mengandungi sekumpulan data yang berhubung kait. [2]

ii. Jenis rekod


Jenis rekod merupakan penyelaras rekod yang menerangkan struktur
sekumpulan rekod bagi menyimpan maklumat yang sama jenis. [2]

iii. Item data


Item data merupakan medan atau atribut. Ianya mengandungi nama dan
format. [2]
Jumlah = 4 markah

d) - Penerangan hubungan antara dua jenis rekod di dalam nisbah 1:M. [1]
- Setiap jenis set mempunyai 3 elemen iaitu, nama untuk jenis set, jenis rekod
pemilik dan jenis rekod ahli. [1]

JABATAN

Set JAB_UTAMA

PELAJAR
[2]
Jumlah = 4 markah

e) PERAKAUNAN
PERAKAUNAN PEMASARAN
PEMASARAN

Aiman
Aiman Muthu
Muthu Azlan
Azlan Farhana
Farhana Firdaus
Firdaus Arif
Arif
Jumlah = 4 markah
f) i. Sort [1]
ii. Sistem default [1]
iii. First [1]
iv. Last [1]
v. Next [1]
vi. Prior [1]

i. Sort
Rekod ahli boleh disusun secara susunan menaik atau menurun mengikut
medan yang dikehendaki. [2]

ii. Sistem default


Rekod ahli yang baru dimasukkan ke dalam pangkalan data di mana-mana
kedudukan yang ditentukan oleh system. [2]

iii. FIRST
Satu rekod ahli yang baru boleh menjadi rekod pertama di dalam kejadian set
tertentu apabila dimasukkan kedalam pangkalan data [2]

iv. LAST
Satu rekod ahli yang baru menjadi rekod yang terakhir dalam kejadian set
tertentu apabila dimasukkan dalam pangkalan data [2]

v. NEXT
Rekod ahli baru akan dimasukkan selepas rekod ahli yang terakhir digunakan
dalam kejadian set tertentu. Jika hendak menggunakan arahan NEXT, maka
sekurang-kurangnya satu rekod ahli mesti wujud dalam kejadian set. [2]

vi. PRIOR
Rekod ahli baru akan dimasukkan ke dalam pangkalan data sebelum rekod
terakhir yang telah dimasukkan. Jika rekod itu adalah rekod pemilik, maka
rekod baru akan ditempatkan pada tempat terakhir di dalam set itu. [2]

Jumlah = 6 markah

SOALAN 6 (SESI JAN 08)

a) i. Rujuk jawapan soalan 6c Sesi Julai 2008

ii. Pilihan insertion:


 berlaku apabila satu rekod ahli baru dimasukkan ke dalam pangkalan
data. [1]
 Rekod tersebut dimasukkan dengan perintah STORE. [1]
 Terdapat dua pilihan bagi insertion iaitu AUTOMATIC dan
MANUAL. [1]

Pilihan retention
 Pilihan retention berlaku apabila satu rekod dari jenis rekod ahli wujud
dengan sendirinya di dalam pangkalan data [1]
 atau mesti sentiasa mempunyai hubungan dengan rekod pemilik, dengan
itu menjadi ahli di dalam kejadian set. [1]
 Terdapat 3 pilihan set iaitu OPTIONAL, MANDATORY dan
FIXED. [1]
Jumlah = 6 markah

SOALAN 6 (SESI JUL 07)

a) i. Jenis set:
 merupakan penerangan hubungan antara dua jenis rekod di dalam
nisbah 1:M. [1]

ii. Kejadian set:


 Setiap kejadian set dibina oleh satu rekod pemilik dan beberapa rekod
ahli dari jenis rekod ahli. [1]

Jumlah = 2 markah

b) Rujuk jawapan soalan 6c Sesi Julai 2008

c) Rujuk jawapan soalan 6f (ii) Sesi Julai 2008

SOALAN 6 (SESI JAN 07)

a) i. Rujuk jawapan soalan 6a Sesi Januari 2009

ii. Rujuk jawapan soalan 6c Sesi Julai 2008

iii. Rujuk jawapan soalan 6a (ii) Sesi Januari 2008

b) i. Skima bahasa definisi data [1]


ii. Subskima bahasa definisi data [1]
iii. Bahasa manipulasi data [1]

Jumlah = 3 markah
ii.
Arahan Operasi
FIND Menunjukkan kedudukan rekod
GET Mendapatkan rekod
OBTAIN Menunjukkan dan mendapatkan rekod
MODIFY Mengemaskini rekod
ERASE Menghapuskan rekod
STORE Memasukkan rekod
Jumlah = 4 markah

iii. Rujuk jawapan soalan 6f (ii) Sesi Julai 2008

SOALAN 6 (SESI JUL 06)

a) - dapat mewakilkan hubungan banyak ke banyak (M:M) [1]


- diperkenalkan sebagai penambahbaikan kepada model pangkalan data
hierarki [1]
Jumlah = 2 markah

b) Rujuk jawapan soalan 6c Sesi Julai 2008

c)
PELAJAR
No_Pelajar
No_Pelajar Nama
Nama Alamat
Alamat T_Lahir
T_Lahir

Item data [5]


Nama item data Format
No_Pelajar CHAR 8
Nama VARCHAR 25
Alamat VARCHAR 40
T_lahir CHAR 8
[5]
Jumlah = 10 markah

d) Skima bahasa definisi data merupakan bahasa yang menerangkan struktur Pangkalan
Data Rangkaian iaitu skima dalaman. [2]

Jumlah = 2 markah
e) MOVE ‘150’ TO STUDENT# IN BORROWER
FIND ANY BORORWER USING STUDENT#
GET BORROWER
Jumlah = 5 markah

You might also like