You are on page 1of 5

Konsep Pengujian dan Penilaian

Pada umumnya, ujian dibina untuk memenuhi dua tujuan utama:

1.     membanding kebolehan antara pelajar – Rujukan

Norma

2.     menentu status – Rujukan Kriteria

  

Ujian Rujukan Norma (URN)

Fungsi utama ujian rujukan norma (URN) ialah untuk membandingkan pelajar di

antara pelajar di dalam sesuatu bidang, sifat atau kemahiran yang diuji di dalam

ujian itu. Markah ujian hanyalah dapat ditafsirkan melalui perbandingan prestasi

seseorang pelajar dengan prestasi kumpulan tertentu yang mengambil ujian yang

sama.

 
Ujian rujukan norma yang baik dapat mendiskriminasikan pelajar. Ia seharusnya

boleh membezakan pelajar yang terpandai daripada pelajar yang kedua terpandai

dan pelajar kedua terpandai daripada pelajar yang ketiga terpandai dan seterusnya.

Oleh itu ujian jenis ini mengandungi soalan-soalan yang sederhana kesukarannya

kerana soalan-soalan yang sederhana kesukarannya mempunyai kuasa diskriminasi

yang lebih tinggi.

Ujian-ujian pada peperiksaan UPSR, PMR, SPM, dan STPM yang melibatkan

bilangan pelajar yang banyak adalah ujian rujukan norma.

Taburan Skor Ujian Rujukan Normal

 Ujian Rujukan Kriteria (URK)


 

Ujian rujukan kriteria (URK) dibina untuk menentukan status seseorang pelajar

dalam sesuatu bidang, sifat atau kemahiran berbandingkan dengan pengetahuan

atau kemahiran yang telah ditetapkan kriterianya. Markah yang dihasilkan

mengelaskan pelajar kepada kategori:

1.               telah menguasai atau 

2.               belum menguasai.

Oleh itu pada ujian rujukan kriteria, perbandingan antara pelajar tidak timbul.

Contoh ujian rujukan kriteria ialah seperti ujian menaip bagi jurutaip. Ujian seperti ini

mempunyai tiga bahagian penting, iaitu (1) tugasan, (2) syarat, dan (3) piawaian.

Contoh ujian menaip:

Tugasan :                 Boleh menaip 10 muka surat

Syarat     :                Mengguna mesin taip elektrik

Piawaian :                1.  Kelajuan menaip 50 psm atau lebih

2. Kesilapan ejaan 2 perkataan atau  kurang pada setiap

muka surat.

                 Perbezaan Ujian Rujukan Norma dan Ujian Rujukan Kriteria


 

     
Perkara Ujian Rujukan Norma Ujian Rujukan Kriteria
 
 Konsep  Ujian yang relatif yang  Ujian rujukan yang menentukan
  menggambarkan  prestasi peringkat pencapaian individu
kumpulan murid dalam graf yang berdasarkan kriteria tertentu yang
normal. telah ditetapkan.
   
 Tujuan  i.    Membandingkan prestasi  i.         Menentukan tahap
  antara murid atau kumpulan. penguasaan sesuatu kemahiran
yang telah dipelajari mengikut
ii.     Menentukan murid sama
kriteria yang telah ditentukan.
ada lulus, gagal, cemerlang
dan sederhana. ii.       Memperbaiki pengajaran
dan pembelajaran
iii.    Memilih murid untuk tujuan
berdasarkan keputusan ujian.
pengiktirafan – sijil
 
     
Ciri-ciri Bermula dengan soalan yang Soalan yang hampir sama
Soalan mudah kepada lebih sukar dan peringkat kesukaran dengan
  mempunyai diskriminasi yang berpandukan objektif pelajaran.
tinggi
 
     
Ciri-ciri Penentuan pangkat, gred bagi Tiada gred ditetapkan dan
ujian menentukan kelulusan murid memadai penyataan lulus gagal.
pelbagai peringkat.  
 
     
Kandunga Meliputi topik pembelajaran yang Tertumpu kepada topik-topik
n cakupan lebih luas tertentu yang lebih khusus.
 
     
Contoh Peperiksaan akhir penggal, Ujian pendek, tugasan, latihan,
ujian UPSR,  PMR, SPM, STPM soal jawab dalam bilik darjah.
 

http://aacaanjip.bravehost.com/14minggu/03b_Ujian_Rujukan_Norma_Kriteria.htm

You might also like