You are on page 1of 5

UJIAN RUJUKAN NORMA DAN

UJIAN RUJUKAN KRITERIA


• Afifi
• Syazwani
• Hazwani
Ujian Rujukan Norma (URN)

Fungsi utama ujian rujukan norma (URN) ialah untuk membandingkan pelajar di antara pelajar di dalam
sesuatu bidang, sifat atau kemahiran yang diuji di dalam ujian itu. Markah ujian hanyalah dapat
ditafsirkan melalui perbandingan prestasi seseorang pelajar dengan prestasi kumpulan tertentu yang
mengambil ujian yang sama.

Ujian rujukan norma yang baik dapat mendiskriminasikan pelajar. Ia seharusnya boleh membezakan
pelajar yang terpandai daripada pelajar yang kedua terpandai dan pelajar kedua terpandai daripada
pelajar yang ketiga terpandai dan seterusnya. Oleh itu ujian jenis ini mengandungi soalan-soalan yang
sederhana kesukarannya kerana soalan-soalan yang sederhana kesukarannya mempunyai kuasa
diskriminasi yang lebih tinggi.
Ujian Rujukan Kriteria (URK)

Ujian rujukan kriteria (URK) dibina untuk menentukan status seseorang pelajar dalam sesuatu bidang, sifat atau kemahiran
berbandingkan dengan pengetahuan atau kemahiran yang telah ditetapkan kriterianya. Markah yang dihasilkan
mengelaskan pelajar kepada kategori:
1. telah menguasai atau
2. belum menguasai.

Oleh itu pada ujian rujukan kriteria, perbandingan antara pelajar tidak timbul. Contoh ujian rujukan kriteria ialah seperti ujian
menaip bagi jurutaip. Ujian seperti ini mempunyai tiga bahagian penting, iaitu (1) tugasan, (2) syarat, dan (3) piawaian.

Contoh ujian menaip:


Tugasan : Boleh menaip 10 muka surat
Syarat : Mengguna mesin taip elektrik
Piawaian : 1. Kelajuan menaip 50 psm atau lebih
2. Kesilapan ejaan 2 perkataan atau kurang pada setiap muka surat.
PERBEZAAN UJIAN RUJUKAN NORMA DAN UJIAN RUJUKAN KRITERIA

You might also like