You are on page 1of 3

CASE STUDY 1 WEEK 3

AMINUDDIN (A18PP3010) NIK ABDUL AZIZ (A18PP3063)


BADRUL (A18PP3053) WAN AMIRUL (A18PP3136)
NAJMUDDIN SHAH (A16KM0507)
Soalan 1

A) Ujian Rujukan Kriteria

B) Muet merupakan ujian rujukan kriteria kerana ujian rujukan kriteria ini adalah untuk
memberi gambaran setakat mana pelajar tersebut mencapai kemahiran dan pengetahuan dan
tidak membandingkan kebolehan pelajar diantara satu sama lain seperti ujian rujukan norma.
Pengukuran rujukan kriteria amat sesuai bagi menguji kemahiran-kemahiran asas seperti
membaca dan mengira di sekolah rendah. Pencapaian pelajar diukur berdasarkan kriteria atau
kemahiran yang telah ditentukan.

Muet merupakan ujian bahasa Inggeris yang dijalankan di peringkat pra-universiti,


matrikulasi, asasi, diploma, dan STPM. MUET diperkenalkan untuk mengukur tahap
penguasaan bahasa Inggeris pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi dan juga untuk mereka
yang bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke sarjana muda dan wajib diambil oleh mereka
yang ingin melanjutkan pengajian di institut pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan.

Ujian Muet ini hanya dapat membayangkan pengetahuan dan kemahiran yang dicapai
oleh pelajar dalam Bahasa inggeris dan bukan untuk membezakan kebolehan antara sesama
pelajar. Ujian rujukan kriteria hanya menumpukan atau menekankan pada pembelajaran
‘bahagian’ dan bukan pada pembelajaran keseluruhan. Seperti Muet, ujian ini hanya
menumpukan pada ujian Bahasa inggeris sahaja.

Dari segi peningkatkan kualiti penilaian ujian rujukan norma, penggubal soalan
perlu memulakan soalan mudah hingga soalan dengan kemampuan berfikir yang lebih
tinggi. Mengikut matlamat kursus yang ingin diukur oleh penggubal, soalan ini harus
mempunyai kesukaran yang serupa supaya peserta dapat mengemukakan jawapan yang
lebih bernas dan tepat
CASE STUDY 1 WEEK 3

AMINUDDIN (A18PP3010) NIK ABDUL AZIZ (A18PP3063)


BADRUL (A18PP3053) WAN AMIRUL (A18PP3136)
NAJMUDDIN SHAH (A16KM0507)
Soalan 2

Ujian rujukan terbahagi kepada dua kategori utama iaitu ujian rujukan-norma dan
ujian rujukan-kriteria. Kedua-dua jenis ujian ini merangkumi semua ujian-ujian yang
dijalankan di sekolah ataupun institusi-institusi pengajian yang sedia ada. Ianya merupakan
suatu medium untuk mentaksir penguasaan pelajar dalam sesuatu pelajaran. Ujian rujukan-
norma merupakan satu set ujian yang berbentuk sumatif dan relatif iaitu menjalankan ujian
secara formal untuk menilai prestasi, dan kebolehan para pelajar. Ujian ini menggambarkan
prestasi kumpulan murid dalam graf yang normal dan bertujuan untuk membandingkan
pencapaian seseorang pelajar dengan pelajar yang lain dengan menggunakan ujian yang
sama. Manakala ujian rujukan-kriteria merupakan ujian yang berbentuk formatif dimana
ujian boleh dijalankan dalam bentuk formal ataupun tidak formal. Ujian ini lebih kepada
untuk mengesan tahap penguasaan, kemajuan ataupun kelemahan pelajar berkaitan topik-
topik tertentu berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan.

Sekiranya kami ataupun seseorang guru ingin mentaksir pelajar dalam sesuatu unit
pelajaran, kami memerlukan satu ujian rujukan yang bersifat terbuka dan mempunyai
kriteria-kriterianya yang tersendiri. Hal ini bertujuan untuk menentukan tahap penguasaan
seseorang murid berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Selain itu, ujian rujukan yang
dipilih haruslah bersesuaian bagi membolehkan seseorang guru mengenalpasti kelemahan
yang ada pada setiap murid.

Berdasarkan kes yang diberikan, kami bersetuju ujian rujukan-kriteria amat sesuai
bagi mentaksir penguasaan pelajar dalam sesuatu unit pelajaran. Hal ini kerana ujian rujukan-
kriteria lebih bersifat formatif dan ia merupakan panduan untuk seseorang guru bagi
mengukur pencapaian individu terhadap sesuatu unit pembelajaran. Manakala, ujian rujukan-
norma lebih bersifat sumatif dan digunapakai untuk membandingkan prestasi seseorang
pelajar dengan pelajar yang lain. Selain itu, ujian rujukan-kriteria ini dijalankan secara
individu ataupun dalam kelompok yang kecil sahaja. Sebagai contoh, seseorang guru perlu
menetapkan kriteria yang diperlukan pada tahap yang minimum bagi setiap pelajar untuk
memastikan objektif pengajaran seseorang guru itu tercapai. Tidak seperti ujian rujukan-
norma, dimana setiap pencapaian murid diukur dan dibandingkan secara menyeluruh. Selain
itu, ujian rujukan-kriteria ini juga digunapakai untuk menentukan bilakah kemahiran murid
itu mencukupi untuk membolehkan ia ke topik atau unit yang berikutnya
CASE STUDY 1 WEEK 3

AMINUDDIN (A18PP3010) NIK ABDUL AZIZ (A18PP3063)


BADRUL (A18PP3053) WAN AMIRUL (A18PP3136)
NAJMUDDIN SHAH (A16KM0507)
Justeru, keberhasilan ujian rujukan kriteria adalah dengan adanya peningkatan yang
dapat dicapai adalah dengan mempelbagaikan tahap kesukaran masalah yang dibina.
Sebagai contoh, untuk soalan subjektif, beberapa soalan mudah (seperti definisi, konsep,
contoh, dan pengiraan). Walaubagaimanapun, satu soalan perlu diajukan untuk
meningkatkan kesukaran menguji pemahaman pelajar. Di samping itu, jika masalah yang
berkaitan dengan kehidupan harian dilaksanakan untuk sukatan pelajaran momentum,
kemampuan berfikir tinggi pelajar juga dapat diuji.

You might also like