You are on page 1of 5

BULETIN SMK ORANG KAYA HAJI

SEK.MEN.KEB. ORANG KAYA HAJI,KUALA LIPIS,PAHANG


Tel : 09-3121211 Fax: 093101141
Cea3034smkorangkayahaji@gmail.com

ANUGERAH NILAM - PSS SMK Orang Kaya BERITA BULAN INI :

Anugerah NILAM
Haji Johan Pusat Sumber Sekolah Peringkat Majlis Penitisan Ilmu

Daerah Lipis Pelancaran Bulan Bahasa


Kebangsaan

Bulan Bahasa Kebangsaan Daerah

Ceramah IKIP

Perkhemahan Bersepadu Unit


Beruniform

Futsal dan Bola Jaring pelajar

Ceramah Nafas Segar

SELAMAT ULANG TAHUN


SEMOGA PANJANG UMUR
DAN MURAH REZEKI PADA
BULAN OKTOBER

TINTA PENGETUA SMKOKH


1. PN.AIDA BT. ABDUL GHANI
18/10/1969
2. EN.ALAGENDRAN A/L KARUPPIAH
31/10/1980
3. PN. NORILAH BT. LAZIT
14/10/1969
4. PN. ROSMAWATI BT. MAT YUSOFF
21/101977
5. PN. ROSMINI BT. ISHAK
16/10/1970
6. PN. NORHAYATI BT. ZULKAFLI
10/10/1981
7. CIK WAN ZAMELDA BT. WAN ZAKY
13/10/1984
Pada 4 Oktober 2010, satu majlis diadakan di Madrasatul Munawwarah iaitu Majlis Penitisan Ilmu bagi
pelajar Tingkatan 3 yang akan menghadapi peperiksaan pada 5 Oktober 2010. Majlis itu berlangsung pada
pukul 12.00 tengah hari. Guru-guru yang mengajar tingkatan 3 terlibat dalam majlis tersebut. Majlis
tersebut berakhir pada pukul 2.40 petang.

Pada 13 Oktober diadakan pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat sekolah di Dataran Semarak
Ilmu SMK Orang Kaya Haji. Majlis dirasmikan oleh Puan Pengetua,Puan Hajah Rosidah Binti Kamaludin.
Bulan Bahasa Kebangsaan ini bermula pada 1 Oktober 2010 hingga 31Oktober 2010. Bulan Bahasa
Kebangsaan ini juga dianjurkan untuk menggalakkan semua pihak menggunakan Bahasa Kebangsaan
yang betul iaitu Bahasa Melayu serta dapat memupuk rasa cinta dan sayang terhadap Bahasa
Kebangsaan. Selain itu juga, memberi peluang kepada pelajar mengetengahkan bakat masing-masing dan
melatih para pelajar untuk berani bertutur di khalayak ramai. Majlis itu juga diserikan lagi dengan
persembahan oleh pelajar-pelajar SMK Orang Kaya Haji iaitu deklamasi sajak dan syarahan oleh Aiffa
Syamimi dari kelas 4 Usaha, Alya Athirah, 4 Usaha dan Nurul Asikin, 2 Taat.

AKTIVITI & CERAMAH


BULAN OKTOBER

1. Kelas tambahan malam JOM BELAJAR Fasa 2


pada 27 September hingga 2 Oktober 2010
2. Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah
(PMR) bermula 5 Oktober 2010
3. Perkhemahan KRS– Kenaikan pangkat pada
15 Oktober 2010
4. Pemulangan buku teks bagi pelajar tingkatan
3 pada 15 Oktober 2010
5. Bengkel Sains pada 14 Oktober 2010 di SMK
Padang Tengku.
6. Bengkel Kimia - SPM di SMK Kuala Lanar
7. Gerak gempur SPM bermula 18 Oktober 2010
8. Kelas tambahan fasa 3 pada 18 Oktober
hingga 11 November 2010
9. Pertandingan Reka Cipta Peringkat Negeri
Pahang - 28 Oktober 2010
Pada 19 Oktober 2010 tiga orang pelajar sekolah kita iaitu Siti Hajar Bt. Yunos (2T), Devaranie A/P Parthiban
(2T) dan Norlia A/P Norgiman (3U) telah menyertai Pertandingan Bersyair Sekolah Menengah Peringkat
Daerah Lipis sempena Bulan Bahasa Kebangsaan yang diadakan di Dewan Residen Kuala Lipis, Pahang. Seo-
rang pelajar kita telah Berjaya mendapat tempat pertama bagi kategori pelajar bukan Melayu. Pelajar tersebut
ialah Norlia a/p Norgiman dari kelas 3 Usaha.

Pada 20 Oktober 2010 telah diada-


kan ceramah berkaitan Institut
Kemahiran Ikhtisas Pahang atau
IKIP.Pelajar yang terlibat ialah se-
mua pelajar tingkatan 2.

Pada 28, 29 dan 30 Oktober 2010 diadakan Perkhemahan Bersepadu SMK Orang Kaya Haji bagi tahun 2010.
Perkhemahan ini melibatkan semua pelajar tingkatan 1, 2 dan 3 sahaja. Pendaftaran peserta dilakukan pada
hari Khamis pukul 2.30 petang di Dataran Semarak Ilmu. Perkhemahan ini melibatkan semua unit beruniform
dan semua guru terlibat dalam menjayakan perkhemahan ini. Perkhemahan ini diketuai oleh En. Azharizal Bin
Ali selaku Kem Komandan perkhemahan tersebut. Penglibatan pelajar amat memuaskan. Semua acara
dijalankan mengikut stesen-stesen yang telah ditetapkan. Malam Kebudayaan ialah satu-satunya acara yang
dipertandingkan dan acara itu dimenangi oleh Unit Pandu Puteri.
Pada 29 Oktober 2010 diadakan ceramah Nafas Segar bertempat di Kafeteria SMK Orang Kaya Haji. Ceramah
ini berkisar tentang bahaya rokok dan kesan-kesannya. Pelajar yang terlibat ialah semua pelajar tingkatan satu
yang menyertai perkhemahan. Penceramah dijemput khas dari Klinik Kesihatan Kuala Lipis. Selain itu, pameran
juga diadakan di Kafeteria tersebut bersempena dengan program Nafas Segar ini.

Pada akhir bulan Oktober iaitu 30 Oktober 2010 diadakan Hari Anugerah Kokurikulum SMK Orang Kaya Haji
bertempat di Kafeteria SMKOKH. Majlis dirasmikan oleh wakil Pegawai Pelajaran Daerah Lipis iaitu En.
Shahrom Bin Othman. Pada majlis itu juga diadakan Majlis Penutupan Perkhemahan Bersepadu SMK Orang
Kaya Haji. Hari Anugerah Kokurikulum ini diadakan untuk menghargai dan mengiktiraf kejayaan pelajar dan guru
dalam bidang Kokurikulum sepanjang sesi 2010.

“Mukmin yang kuat lebih disukai oleh


Allah daripada Mukmin yang lemah,
s ek alipun mas ing- mas ing ada
kelebihan. Kuatlah semangat kepada
sesuatu yang bermanfaat dan
mintalah bantuan kepada Allah dan
janganlah bersikap lemah.”
(Riwayat Muslim)

“Sesungguhnya Allah mencela sikap


lemah(pasif). Oleh itu, hendaklah
kamu cergas dan pantang menyerah
kalah (sebelum berusaha dan
mendapat kejayaan).”
(Riwayat Abu Daud)

You might also like