You are on page 1of 11

BAB 1 : LATIHAN

CIKGU – Kau bayangkan ini lampu ajaib ya,bila sultan keluar Aladin angkat ni
dan gosok dan katakan…

JIN – Hahahaha(gelak)

CIKGU – Hai jin….belum lagi! Kamu gosok dan cakap hai jin keluarlah
engkau ha (cuba kamu)x2

ALADIN – Hai jin keluarlah engkau

JIN- Hahahaha(keluar degan mengada-gada sambil gelak “over”)siapa panggil


nama aku ,HAARGH!!!

CIKGU – Ha jin jawab macam ni ingat ayat ni,oh Aladin apa yang boleh aku
bantu.Ha aladin jawab macam ni aku mahu ke kota terbangkan
aku ke sana ha jangan lupa masuk dalam lampu ni dan tido!!
Ha cuba!!

JIN – Apa kau nak aladin!!!

ALADIN - Aku mahu ke kota terbangkan aku ke sana

JIN – Boleh,hai aladin kau jangan susah hati aku akan terbangkan kau ke kota
hahaha (sambil duduk)Eh(lepas bangun)zamzamalkazam

CIKGU – Tompe sini,sekarang aladin dah keluar,jin pun dah tido,lepas tu kau
masuk jerit (lelongx2 lampu barux2)lari dari sana sampai sini ya
(cuba)x2

TOMPE - (Lelongx2 lampu barux2)

CIKGU – Ah,hamba keluar tanya pakcik berapa harga lampu?

HAMBA – Pakcik,banyak ke lagi lampu?


CIKGU – Bukan tanya berapa harga lampu?

HAMBA – Pakcik,berapa harga lampu ni?

TOMPE – Saya jawab apa cikgu?

CIKGU – Ha,kau jawab aa…tak mahal kalau untuk awak lampu lama
boleh tukar dengan yang baru percuma ha…cuba

TOMPE – Mahal…

CIKGU – Tak mahal…kalau untuk awak ada lampu lama boleh tukar dengan
yang baru percuma

TOMPE - Tak mahal kalau untuk awak lampu lama boleh tukar dengan
yang baru…,percuma…

HAMBA – Nanti saya balik dulu ke istana dan saya bagitau dengan sultan
tengok cikgu,cikgu tak ajar lagi saya dah dapat pun dialog…
Tuanku,nak tukar tak lampu tu dengan yang baru
percuma…

SULTAN – Bagus juga cadagan kamu

HAMBA – Tengok cikgu dia pun hebat cikgu

CIKGU – Dah,dia pegang “scrip”

SULTAN – Tukarkanlah lampu aladin tu dengan yang baru

CIKGU – Ha,awak ambil lampu lama tu dan bagi kepada lelaki jahat ni

HAMBA – Ha,ni lampu lama bagi balik lamu baru

CIKGU – Bila,kau dapat lampu ajaib ni tiba-tiba kau ketawa HAHAHAHA…

TOMPE – HAHAHAHA…
HAMBA – Dan tiba-tiba saya melantun tolong-tolong,Tuanku kita tertipu
rupanya dia orang jahat kita tertipu kita terpedaya

CIKGU – Cepatlah,gosok…gosok lampu tu sambil cakap hai jin keluarlah


engkau

TOMPE – Hai jin…keluarlah engkau

JIN – Hahaha…wah letih duduk bercangkung… (sambil bangun)


APA YANG KAU NAK!!!!

TOMPE – Aku mahu kau tangkap sultan dengan hambanya pergi ke tempat lain

JIN – Baik,zamzamalakezam(sambil bawak sultan ke tempat lain)

CIKGU – Ha cepat…cepat kamu tunggu apa lagi

O.B – Saya kena buat apa,cikgu?

CIKGU – Kamu daripada sana ambil tempat sana cepat(sambil pergi ke sana)
bila kamu dah tengok huru-hara tu kamu apa lagi kamu tikam
dia

O.B – Saya berlakon cikgu?

CIKGU – Yelah

O.B – Fulamak(sambil berlagak)

CIKGU – Bila saya cakap tu kamu tikam dia

O.B – Saya tikam dia cikgu FULAMAK “part” aku “best”lah macam hang tuah

CIKGU – Ni kau nak tikam dia guna apa ha..apa tu?

O.B – Keris

CIKGU – Apa keris,ni main tikam-tikam bukan keris tu tombak kat sana tu
pakai tombak
O.B – Pakai tombak cikgu

CIKGU – Haa…cepat-cepat sikit

O.B – (Sambil ambil tombak)

CIKGU – Ok,bila dengar hamba mintak tolong cepat lari dekat lelaki dan cuba
tikam dia

TOMPE – Eh,takutlah cikgu benda tu tajam

CIKGU – Takpe-takpe dia bukannya betul

O.B – ALEEEEEELELELE(mcm orang asli dan berlari untuk tikam tompe) HIAAA
cikgu tak masuk cikgu…HIAAA…

CIKGU – Memang tak masuk kamu tikam dia

O.B – HIAAA…

CIKGU – Kamu pulak bila kamu kena tikam tu kamu guna sihir kamu dan
kamu sihir dia dan dia akan jatuh (cuba)x2 kamu buat

O.B – HIAAA

TOMPE – Hehehe,ABUGIN!!!(Sambil buat gayanya)Wah hebatlah cikgu

CIKGU – Kamu jatuh…jatuh pengsan…jatuh pengsan!!!

O.B – (Jatuh ke lantai dan bangun separuh)Cikgu lepas tu saya nak cakap apa
cikgu

CIKGU – Kamu jatuh pengsan sampai habis…..

O.B – (Bangun balik)

CIKGU - (Bunyi wisel)dan jadi sampai habis ya macam mana semua faham
O.B – Cikgu saya tak nak cikgu tak adillah cikgu…mim bagi dia jadi aladin,ziq
jadi sultan,dia jadi ni tak adillah cikgu saya tak nak lah (merajuk)

CIKGU – (Dah)x3Heix2,kamu jangan nak mengalah takpe cikgu ada satu idea
cikgu ingat kamu jangan berlakon terus lagi bagus

O.B – (menagis)

CIKGU – Dengar dulu apa cikgu nak cakap…ha tengok pandai pun keluar bunyi
jadi tugas kamu cikgu bagi kamu bahagian penyata bunyi…
“soundman”

O.B – Apa tu cikgu?

CIKGU – Tugas kamu,kamu tengok perjalan cerita tadi mana yang “sound”
yang kamu boleh masukkan bunyi…bunyi petir,bunyi
ribut,bunyi kambing,bunyi kuda,ke apa yang kamu masukkan
kamu masukkan

O.B – Oh…jadi saya jadi orang bunianlah…

CIKGU – Bukan orang bunian,orang bunyian ok jadi semua faham?(bunyi wisel)

SEMUA ORANG – Faham cikgu

CIKGU – Kamu semua sekarang ambil “scrip” masing-masing balik ke rumah


ingat kita ada pementasan untuk hari kanak-kanak besok
BAB 2 : PERSEMBAHAN
CIKGU – Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua orang yang sudi
hadir untuk menonton persembahan drama daripada murid darjah
satu L dengan terbitannya L aladin beri tepukan

ALADIN – Assalammualaikum,sultan

SULTAN – Waalaikummusalam,aladin sila masuk

ALADIN – Tuanku,bagaimanakah keadaan tuanku hari ini

SULTAN – Pe…sudah tentulah beta sihat…Haa tengok ni…dah tumbuk satu tau…

ALADIN – HAMBA!Jaga tuanku baik-baik,saya nak ke kota

SULTAN – Baiklah,beta nak berdadu seketika

ALADIN - Silakan

JIN – Hahahahaha….(lepas tu cikgu tarik telinga suruh duduk balik)

ALADIN – (Aladin gosok lampu itu lama sikit)Hai,jin keluarlah engkau……


Hai,jin keluarlah engkau!(sambil tangan seolah berdoa)

JIN – (Lama sikit baru keluar)Hahahahaha….SIAPA BERANI PANGGIL NAMA


AKU!!!!!Hahaha

ALADIN – Beta yang memanggil kamu…bawakan beta ke kota…sekarang juga


(aladin terbawa sekali lampu)
JIN – Nak pergi ke kota…aku hantar engkau ke kota raya…zamzam alakazam
hahaha

O.B – JENG JE JENG JE JE JENG

JIN – Hahaha…mak apa khabar?(sambil lambai-lambai)

(Cikgu tarik telinga suruh duduk balik dan aladin bagi balik lampu)

TOMPE - (lelongx2 lampu barux2)

(Hamba keluar untuk tukar lampu)

HAMBA – Saudara…,saudara nak jual lampu ya?

TOMPE – Ya

HAMBA – Macam mana caranya

TOMPE – Kalau awak ada lampu lama kamu boleh tukar dengan lampu baru ni
percuma

HAMBA – Eh,ni macam teko mak saya je

TOMPE – Tak,ni lampu ajaib ni tau

HAMBA – Ya ke,nanti dulu tau saya nak tanya sultan dulu ya boleh ke tak boleh?

TOMPE – Silakan…

(Hamba pergi balik ke istana)

HAMBA – Tuanku,orang itu nak jual lampu apa kata saya tukar lampu ni dengan
yang baru ni dah lama percuma je tau

SULTAN – Baiklah,tukarlah yang ni dengan yang baru

SULTAN – Baiklah,tuanku

(Hamba pergi balik ke orang jualan itu)


HAMBA – Sultan kata “set”

(Hamba tukar lampu tu dengan yang baru dan balik ke istana)

TOMPE – Hahaha….Hai jin(sambil gosok lampu itu)

HAMBA – Alamak,tuanku kita telah di tipu

TOMPE – Hai jin,keluarlah engkau jin(sambil gosok lampu itu)

JIN – Hahahaha…. SIAPA BERANI PANGGIL NAMA AKU??!!…HAARGH!!!

TOMPE – Aku jin

JIN – SIAPA ENGKAU!!???

TOMPE – Aku bapak saudara aladin

JIN – SIAPA NAMA ENGKAU!!???

TOMPE – Din

JIN – DIN…DIN APA!!???

TOMPE – Kau tak kenal aku ke?

JIN – SIAPA ENGKAU,DIN APA!!???

TOMPE – Salehudin

JIN – Hahaha…Salehudin TENGKORAK KAU!!!...KAU PANGGIL AKU KAU NAK APA!?

TOMPE – Aku nak mintak tolong kau jin

JIN – TOLONG APA!!!???

TOMPE – Tolong bawakan sultan dan hambanya pergi ke tempat lain

JIN – HA SULTAN DENGAN HAMBANYA KE TEMPAT LAIN!!!???


TOMPE – Ya,jin

JIN – SENANG AJE,hahaha…AKU ADA KUASA KAU JANGAN TAKUT ZAMZAMALAKA


-ZAM aku sendiri yang ambil aku pun tak boleh terbang

(Jin ambil sultan dengan hambanya ke tempat lain)

JIN – Hahaha…DUA-DUA DAH KELUAR KAU NAK APA LAGI..!!!Mak(sambil lambai)

TOMPE – “Thank you” jin…kau boleh masuk dalam teko kau balik kau boleh tido

JIN – HAARGH!!??

TOMPE- (Jerit ke telinga jin)KAU TIDO!!!(lepas tu tido)

JIN – Aku tido..BAIKLAH!!!Hahaha…Mak

O.B – JENG JE JENG(Buat bunyi gendang)

(Sultan menari)

CIKGU – WOI!!!x2 Tak payah main lagi

O.B – Mintak maaf cikgu terlebih

(Aladin ambil lampu dari tompe)

TOMPE – WOI,ALADIN KAU NAK BUAT APA DENGAN LAMPU AJAIB AKU!!??

O.B – Cikgu suruh ambik

(Cikgu pergi ambil sultan dengan hamba)

O.B – Kuang kuang kuang

ALADIN – Tuanku tak apax2

SULTAN – Tidak

ALADIN – Ini apa?


HAMBA – Ini pun tuanku tak kenal…Teko…

CIKGU – (Cikgu berbisik)Engkau yang curi aku ambil baliklah

ALADIN – Ha..kau yang mencuri…aku punya aku ambil baliklah

TOMPE – Yang itu palsu,yang sebenar-benarnya dekat rumah aku

ALADIN – Oh,tipah tertipu

SULTAN – Aladin,jangan percaya dia yang inilah yang sebenarnya saya dah
tukar semasa dia tidur tadi

JIN – Hahaha…YA,SEMEMANGNYA BETUL TEKO ITU ALADIN YANG PUNYA!!!

ALADIN – Jin,kalau begitu…kau bunuh dia!!!

JIN – HAARGH!!!JANGAN DIBUNUH PENGGAL JE KEPALA DIA

(Jin gusti dengan tompe)

CIKGU – Ya,itulah persembahan dari kanak-kanak darjah satu LEMBU semua beri
tepukan kepada mereka…sebelum itu,keputusan telah
pun ada di tangan saya untuk mengumumkan pelakon terbaik pada
tahun 1990 PELAKON TERBAIK JATUH KEPADA….

JIN – Hahahaha….sayakan cikgu

CIKGU – Belum lagi… PELAKON TERBAIK JATUH KEPADA…. O…B…beri


tepukan kepada ORANG BUNYIAN

O.B – YEAH YEAH!!!

JIN – Cikgu,apa ni cikgu kami yang berlakon tau

ALADIN – Cikgu,kita semua hafal dialog…dia Cuma pet pet pet kuan kuan kuan

CIKGU – Takpe-takpe seperti apa yang cikgu janjikan


O.B – Cikgu mana hadiah yang cikgu janjikan semalam

CIKGU – Aaaa,meh sini meh jadi sebelum itu pelakon terbaik akan
mendapat sebuah lampu ajaib untuk kenang-kenangan

(semua orang gelak dekat dia)

You might also like