You are on page 1of 9

JXEA 1104

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU


2008/2009

TOKOH FALSAFAH : HAMKA

PRAXIS KESEDERHANAAN
DALAM KEHIDUPAN

NAMA : MOHAMAD SHAHIR BIN ABDUL RAHIM

NO MATRIK : JEA080036

NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN BIN MUHAMMAD

FAKULTI : AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

1
Nama sebenar Hamka ialah Doktar Haji Abd. Malik bin Sheikh Abd. Karim bin

Sheikh Muhammad Amrullah. Beliau dilahirkan di desa Tanah Sirah, Sungai Batang,

Maninjau, Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia pada 16 Februari 1908 @ 13

Muharam 1362 Hijrah. Ayahnya seorang ulama Islam yang terkenal telah membawa

pembaharuan Islam di Minangkabau. Jawatan yang disandang beliau ialah anggota tetap

majlis konsul Muhammadiah, Sumatera Tengah (1934) dan mengetuai gerakan

Muhammadiah (1946). Beliau meninggal dunia pada 24 Julai 1981 dalam usia 73

tahun.Hamka seorang yang pintar dan bijak. Beliau juga terkenal sebagai ahli

kesusasteraan Melayu klasik serta pengarang yang masyhur dan novelis terkemuka dan

mahir dalam bahasa Arab. Hamka terkenal sebagai ahli falsafah dan pujangga Islam.

Hamka mendapat pendidikan awal daripada bapanya. Beliau mempelajari ilmu-ilmu asas

agama serta mempelajari al-Quran sehingga khatam.

Hamka merupakan seorang tokoh reformasi Islam yang terkenal dalam bidang

falsafah dan tasawuf. Beliau adalah tokoh terkenal dalam bidang falsafah dan tasawuf.

Antara sumbangannya pada tahun 1935, Hamka telah mendirikan kolej Kuliah Al-

Muballighin di Padang Panjang yang telah melahirkan ramai tokoh-tokoh terkenal.

Beliau juga banyak berjasa dalam penyebaran Islam dalam bahasa Indonesia kerana

keahliannya dalam kesusasteraan sehingga beliau mendapat gelaran "Hamzah Fansuri

zaman baharu. Pada tahun 1925, Hamka memulakan kerjayanya sebagai pengarang di

Padang Panjang. Beliau menulis majalah "Seruan Islam di Tanjung Para Langkat,

menerbitkan majalah "Pedoman masyarakat, dan "Panji Masyarakat. Hamka mula

mengarang dalam akhbar "Pembela Islam, Bandung pada tahun 1930.

2
Jangan bersikap melebihi daripada ukuran diri, baik waktu duduk dalam majlis atau

dalam cara berpakaian dan hendaklah tubuh sepanjang bayang-bayang - yakni

kesederhanaan. – HAMKA

Falsafah yang ingin ditonjolkan dalam pemikiran falsafah Hamka ini ialah

kesederhanaan dalam hidup. Dalam paradigma pemikiran masyarakat hari ini ingin saya

ungkaikan falsafah yang ditonjolkan Hamka kepada beberapa bahagian iaitu sederhana

tentang niat dan tujuan, sederhana dalam berfikir, sederhana kepada keperluan hidup,

sederhana pada harta benda dan sederhana dalam mencari nama dan pangkat. Apa yng

dikatakan dengan falsafah kesederhanaan? Falsafah kesederhanaan itu boleh disebut juga

sebagai istiqamah( tegak lurus di tengah-tengah), dan I”tidal(sama berat),disuruh didalam

ibadat bagi mendekatkan diri kepada Allah. Setiap perbuatan yang kita lakukan

hendaklah berdasarkan kepada tuntutan agama agar kita tidak terpesong dari landasan

yang benar dan seharusnya kita sentiasa bersederhana dalam menjalani kehidupan ini.

Falsafah kesederhanaan yang diketengahkan oleh Hamka turut membincangkan

tentang kesederhanaan tentang niat dan tujuan. Apa yang dikatakan oleh Hamka tentang

kesederhanaan jenis ini adalah kita perlu mencari hakikat kebenaran manusia yang

mempunyai cita-cita yang sederhana sahaja agar kita berada dalam landasan yang benar.

Sebagai manusia kita harus mempunyai nilai kemanusiaan, walaupun miskin atau pun

kaya, semuanya itu hanya warna hidup, bukan hakikat hidup yang bertujuan dengan niat

suci lagi sederhana.

3
Hamka juga turut mengangkat nilai kesederhanaannya dalam pemikiran

manusia. Setiap manusia perlu berfikir secara rasional dan sederhana bagi mendapatkan

pemikiran yang terbaik. Pemikiran yang terbaik ini mampu membezakan antara yang

hak dan yang batil, serta mampu melahirkan kesempurnaan dalam diri manusia

seterusnya mengangkat martabat manusia ke peringkat yang lebih tinggi selaras dengan

saluran ilmu iaitu akal yang membentuk sahsiah manusia. Kesederhanan dalam

pemikiran juga adalah satu lambang manusia itu berakal dalam berfikir dan orang yang

menggunakan akalnya ini sentiasa memandang ringan setiap masalah yang dihadapinya.

Pemikiran yang sederhana ini mampu menimbulkan tawakal dan cita–cita yang suci

untuk menghindarkan kepercayaan yang hanya datang dari nenek moyang dan taklid.

Kesederhanaan dalam berfikir ini juga dapat menjauhkan diri dari hasad dengki

dan berperasangka buruk terhadap orang lain kesederhanaan dalam berfikir ini juga dapat

menjauhkan diri dari hasad dengki dan berperasangka buruk terhadap orang lain serta

menjadikan kita lebih tenteram. Maka sesiapa yang ingin sederhana, tawakkallah kepada

tuhan, hidupkan cita-cita dalam diri dan berbaik sangka kepada sesama manusia.

Berfikirlah secara sederhana dan selari dengan niat yang luhur bagi mendapatkan

kesinambungan iman.

4
Seterusnya dalam menghayati falsafah kesederhanaan yang dilontarkan Hamka

ini, beliau turut mengembangkan falsafah tersebut dalam melayari kesederhanaan pada

keperluan kehidupan. Kita dapat menyuap makanan dua kali sehari, pakaian dua kali

salinan, menghirup udara tanpa sekatan dan bayaran hanya nafsu manusia itu sendiri

yang meminta lebih daripada itu. Kerap kali manusia alpa dengan rahmat yang diberikan

terhadapnya maka kita hendaklah sentiasa bersyukur terhadap rezeki yang diberikan

terhadap kita ibarat kata pepatah mengukur baju di badan sendiri, tidak melebihi daripada

kekuatan yang dapat dipikul, menjadi jalan yang seaman-amannya menuju kesenangan

hati. Justeru itu tidak hairanlah orang yang sudah biasa hidup dalam kesederhanaan ini

tidak akan canggung walaupun berhadapan dengan musibah, sebaliknya mereka akan

terus bangkit dan maju kehadapan. Ini membuktikan bahawa dengan falsafah

kesederhanaan ini menjadikan seseorang manusia itu lebih kuat dalam menghadapi

cabaran dan rintangan.

Hamka turut menitikberatkan praxis falsafah kesederhanaan ini dalam

kesederhanaan pada harta benda. Harta benda adalah sebagai titian untuk mencapai apa

yang dimaksudkan sebagai pergaulan. Harta tersebut janganlah dinilai lebih dari nilainya

yang sejati. Banyak berlaku huru hara berpunca dari harta, maka kita perlu bersederhana

agar kita tidak terus dihanyutkan dalam dunia penuh kepalsuan ini. Walaupun begitu

tanpa harta kita tidak dapat untuk hidup dengan sempurna maka kita harus bersederhana

bagi mengelakkan kita dari bersikap bongkak dan lupa pada diri, seorang ibu

menyusukan bayinya dengan penuh keikhlasan, dia tidak meminta upah daripada anak

itu, tetapi seorang anak yang mengenang jasa ibunya itu pasti akan membalas jasa ibunya

5
itu kelak dengan memberikan kesenangan dan kasih sayang yang secukupnya. Orang

berkata didunia ini harta yang paling mustahak, jika tanggapan ini terus tersemat dalam

pemikiran masyarakat kita pastinya dunia akan musnah dan tiada lagi nilai kemanusiaan

yang wujud dikalangan manusia hari ini. Bila mengingatkan hal seperti ini kita

hendaklah kembali berpegang kepada falsafah Hamka iaitu kesederhanaan dalam

kehidupan bagi mengingatkan kita tentang kenaikan hidup secara sederhana. Selain itu

juga kita perlu insaf bahawa nikmat Allah itu sangat banyak kepada manusia yang tidak

dapat dituliskan walaupun sehingga ketujuh lautan dalamnya. Allah berikan kita nikmat

dan kita perlu bersyukur dan mengamalkan kesederhanaan agar terus berada pada

landasan yang benar.

Kesederhanaan dalam kehidupan yang dijelaskan oleh tokoh falsafah Hamka juga

melebarkan pendefinisian kesederhanaan kepada kesederhanaan dalam mencari pangkat

atau pun nama. Sesungguhnya instinct ’ ingin berkuasa’ itu sememangnya ada pada

setiap manusia. Kalau kita tiada semangat untuk berkuasa bagaimana revolusi kita yang

hebat ini mampu kita semua lalui. Keinginan berkuasa ini jika kita tahu menanamnya

dalam diri kita pasti kita mampu menjadi seorang yang hebat. Tetapi hari ini terlalu ramai

orang inigin berkuasa sehingga mereka jatuh ke lembah yang hina. Seseorang itu juga

perlu bersederhana dalam mencari pangkat agar tidak terlalu mengejar pangkat,

sebaliknya berlumba untuk menyiapkan diri sendiri agar menjadi bangsa yang merdeka .

Pangkat dalam negara yang merdeka, adalah kewajipan dan kepercayaan.

6
Kewajipan yang dipikul oleh golongan atasan hari ini ialah kerana mereka

menganggap mereka mampu memikul segala bebanan yang akan diberikan kepada

mereka. Pangkat bagi orang yang merdeka adalah pengorbanan, bukan kemegahan dan

kesanggupan menjalankan tugas kewajipan dalam satu pangkat yang kecil, adalah jalan

buat orang yang memikul tanggungjawab yang lebih besar dari itu. Seseorang itu juga

perlu mengetahui pangkat yang ingin dicapai terlebih dahulu sebelum memegangnya

tanpa usul periksa bagi mengelakkan kekaburan tugas serta mampu menyusahkan orang

lain. Sebentar tadi Hamka ada mengatakan tentang keinginan berkuasa adalah instinct

yang terlekat dalam diri manusia, membunuh keinginan ini adalah membunuh manusia

itu sendiri. Kalau sekiranya manusia itu tahu akan hal ini pastinya dunia tidak seperti hari

ini, dan mujur juga hanya sedikit yang insaf kerana yang sedikit ini juga yang

mempunyai kemanusiaan yang tinggi.

7
Kesimpulannya, pada pendapat saya falsafah praxis kesederhanaan dalam hidup

yang diungkapkan oleh Hamka ini adalah yang terbaik dalam mendidik masyarakat hari

ini untuk lebih memahami kehendak diri agar tidak terjerumus ke laluan hidup yang

salah. Sebagai manusia kita perlu sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi musibah

yang bakal dilalui kelak. Falsafah kesederhanaan ini diharap mampu menjadi garis

panduan kepada masyarakat untuk dijadikan wadah untuk membina masyarakat yang

lebih bersikap optimis serta lebih berjaya. Kesederhanaan menjadikan manusia lebih

menghargai diri dan orang lain.

Kesederhanaan ini mampu membentuk dan mendidik diri seseorang kearah yang

cemerlang, ini terbukti apabila seseorang itu mengamalkan falsafah ini maka individu itu

tidak akan canggung apabila berada ditempat asing kerana dirinya akan lebih disenangi.

Falsafah ini memberikan seseorang itu lebih menghayati nilai keimanan terhadap maha

pencipta kerana manusia itu akan sentiasa bersyukur terhadap kurniaan yang diberikan

kepadanya kerana falsafah kesederhanaan mengajar, mendidik, dan membentuk jati diri

yang unggul dalam diri individu itu sendiri. Dengan menjaga dan mengamalkan falsafah

ini sudah pasti masyarakat harmoni dan berwawasan dapat dihasilkan, seterusnya praxis

kesederhanaan dalam kehidupan mampu menjana pemikiran kelas pertama dan global

dalam masyarakat kita.

8
Bibliografi.

Prof.Dr Hamka
Falsafah Hidup. Kuala Lumpur:Pustaka Antara

Hashim Bin Haji Musa


Falsafah, Logik, Teori Nilai Dan Etika Melayu satu Pengenalan. Kuala Lumpur:
Akademi Pengajian Melayu

Prof.Dr Awang Sariyan


Falsafah Dan Logika Melayu. Kuala Lumpur:Akademi Pengajian Melayu

Worawit Baru@ Haji Ahmad Idris.2004.


Pemikiran Melayu Tradisi Dan Kesinambungan.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka

Rujukan Internet
http://wikipedia.org/wiki/hamka

You might also like