You are on page 1of 6

Soalan dan penyoalan.

Contoh :
Sudin pukul kucing.
Shaari bermain dengan kucing.
Cuba bandingkan.
 
Soalan dan penyoalan – kurang mencabar minda.
   1.  Sudin pukul apa ?
   2.  Shaari bermain dengan siapa ?
   3.  Apakah haiwan itu ?
 
Soalan dan penyoalan – merangsang minda.
   1.  Apa berlaku bila kucing kena pukul ? (Kemahiran meramal).
   2.  Bandingkan watak Sudin dengan Shaari (Kemahiran membanding).
   3.  Kenapa Sudin memukul kucing ? (Kemahiran memberi sebab).
 
Pengoperasian ini berdasarkan objektif khusus mengelas tumbuhan mengikut sifatfizikal
yang dikenal pasti dari bidang kajian Menyiasat Alam Hidupan dalam matapelajaran
Sains Sekolah Rendah Tahun 4.Pengoperasian ini menggunakan kaedahkajian lapangan
semasa langkah set induksi, pengembangan pembelajaran danrefleksi.KBSB yang hendak
dikuasai ialah mengelas, KBSB yang telah dipelajari danperlu digunakan ialah
mencirikan serta membandingkan dan membezakan.
Lokasi :Taman Sumber Sains
Bahan Bantu :Penyusun grafik Rajah Pancaran,

71
Mengajar
Rajah Venn, Carta Maklumat, gambar tumbuhan dan
buku rujukantentang tumbuhan

Pelajar kelas Tahun 4 Melati dibawa oleh Cikgu Ali ke Taman Sumber Sains untuk
memerhatikan daunpokok bunga raya dan daun lalang.
Cikgu Ali mengarahkan pelajar supaya berkumpul di dalam kumpulan masing-
masing.Seorang ketua dikehendaki mengendalikan aktiviti KBSB iaitu mencirikan
sertamembandingkan dan membezakan sifat fizikal daun tumbuh-tumbuhan tanpa
bimbingan guru. Pada masa murid menjalankan aktiviti, Cikgu Ali membuat pemantauan.
Ahmad (ketua kumpulan) : Mari kita perhatikan daun bunga raya dan daun lalang.
Apa yang kamu perhatikan?
Salmah : Daun bunga raya nipis, Mad.
Sudirman: Daun lalang nipis juga.
Ahmad : Ciri apa pula yang kamu perhatikan,Soo Chuen?
Soo Chuen: Daun bunga raya mempunyai urat daun yang berjala tetapi daun lalang
berurat selari.
Ahmad: Apakah ciri lain pada daun tersebut.
Arumugam: Saya dapati kedua-dua daun berwarna hijau.
Dolmat : Eh.. Mad, permukaan daun lalang kasar.
Ahmad : Kita telah dapat mencirikan daun-daun yang kita kumpulkan.
Sekarang kita akan membandingkan dan membezakan ciri daun
pokok bunga raya dan daun lalang.Kita gunakan penyusun grafik Rajah Venn.
(Ahmad mengedarkan penyusun grafik Rajah Venn kepada setiap ahlikumpulannya)
Sudirman : Ahmad, saya cadangkan dalam bulatan A kita senaraikan ciri daun pokok
bunga raya.
Dolmat : Kalau begitu, ciri daun lalang kita senaraikan dalam bulatan B.
Arumugam: Lepas itu kita nak buat apa?
Ahmad: Macam ini Arumugam, kita kenal pasti ciri sepunya daun pokok
bunga raya dan daun lalang.Kemudian kita pindahkan dan tuliskan ciri itu dalam ruangan
yang bertindih pada rajah Venn ini

(Setelah setiap kumpulan menjalankan aktiviti yang telah ditetapkan, Cikgu Ali bersama
dengan semua murid membuat rumusan)
Cikgu Ali: Semua kumpulan dikehendaki mempamerkan hasil kerja dari aktiviti tadi.

(Murid mempamerkan hasil kerja mereka seperti contoh berikut)

(Cikgu Ali memeriksa hasil kerja setiap kumpulan dan membuat rumusan)
Cikgu Ali : Saya dapati hasil kerja kamu sangat memuaskan.Ini menunjukkan kamu telah
dapat menguasai kemahiran berfikir mencirikanserta membandingkan dan membezakan
dengan baik.
(Setelah membuat rumusan guru meneruskan pengajaran dan pembelajaran untuk
KBSB mengelas.Cikgu Ali meminta setiap kumpulan mengumpulkan daun dari
pelbagai jenis pokok)
Cikgu Ali : Sila aturkan daun-daun itu di atas kertas surat khabar.Sekarang kita akan
mengelaskan daun itu mengikut ciri-ciri sepunya.

Dolmat : Cikgu, apakah yang dimaksudkan dengan mengelaskan itu?


Cikgu Ali: Mengelaskan ialah mengumpul item atau maklumat kepada kumpulan
berasaskan kepada ciri sepunya.
Ahmad: Cikgu, bagaimana kita hendak mengelaskan?
Cikgu Ali: Mengumpulkan dan mengelaskan adalah kemahiran berfikir dimana kamu
perlu menggunakan kemahiran mencirikan,membandingkan dan membezakan seperti
yang telah kamulakukan tadi.Kita boleh mengumpul dan mengelas
menggunakanpenyusun grafik berikut.
Kita perlu mengisikan petak pada penyusun grafik berdasarkan ciri item yang
tertentu.Kita mulakan dengan mengisi petak A iaitu nama bagi item yang hendak
dikumpulkan dan kelaskan.

Sekarang cuba kita fikirkan apakah nama item yang sesuai.


Eng Tuan : Daun, cikgu.
Cikgu Ali: Kenapa kamu kata daun paling sesuai?
Eng Tuan :Sebab sekarang kita sedang mengumpulkan dan mengelaskan daun, cikgu.
Cikgu Ali: Betul. Untuk mengumpulkan dan mengelas, namakan item yang umum di
petak A.Sekarang kita tulis perkataan 'daun' di petakA ini.
(Murid menulis di penyusun grafik Carta Maklumat yang diedarkan)

Seterusnya berdasarkan ciri item yang tertentu, bahagikan daun inikepada dua
kumpulan.Apakah ciri yang boleh kitagunakan untukmembahagikan daun ini kepada dua
untuk diisikan ke dalam petakB1 dan B2?
Suresh : Cikgu, boleh kita pilih ciri urat daun?Urat daun selari dan urat daun jejala?
(Murid mencirikan serta membandingkan dan membezakan)
Cikgu Ali : Ya boleh, mari kita isikan petak B1 dengan urat daun selari dan petak B2
dengan urat daun jejala. Seterusnya apakah ciri lain yang diperhatikan yang boleh kita
gunakan untuk membahagikan urat daun selari dan jejala kepada dua kumpulan untuk
mengisi petak C?
Dolmat : Daun licin dan daun kasar, Cikgu.
Cikgu Ali :Betul.Sekarang isikan petak C1 dan C3 dengan daun licin manakala petak C2
dan C4 dengan daun kasar
Sekarang, namakan tumbuhan yang mempunyai ciri berdasarkan
pengelasan yang kita telah buat iaitu :
Daun berurat selari dengan permukaan licin, daun berurat selari
dengan permukaan kasar, daun berurat jejala dengan permukaan
licin, daun berurat jejala dengan permukaan kasar

Cikgu Ali:
Murid-murid, apa yang kita telah lakukan tadi adalah mengasingkan
daun pelbagai jenis tumbuhan berdasarkan ciri-ciri sepunya.Kemahiran
ini dikenali sebagai mengumpulkan dan mengelaskan.Kemahiran ini
digunakan apabila terdapat banyak item atau maklumat yang tidak
tersusun. Cuba berikan perkataan atau frasa lain yang memberikan
maksud yang sama dengan mengumpulkan dan mengelaskan.
Roslan:
Mengumpulkan mengikut ciri yang boleh dibandingkan, Cikgu.
Cikgu Ali:
Betul.Ada cadangan lain?
Suhaimi:
Menyusun mengikut kumpulan.
Cikgu Ali:
Cadangan itu pun boleh diterima, terima kasih.Sebenarnya, ada
banyak lagi frasa lain yang membawa maksud sama dengan
mengumpulkan dan mengelaskan.
(Guru mengedarkan senarai frasa lain yang membawa maksud sama dengan
mengumpulkan dan mengelaskan bagi membincangkannya)
(Gurumembimbingmurid membuat refleksi tentang proses berfikir yang telah
dipelajari)
Cikgu Ali:
Semasa kita mengumpulkan dan mengelaskan daun tadi, apakah
langkah-langkah yang telah kita ikuti?
Salmah:
Cikgu, kami mengenal pasti ciri sekumpulan item iaitu daun.
Soo Chuen:Betul cikgu, lepas itu kita kenal pasti beberapa ciri lain.Kemudian kita
masukkan item yang sama cirinya ke dalamkumpulan yang lebih kecil.
Cikgu Ali:
Bagus, nampaknya murid-murid sudah dapat idea bagaimana hendak
mengumpul dan mengelas.Sekarang cikgu rumuskan langkah yang
boleh diikuti untuk melaksanakan kemahiran mengumpulkan dan
mengelaskan :
Pertama,kenal pasti ciri umum kumpulan item.
Kedua,berikan nama kepada kumpulan item itu.
Ketiga,kenal pasti ciri lain.
Keempat,masukkan item yang sama ciri ke dalam kumpulan lebih kecil.Kelima, ulangi
langkah di atas sehingga semua item dapat dikumpulkandalam suatu kumpulan.
Cikgu Ali:
Sekarang berdasarkan pengetahuan yang kamu perolehi tentang
langkah mengumpulkan dan mengelaskan, mari kita kelaskan tumbuhan
yang ada di Taman Sains ini dengan membuat pemerhatian serta
berdasarkan bahan rujukan yang cikgu bekalkan.
(Guru mengedarkan Carta Maklumat kepada murid)
Cikgu Ali:
Dengan menggunakan penyusun grafik Carta Maklumat yang diedarkan,kumpulkan dan
kelaskan tumbuhan mengikut cirinya.Apakah ciri yangakan digunakan?
Leela:
Urat daun, Cikgu.
Azie:
Akar, Cikgu.
Husin:
Berbunga dan tak berbunga, Cikgu.
Cikgu Ali:
Bagus, seterusnya sila bincang dalam kumpulan masing-masing untukmelengkapkan
penyusun grafik yang diedarkan, dan sebentar nanti kitaadakan sesipembentangan hasil
kerja setiap kumpulan.
Rajah 11.2adalah satu contoh hasil kerja murid
Carta Maklumat pengelasan alam tumbuhan

You might also like