You are on page 1of 14

PROGRAM

KECEMERLANGAN
SPM 2008

MAKTAB RENDAH SAINS MARA


BATU PAHAT

1
“WE ARE S.M.A.R.T, ALL A’S”

MATLAMAT

● Memastikan pelajar mempunyai masa yang cukup untuk membuat ulangkaji terancang
dengan bimbingan guru
● Membantu pelajar mengenalpasti masalah yang dapat menjejaskan prestasi pelajar dalam
akademik
● Menyediakan program yang dapat membantu pelajar meringankan tekanan selepas melalui
pelbagai program yang padat setiap minggu
● Merancang program yang dapat mengeratkan silaturahim antara guru dan pelajar untuk
memupuk sikap pelajar gemar bertemu dengan guru serta berkongsi masalah
● Memastikan pelajar sentiasa berkeyakinan,bersemangat dan mempunyai kemahiran
menjawab soalan untuk menghadapi peperiksaan

SENARAI AHLI JAWATANKUASA

Penyelaras : Pn. Yusrita Bte Mohd. Yatim (Sejarah)


Setiausaha : Cik Zurayani Bte Zakaria
AJK : Pn. Eva Rosaini Sarah Bt. Alai ( Bahasa Melayu )
Pn. Hjh.Hawabi Bte Hashim ( Kimia )
Ustaz Turiman Bin Hussein ( Pendidikan Agama Islam )
En. Chau Meng Huat ( EST )
Cik Zubaidah Bte Jaafar ( Prinsip Akaun )
En. Arif Jurnizan Bin Kornain ( Fizik )
Pn. Zaiton Bte Abdullah ( Biologi )
Cik Noridah Bte Sain ( Bahasa Inggeris )
Pn. Noraini Bte Solbi ( Matematik Tambahan )
YM Engku Sazliana Bte Engku Musa ( Matematik )
Cik Noor Hajar Bt Zulkifli ( Kaunselor 2 )

2
PROGRAM

1. Program Mentoring : Pn. Eva Rosaini Sarah Bt. Alai ( Bahasa Melayu )
Pn. Hjh.Hawabi Bte Hashim ( Kimia )

2. Program Intervensi : Ustaz Turiman Bin Hussein ( Pendidikan Agama


Terancang Islam )
Pn. Yusrita Bte Mohd. Yatim (Sejarah)

3. Program Motivasi : En. Chau Meng Huat ( EST )


Cik Noor Hajar Bt Zulkifli ( Kaunselor 2 )

4. Program Riadah/Rekreasi : Cik Zubaidah Bt. Jaafar ( Prinsip Akaun )


En. Ariff Jurnizan Bin Kornain ( Fizik )

5. Program Cuti Sekolah : Pn. Zaiton Bt. Abdullah (Biologi )


Cik Noridah Bt. Sain ( Bahasa Inggeris )

6. Program Slot 1 jam : Pn. Noraini Bt. Solbi ( Matematik


tambahan)
YM Engku Sazliana binti Engku ( Matematik )
Musa

7. Program Tambahan : - Slot kosong jadual waktu Prinsip Akaun dan Seni
- Yassin Hajat
- Buletin Pelajar Terbilang SPM 08
- Info peperiksaan
- Hadiah Pelajar Terbaik Subjek dan Hadiah Peningkatan
Prestasi
- Makanan tambahan

3
LOGO

KETERANGAN LOGO

Warna Merah Hati : Warna merah berteraskan keberanian, tegas, berdaya saing,
berdaya tahan, berdaya maju dan mempunyai semangat
juang yang tinggi.

Warna Kuning : Warna kuning yang melingkari bentuk bintang dilambangkan


seperti emas atau sesuatu yang berharga dan melambangkan
masa depan yang cerah dalam usaha mencapai kejayaan
yang gemilang

Bentuk Bintang : Melambangkan cita-cita dan hasrat yang tinggi untuk


mencapai kejayaan yang cemerlang dan terbilang dari segi
akademik dan sahsiah, Lima bucu bintang mewakili lima
gabungan huruf yang membentuk perkataan S.M.A.R.T.

S.M.A.R.T : Bermaksud

S : untuk Sedia iaitu sentiasa bersedia menghadapi


cabaran dan perubahan diri kearah tindakan yang
positif serta bersiap sedia dari awal untuk
menghadapi peperiksaan

4
M : untuk Maju merujuk kepada semangat untuk terus
maju dan mara kehadapan tanpa kenal erti berputus
asa dalam mencapai matlamat yang diimpikan.

A : untuk Aktif iaitu sentiasa bergiat aktif dalam segala


program yang telah dirancang oleh maktab dan
melibatkan diri secara aktif semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung

R : merujuk kepada Rajin. Rajin dan gigih untuk belajar,


menyiapkan tugasan dan mengulangkaji secara
berdikari tanpa perlu bergantung sepenuhnya
kepada pengawasan guru yang maksima

T : merujuk kepada perkataan Tabah. Tabah dari segi


mental dan fizikal dalam mengharungi segala
cabaran dan dugaan kea rah merealisasikan
matlamat yang satu.

Simbol : All A’S merujuk kepada matlamat maktab dan pelajar


untuk merperolehi keputusan 8A PMR dan 10A1 SPM
2008

PELAKSANAAN PROGRAM

5
● Program Mentoring

Bidang Tugas :

Mendapatkan nama pelajar mengikut keputusan PNG


Semester 2, 2007.
▪ Pelajar yang tidak terlibat dengan Mentoring akan terlibat dalam kumpulan Ulangkaji Terancang
Membuat pembahagian kumpulan pelajar mengikut jumlah yang
bersesuaian

Melantik mentor (ketua kumpulan) bagi setiap subjek

Menyediakan jadual perjalanan sistem mentoring bagi setiap subjek

Mengadakan taklimat kepada mentor atau mengadakan bengkel


Bersesuaian

Pelaksanaan

Subjek Matematik dan Sains

▪ Guru subjek dicadangkan untuk menggunakan slot yang disediakan untuk mengulangkaji
topik-topik tingkatan 4
▪ Pelajar dibahagikan kepada 24 kumpulan
▪ Satu kumpulan mengandungi 5/6 orang ahli
▪ Mempunyai seorang mentor/ketua dikalangan pelajar yang dipilih berdasarkan keputusan
peperiksaan semester 2 bagi setiap subjek
▪ Mentor setiap kumpulan berbeza mengikut subjek
▪ Lokasi pertemuan ialah di kelas yang telah ditetapkan
▪ Jadual pertemuan bagi setiap subjek (9 subjek) akan ditentukan oleh Ketua Mentoring

Subjek Bahasa dan Sains Sosial

▪ Guru subjek dicadangkan untuk menggunakan slot yang disediakan untuk mengulangkaji topik-topik
tingkatan 4
▪ Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan besar iaitu kumpulan pelajar mentoring dan Ulangkaji
Terancang
▪ Kumpulan mentoring bergantung kepada jumlah pelajar yang lemah bagi setiap subjek
▪ Setiap kumpulan mentoring akan mempunyai seorang mentor/ketua dikalangan pelajar yang dipilih
berdasarkan keputusan peperiksaan semester 2 bagi setiap subjek
▪ Mentor setiap kumpulan berbeza mengikut subjek
▪ Lokasi pertemuan ialah di Bilik Tayangan dan Multimedia
▪ Jadual pertemuan bagi setiap subjek (9 subjek) akan ditentukan oleh Ketua Mentoring

▪ Pelajar akan diawasi oleh guru subjek dan akan memperolehi tugasan
▪ Lokasi pertemuan ialah di kelas

6
● Program Intervensi Terancang

Bidang Tugas

Mendapatkan nama pelajar yang menghadapi masalah akademik atau sahsiah


Menyediakan borang intervensi
Merancang pertemuan dengan pelajar terpilih
Merekod dan menghantar laporan tindakan kepada guru subjek, guru homeroom atau Penolong Pengetua Hal Ehwal
Akademik
Memantau tindakan sewajarnya daripada guru subjek,guru homeroom
Merekod perkembangan pelajar selepas proses intervensi

Pelaksanaan

▪ Mendapatkan senarai nama pelajar yang mendapat keputusan 2.5 kebawah pada setiap ujian selaras
dan semester
▪ Mengadakan intervensi berkelompok
▪ Setiap pelajar diminta mengisi borang intervensi berkelompok semasa pertemuan bersama penyelaras
dan kaunselor pelajar
▪ Kaunselor pelajar akan memberikan motivasi ringkas pada setiap sesi
▪ Penyelaras program akan menganalisis borang jawapan pelajar untuk tindakan selanjutnya.
▪ Masalah peribadi akan dirujuk kepada kaunselor, subjek kepada guru subjek masing-masing dan lain-
lain masalah di maktab dirujuk kepada warden, HEP, HEA atau Pengetua
▪ Guru Homeroom akan dimaklumkan tentang masalah pelajar untuk di dekati secara individu.

● Program Motivasi

Bidang Tugas

Merancang dan menganjurkan program bersesuaian yang berkaitan membantu meningkatkan


motivasi pelajar dalam membentuk keyakinan diri

7
Menganjurkan bengkel,Ceramah atau seminar bersesuaian bagi membantu pelajar melengkapkan diri
dari segi kemahiran atau teknik belajar dengan cemerlang dalam akademik

Menganjurkan program bersesuaian bagi membentuk sahsiah yang cemerlang

● Program Riadah dan Rekreasi

Bidang Tugas

Merancang dan menganjurkan program riadah atau reakreasi yang bersesuaian bagi membantu
pelajar merehatkan minda setelah melalui pelbagai program berbentuk akademik

Program berbentuk camping, perkelahan, kegiatan kesenian, pertandingan sukan persahabatan,


usahawan boleh dianjurkan.

● Program Cuti Sekolah

Bidang Tugas
Merancang jadual belajar pada setiap cuti sekolah pertengahan semester dan cuti semester
Mendapatkan tajuk tugasan daripada guru setiap subjek dan memastikan pelajar diberikan senarai
tajuk tugasan
Memastikan guru setiap subjek menyediakan bahan tugasan untuk pelajar
Merancang program dan menyediakan jadual bersesuaian bagi program pulang awal cuti sekolah
semester 1 dan cuti pertengahan semester 2.

● Program Slot 1 Jam

Bidang Tugas
Merancang jadual ulangkaji/latih tubi terancang bagi semester 2 bagi setiap subjek.
Memastikan setiap subjek mendapat masa pertemuan dengan pelajar secara adil.
Memantau perjalanan program hingga akhir semester dan memastikan perjalanan program berjalan
lancar

8
Pelaksanaan

▪ Setiap subjek diberikan masa satu jam setiap kali pertemuan dengan pelajar.
▪ Jadual pertemuan berdasarkan jadual yang telah dirancang
▪ Cadangan program yang boleh dilakukan oleh penyelaras subjek ialah dengan memberi soalan latih
tubi soalan percubaan SPM setiap negeri, mengadakan bengkel teknik menjawab peperiksaan, dan
ulangkaji topik terkini iaitu topik tingkatan 5.
▪ Lokasi pertemuan dicadangkan di kelas akademik masing-masing.
▪ Guru-guru subjek perlu hadir mengikut jadual untuk menjalankan aktiviti dan mengawasi pelajar

Program Tambahan

● Slot kosong jadual waktu Prinsip Akaun dan Seni

Menyediakan slot tambahan untuk setiap subjek bagi mengisi kekosongan waktu akademik
pelajar-pelajar yang tidak mengambil subjek Prinsip Akaun dan Seni

● Yassin Hajat

Bacaan Yassin seminggu sekali bermula semester 1hingga bulan September dan bacaan
setiap pagi bermula bulan Oktober
Masa yang dicadangkan ialah 7.00-7.30,bertempat di Surau
Guru-guru Tingkatan 5 akan dijemput untuk menyertai bacaan Yassin pada slot setiap pagi
bulan Oktober

● Buletin Pelajar Terbilang SPM 08

Diterbitkan dua bulan sekali yang memuatkan aktiviti pelajar tingkatan 5 yang berlaku disekitar
maktab. Juga memuatkan maklumat penting dari setiap subjek.tips belajar,motivasi dan kuiz.

● Info peperiksaan

Bekerjasama dengan Biro Akademik BWP untuk memberikan info kepada pelajar tingkatan 5 topik-
topik yang akan diuji daripada setiap subjek dalam peperiksaan Ujian Selaras dan Semester.

9
● Hadiah Pelajar Terbaik Subjek dan Hadiah Peningkatan Prestasi

Memberikan hadiah kepada seorang pelajar yang mendapatkan markah terbaik bagi sesuatu
subjek(11 orang)
Memberikan hadiah kepada pelajar yang berjaya melakukan peningkatan prestasi atau markah
bagi setiap subjek
Pemilihan pelajar berdasarkan markah keputusan semester 1 2008

● Makanan tambahan

Memberikan pelajar Kismis sebanyak 21 biji setiap hari bermula semester 1 sehingga Peperiksaan
SPM (Anggaran 2 kilo sebulan bagi setiap kelas)

Anggaran Perbelanjaan

BIL AKTIVITI KEPERLUAN JUMLAH


1 Program Motivasi
- Teknik Menjawab (setiap subjek) Semester 1/ 2
Setiap subjek menganjurkan Bayaran penceramah
ceramah teknik menjawab/ RM 120.00 (satu jam)
kecemerlangan subjek sekali Makan dan Minum pagi/petang
setiap semester (2 kali setahun) Penceramah
RM 20.00

9 subjek x RM 240.00 ( 2 jam)

= RM 2160.00 + 180.00(makan/
minum 9 slot)
10
= RM 2340.00

- Motivasi Meningkatkan Buget bayaran penceramah dan makan


Keyakinan Diri pagi/petang
(Penceramah luar )
= RM 240.00 ( 2 jam )
( 21 Jun 2008 – Sabtu )

- Kem Motivasi Sentuhan Terakhir - Anggaran Sewa Asrama dan


Di luar MRSM Batu Pahat dewan
( cadangan di Kem’AH, Ayer - Bayaran Fasilitator
Hitam, Muar) - Bayaran makan/minum (6 kali
( 8 Ogos hingga 10 Ogos 2008 sehari)
Jumaat hingga Ahad)
= RM 5000.00 ( 3 hari 2 malam )

Pengangkutan (2 buah bas )

= RM 500.00(Pergi balik)

- Pecutan Akhir SPM - Buget bayaran penceramah dan


(penceramah luar ) makan pagi/petang

1 November 2008 (isnin) = RM 3000.00 ( 2 Jam ) RM 11080.00

BIL AKTIVITI KEPERLUAN JUMLAH

2 Program Pulang Awal cuti sekolah Pulang awal Cuti Semester 1

- Saguhati guru hadir bertugas RM 20.00 x 25 guru = RM 500.00


( 25 orang guru – 9 subjek )
Pulang awal Cuti pertengahan semester 2

RM 20.00 x 25 guru = RM 500.00


RM 1000.00

3 Insentif Pelajar RM 8.00 x 9 subjek = RM 72.00

- Cenderahati Subjek Terbaik


Semester (seorang setiap subjek ) RM 8.00 x 9 subjek = RM 72.00

- Cenderahati Peningkatan
Semester (seorang setiap subjek) Anggaran sekilo RM 10.00

- Sumbangan makanan RM 20.00 (2 kilo) x 2 bulan = RM 40


11
tambahan kismis bulan Mei dan RM 40.00 x 5 Kelas
Oktober (2 kilo sebulan = RM 200
setiap kelas)
(6 bulan lain akan dibayar oleh
pelajar sebanyak 3.00
tambahan) RM 344.00

Sumbangan hadiah hamper


4 Program Riadah/Rekreasi
Tempat Ketiga = RM 15.00
- Explorace Remaja Kedua = RM 20.00
( 24 Februari 2008 ) Ahad Pertama = RM 25.00
= RM 60.00

5 kategori x RM 15.00 = RM 75.00


- Sukaneka (PELAGU)

Anggaran RM 25.00 (Seorang)


- Jamuan Hi-Tea (Guru/Pelajar)
Pelajar 146 orang
Guru 62 orang

208 orang x RM 25.00 = RM 5200.00


RM 5335.00

5 Pelancaran Program Kecemerlangan

- Lencana Anggaran satu unit RM 1.50

Pelajar 146
Guru 31 (berkongsi bersama
PMR)

177 x RM 1.50 = RM 265.50

- Banting Anggaran satu unit RM 100.00

8 unit x RM 100.00 = RM 800.00

- Gimik pelancaran Anggaran perbelanjaan RM 100.00


RM 1165.00

12
JUMLAH PERBELANJAAN
RM 18924.00

JUMLAH WANG TERKUMPUL :

BAKI 2007 : RM 7150


2008 : RM 7200
(144 X RM 50) :

JUMLAH : RM 14350.00

13
14

You might also like