You are on page 1of 17

TAJUK :

NAMA KELAS SEKOLAH

: WAN MUHAMMAD SYUAIB B. MOHD HAIDIR : 3 BESTARI : SMK ABI,PADANG MELANGIT, 01000 KANGAR PERLIS. : PN ZAITON BT ABDULLAH : 27 MEI 2011

NAMA GURU TARIKH HANTAR

TANDATANGAN PELAJAR

TANDATANGAN GURU

SENARAI KANDUNGAN

TAJUK 1) Penghargaan 2) Pendahuluan 3) Objektif Kajian 4) Kawasan Kajian 5) Kaedah Kajian 6) Hasil Kajian 7) Rumusan 8) Rujukan 9) Lampiran 10) Bukti ( soal selidik dan temu bual )

HALAMAN

PENGHARGAAN Saya ingin mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada Pengetua SMK Abi En Hassan Ebau kerana telah memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada guru Geografi saya iaitu Pn Zaiton Bt Abdullah yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat sepanjang kajian ini dijalankan. Ucapan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Banyak wang ringgit yang telah mereka habiskan demi memastikan kajian ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Tidak lupa juga buat rakan-rakan saya iaitu Ahmad Bin Mamat yang telah banyak membantu saya ketika proses soal selidik dan temu bual dilakukan. Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk Kampung Kebun yang telah sudi memberikan kerjasama yang baik kepada saya semasa kajian ini dijalankan. Hanya Allah sahaja yang dapat jasa dan budi baik kalian semua.

OBJEKTIF KAJIAN

Berikut adalah objektif-objektif kajian yang telah saya jalankan 1) Menyatakan maksud konsep pencemaran alam sekitar 2) Menyenaraikan jenis-jenis punca pencemaran alam sekitar 3) Menghuraikan kepentingan alam sekitar 4) Menghuraikan masalah/halangan pencemaran alam sekitar 5) Mencadangkan langkah mengatasi masalah dalam melaksanakan amalan kitar semula.

KAWASAN KAJIAN

Kajian ini telah dijalankan di Taman Masmuda Fasa 2, Kangar Perlis. Lokasi kawasan kajian ini terletak kira-kira 2 kilometer dari Bandar Kangar. Biasanya tambang bas yang dikenakan untuk pengangkutan bas ke sekolah ialah 40 sen untuk perjalanan pergi dan balik yang mengambil masa 5 minit untuk sampai ke sekolah. Kawasan kampung saya mempunyai sebuah sekolah menengah iaitu SMK PUTRAyang mempunyai pelajar seramai 1200 orang. Taman saya juga mudah untuk dikunjungi kerana mempunyai sistem perhubungan dan pengangkutan yang baik. TamanMasmuda mempunyai tanah subur (tanah pamah) yang rata dan ini menggalakkan sebahagian besar penduduk terlibat dalam aktiviti pertanian. Pekerjaan utama penduduk ialah dalam sektor pertanian iaitu menanam Padi dan sesetengahnya terlibat dengan sektor perniagaan dan profesional seperti menjadi guru dan pekerja swasta.

PETA KAJIAN

KAEDAH KAJIAN

Sebelum memulakan kajian , saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan digunakan untuk memudahkan saya mencatat maklumat secara terperinci dan bersistematik. Oleh itu, saya telah menggunakan 4 kaedah untuk menjalankan kerja kursus ini. Berikut merupakan kaedah yang telah digunakan :1) Pemerhatian 2) Temu Bual 3) Soal Selidik 4) Rujukan

DAPATAN KAJIAN

8.1 Konsep Pencemaran Alam Sekitar Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengatakan bahawa pencemaran adalahsuatuperbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) pengotoran alam perbuatan mencemarkankebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap. Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahanbahan hasil dariaktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan. Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti AlamSekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secaralangsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaan-kegunaan berfaedah, yang menimbulkan sesuatu keadaanberbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atauorganisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan. 8.2 Punca-Punca Pencemaran Alam Sekitar "Kita tidak mewarisi alam sekitar daripada nenek moyang kita, sebaliknya kita meminjamnya daripada generasi akan datang. Oleh itu, jagalah alam sekitar supaya anak dan cucu kita dapat menikmatinya." Kata-kata Mahatma Gandhi ini sudah cukup membuktikan bahawa alam sekitar merupakan harta paling berharga yang perlu dijaga kepentingannya. Mendepani arus globalisasi, setiap kita pasti mahukan kondisi alam sekitar yang terbaik dan indah mahupun aset pembangunan melampaui kesedaran kita terhadap kepentingan alam sekitar. Oleh yang demikian, anjakan paradigma harus dilakukan agar punca-punca berlakunya alam sekitar dapat dibejat.

Pencemaran alam sekitar boleh diruncingkan kepada tiga perkara iaitu pencemaran udara, pencemaran air dan pencemaran bunyi. Pencemaran udara nyata memberikan heterogen impak kepada manusia sekiranya sampah sarap dan sisa toksik terus dihumban ke dalam punca utama aliran air iaitu sungai dan laut. Sampah sarap yang terkumpul ghalibnya akan menyekat aliran air lantas menyumbang kepada takungan air. Hal ini berpotensi menyebabkan banjir kilat. Selain itu, sisa toksik dan minyak daripada kilang menyebabkan ekosistem organisma marin terganggu apabila disalurkan ke sungai atau laut. Lebih ruwet lagi, pencemaran air memberikan kesan yang eksplisit terhadap kesihatan manusia kerana hal ini seolah-olah menjadi medium penyebar penyakit-penyakit seperti taun dan juga denggi. Ironinya, semua golongan harus mengenepikan sifat nafsi dan mulalah menjaga alam sekitar. Tambahan lagi, minda manusia berjiwa rakus seperti golongan pemaju perumahan masih dangkal kerana asyik memikirkan keuntungan. Jadi, kealpaan ini menyebabkan pencemaran udara. Hal ini kerana, semakin banyak pokok-pokok ditebang bagi memberikan medan kepada kemajuan sektor pembangunan. Pencemaran udara berlaku apabila gas karbon dioksida yang dibebaskan oleh manusia tidak dapat diserap oleh sang flora dek kerana populasinya kian merudum. Proses perumahan di kawasan lereng bukit juga harus dihentikan kerana menyoroti peristiwa lampau, tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa pada 2009 menjadi indikator yang jelas bahawa hal ini tidak harus dimanifestasikan. Di samping itu, masalah pencemaran alam sekitar diperkasakan lagi dengan pencemaran bunyi. Hal ini lebih tertumpu kepada rumah-rumah di kawasan perindustrian. Banyak aduan yang disiarkan di media apabila ketenteraman penduduk diakui terganggu dengan bunyi bising yang terhasil daripada pengilangan berskala besar seperti kilang kelapa sawit dan sebagainya. Rentetan daripada itu, asap yang dibebaskan tanpa tapisan menyebabkan pencemaran pencemaran udara yang izhar. Oleh yang demikian, pengusaha kilang harus bersifat inovatif dan pragmatis agar pencemaran tersebut dapat dikekang.

8.3 Kepentingan Kitar Semula Untuk Mengatasi Pencemaran Alam Sekitar 1) Kitar semula untuk mengurangkan pencemaran Longgokan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau tapak pelupusan sampah merupakan salah satu punca pencemaran udara, air dan bau. Amalan mengitar semula dapat mengurangkan ancaman alam sekitar tersebut daripada terus mengancam kualiti kehidupan kita. 2) Kitar semula untuk menjimatkan kos, sumber dan tenaga i) Dengan mengitar semula 1 tin aluminium anda seumpama menjimatkan penggunaan tenaga elektrik 3 jam televisyen. ii) Jika kertas dapat dikitar semula secara maksimum anda dapat mengurangkan 4,360 tan sampah sehari yang bersamaan 78,000 batang pokok. Untuk menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 pohon terpaksa ditebang. Mengitar semula kertas akan mengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang. Kita perlu memelihara hutan kerana ia merupakan paru-paru yang memberi kita oksigen dan udara yang bersih. iii) Dengan mengitar semula 1 botol kaca anda seumpama menjimatkan penggunaan tenaga elektrik mentol lampu 100 watt selama 4 jam. iv) Mengitar semula kaca menurunkan suhu lebur untuk kaca baru sambil menjimatkan sehingga 32% tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kaca. Dengan amalan kitar semula ini ia akan dapat menerapka unsur tanggungjawab dan sayangkan kepada negara seperti peribahasa negara bersih rakyat sihat.

8.4 Masalah /halangan Amalan Kitar Semula Ketika melaksanakan kerja kursus ini, terdapat beberapa masalah yang telah dikenalpasti. 1. Sikap Terdapat segelintir penduduk yang tidak mempedulikan amalan kitar semula ini. Kebanyakan bahan kitar semula dibuang ke tempat sampah dan kemudiannya dibakar dengan begitu sahaja. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya pencemaran udara. 2. Kurang Pengetahuan Hasil daripada kajian saya, kebanyakan penduduk kampung yang membuang bahan kitar semula ini adalah disebabkan oleh kurangnya pengetahuan tentang pentingnya amalan kitar semula. Mereka lebih senang membuang bahan tersebut daripada mengitarnya semula. Bagi mereka amalan kitar semula ini hanya membuang masa dan tidak mempunyai apa-apa kepentingan. 3. Harga Terlalu Rendah Kebanyakan pusat pengumpulan mengambil barangan kitar semula dengan harga yang rendah. Kertas di beli dengan harga tidak kurang 20 sen untuk I kilogram. Harga yang rendah menyebabkan penduduk lebih senang membakar bahan tersebut daripada menjualnya kerana harga yang rendah dan tidak menguntungkan. 4. Kurang Pusat Pengumpulan. Di kawasan Taman Perlis hanya terdapat sebuah pusat pengumpulan bahan kitar semula. Keadaan ini menyukarkan penduduk untuk menjual barangan kitar semula memandangkan lokasi pusat ini terlalu jauh buat penduduk yang tinggal di kawasan

hujung kampung. Tambahan pula, pusat ini hanya menerima bahan kitar semula yang dihantar oleh penduduk sahaja. Mereka tidak menyediakan perkhidmatan mengambil barangan kitar semula daripada penduduk kampung. 5. Kurang Kerjasama Terdapat juga penduduk yang tidak memberikan kerjasama apabila kempen kitar semula ini dijalankan oleh kerajaan. Sikap tidak peduli dan tidak mahu mengambil kisah amalan kitar semula ini menyebabkan usaha kerajaan untuk menjimatkan tenaga dan bahan kitar semula tidak akan tercapai atau terlaksana. Saya berpendapat penduduk kampung perlu insaf dan berubah sikap untuk menjadikan amalan kitar semula ini sebagai sebahagian daripada hidup mereka. Amalan ini dapat menyelamatkan negara kita daripada mengalamai kemusnahan sumber.

8.5 Langkah/cadangan untuk mengatasi masalah dalam pencemaran alam sekitar Bagi memastikan amalan kitar semula ini dijalankan di kawasan kajian, beberapa langkah atau tindakan dapat di lakukan bagi memastikan amalan tersebut dapat dilaksanakan dengan baik. Langkah tersebut ialah seperti :1. Kempen Negara kita menyambut perayaan seperti Hari Perhutanan Sedunia, Hari Bumi, Hari Alam Sekitar Sedunia dan Minggu Alam Sekitar Malaysia pada setiap tahun. Objektif utamanya adalah untuk meningkatkan kesedaran menjaga alam sekitar. Ini bagi melahirkan masyarakat yang lebih prihatin, peka dan bersama-sama memainkan peranan untuk mengamalkan amalan kitar semula.

kempen dan program yang dilaksanakan ini dapat member keinsafan kepada rakyat supaya menjaga alam sekitar daripada mengalami kemusnahan. 2. Pendidikan Guru-guru di sekolah boleh memberi galakan kepada pelajar untuk melaksanakan amalan kitar semula. Guru perlu menyatakan bahawa amalan kitar semula ini dapat menyelamatkan bumi dan alam sekitar kita daripada musnah. Guru juga boleh mengadakan pertandingan di sekolah untuk menarik minat pelajar mengamalkan kitar semula dengan menyediakan hadiah kepada pelajar yang menyertai pertandingan tersebut. 3. Menyediakan Kemudahan Pusat Pengumpulan. Pihak berkuasa tempatan perlu menyediakan lebih banyak pusat pengumpulan kitar semula bagi menarik penduduk untuk mengamalkan amalan kitar semula. Ini penting supaya penduduk lebih peka dengan tidak membuang bahan yang boleh dikitar semula sesuka hati. Ini dapat mengelakkan daripada pembaziran. Pihak sekolah juga boleh menyediakan tong-tong kitar semula dan diletakkan di lokasi yang strategik bagi memudahkan pelajar membuang bahan yang boleh dikitar semula ke dalam tong yang betul. 4. Gotong Royong Penduduk kampung boleh juga bersama-sama bergotong royong untuk membersihkan kawasan kampung. Pastikan penduduk kampung mengumpulkan bahan kitar semula ini dan tidak membakar atau membuangnya begitu sahaja. Ketua kampong memainkan peranan yang penting supaya penduduk bekerjasama mengamalkan amalan kitar semula ini. Semua pihak perlulah berganding bahu dan bekerjasama untuk memastikan amalan kitar semula ini dapat dijalankan dengan

sempurna. Semua peringkat umur perlu mempunyai sikap bertanggungjawab untuk sama-sama menjaga bumi ini daripada terus mengalami kemusnahan.

RUMUSAN

Hasil daripada kajian yang saya jalankan, saya mendapati tanih merupakan sumber pertama di kawasan ini. Penduduk menggunakan tanih untuk menanam padi. Kegiatan ini membuka peluang pekerjaan sebagai petani dan perniagaan. Melalui pendapatan daripada pekerjaan ini, mereka dapat meningkatkan taraf hidup. Ini dapat di lihat bahawa petani tersebut bukan sahaja dapat memenuhi keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal, malah mampu memiliki barangan mewah seperti kereta dan motor.

LAMPIRAN

1. Surat pengenalan diri murid 2. Surat kebenaran membuat kajian 3. Surat makluman kepada ibu bapa/penjaga 4. Surat kebenaran ibu/bapa penjaga 5. Borang soal selidik 6. Gambar / foto yang berkaitan

RUJUKAN

Buku Teks Mohd Jamil B. Mohamad dan rakan, 2004 Geografi Tingkatan 3 Kuala Lumpur, Johor Central Sdn. Bhd Chong Mui Seng dan rakan, 2002 Geografi Tingkatan 1 Kuala Lumpur, Johor Central Sdn. Bhd. Internet Blog smkabi.wordpress.com.my Orang Sumber En. Roslan B. Sudin 34 tahun, Seorang Guru di SMK Abi, Padang Melangit. Akhir kata, diharapkan maklumat ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar untuk menghasilkan sebuah kerja kursus yang bermutu -SMKAbi-

You might also like